First Time Pergi Pendang

Assalammualaikum kepada pembaca Fiksyen Shasha. Kali ni aku pula nak share pengalaman misteri aku masa aku pergi kenduri kahwin kawan aku kat Pendang, Kedah. Tapi sorry ye kalau tak menyeramkan atau memboringkan hehe. Masa tu aku belajar kat salah sebuah universiti awam kat selangor. majlis kawan aku tu berlangsung pada hari sabtu which is Hari Malaysia kalau tak silap.

So jumaat malam, aku dengan kawan aku pun berangkat 1 kereta dalam pukul 11 malam. Kami 3 orang and aku duduk kat seat belakang sebab aku nak tidur jap lagi kena jadi pengapit lelaki nanti tak pasal-pasal tersenguk-senguk haha. Sebaik saja kami masuk je highway ke utara, ya Allah jam yang amat sampai nak berhenti kat RnR pun penuh padu. Lupa ada public holiday confirm orang balik kampong punya haish.

Dalam sesak-sesak tu, aku pun mesej member aku, C (yang nak kahwin tu) mintak send location kat whatsapp. Aku dapat location tu aku terus forward kat kawan aku yang tengah drive, A. Co-driver, member aku B pulak tengah sibuk baca cerita hantu Karak yang ada orang share kat facebook (macam tak ada benda lain yang elok kau nak baca). Tak sampai beberapa ketika lepas tu aku pun beradu. Pukul 4.00 pagi kawan aku A, kejut aku ngan B. Masa tu aku tengok kat luar kami dah sampai dekat 1 kawasan perumahan teres kat Pendang tapi tak sure kat mana. A pun tanya soalan kat kami yang masa tu masih mamai (tak guna punya member dia drive sorang kitorang sedap je membuta haha)

A : wei nak gi umah diorang terus ke nak lepak mamak ke mana-mana dulu?
Aku : (Tengok luar gelap gelita kedai mamak langsung tak ada apa tah lagi 7Eleven) Nak lepak mana bukannya ada apa pun kat luar ni. Kita gerak terus je lah gi rumah dia.
A : tadi lepas exit tol aku dah on GPS nak gi rumah dia. Sampai ada satu jalan tu, kiri kanan sawah padi habis jalan jadi gelap gelita. Aku pun jadi tak berani nak lalu tu yang aku u-turn jumpa kawasan perumahan terdekat pastu kejut korang.
Aku : Takpe. Ni kitorang dah bangun so lu jangan takut kita gerak je k. Haha

So, A pun on GPS dia balik and GPS tu tunjuk direction untuk keluar semula dari kawasan perumahan tu. Member aku A pun ikut je lah GPS. Dalam beberapa minit perjalanan, kitorang pun lalu satu kawasan ladang getah. Masa tu radio tengah main lagu Sephia nyanyian Sheila on 7. Tengah syok layan lagu tu tiba-tiba radio macam tukar siaran bahasa siam. Pelik kot tapi kitorang tak fikir apa pun cuma kitorang gelakkan deejay radio tu apa mabuk ketum ke apa cakap siam haha. Kejap je pastu radio dah elok semula and lagu Sephia sambung kembali. Kami pun melepasi MRSM Pendang dengan 1 surau dan kami tiba dekat 1 simpang. GPS suruh belok kiri masalahnya simpang tu masuk hutan (aku assume hutan tapi aku rasa macam ladang getah. Gelap kot)

A : GPS suruh belok kiri ni. Macam mana? Nak ikut tak?
Aku : Ikut je GPS. Betul lah kot jalan ni. GPS lagi tau daripada kita ni hah. Dah lah semua tak pernah pergi Kedah. Haha

Jalan tu, tak payah ceritalah gelap dan menakutkan. Nasib baik kami bertiga. Kiri kanan hutan ada lah jugak beberapa kali terserempak dengan kucing (mata diorang kan menyala kalau disuluh lampu). Kami pun tiba satu simpang tapi yang peliknya simpang tu saja yang ada lampu jalan (sepanjang perjalanan dalam hutan tu tak ada langsung tiang lampu), ada 1 kotak mesin TnB dengan pondok kayu usang. GPS suruh masuk simpang tu so kawan aku pun berhenti depan pondok kayu tu.

A : Wei macam mana ni? Still nak ikut GPS ke?
B : Ntah. Kau rasa macam mana?
Aku : jam dah pkul 4.45 pagi. Setengah jam jugak perjalanan. (tengok pondok tu tiba-tiba aku terus meremang, rasa macam ada orang perhatikan aku) wei gerak je wei. Gerak je gerak!!
A : Seriouslah nak gerak je?
Aku : Ya Allah serious gerak je lah!!

A tengok aku macam takut semacam dia pun gerak je ikut GPS tu. Aku tersedar yang aku duduk belakang sorang-sorang ya Allah dalam hati aku duk pikir jangan lah ada benda menumpang tapi kalau nak tumpang pun jangan lah tunjuk diri tu. Dari jalan tu jalan berturap dua lane sampai jalan tak berturap 1 lane tapi kami tetap teruskan perjalanan sampai kami nampak ada jambatan melintasi satu anak sungai. Seberang sungai tu ada dua buah rumah yang agak usang. GPS kata rumah tu lah destinasi kami. Kami jadi bingung, B memang jelas nampak confused yang amat. Aku pun call C tapi phone aku tak ada line coverage, sama jugak dengan B. Nasib baik A ada line.

Aku : Hello. C, rumah kau yang ada dua bijik je ni ea?
C : Taklah. Rumah kami kat kawasan perumahan lah.
Aku : Ye lah. Yang dua bijik ni ea?
C : Tak lah. Kawasan perumahan macam biasa ada deret-deret rumah teres. Korang dah sampai ke?
Aku : Entahlah dah sampai ke tidak. Rumah kau ni kena seberang sungai ke . . .
C : Hello? Tak dengar suara pun. Korang kat mana ni? Hello?
Aku : (. . . line pun putus) wei tak ada line. Macam mana ni?
B : Jom lah patah balik. Aku dah tak sedap hati ni.
A : Jam pun dah pukul 5. Aku tetiba rasa meremang dah ni. Jom lah u-turn balik.

Kami pun u-turn sampai simpang masuk hutan tadi. Lega betul rasa bila nampak perumahan kampung dan tak sampai beberapa ketika kami pun lalu depan surau yang berdekatan dengan simpang tadi. Jam pukul 5.30 pagi, azan subuh pun berkumandang tapi kami tetap teruskan perjalanan. Tiba-tiba GPS pun bersuara “turn right” dekat satu simpang. Yang peliknya, selama kami gerak dari kawasan perumahan sampai masuk hutan sampai keluar balik, GPS ni diam je kot. A paling terkejut sebab dia yang refer GPS tu. Kami pun mendiamkan diri sampai kami tiba kawasan perumahan yang awal-awal tadi A kejut aku dengan B. Aku pun tergerak hati nak call C. tengok telefon, yes ada line.

Aku : Hello. C, rumah kau kat (tengok signboard nama jalan) jalan ******* ke?
C : Ha ye lah tu. Tau pulak korang cari. Bla bla bla (dia explain arah nak pergi ke rumah dia)
Aku : (Dah sampai rumah dia) apa direction kau bagi entah habis ke mana kitorang pergi tadi ya Allah. Bengang kot patutnya sampai pukul 4 pagi tadi sebab sesat pergi melawat rumah kat hutan tu sampai sejam lebih drag. huh
C : Aku forward apa yang D (husband dia, orang local and jugak kawan kami) send kat aku. Takkan salah pulak yang D bagi, dia kan orang sini. Uish mana korang pergi. Takutnyaaa

Kitorang pun masuk rumah, bersihkan diri dan solat subuh. Yang B sentuh katil terus je membuta. Aku kat ruang tamu tengah borak dengan D. tiba-tiba A keluar bilik join kitorang. Jam tunjuk pukul 7 pagi

Aku : wei kau tak ngantuk ke A?
A : Aku nak tengok sunrise. Aku still pelik lah dengan apa yang jadi pagi tadi. Tak boleh nak brain (hadam).
Aku : Kau tak nak try check semula GPS tadi?
A : (Bukak location tadi kat GPS phone dia) wei GPS kata rumah ni lah location nya. Tak ada pun history rumah 2 ketul yang kita melawat tadi tu. Entah-entah memang ada benda minta tumpang balik kot.

Maka kami pun ber huhu. Kesimpulannya, jangan lah baca kisah-kisah seram kalau dalam perjalanan nak pergi ke tempat yang kita tak pernah pergi. Haha Aku share saja pengalaman kami bertiga. Sorry cerita agak panjang. Segala salah dan silap harap dimaafkan ya. Terima kasih.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

3 thoughts on “First Time Pergi Pendang”

  1. Sebenarnye kan nak beritahu,kalau dah malam2 cm tu,janganla guna GPS.Huru hara nti..huhuhuu.. Sebab sahabat kami dah kena.. GPS tu bawa dia pergi kubur (Islam) lama.. Yes,location memang betul tapi arahnye ke situ…. Seram.

    Reply
  2. Pendang..tempat aku kot…mrsm tu dekat ja dgan rumah aku…huuuu seram doo…alhamdulillah…tak penah kena lagi gangguan mcam ni…mintak simpang lah aku…

    Reply
  3. Dpt tgkp masok jln mana ni..tp kawasan rumah tu xpasti..samada jenun ataw pon pokok tai.. Yg hutan pokok getah tu area kilang bata..yg pelik nya pasai pa trun tol pendang.. Ptot ikot gurun lg dekat..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.