Fasilitator

Izinkan aku perkenalkan diri aku terlebih dahulu. Nama aku Imran dan sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA. Kisah yang nak aku ceritakan ni bermula semenjak aku berada di Tingkatan Enam lagi, entah kenapa sehingga ke hari ini perkara yang sama masih lagi berlaku, masih lagi menghantui diri aku. Beberapa bulan selepas keputusan SPM keluar, aku ambil keputusan untuk sambung Tingkatan Enam di sekolah yang sama, sebuah sekolah harian di daerah Johor Bharu, sekolah yang terkenal dengan pelajar 17A SPM suatu ketika dahulu dan terletak di atas bukit. Masa di tingkatan enam aku pun mula terlibat aktif dengan persatuan dan kelab-kelab dan seringkali membantu cikgu jika diperlukan. Pendek cerita, khidmat kami sebagai pelajar tingkatan enam tidak terhad hanya sebagai pelajar je, tapi kami boleh dikira jugak macam pembantu cikgu-cikgu kat sekolah tu.

Tahun 2012, aku menginjak ke tingkatan Enam Atas. Penglibatan aku semakin aktif, dan oleh sebab tu jugak cikgu kaunseling & disipilin menjemput beberapa orang pelajar daripada tingkatan enam untuk menjadi fasilitator untuk kem motivasi pelajar yang dianjurkan di sekolah. Tak fikir panjang, kitaorang pun bersetuju dengan jemputan tersebut. Jadi fasilitator ni kira macam bonus point untuk kami pelajar tingkatan enam, sebab nak sambung belajar ke peringkat ijazah, sijil-sijil kami mesti penuh dengan point-point yang dapat menaikkan markah ko-kurikulum sebagai salah satu pra-syarat untuk pohon di mana-mana IPTA. Kem motivasi diri ni yang masih aku ingat lagi, fokus dekat sekumpulan 40 orang pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan objektif kem tu nak bagi depa ni semua rasa insaf lah sikit, sebelum masalah disiplin tu melarat lebih jauh.

Kem tu berlangsung pada hujung minggu dan kitaorang diarahkan untuk bersama-sama pelajar & cikgu berkampung selama tiga hari dua malam kat sekolah tu. Untuk fasilitator lelaki, aku bersama dua orang rakan yang lain ditempatkan di dalam sebuah bilik kosong, hanya bersebelahan dengan koperasi sekolah. Ha mana-mana pembaca FS yang berasal dari sekolah yang sama mesti korang tak perasan kewujudan bilik kosong tu, terletak tengah-tengah di antara koperasi sekolah dan bilik dispilin. Kalau nak tahu, aku pun baru perasan bilik tu wujud, setelah hampir lima tahun kat sekolah yang sama. Selama ni aku perasan bilik tu kosong tak ada apa-apa barang pun, tapi waktu kejadian masa nak check-in untuk kem tu, aku baru perasan bilik tu sebenarnya ada dua buah katil dan gerobok (almari) baju! Aku, Muzi & Aziq tak banyak cerita terus angkut beg dari perut kereta dan punggah masuk ke bilik tu. Petang Jumaat berlalu dengan pantas, sedar-sedar je dah nak masuk waktu Maghrib.

Tengah-tengah nak pakai baju sebelum kitaorang ke surau, tiba-tiba je Muzi bersuara,

“Weh, apa benda tergantung tu?”

Aku dan Aziq pun terhenti, lantas memalingkan pandangan ke arah Muzi seraya bertanya, “Apa benda?”

Jari telunjuk Muzi pantas terarah ke penjuru dinding. Aku pun tengok ah apa benda yang tiba-tiba je si Muzi ni cakapkan. Ha korang rasa apa? Rupa-rupanya ada satu bungkusan berwarna kuning diraja, tergantung nun kat penjuru dinding dalam bilik tu.

“Uishh! Apa benda tu? Elok je tergantung kat penjuru”. Laju soalan ni keluar dari mulut aku, curious punya pasal. Dah lah nak masuk waktu Maghrib, boleh pulak nampak benda-benda macam tu, seriau aku dibuatnya.

Aziq bingkas berdiri, lagaknya seperti nak siasat kewujudan bungkusan tu. Dia pun pijak katil yang ada kat dalam bilik tu, tapi tak sampai! Tinggi lah pulak bungkusan tu tergantung. Aziq yang tinggi aku rasa 178cm pun masih tak sampai nak tengok. Dia turun, ambil kerusi dekat bahagian luar bilik tu, dan letak di atas katil dengan harapan dapat melihat secara lebih dekat bungkusan tu. Aku membantu Aziq dengan menahan kerusi tu, kalau jatuh kang lain pulak ceritanya. Tak lama pun lepas si Aziq ni panjat untuk melihat bungkusan tu, dengan tergesa-gesa dia terus melompat ke lantai. Ah dah kenapa pulak ni, tadi bersungguh-sungguh nak tengok siap ambil kerusi, bila dah tengok tergesa-gesa pulak nak turun.

“Wei Ziq, tak reti turun elok-elok ke? Asal ni terus lompat? Macam nampak hantu pulak gamaknya”, aku menyuarakan ketidakpuasan hati aku sebab Aziq meluru turun, terkejut aku dibuatnya! Suasana waktu tu sepi seketika sebelum Aziq membuka mulut.

“Dah jom keluar, kita pergi surau dulu, nanti aku cerita kenapa, tapi ingat pesan aku, jangan kacau atau cuba-cuba nak sentuh benda tu.”

Aku dengan Muzi termangu seketika mendengar apa yang diperkatan oleh Aziq tu, kedengaran juga seakan-akan dia memberi arahan. Aku ambil barang apa yang patut, kopiah dengan jam dan terus menuju ke pintu bilik diikuti oleh Muzi di belakang dan Aziq orang terakhir yang keluar dari bilik tu. Mula dari situ, hati aku dah tak sedap. Rasa takut dah mula terbit dari lubuk hati aku, jujur aku cakap, mana taknya dah lah bungkusan tu warna kuning, tergantung pulak dekat penjuru bilik yang memang tak pernah digunakan untuk apa-apa tujuan sebelum ni, hanya tertutup dengan pagar dan tingkap je. Sampai surau, Ustaz Thobroni tengah melaungkan azan, menandakan masuknya waktu solat Maghrib. Usai solat, kami bertiga minggir ke luar surau menuju ke pondok berdekatan. Pelajar yang terlibat sebagai peserta kem berada di dalam surau, tazkirah Maghrib dengan ustaz. Aziq mula membuka mulut,

“Bungkusan kuning yang melekat dekat penjuru bilik kita tu pelik weh. Korang tahu tak kat sekeliling bungkusan tu ada tulisan jawi ke arab aku pun tak tahu lah, macam jawi tapi aku cuba baca tapi tak faham! Aku rasa arab kot, lepas tu bau wangi, macam bunga kenanga”, terpancar wajah kerisauan dari muka Aziq. Gulp! Berderau d***h aku lepas dengar Aziq cakap macam tu. Si Muzi tak bersuara langsung, tapi riak wajah sedikit berubah. Melihat keadaan kami berdua yang diam membisu bagai tunggul pokok yang masih berakar di perut bumi, Aziq bersuara kembali. Dia cuba tarik positive vibes untuk datang dekat kami semua. Perbualan kami terhenti lepas ustaz panggil untuk berbincang mengenai tentatif malam tu. Malam tu kami tidak mempunyai tugas yang spesifik, hanya membantu cikgu-cikgu menjaga pelajar di kawasan dewan sebab ada taklimat dan ceramah. Tentatif malam tu berakhir pada pukul 11.30, fasilitator diminta untuk mengiring pelajar ke bilik tidur, which is kelas yang diubahsuai menjadi tempat tidur peserta kem.

Kitaorang bertiga berjalan balik menuju ke bilik, misteri bungkusan kuning tidak terlintas di fikiran dek kerana sibuk menguruskan pelajar untuk masuk tidur seawal yang mungkin memandangkan hari sudah larut malam. Sampai di bilik, aku terus tukar ke pakaian yang lebih selesa untuk dipakai pada malam tu. Aku melabuhkan p******g kat atas katil, sambil memerhatikan gelagat Muzi yang sedang membelek-belek lampu suluh yang dibekalkan oleh cikgu. Tak lama lepas tu, Aziq bersuara,

“Malam ni kita bergilir-gilir tidur, tapi bukan dekat bilik ni. Kita jaga bebudak kat atas tu, aku rasa ada yang curi-curi taknak tidur tu.”
Sebut sahaja perkataan ‘bilik’, misteri bungkusan kuning terus menerjah balik kat kepala aku. Ah sudah, memang taknak aku tidur sini malam ni. Aku capai sekotak air laici beserta sebungkus roti gardenia dan aku terus menuju keluar. Malam tu kitaorang bertiga bergilir-gilir berjaga, sorang tidur, dua lagi berjaga sampai lah ke Subuh.

Untuk sabtu malam tu, kitaorang para fasilitator diberi tugas untuk menyediakan path atau laluan untuk modul night walk atau lebih sinonim dengan nama burung hantu. Pelajar akan ditutup mata dengan kain dan perlu berjalan secara bersendirian menuju ke destinasi dengan hanya berpandukan tali yang disediakan oleh kitaorang. Pagi sebelum tu kitaorang ada pi jumpa dengan abang guard dekat gate belakang sekolah, niat nak bertanya kawasan mana yang ‘keras’ dan tak sesuai untuk dijadikan laluan untuk night walk malam tu. Pum pam pum pam berbual dengan abang tu, dia kata dekat area surau dengan blok lama tu kalau boleh jangan buat apa-apa aktiviti sebab kat dua tempat tu memang keras.

Mula-mula aku musykil jugak, eh dekat kawasan surau pun keras ke? Tapi kemusykilan tu cepat-cepat aku padam bila aku fikir balik yang abang guard ni lagi berpengalaman, siang malam duk ronda satu sekolah, he must knows better than me. Lepas dapat info tu kitaorang terus ke dewan utama. Tenghari hari macam tu lepas lunch, semua fasilitator termasuk yang perempuan berkumpul dekat kantin sekolah untuk bincang plan modul malam tu. Kitaorang brainstorm plan dan laluan nak pasang tali waktu tu jugak, sebab lepas Maghrib dah kena sediakan semua benda tu haa. Lepas dah sketch rough plan dekat kertas, kitaorang decide untuk jenguk kawasan-kawasan yang akan dijadikan laluan untuk pelajar malam ni. So far everything seems to be okay, tak ada masalah, tak mencabar dan tak sulit untuk pelajar tempuh walaupun dengan mata bertutup.

Habis solat Maghrib berjemaah petang tu, kitorang mula bergerak ke main check point which is dekat blok bangunan lama belakang (the one yang abang guard tu kata keras). Tapi kitaorang tak ikat tali dekat situ, cuma kat situ tempat pelajar berkumpul sebelum modul burung hantu bermula. Kitaorang dibekalkan dengan tali tampar (kecil sikit daripada tali tambang) yang cukup panjang, aku rasa lepas kitaorang lilit dekat tiang-tiang sepanjang lalulan tu adalah dalam jarak 200-300 meter jugak. Laluan yang kitaorang rancang ni tak lah panjang sangat, tapi kitaorang sukarkan yang mana pelajar perlu melalui beberapa obstacle yang sedikit mencabar macam lalu bawah kerusi, menyelit di dinding dan tiang batu dan adalah beberapa halangan lagi.

Mengikut perancangan bersama dengan cikgu bertugas, lepas habis taklimat di dewan utama sekitar jam 11 malam, pelajar akan dimaklumkan yang mereka akan ada satu lagi modul malam, dan hanya cikgu sahaja yang ada bersama dengan mereka. Pelajar juga dimaklumkan bahawa fasi-fasi dah balik, esok baru akan datang balik. Tapi hakikatnya itu kitaorang tak balik pun, kitaorang akan menjaga di setiap check point sepanjang laluan tali tersebut sehinggalah ke check point penamat which is dekat tapak perhimpunan.

Oleh sebab kawasan sekitar laluan terang benderang dengan sinaran lampu pendarfluor, kitaorang decided untuk tutup semua lampu yang ada, nak bagi lebih thrill dan bubuh sikit rasa seram bila dah gelap-gelap ni haa. Lebih kurang pukul 11 lebih macam tu, Cikgu Tan datang jumpa kitaorang dekat check point utama.

“Awak semua dah ready? Ustaz Thobroni dengan cikgu lain tengah briefing student kat dalam dewan tu. Flow malam ni, student akan tutup mata dengan dari atas lagi (merujuk di dalam dewan), dan cikgu akan guide mereka turun ke check point utama ni.”

Ringkas dan padat penjelasan daripada Cikgu Tan, kitaorang mengangguk tanda faham dan tak lama lepas tu Cikgu Tan pun beredar ke dewan utama. Kami masih lagi berkumpul kat main checkpoint sebelum masing-masing pi jaga kat checkpoint masing-masing. Sunyi betul rasa malam tu, cengkerik pun malu-malu nak keluarkan suara. Fasi perempuan, Faizah bersuara secara tiba-tiba memecah kesepian malam tu.

“Eh korang, nanti kalau nak ‘kacau’ budak-budak tu jangan over sangat tau, lagi-lagi dekat checkpoint longkang dengan tangga. Kat situ bahaya sikit takut diorang jatuh ke apa. Tau tau!”, pesan Faizah, walaupun kedengaran lembut suaranya, tapi berisi dengan peringatan agar kitaorang tak off-limits sewaktu modul berlangsung.

Lepas je Faizah pesan macam tu, Aziq ketawa, bukan sebab apa, tapi sebab si Aziq ni jenis penyakat, tak kisah apa pun semua dia langgar. Bila tiba bab ‘kacau’ budak-budak ni ha dia lah yang paling semangat. Tak lama lepas tu kedengaran sayup-sayup suara cikgu memberi arahan. Tu petanda yang pelajar dah nak sampai dekat main checkpoint. Maka dengan itu kitaorang pun beredar lah menuju ke checkpoint masing-masing. Aku bertindak selaku sweeper, atau dengan bahasa mudah lagi aku bebas bergerak ke sini dan ke sana tak tetap kat mana-mana checkpoint.

Dari jauh aku tengok cikgu-cikgu tu tengah kumpulkan pelajar dekat parking kereta berhadapan bangunan blok lama, betul-betul berhampiran dengan tangga. Secara senyap-senyap aku berjalan menuju main check point. Ustaz Thobroni pantas memberi beberapa peringatan dan panduan, tepat, ringkas dan padat. Antara bait-bait pesanan yang aku sempat dengar termasuklah membaca doa sebelum memulakan perjalanan, menggunakan password khas jika ada yang menegur dan tak lupa juga pesanan paling penting iaitu berpegang teguh dengan tali yang ada sepanjang perjalanan. Dalam samar-samar kegelapan malam, aku tengok rata-rata raut wajah pelajar dah mula menujukkan kerisauan, itu petanda baik yang mana aku rasa modul malam ni akan berjalan seperti yang dirancang. Tak lama lepas tu, sorang pelajar lelaki tiba-tiba pengsan, mujur Cikgu Tan sedar dan cepat-cepat memapah pelajar tu. Suasana kaget seketika, mana taknya belum pun lagi bermula dah ada yang pengsan! Pelajar tu kemudiannya dibawa ke makmal lama yang terletak di aras G blok lama tu.

Kumpulan pertama mula mengambil tempat. Aku pun turut serta berada di checkpoint pertama which also checkpoint perlepasan. Aku tengok pelajar pertama dok kumat-kamit, entah doa apa yang dibaca, perasaan takut melebihi segalanya saat tu! Pelajar tu pun dok pegang erat tali yang kitaorang dah pasang dan mula berjalan, diikuti pelajar kedua dan seterusnya. Aku dah mula jadi sweeper, ke checkpoint checkpoint yang ada, sambil tu kitorang ni kacau lah jugak. Dah mula kedengaran pelajar menjerit “aaghhhh! Jangan kacaulahh!!” ha tu tanda fasi dah mula main peranan mengacau pergerakan pelajar. Tiba-tiba aku dengar suara menangis sambil merayu,

“Cikgu toloonggg cikgu saya tak nak saya tak kuat cikgu tolonggggg cikguuu, saya tak berani cikgu tolongg”, berulang kali pelajar perempuan ni merayu taknak turut serta dalam modul tu. Ustazah yang berada di checkpoint perlepasan tu pun berulang kali memujuk pelajar tu dengan memberi jaminan tak ada apa-apa, sampai lah pelajar tu rebah menyembah bumi. Masuk ni dah dua orang rebah pengsan, aku syak dua-dua ni mengalami ketakutakan yang amat sangat. Aku pun beredar dari checkpoint pelepasan, mengorak langkah ke lain-lain checkpoint. Untuk pengetahuan pembaca FS, kitaorang para fasi dah bersetuju untuk memisahkan beberapa orang pelajar daripada pegangan tali dan membiarkan mereka buat seketika duduk di kawasan berdekatan dengan diawasi oleh fasi yang bertugas.

Tengah-tengah aku jadi sweeper ni aku perasan ada sorang pelajar perempuan ni duduk berhampiran dengan tandas blok baru yang berada di kawasan kantin. Aku pelik, tak ada kelibat fasi berdekatan pelajar tu, senang cerita tak ada fasi yang menjaga budak tu ah, dah lah tempat budak tu duduk agak terpinggir dari pandangan mata. Mujur aku jadi sweeper, boleh juga perhatikan gerak geri pelajar dan fasi pada malam tu. Aku terus menuju ke kedudukan pelajar tu, aku tunduk untuk melihat lebih jelas. Pelajar perempuan rupanya, siap duduk bersimpuh lagi, elok je tengah-tengah modul berlangsung, dengan mostly pelajar perempuan menjerit ketakutan, dia elok je duduk situ tanpa bergerak, siap bersimpuh lagi! Aku mencangkung, seraya berbisik,

“Nama awak siapa? Kenapa duduk sini sorang-sorang?”, sepi seketika tak berbalas. Niat aku bertanya untuk mengacau jugak lah, sekaligus nak pastikan budak ni is one of us pada malam tu.

Aku pelik, kenapa budak ni senyap je? Kalau aku tanya dekat pelajar lain dah bertubi-tubi jawapan aku terima. Tapi ni tak, soalan aku tak berbalas serta merta. Sebuah senyuman terukir secara tiba-tiba, mengejutkan aku yang masih lagi menunggu respond dari pelajar tu.

“Kenapa nak tahu nama saya?”, hambik kau soalan macam ni keluar dari mulut budak tu.

Aih, ini memang sah pelik. Aku tanya nama siapa, lazimnya budak akan balas dengan password yang telah ustaz bagi masa berkumpul, tapi ni tak, dia tanya aku kenapa nak tahu nama dia. Aku dah fikir lain, ini memang luar dari kebiasaan ni. Aku bingkas bangun secara tergesa-gesa, niat dalam hati nak melangkah pi jauh sikit tapi tak lama lepas tu budak tu bersuara lagi,

“Nama saya Seri, nama abang?”, terukir seulas senyuman di wajah walaupun mata sudah berlilit dengan kain hitam.
Sah! Memang dah jadi lain. Aku gigihkan lagi diri aku untuk terus berdiri di situ meskipun hidung aku dah mula mencium bau wangi, seakan-akan bau bunga Kenanga. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersuara,

“Awak dah terlepas dari tali ni, jom patah balik dekat tali dan habiskan perjalanan sampai checkpoint akhir”, sambil aku hulur penghujung torchlight untuk budak tu capai dan boleh aku bawa ke tali yang kitaorang dah ikat sebelum ni.

Perlahan budak tu bangun, persis anak dara kampung yang penuh dengan adab dan santun. Oleh sebab kawasan tu agak gelap, aku hanya berpandukan cahaya langit malam untuk melihat raut wajah budak tu. Masih lagi tersenyum sedang aku mengarahkannya untuk bergerak menuju ke tali berdekatan. Tangan kirinya lembut memegang penghujung torchlight dan aku memimpinnya menuju ke tali di dinding berdekatan. Sampai je dekat tali, aku arahkan budak tu untuk pegang tali tu dan bergerak ke hadapan, tanpa henti dan pesan agar pegangan tangan tak terlepas dari tali tu. Aku cuba menjadi positif, mungkin budak ni dah biasa ikut modul macam ni dan dia cuba bergurau dengan aku.

Sedang dia berjalan mengikut tali, aku perasan yang tangan kirinya menggenggam sesuatu. Aku amati secara lebih dekat, ada sekuntum bunga dalam genggaman budak tu! Tak hairan lah aku bau wangi masa awal-awal jumpa budak ni, ada sekuntum bunga dia pegang dari tadi. Menggigil seluruh tubuh badan, meremang bulu roma bila positive vibes hilang secara tiba-tiba. Aku berpaling menghadap ke belakang, sambil otak aku ligat berfikir kaitan antara bungkusan kuning yang tergantung kat bilik yang Aziq kata bau macam bunga Kenanga tu dengan bunga yang budak perempuan tu genggam kat tangan dia, adakah benda yang sama? Tengah-tengah aku berfikir tu, satu suara secara mengejut menegur,

“Kau buat apa kat sini Im?”, menyentak aku dari lamunan.

Aku pandang ke sisi, rupa-rupanya Faizah sedang berdiri menghadapku. Aku pandang mukanya, masih lagi membisu mengenangkan perkara yang baru je berlaku. Susuk tubuh budak perempuan tu dah tak ada, mungkin dah hilang sewaktu aku sedang mengelamun.

“Aku ambil sorang budak dekat sana tu (sambil jari telunjukku mengarah ke tandas). Siapa yang jaga checkpoint sini? Ada budak tak dijaga kat kawasan tandas, perempuan pulak tu! Bahaya kot, mujur aku nampak tu yang aku bawa dia kat sini (tali)”, aku membalas pertanyaan Faizah dengan nada suara separuh perlahan.

“Eh, mana ada fasi jaga sini. Sini bukan checkpoint yang kita bincang sebelum ni, sebab tu tak ada siapa-siapa jaga. Checkpoint aku kosong tadi budak dah lepas, pastu aku tunggu tak ada yang lalu tu aku gerak turun nak tengok tempat lain, tup tup aku nampak kau berdiri kat sini”, tampak serius wajah Faizah membalas kembali pertanyaan aku mengenai fasilitator yang menjaga checkpoint.

Gulp! Aku menelan air liur. Masih lagi tegak berdiri di tempat yang sama aku arah budak perempuan tu untuk pegang tali dan terus berjalan. Ligat otak aku berfikir, macam mana Faizah boleh cakap tak ada budak lalu checkpoint dia sedangkan aku dah lepaskan budak perempuan tu tadi? Macam mana pulak aku boleh terlupa tempat yang aku jumpa budak tu tadi sebenarnya bukan checkpoint seperti yang kitaorang bincang sebelum ni? Aku mengelamun memikirkan persoalan yang timbul, persoalan yang tampak seperti tiada jawapan yang muktahir. Lamunan aku terhenti sebaik disapa oleh Faizah,

“Im! Im! Apahal senyap ni? Kau fikir apa tu?!”, kedengaran suara Faizah menggesa untuk aku berhenti dari terus mengelamun.

“Ijah kau dari atas kan? Tadi aku ada lepaskan sorang budak perempuan, aku suruh dia pegang tali dan terus jalan ke depan. Ada tak budak tu lintas tempat kau?”, aku ajukan soalan yang lebih spesifik, soalan yang mungkin dapat merungkai sedikit sebanyak terhadap misteri yang baru aku alami.

“Tak ada Im, kan aku cakap aku turun sini sebab tak ada budak lalu kat checkpoint aku. Aku ingatkan ada budak tersangkut kat mana-mana checkpoint sebab tu jadi lambat. Budak mana yang kau maksudkan ni? Aku jalan dari checkpoint aku ke sini tak nampak pun ada budak lalu. Ha satu lagi asal muka kau macam orang bingung ni? Dah la Im jom pi checkpoint lain.” Lagak Faizah seperti biasa, meskipun aku baru je cakap aku ada ambik sorang budak yang sesat tak ada fasi jagi, tapi dia tidak mengambil serius apa yang diperkatakan aku. Mungkin dia ingat aku bergurau atau mungkin cakap kosong je.

Ya, aku masih lagi bingung memikirkan perkara yang telah berlaku. Beriya-iya si Faizah menafikan yang ada budak perempuan lalu menuju ke checkpointnya walhal aku sendiri yang menghantar dan melihat kelibat budak perempuan tu berjalan sambil tangan kanannya memegang tali terus menuju ke hadapan, menghilang di sebalik kepekatan malam. Faizah berjalan melintas di hadapanku, menuju ke arah checkpoint awal. Aku turuti langkahnya perlahan, dengan fikiran bercelaru. Sampai di checkpoint awal, aku perhatikan ada satu lagi kumpulan berbaki yang sedang menunggu giliran. Selang beberapa minit, Faizah kembali mengajak aku ke atas, menemaninya hingga ke checkpoint jagaannya. Untuk pengetahuan pembaca FS, apabila pelajar sudah berjaya sampai ke checkpoint terakhir, fasi yang berada di sana akan menempatkan pelajar tersebut di dataran tapak perhimpunan, menunggu yang lain untuk tiba. Aku melangkah laju selepas meninggalkan Faizah di checkpointnya, terus menuju ke tapak perhimpunan.

Aku ingin mencari budak perempuan tadi, aku nak pastikan yang budak tu benar-benar wujud, benar-benar ada dan bukan khalayan. Suasana agak sepi waktu kat tapak perhimpunan tu, sayup-sayup kendengaran suara fasi mengacau pelajar yang sedang duduk, ada yang memberi respond, ada yang membisu, tak kurang juga ada yang berkumat-kamit membaca doa sampaikan ada yang tersasul membaca doa makan pun ada jugak! Seorang demi seorang aku perhati, aku datang secara lebih dekat. Tapi, aku tak jumpa pun kelibat budak perempuan tu langsung kat tapak perhimpunan! This thing is getting real serious over here, bisik hati kecil aku. Aku ambil keputusan untuk kembali semula ke bawah, tapi kali ni bukan aku sorang, aku ajak Muzi lagi untuk teman aku. Sedang aku melangkah menuruni anak tangga, kelibat mataku perasan yang ada susuk tubuh sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu tandas, tempat aku mula-mula nampak budak perempuan yang entah hilang ke mana saat tu. Aku berhenti, sambil tangganku menggapai bahu Muzi,

“Muzi Muzi! Kau tengok dekat tandas tu, ada budak perempuan!”, sambil tanganku mengarah ke kawasan tandas. Muzi tanpa berlengah melihat sama ke arah yang aku tunjuk tu.

“Mana Im?”, wajah Muzi tampak bingung, menantikan penjelasan daripada aku.

“Tu haa betul-betul kat depan pintu tandas, tadi aku nampak ada budak berdiri kat situ!”, aku berkeras dengan kenyataan aku, walaupun pada waktu tu dah tak nampak siapa-siapa pun berdiri kat situ.

“Kau biar betul Im? Serius ni aku tak nampak apa pun, ha kau tengok lah mana ada budak kat situ”, Muzi menafikan kata-kata aku.

Aku akur, memang dah tak ada kelibat budak yang aku nampak tadi. Tapi hati kecil aku berbisik supaya aku turun jugak dan pi jenguk sendiri dekat kawasan tandas tu. Aku ajak Muzi untuk teman sama, tapi dia tak nak. Berkali-kali aku ajak, berkali-kali jugak dia tolak. At last aku pi jugak sorang-sorang, dengan syarat si Muzi stay kat tangga tu jangan pi mana-mana. Aku pun berjalan pi ke arah tandas, bergetaq jugak lah tangan, hampir-hampir nak terjatuh torchlight yang aku tengah pegang. Kosong, sunyi dan sepi; tak ada sesiapa pun dekat situ! Dekat dalam toilet tak usah cerita, memang gelap gelita sebab awal-awal kitaorang dah padam lampu tak nak ada sikit pun pencahayaan yang boleh ganggu modul burung hantu malam tu. Sedang aku dok suluh sana sini dekat depan tandas tu, Muzi yang sedang menunggu di tangga separa menjerit memanggil aku,

“Imm! Dah lah jom naik atas, kau jangan buat scene seram pulak kat sini. Takda sapa pun kat situ ha dah jom jom!”, lantang Muzi bersuara, sekali dengar bunyi macam tak ada apa, dua kali dengar aku tahu dia pun dah mula rasa takut, mana taknya aku nampak ‘benda’ yang dia tak nampak, siapa tak rasa takut kan? Aku pun tak nak berdiri lama kat situ, pusing badan dan mula jalan menuju ke tangga tempat Muzi berdiri.

“Abang nak pergi mana tu?”, satu suara lembut menyapa aku dari belakang, perlahan je bunyi, berjaya mematikan langkah aku daripada terus mara ke hadapan.

Tersentak aku dibuatnya, aku cuba nak angkat tangan kanan, konon nak bagi isyarat dekat Muzi tapi aku tak dapat. Torchligh yang aku genggam dengan tangan kanan terasa dipegang, bila aku nak tarik torchlight tu rasa berat! Ah sudah, memang sah ‘benda’ tu ada kat depan tandas ni ha. Silap besar aku pi turun sorang-sorang dekat tandas ni haa, ibarat nasi dah jadi bubur. Langkah aku terhenti, kaku berdiri sambil mulut mula membaca surah-surah pelindung. Mulut berkumat-kamit, namun tidak kedengaran ayat apa yang dibaca sebab aku tengah takut gila masa tu! Usai baca dua tiga ayat, aku gagahkan jugak diri ni untuk blah dari situ.

Dengan sekali sentap, aku berjaya ‘lepaskan’ tangan aku dari digenggam dan tak fikir apa aku terus berjalan (dengan laju) pi kat tangga. Melihat aku yang sedang berjalan ke arahnya, Muzi pun dah siap sedia nak blah dari situ, mula mengorak langkah meninggalkan aku di belakangnya. Kitaorang terus ke tapak perhimpunan, niat nak tunggu kat situ je sampai habis. Aku masih lagi dihambat ketakutan dek ditegur dengan seseorang yang mana aku yakin suara yang tegur aku tadi tu adalah Seri! Budak perempuan yang aku nampak bersimpuh depan tandas, yang aku ingat tersesat dan yang aku pimpin dari depan tandas sampai ke arah tali. Aku tak tahu kenapa aku yang dipertemukan dengan situasi macam tu, kenapa aku sorang kenapa bukan dengan orang lain? Soalan yang aku sendiri tak ada jawapannya.

Nampak je kelibat Cikgu Tan lalu di kawasan tapak perhimpunan tu, aku terus meluru ke arahnya dan terus menyapa,

“Cikgu cikgu! Ada ke peserta perempuan yang nama Seri join kem ni?”, tanyaku sambil menahan mengah sambil cuba menstabilkan pernafasan akibat terlalu kelam kabut waktu tu.

Ye, sekali lagi aku bertanyakan perihal budak perempuan misteri tu dekat cikgu, kali ni memang aku nak confirmation yang paling telus sebab cikgu Tan selaku cikgu kaunseling dia tahu senarai nama dan bilangan pelajar yang turut serta dalam kem ni. Berkerut jugaklah dahi cikgu Tan nak mengingat balik nama pelajar perempuan. Tak lama lepas tu dia bersuara,

“Seri? Seingat saya lah, tak ada pulak pelajar dengan nama tu join kem ni. Saya kenal nama sorang-sorang sebab most of them (pelajar perempuan) dah pernah masuk bilik kaunseling untuk kami (cikgu kaunseling) bantu.” ringkas dan padat jawapan daripada Cikgu Tan, cukup untuk membuatkan aku terdiam di hadapannya.

Aku beredar dari pandangan Cikgu Tan, tak nak dia tanya lebih lanjut kang tak pasal-pasal semua orang ketakutkan. Cukup lah aku sorang yang kena, walaupun menggigil badan bila kena seru dengan ‘benda’ yang tak nampak dek mata kasar orang lain. Tangan aku masih lagi menggigil bila aku benar-benar dapat tahu yang tak ada pun pelajar nama Seri dekat kem ni. Antara ramai-ramai fasilitator yang ada, cuma Aziq, Muzi dengan Faizah je yang aku rasa terlibat dengan misteri ni, tapi bukan secara langsung. Rasa takut aku dekat bungkusan kuning yang tergantung dekat bilik tu bersebab rupanya. Tak sangka pulak benda macam tu boleh melarat sampai aku ‘dipertemukan’ dengan situasi tu, tapi jujur aku cakap memang takut gila dan pada waktu yang sama jugak aku acah-acah berani nak merungkai misteri pelajar bernama Seri yang aku jumpa secara tak sengaja tu.

Kalau nak ikutkan, bukan aku yang pi tengok bungkusan kuning bertulisan arab tu, tapi ye lah benda ghaib macam ni tak ada siapa yang tahu macam mana boleh berlaku dan kenapa ianya berlaku. Modul burung hantu berakhir apabila kesemua 40 orang pelajar selamat dikumpulkan, dengan ada di antara mereka yang menangis teresak-esak akibat daripada rasa takut terhadap beberapa perkara seperti takut akan kegelapan, terpaksa memberanikan diri untuk berjalan sorang-sorang dengan hanya berpandukan kepada tali yang diikat di sepanjang perjalanan dan ada di antara pelajar yang dikacau oleh fasilitator untuk menguji emosi mereka sepanjang modul itu berlangsung.

Peristiwa aku diganggu dengan Seri aku simpan sorang-sorang, bukan aku tak nak cerita dekat rakan fasi aku yang lain, cuma aku rasa waktu tu bukan masa yang sesuai memandangkan masih berbaki setengah hari lagi sebelum kem motivasi itu sampai ke penghujungnya. Budak perempuan yang bernama Seri, yang menghadiahkan seulas senyuman untuk aku tu sebenarnya tak wujud pun! M**i-m**i aku ingat dia salah seorang pelajar yang turut serta dalam kem tu, namun sangkaan aku ternyata meleset. Bukan setakat meleset, malahan aku terpaksa berhadapan dengan perkara mistik, memang betul-betul di luar jangkaan aku. Kenapa Seri menyapa aku? Satu persoalan yang berat untuk rungkaikan. Apa yang aku alami pada malam tu aku rasa ada kaitan dengan bungkusan kain kuning yang tergantung di hujung bilik tempat yang sepatutnya kitaorang menginap tu. Pada hemat aku lah, ada sebabnya kenapa benda tu tergantung kat dalam bilik tu, sama ada ianya sebagai pelindung, ataupun sebaliknya. Entah-entah bungkusan kuning tu ‘berpenghuni?’

Rasa takut masih bersisa malam tu, dan aku ambil keputusan untuk tidak tidur di bilik yang telah disediakan untuk kitaorang. Aku request untuk tidur kat bilik disiplin yang hanya terletak bersebelahan je dengan bilik tidur kitaorang dengan alasan aku nak rasa aircond untuk tidur malam tu. Permintaan aku dibenarkan tapi kitaorang tak tidur beralaskan tilam ke apa, tak ada masa nak angkut dan sebab tu kitaorang bantai tidur beralaskan lantai dengan bantal je. Menginjak hingga ke Subuh, aku masih tak dapat lelapkan mata, hanya tidur-tidur ayam macam tu je. Muzi dengan Aziq tak payah cerita la, memang lena tidur sampai berdengkur. Sejuk aircond dalam bilik disipilin tu, sejuk lagi aku rasa bila dengar suara Seri berbisik memanggil aku, bukan sejuk yang nyaman, tapi sejuk sebab ketakutan yang amat sangat!

Mesti korang ingat aku dah serik nak jadi fasilitator lepas perkara macam ni berlaku kat diri aku kan? Tak, aku tak serik sebab selang beberapa bulan lepas aku jadi fasi untuk kem motivasi diri dekat sekolah, sekali lagi kitaorang dijemput untuk menjadi fasilitator untuk kem kepimpinan pelajar (fokus kepada badan disiplin & unit beruniform) yang berlangsung di Pusat Latihan SAJ (Syarikat Air Johor) Sungai Layang, Pasir Gudang. Perkara yang sama, tetapi dengan cara yang berlainan berlaku lagi kat aku, cuma bezanya kali ni lagi teruk sebab Pusat Latihan SAJ ni terletak jauh dari penempatan orang dan pusat ni betul-betul bersebelahan dengan Empangan Sultan Iskandar. Korang boleh google atau insta location Pusat Latihan SAJ ni kalau nak tengok gambar dan kedudukan pusat tu yang betul-betul berada di dalam hutan dan terletak bersebelahan je dengan empangan. Masa tu lagi teruk sebab kitaorang bermalam di dalam hutan (camp site) dengan bilangan pelajar yang lebih kurang sama sewaktu kem motivasi dekat sekolah.

Rasanya dah panjang jugak aku bercerita ni, jam pun dah pukul tiga pagi, insyaAllah kalau ada masa dan kesempatan lagi aku akan bercerita bahagian kedua Fasilitator yang bertempat dekat Pusat Latihan SAJ, masih berkisar topik yang sama iaitu peranan aku dan rakan yang lain sebagai fasilitator, dan kisah mistik/paranormal yang berlaku terhadap kitaorang. Untuk bahagian kedua, bukan aku sorang je yang diganggu, dan apa yang menganggu kami memberikan impak terhadap kelancaran kem pada waktu tu. Adios!
(Imran, 2017)

Z, Imran

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Fasilitator”

  1. ‘Kenapa Seri menyapa aku?’…dikk sebab ko yg tegur dia dulu. ingat x.
    “Nama awak siapa? Kenapa duduk sini sorang-sorang?”, sepi seketika tak berbalas.
    Sebab tu dia nk kawan dgn awak. Btw nice story…sambung la lgi.

    Reply
  2. dah macam tajuk lagu kau yg bernama seri..baca cerita nih berlatarbelakangkan lagu tuh pergh..naik bulu roma aiiii..hahaha

    Reply
  3. Wahahaha , tandas blok baru sebelah kantin eh , blok baru tu blok Form 6 tu , turun tangga je sebelah dia tandas perempuan seperti yg diperkatakan Imran ni , nasib baik aku dah habis F6 kat situ , kalau tak , balik turun tangga je mesti teringat Seri , dah lah hari2 aku dan kawan2 antara yg last turun dari blok tu sebab kami stay lambat ada kelas tambahan dan study sendiri , hahaha

    Reply
  4. Weh…berdebow aku baca pasai seri nih…dah la tido sorang.sorang malm ni..alahai…silap aku baca smpai hbis…best…mohon smbung ya abg fasi…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.