Facelesssa

Salam pembaca FS, alright, aku memang pembaca setia la FS, hari-hari mesti update punya. Actually nak cerita pasal kejadian yang tak seram terjadi kat aku and dua orang adik sepupu aku. Kejadian ni jadi masa aku lepak UK beberapa bulan macam tu, jenjalan sebenterrrrr sementara tunggu nak decide keje atau sambung master. Masa tu spring tak silap aku, so knowing UK memang hujan je la spring. So, sambil lepak sana aku suka la melayan adik sepupu aku 2 helai ni, I named them as Daisy (si kakak) dan Minnie (si adik).

Nak dijadikan cerita, pakcik makcik aku decide nak pi Birmingham aritu, nak jenjalan rumah kawan diorang, Malaysian Chinese. So aku pun ikot la, dari aku berlumut kat rumah tengok tv dan makan, boleh gak berjalan. Sampai kat rumah kawan pak cik aku tu, aku rase lain macam. Well, pak cik aku ni tak tua mana pun, sebab anak bongsu, beza ngan aku dalam 10 tahun je. Haha. Masuk je si Minnie suh aku dukung, dia dalam 4 tahun mase tu. Aku tanye, ‘what’s wrong sayang?’. Pastu dia diam duk cling kat leher aku sambil mula atas bahu aku. Yes, dia manja ngan aku sangat.

Rumah kawan pak cik aku tu dua tingkat, atas 2 bedrooms dengan bathroom, bawah dapur dengan living room. Masuk2 jumpa dapur dulu, baru living room. So masa masuk tu Minnie melekat je kat aku, Daisy pun dah melekat kat mak dia. Pastu wife kawan pak cik aku cakap kat the girls, pergilah main kat atas ngan anak dia, aku pun pujuk bebudak tu main, means aku kene main skali la dengan diorang. Haha. Aku 24 tahun duk lepak dengan kanak2 6 tahun kebawah, but I don’t mind.

Masa naik tangga nak pi bilik anak tuan rumah tu, aku lalu bathroom dulu, aku nampak ade bayang dalam bathroom, sebab pintu bathroom separuh tutup. Aku meremang siakkk, eish, amende menatang dalam tu sebab bathroom tu all white. Minnie still atas dukung aku, pastu dia cakap ‘kakak, I hate this house, this house is spooky, can we ask ayah and mummy to leave please?’. Aku pun dah sudah budak ni, baru sampai kot. Aku tenangkan je la dia, ‘it’s okay, I am here kan? Even Daisy is here, we just play for awhile okay boo?’. Dia diam je.

Masuk bilik anak tuan rumah, nampak anak tuan rumah tengah main barbies semua, perempuan dua2, I named them as Lily and Lala. Tapi si Lala tu macam pucat sket, I assumed tak berapa sihat la. Duk dalam bilik tu meremang meremang je aku, tapi aku duk baca2 la jugak ayatul Kursi dengan Yasin sbb aku hafal yasin. Minnie main tapi sambil atas riba aku, melekat macam koala. Aku pelik si Lily ni macam tak kesah adik dia, si Lala, die layan Daisy ngan Minnie je. Gaduh le mungkin, adik beradik kan, tak bercakor tu macam pelik la, mula ko pikir anak angkat mungkin. Haha. Masa aku dok melayan deme main sambil baca2, si Lala tu asyik tengok aku, dalam hati aku, ‘mung bakpe weh dok nengok2 aku?’. Haha, idok la aku tanya, aku assumed budak kan, curiosity tinggi.

Main punya main, Daisy cakap nak pi toilet, aku cakap, ‘okay go la, you know where the bathroom is kan’. Pastu Lala si pucat tu bangun, aku ingat die nak tunjukkan bathroom tu kat si Daisy, aku biar je la, dia membontoti si Daisy. Beberapa minit kemudian, aku dengar Daisy jerit nangis2. Aku pun berlari la pi bathroom, pastu dengar si Daisy menangis dalam tu. Aku ketuk, oh dia tak kunci, aku masuk pastu tengok dia macam bersujud ats lantai bathroom tu (bathroom overseas kering dan bersih ye, boleh tidoq) haha. Pastu dia nampak aku terus dia loncat atas aku sambil tutup mata dan nangis.

Pastu dia cakap, ‘When I was washing my hands, I saw something in the mirror behind me, it was faceless pitch dark shadow! And it was trying to hug me’. Makngaih, pastu aku pun baca ayat kursi fuh fuh kat ubun kepala Daisy, dia┬áteresak- esak je. Aku panggil Minnie, ‘Boo, call ayah from downstairs now!’. Si Minnie ni gelabah2 berlari turun panggil bapak deme. Pak cik aku naik tanye kenape dehhh, aku cerita la. Pastu die dukung Daisy, bawak turun, aku pun turun dengan si Lily.

Kat bawah parents Lily tanye la, aku cerita balik dekat diorang apa yg si Daisy cerita kat aku, pastu aku acquire la deme pasal Lala, kenapa tak turun. Pastu the couple pandang aku, die cakap, ‘what do you mean by the other girl, our second daughter died last year because of meningitis’. Ah sudahhhh pundekkkkk dalam hati aku. Haha. Aku cerita la kat diorang yang ada sorang budak pompuan lagi main sekali kat atas tadi, patut la si Lily buat donoooo je kat adik die, rupenye tu hantu. Ah pundek la aku cakap? Jadinye die la mengaco si Daisy dalam bathroom tadi.

On the way balik rumah pak cik aku, dalam kereta si Minnie cerita kat kitorang yang masa sampai rumah kawan pakcik makcik aku tu, ada budak kecik pucat tunggu depan rumah and ikut kitorang masuk rumah. Pastu die cakap, ‘when we were walking in, the girl kept doing the shhh sign to me seems like she doesn’t want me to tell people she’s coming in with us’. Hahaha, aku kate hadoi! Aku cakap kat pak cik aku, ‘pokcik wehhh, anok2 mung ni buleh nampok, nyaknye deme’. Pak cik aku diam je, tp aku nampak mulut die dok kumat kamit baca surah semua, sebab takut mende tu ikot balik lettew. By the way pak cik aku penakut, bini die lagi gagah perkasa. Haha. Adios amigos. Thanks baca. Tataaaa.

Pikachurut

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Facelesssa”

    • Haha. Diorang pon ada hantu diorang, mostly hantu diorang berpakaian zaman Victoria, petticoats, bonnets semua. Hantu Malaysia lagi scary.

      Reply
  1. Hijab time budak2 especially yg masih kecik lg mudah nmpk….cuma diorg tak tau nk gtau kita pebenda yg dia nmpk…so nangis je la….rasa cam citer 6th sense lak huhu…

    Reply
  2. Kalo ikutkan hantu urban eropah nih idok le seram sgt banding dgn hantu Malaysia gitu sbb kita ada sawit pisang jati dll yg buat best jadi habitat hantu┬▓ yg seram heheh

    Tapi tak tau la kan aku x pernah nampak lagi heheh..wallah hua’lam

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.