Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose

Bagi para penggemar filem seram hollywood, filem The Exorcism of Emily Rose adalah suatu tidak asing serta merupakan sebuah filem yang menarik perhatian dunia berkenaan upacara menghalau hantu “exorcism”. Filem ini juga meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton sama ada kejadian dirasuk makhluk halus adalah “real” atau pun suatu fenomena yang boleh dijelaskan melalui kaedah saintifik.

Filem The Exorcism of Emily Rose adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai seorang gadis bernama Anneliese Michel yang berasal dari Leiblfing, Jerman. Anneliese dilahirkan pada tahun 1952 dan mula mengalami gangguan paranormal ketika berusia 17 tahun.

Sewaktu di sekolah menengah Anneliese telah mula mengalami gangguan dan doktor di Psychiatric clinic Wurzburg telah mendiagnoskan Anneliese mengalami Grand Mal epilepsi. Semenjak itu, dia juga mula berhalusinasi dan mendengar bisikan suara ghaib. Setelah menerima rawatan perubatan moden untuk beberapa lama, Anneliese tidak menunjukkan sebarang tanda beransur pulih dan ini menyebabkan ibu bapanya beralih kepada rawatan alternatif “Exorcism” yang dijalankan oleh paderi gereja katolik bernama Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt.

Selama mengalami gangguan paranormal, dikatakan Anneliese melakukan perkara-perkara pelik seperti kencing di atas lantai dan menjilat kencing sendiri, memakan lalat dan lelabah. Selain itu, Anneliese merangkak dibawah meja dan menyalak seperti anjing. Anneliese juga kerap menjerit berjam-jam lamanya dan telah menjadi rutin.

Sepanjang tempoh 10 bulan tahun 1975-1976, Anneliese mendapat rawatan “exorcism” sebanyak 67 kali dimana rawatan dilakukan sekali atau dua kali dalam seminggu dan ritual”Exorcism” juga telah menyebabkan ligamen Anneliese koyak disebabkan setiap rawatan berlangsung selama hampir 4 jam dimana memerlukan dia untuk melutut ataupun dikenali sebagai “Genuflection”.

Anneliese juga memaksa dirinya untuk berpuasa sehingga ke akhir hayatnya kerana percaya ia dapat menjauhkan dirinya daripada gangguan syaitan, Anneliese menghembuskan nafas terakhir pada 1 July 1976 dirumahnya. Pada waktu kematian dilaporkan juga Anneliese mengalamai demam yang tinggi serta Pneumonia.

Hasil laporan bedah siasat, Anneliese mengalami malnutrisi dan dehydrasi yang sangat teruk dimana beratnya sekadar mencecah 30kg pada waktu kematiannya. Berikutan itu, ibu bapa dan dua orang paderi didakwa di mahkamah kerana berlaku cuai sehingga menyebabkan kematian dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan.

Dikatakan, Anneliese dirasuk lebih daripada satu makhluk antaranya Lucifer, Judas iscariot, Nero, Cain dan Fleishmann.

Selepas kematiannya, pihak gereja memberi kenyataan bahawa Anneliese mengalami masalah penyakit mental dan bukanlah gangguan ataupun rasukan makhluk jahat dan memberi kebenaran hanya kepada paderi yang bertauliah sahaja untuk menjalankan ritual “Exorcism”. Kes Anneliese telah dinyatakan sebagai salah satu kes misidentified mental disorder.

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

17 Comments on "Realiti Di Sebalik Pembikinan Filem The Exorcism of Emily Rose"

avatar
lizz

sikit je…

miz tyhaz

knpe tergantung?

kak long

lohhhh cmtu je ke?????

Tiah

Kesiannya dia. Kalau ustaz2 kita yang ubatkan, mesti sembuhkan. Tapi yalah, itu takdir tak boleh nak persoal.
Entah2 ada mat saleh guna2kan dia atau santau. Tak mustahil sebab sifat dengki dan sihir ni universal. Bukan orang Melayu saja yang ada sifat tu.

Sedih sangat. Tengok movie dia pun tak habis sebab seram sangat. T_T

ekinkhan

kalau nak tau , tngok laa cerita dia..

miz tyhaz

sy dh cri kt youtube..xde laa

ekinkhan

sye ada website , kalau nak tngok cerita tuu ..

Mr z

Blh bg website dia?

ekinkhan

saya dah share banyak kali dah , tak bole plak.. (https://gomovies.to/)

ekinkhan

tak boleh share laa website dia, dah banyak kali cuba send.. kenapa yea?

farahdila

cantik budaknya.. persoalan knapa bende tu masuk dlm badan dy ??? ap yg saya tahu dlm badn dy ad 13 hantu.. tp tak thu la kan betul ke tak 😀

Syuhada

dalam badan setiap dari kita,mmg ade benda ni..cuma tak diketahui jumlah dan masih jinak lagi yee..sbb tuu mengamuk..uhuhuu..?

syuhada

#tak mengamuk..typo lak aiii,..

ppslayer

lulz…dia bukan kena rasuk…dia sebenarnya ada penyakit…aku pun lupa apa nama penyakit dia

Lala

Diorang kata, bunyi suara emily time kat ladang kuda masa tgh exorcism tu guna rakaman suara asal.. bila dgr pun, meremang weyh..huhu

Aku

Lucifer? bapak ahh

Cik Anne

kalau nak tgk citer dia leh google 123movie. tgk online mcm2 movie ade…

wpDiscuz