Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Mengenai Filem The Conjuring

The Conjuring adalah sebuah filem seram Amerika pada 2013 yang diarahkan oleh James Wan iaitu pengarah filem hollywood kelahiran Malaysia. Berbekalkan bajet sebanyak 20 juta USD, filem ini berjaya memperolehi kutipan keseluruhan sebanyak 318 juta USD diseluruh dunia menjadikannya sebagai salah satu filem seram yang mempunyai kutipan tertinggi sepanjang masa.

The Conjuring merupakan kisah adaptasi daripada kejadian sebenar yang berlaku kepada keluarga Perron pada tahun 1971 di Rhode Island, Amerika Syarikat yang mengalami gangguan paranormal. keluarga ini telah menjemput pasangan penyiasat paranormal dan juga pengasas The New England Society for Psychic Research iaitu Ed dan Lorraine Warren untuk menyiasat punca gangguan. Pasangan ini dikatakan mempunyai lebih 10 000 kes paranormal yang dilaporkan sepanjang karier mereka.

Pasangan Perron iaitu Roger dan Carolyn telah berpindah ke sebuah rumah ladang zaman colonial di Harrisville, Rhode Island bersama 5 orang anak mereka iaitu Andrea,Nancy,Christine,Cynthia dan April. Keluarga ini mendiami rumah berkenaan selama 9 tahun dan mengalami pelbagai bentuk gangguan paranormal seperti barangan dalam rumah terapung, bunyi pelik pada waktu malam dan yang paling menakutkan adalah gangguan daripada entiti wanita yang didakwa pengamal ilmu sihir bernama Batsheba Sherman seperti yang dipaparkan dalam filem ini.

Dikatakan, Batsheba menganggu pasangan Perron iaitu Caroline dengan menjelmakan diri sebagai wanita tua pada tengah malam dan menjerit menyuruhnya keluar daripada rumah itu selain Batsheba juga merasuk caroline. Menurut catatan, Batsheba atau nama penuhnya Batsheba Thayer dilahirkan pada tahun 1812 dan mendiami Harrisville bersama suaminya Judson Sherman.

Batsheba melahirkan 4 orang anak di mana 3 darinya meninggal semasa kecil. Kematian 3 orang anaknya semasa kecil didakwa ada kaitan dengan Batsheba ada mengamalkan ilmu sihir. Selain itu, pernah dilaporkan tentang kematian misteri seorang kanak-kanak dalam jagaannya dimana setelah pemeriksaan dilakukan terdapat luka jahitan pada belakang kepala kanak-kanak itu, namun disebabkan kekurangan bukti Batsheba dilepaskan daripada tuduhan.

Batsheba meninggal dunia diusia tua pada 25 Mei 1885 iaitu 4 tahun selepas kematian suaminya pada tahun 1881 di Harrisville, Rhode Island.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Mengenai Filem The Conjuring”

  1. Salah info tu. Bathsheba gantung diri pada thn 1863 & sumpah sesiapa yg ambil tanah dia. Sebab tu ader tali gantung. Pls get ur facts right dear author.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.