F214

HI korang,

Aku eqin. Saja boring hantar cerita ni. Xtau la seram ke tak. Tapi ni pengalaman aku masa ambil degree dulu(2008-2011)

Aku belajar dekat UUM. Dari sem 1 sampai habis sem 6 memang aku duduk satu bilik tu je
tak tukar- tukar. Yang tukar cuma roomate itu pon masa sem 3 lepastu tak tukar dah. Aku mendaftar masuk ke kolej kediaman proton. Aku rasa budak uum or ex uum memang tau sangat kolej kediaman ni. Kolej kediaman paling strategik di zaman aku study. Heheheh. Kafe pun murah masa tu. Paling best ada pakcik jual cucuk bakar-bakar yang sedap gila. Eh kecur lak air liur menaip ni. Khakhakhka sorry

Bilik aku tingkat dua, sebelah pantry kosong yang xdigunakan dan betul betul depan toilet dan mesin basuh. Masa dapat memang syok la. Aku memang jenis malas sental baju guna tangan. Gigih kumpul syiling nak basuh baju guna mesin punya pasal. Dan sebab ampaian kena berebut. Maka aku selalulah basuh baju malam dan sidai esok pagi memandangkan kelas aku susun jadual start tengahari.

Ok panjang mukodimahnye

Sebab uni aku ni dalam hutan memang biasa la dengar cerita seram seram ni. Aku ni pulak jenis tak banyak fikir. Nak kata berani tu tak lah.takut takut berani lah. Menghuni bilik F214 ni macam macam jugak aku kena

Sem 1

Ini masa seminggu pertama aku masuk. Kenal-kenal roomate semua. Biasa la orentasi kan letih gila lah. Malam tu aku baru nak lelap mata. Dalam mamai-mamai gelap masa tu lampu dah padam semua. Aku nampak kabur ramai budak-budak berlari tah dari mana panjat almari aku. Panjat meja study aku n roomate. Aku cuba nak gerak badan tapi keras. Suara pun tak keluar. Jadi aku baca je lah ayat qursi tak lama lepastu aku boleh gerak dan macam sesak nafas. Aku bangun and kejut roomate aku bagitau apa aku nampak. Sekali dia lak takut. Adoi. Baru kenalkan mana nak tau roomate penakut. Jadi malam tu roomate aku tido atas katil aku dan kami tido on lampu meja xbagi gelap sangat dan pasang ayat al quran kat laptop

Sem 3

Aku tengah tido dalam jam 2pagi camtu lah. Tiba-tiba boyfriend member aku call. Pelik juga aku apekehal call malam buta ni. Aku angkat.

Bf member: kin boleh tolong sat dak. Mai parking amik beras jampi sat. Bilik lina(senior aku) kena kacau. Dok cakar dinding. Aku nak minta nurv(member aku) tolong dia penakut.

Aku: ha…ok tunggu sat aku mai

Ok nur dan lina dalam cerita ni bukan nama sebenar. Aku yang mamai ni tanpa fikir apa apa turun la ke parking ambilkan beras tu. Nak tolong kawan la katanya. Kak lina ni bilik dia tingkat atas sekali tingkat 4, tepi tangga. Lepas ambil beras aku terus naik ke bilik dia sebab fikir nak settle je ni mata mengantuk sangat. Kebetulan tangga ke bilik kak lina memang tak jauh dari parking pun.

Selesai bagi beras masa nak turun ke bilik aku. Dalam perjalanan tah apasal aku boleh terdetik dalam hati. Aku ni duk tolong orang sat lagi aku lak kena kacau. Merinding kau tegak bulu roma. Cepat-cepat aku turun. Sampai depan pintu bilik baru teringat aku basuh baju tak ambil lagi dalam mesin. Ada lak kena maki aku ni esok pagi orang nak guna mesin.

Aku pun masuk bilik ambil bakul pergi keluakan baju. Masa duk syok keluakan baju tiba tiba. Halus je suara aku dengar dari tingkat atas(tingkat tiga). Panggil nama aku..

Slow je soft gitu suara dia tapi scary. Susah nak explain tapi dia panggil tu sayup sayup je..eqinnn eqinnn gitu ha

Ahhhh sudah. Aku pon laju la duk keluarkan baju. Masa ni la lengan baju nak sangkut dengan cangkuk kain baju kurung. Kuang ajar betul laa haii…

Ada 10 minit aku keluarkan baju tu “benda” tu duk panggil aku non stop. Kebetulan tingkat 3 masa tu lampu corridor gelap apahal xtau. Satu pun xnyala. Selesai keluarkan baju laju aku angkat bakul straight keras xpandang kiri kanan lari masuk bilik lompat atas katil.

Masa ni segala benda aku baca lah mana yang ingat. Malam tu aku terlelap sendiri je.esok pagi aku cerita kat member yang bagi beras tu malam tadi. Dia cerita blok lelaki pon ada yang kena kacau. Lepastu diorang bahan aku panggil style benda tu panggil..hahhaha kurang asam punya member

Aku pernah dengar cerita bilik aku ni berhantu. Tak tau la member nak bahan aku ni perangai serupa hantu ke memang bilik tu berhantu.

Selalu time study week atau aku sibuk masa tu la benda ni suka kacau. Aku memang jenis berjaga malam kadang study kadang merepek je online. Ada masa “dia” bagi bau stokin satu kali. Bau stokin busuk gila tak basuh tu. Nak kata aku ngan roomate tak basuh stokin. Masing-masing tak ada baju kotor pun masa tu.

Bau tu akan ada dalam setengah jam ke sejam. Kalau pasang ayat al quran cepatlah dia hilang. Ada masa dia macam lalu je la..bila benda tu lalu memang bau dia busuk sebusuk nya.

Dalam kena kacau tu alhamdulillah aku habiskan juga degree aku. Dengar cerita sekarang kolej kediaman aku dah jadi tempat untuk international student. Untuk penghuni baru F214. Jaga jaga ada yang memerhati. Hahhaha

Ok bai

eqin
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. stokin tu orang lelaki selalu guna..
    mesti dia bagi stokin yang dah keras kat kau kan..hmm. dap erghh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.