Selepas tugas membantu ibu di dapur,akhirnya saya membawa hati yang kecewa dengan linangan airmata ke laman belakang rumah. waktu itu keluarga agak baru berpindah,maka kebanyakan pokok belum ada yang tinggi. sedang saya menangis sambil memujuk hati,tiba2 saya terlihat bola api terbang yang sangat besar seumpama matahari.ia terbang rendah umpama diatas bumbung rumah.ketika itu juga saya terdengar bacaan Yasin dimulakan. Dan bola api tersebut jatuh di rumah jiran berhadapan rumah saya. saya menggigil ketakutan dan terus berlari masuk ke dalam rumah.dalam takut2 saya tinjau juga jika ada kebakaran tetapi tiada terlihat api, dan tidak ada berlaku kebakaran.
Keesokkannya saya ceritakan kepada ibu.ibu mengatakan mungkin itu tuju2 atau sihir yang ingin dituju kpd mangsa tetapi jika org lain terlihat maka tuju2 tersebut tidak menjadi.Kisah 2: Sewaktu di sek rendah, saya tertinggal botol air. Pada petang itu saya mengajak beberapa orang kawan untuk menemani saya ke sekolah. Akhirnya setelah saya mengambil botol air, seorang kawan mengajak untuk bersiar2 mengelilingi bangunan sek. kami bersetuju. sambil berjalan kami bersembang.kami tiba untuk melalui sebuah lorong yang menjadi laluan dari bahagian hadapan sek ke bahagian belakang sek.kami dari bahagian belakang sek.tiba2 suasana terasa sangat sunyi,cuaca seakan redup,malap dan timbul perasaan gerun di dalam hati. kawan saya mengajak kami berlari untuk melepasi lorong tersebut.kami pun berlari sekuat hati,malangnya walaupun kami berlari sekuat hati,badan kami umpama tertambat dan hayunan larian kami terasa berat dan seolah kami berlari setempat.kami gagahkan jua terus berlari,dalam nafas yang tercungap2 dan panik ketakutan,tiba2 azan Asar berkumandang dari masjid berhampiran sekolah.
Serta merta kami semua umpama terlepas dr belitan dan hampir2 jatuh tersembam.kami semua berlari pulang ke rumah tanpa sempat berkata apa2 pun kerana terlampau takut dan terkejut. Alhamdulillah,tiada kawan saya yang demam.kami bersekolah seperti biasa keesokan harinya dan cuba mengelak melalui terowong tersebut.jika terpaksa melaluinya sekalipun kami berjalan beramai2 sambil berzikir dan membaca surah di dalam hati.
Kisah 3 Sewaktu saya di sek Men,adik saya yang bersekolah di sek rendah tidak mahu ke sek. puas ibu ayah memujuk namun dia tetap tidak mahu ke sek. Apabila telah dihantar ke sek, dan ayah memastikan dia masuk ke kelas baru la kemudian ayah sampai di rumah. tidak lama kemudian adik saya akan balik ke rumah. Puas dimarah,puas dipujuk namun situasi sama berulang. Akhirnya ibu tergerak untuk mengajar adik supaya membaca surah 3 Qul(3 ayat akhir Al Quran) dan berzikir. Adik amalkan dan Alhamdulillah dia kembali ceria ke sekolah. hasil soal selidik ibu,adik mengatakan bahawa ada makhluk bertenggek di korolidor tingkat dua menjelir lidah panjang yang mana lidahnya mencecah tanah dan sering memandang tajam pada adik.
Kisah 4 Petang hari sambil berkebun bersama ayah,ayah menceritakan sebuah kisah yang agak seram.menurut ayah,suatu hari,ketika itu ayah masih bujang,ayah terpaksa bermotosikal dalam perjalanan yang sangat jauh membawa ayahnya (kiranya datuk saya lah). Waktu itu sebenarnya badan ayah sudah agak letih tetapi digagahi juga. Akhirnya ayah berhenti dilampu isyarat simpang 4 di Segamat. Tiba2 keadaan yang hiruk pikuk menjadi sunyi. Di hadapan ayah terbentang jalan yang lengang, dan di kiri kanannya adalah hutan. ayah menjadi pelik. entah bagaimana secara tiba2 ayah memulas motor untuk menyambung perjalanan,namun ayah sempat melaungkan kalimah Allahuakhbar. Serentak dengan laungan itu kaki ayah menekan brek motosikal. Keadaan kembali menjadi nyata,beberapa inci dihadapan ayah melintas lalu sebuah Lori. Kiranya kalau ayah tidak sempat menekan brek,pastinya ayah dan datuk saya telah tiada lagi.
Ayah mengatakan diseberang jalan tersebut ada sebuah Warung dan orang2 didalam warung semuanya bangun dan menjerit2 tatkala ayah mula memulas motor walhal lampu isyarat merah namun ayah tidak mendengar sama sekali. Ayah beristighfar berkali2 dan mengambil keputusan berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan.
Kisah 5 Sewaktu di asrama,terjadi kejadian beberapa orang penghuni terkena histeria dan akibatnya warden telah memilih saya dan beberapa rakan untuk bermalam bersama, memandangkan keadaan mereka belum pulih sepenuhnya. Keadaan mereka mmg agak menyeramkan.mereka akan tersenyum menggoda,bersuara lunak dan terkadang ketawa terkekeh2.
Mengengsot2 dan duduk dipenjuru bilik sambil mata melilau melihat ke sana sini. Mereka tidak mahu bertentang mata dengan kami. Yang diatas katil pula melengguk kepala,tersengih2 dan kemudian marah2.di dalam bilik ini,warden tempatkan 4 orang penghuni yang terkena histeria. memisahkan mereka dari penghuni lain kerana bimbang akan menjangkiti penghuni lain.Tiba2 seorang pesakit histeria bersuara, “akak..” suaranya merintih mendayu,bulu roma saya tegak berdiri,saya pandang dia dan tanya nak apa? “Akak.. kita nk keluar pergi tandas….” saya kerling jam tangan,hampir pukul 1 pagi.mereka kena histeria sekitar 11 malam selepas waktu prep,saya sudah agak letih sebenarnya,sementelah esok merupakan peperiksaan percubaan. Saya katakan tak boleh ke tandas. Dia mula marah, lalu kawan saya kata,nak kencing,kencing je kat situ. Dia mendengus.lalu dia ajak kami bersembang… “Akakk…..” dgn suara lemah gemalai, “kita kan suka kat akak….akak yang tu cantikkkk…” lalu mengengsot ke kawan saya dan menilik muka kawan saya. kawan saya mula bertegas,dah pergi…jgn kacau.dijawabnya….”kita nk berkawan je laa….” “Nama ko sapa?” “Nama kita yatiiii” “Ko dari mana??” “Kita dari rumah kosong sana tu.kita nk cari tempat tinggal.” Kami tidak terus melayan dan membaca ayat2 Al Quran,akhirnya terdengar suara tangisan. Warden datang menjenguk kami.akhirnya semua tidur kepenatan.sewaktu menjawab peperiksaan,mata saya kelat dan muka agak sembab.
Kisah 6 Selepas habis prep,saya bergegas masuk ke dorm,saya merupakan orang pertama yang masuk ke dalam dorm.walaupun katil saya berada dibahagian paling hadapan,saya sengaja bergerak ke belakang untuk menunggu kawan2 lain minum malam bersama. tiba2 sewaktu saya melalui bahagian tengah dorm,saya terbau hanyir,umpama bau d***h.saya diamkan dan perhati kawan2 lain yg melalui tempat tersebut.malangnya masing2 seolah2 tidak tercium apa2 bau.saya memanggil kawan saya yang biasa menjadi imam solat,juga seorang lagi kawan untuk bersama2 melalui bahagian tengah dorm tersebut.mereka mengiyakan dan sependapat dgn saya,bahawa itu bau d***h.kami mula mencari punca bau tersebut,mungkinkah ada antara kawan2 yg terlupa membuang pad atau kain yg mengesat luka hingga timbul bau tersebut di dorm kami.akhirnya setelah tidak menemui apa2,kami mengambil keputusan untuk memagar dorm kami.
Hasilnya malam ketika kami terlena, seorg ahli dorm tiba2 menangis2 ketakutan. Dia mengatakan bahawa ada perempuan berambut panjang kusut Masai berbaju compang camping mencakar2 tingkap,menggegar2 tiang,mendengus marah untuk masuk ke dalam dorm.yang peliknya ahli dorm yang lain tidak ada yang tersedar mendengar bunyi tersebut.ianya umpama seekor burung yang mencari lubang untuk menyusup masuk.ia terbang ke depan dan belakang untuk masuk ke dalam dorm,namun tidak berjaya.kami menenangkannya dan kemudian tidur semula tanpa ada gangguan lagi.
-hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
erm…korolidor ke koridor?
Korolidor oso ken