#Fizi – Maafkan Ji…

Assalamualaikum kepada semua pembaca tegar FS dan Admin. Bertemu kita lagi selepas kesudahan entry sebelum ni Amin Oh Amin. Saya Hafizi Abu Bakar 29 tahun bapa kepada 2 orang anak. Saya ingin memberi gambaran pasal sikap saya. Saya seorang yang agak laser mulutnya tapi bertempat lah, saya juga jenis tidak mengkias-kias jika ada rasa ketidak puas hati kepada sesetengah benda. Saya perlu berkelakuan itu sejak saya masuk audit dept. tugas seorang juruaudit tidak lah seindah yang ramai sangkakan. Segala baik buruk yang kami bongkarkan kepada sesetengah syarikat atau cawangan akan membuat kami dibenci dan didendam. Bukan saja dari segi percakapan malahan dengan benda halus sekalipun kami tetap akan dikerjakan.

Kisah kali ini mungkin tidak seseram mana seperti yang diimpikan oleh pembaca FS, tapi ini untuk pengongsian sesama umat. Jika ada yang tersinggung hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf tidak kira kenal atau tidak, langsung atau secara tidak langsung. Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini saya Fizi. Seorang lelaki yang diberi keistimewaan untuk melihat benda halus tapi tidak mampu untuk mengusir dan mengubat seseorang. Tapi selepas ditimpa oleh beberapa kejadian baru lah saya belajar cara untuk melindungi diri dan mengelak dari benda-benda ni semua. Jika anda semua pernah mengalami situasi yang akan saya kisahkan ini harap jangan terbawa-bawa dengan kehidupan seharian. Kisah dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.. semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.

Pada satu pagi yang hening,terdapat seorang lelaki yang sangat resah kelakuannya. Kiri kanan kaki melangkah mencari jawapan apa sebenarnya yang berlaku. Di setiap ruang didalam fikirannya giat mencari jawapan. Siapa akan membantunya? Siapa yang sudi? Siapa, siapa dan siapa? Itu lah ayat yang akan muncul dari mulut lelaki itu. Di tengah orang ramai sibuk membina kehidupan masing-masing, dia masih lagi disitu mencari jawapan. Tanpa siapa tahu apakah kesudahan jalan hidup lelaki itu. Jadi biarkan rahsia dan kita teruskan kisah yang akan diceritakan ini.

Hari itu aku mendapat message dari Ema sepupu aku dari kampung mengatakan mahu berjumpa dengan aku. Ema merupakan sepupu aku yang paling rapat dengan aku. Dia telah kematian ayah dan ibunya sewaktu berusia 13 tahun. Ema tinggal dengan nenek aku di kampung bersama Maksu dan Paksu. Maksu aku pula ketika itu belum ada rezeki menimang cahaya mata walaupun dah berkahwin 4 tahun. Mereka mengambil keputusan untuk menjadikan Ema ni anak angkat mereka. Segala kebajikan Ema dijaga oleh Maksu dan Paksu. Paksu aku merupakan seorang peniaga kecil yang berjaya tapi apakan daya belum ada rezeki untuk beranak. Kami sering berjumpa jika pulang ke kampung dan segala kebajikan nenek akan dikawal dan dijaga oleh Maksu.

Mak pernah cakap yang Maksu ni ceria masa kecil dulu dan dia ni ‘ramai’ yang berkenan. Aku mengerti maksud mak. Jadi aku hanya mengangguk saja. Tidak mahu bertanya lanjut mengenai Maksu. Okay berbalik pada Ema. Dia ni nak jumpa aku sebab ada perkara penting yang dia nak cerita. Lagi pun dia ni memang cari aku je kat KL ni kalau ada apa-apa masalah. Ema berumur 25 tahun dan masih bujang. Kenapa bujang? Aku tak tahu la dengan si Ema ni. Nak kata hodoh tak pulak, lantak kau la Ema. Setelah membuat perjanjian kami bersetuju nak jumpa di sebuah kedai yang tak jauh dari pejabat aku. Memandangkan aku tengah free ketika itu, aku pun datang setengah jam awal dari masa yang dijanjikan.

Setelah sejam menunggu Ema pun muncul. Dengan wajah yang ayu dan berperwatakan lembut, pasti akan mencairkan mana-mana lelaki yang melihat dia. Tapi bagi aku ada sesuatu yang tak kena dengan wajah itu. Walaupun tampak ayu begitu tapi tidak bagi aku. Entah kenapa sejak Ema sampai aku dapat rasakan sesuatu yang tidak enak dengan keadaan biasa. Aku menenangkan diri dengan membiarkan saja perasaan itu pergi. Aku melambai dan Ema pun laju menghampiri meja aku. Setelah mencium tangan aku Ema pun duduk. Dia terus panggil pelayan dan memesan fresh oren je. “Cakap nak makan tadi,” aku bersuara.

“Taknak la bang, Ema kenyang lagi” balasnya. “Ada apa kau nk jumpa abg ni? Kau tak sibuk ke?” aku pantas memulakan perbualan. “ Ema susah hati ni bang, tak tahu la nak buat apa” Ema cuba menjelaskan tujuannya. “nak di ceritakan takut orang cakap Ema ni tak sedar diuntung, yela anak yatim la katakan.” Sambung Ema lagi. Wah ! serius betul topik Ema. Ni macam dah bab-bab sensitif ni. Aku rasa semakin minat dengan cerita perempuan ni. “ cuba kau bertenang dulu ema, citer satu-satu kat abg” soal aku ringkas. Aku tau salah cakap nanti Ema akan terasa sebab dia membesar tanpa mak dan ayah. “apa yang tak kena ni Ema, abg akan cuba tolong tapi kalau melibatkan mumy (maksu), abg memang berat nak tolong.” Tenang aku meluahkan.

Memang aku tak sebulu dengan maksu ni. Aku tak tahu kenapa aku memang tak boleh nak sebulu dengan dia. Padahal dia takde lah menyakitkan hati aku pun. Mungkin sebab maksu ni tegas dan terlalu banyak peraturan orangnya. Aku tak berkenan sangat. Ada je dia nak tegur bila aku ada kat kampung. Itu salah, ini salah , tu tak betul yang ni sepatutnya yang betul sampai aku rimas kalau duduk di kampung. Cerewet barangkali. Ema mengeluh panjang. “ pasal mumy la Ema nk ceritakan ni, tapi abg macam tak boleh nak tolong Ema je”sayu Ema meluahkan. “kau cerita la dulu. Kalau boleh abg tolong abg tolong la.” Aku memberi harapan pada Ema. Takkan aku berjumpa kosong je. Penat dia datang takkan lah aku taknak dengar masalah dia. Ema pun memulakan cerita.

Kisah Ema

Petang itu sangat aman je aku rasa, sesekali balik bercuti di kampung seronok juga. Jauh dari kesesakan bandar. Ditambah pula dengan tekanan kerja di pejabat,suasana begini yang aku perlukan. Tengah menikmati suasana petang dianjung rumah mumy duduk disebelahku. “ adik buat apa ni. Teringat pakwe kat KL ke?” Tanya mumy. “taklah. Adik tengah melayan perasaan, tenang je ada kampung ni mumy” balasku tanpa melihat wajah mumy. “adik rindu mak ye?” mumy memulakan topic sensitif. Aku hanya tertunduk saja. Tak ada jawapan untuk soalan mumy ketika itu. Aku terus memeluknya. Tiba-tiba perasan rindu menular dalam hati. Perbualan kami terhenti ketika itu.

Melihat keadaan aku macam itu, mumy terus bangun dan berlalu pergi. Seolah-olah tidak mahu melihat aku bersedih. Sejurus kemudian dia kembali dengan sehelai kertas ditangannya dan menghulurkan pada aku. “apa ni mumy?” soalku sedikit hairan. “bacalah dan mumy akan jelaskan kemudian” jelas mumy. setelah selesai membaca, aku rasa pelik dengan ayat dalam kertas tu. Seperti memanggil sesuatu atau memuja. Lebih kearah memuja. Tapi kepada siapa aku tak tahu. “ ayat apa ni mumy?” soalku untuk mendapat kepastian. “inilah yang mak tinggalkan untuk adik” balas mumy. “mak?bila pula?”aku menyoal lagi. “mumy rasa dah sampai masa adik tahu benda yang selama ini mumy pendamkan dari pengetahuan adik” balas mumy dengan nada hiba.

Cerita Maksu by Ema

Sehari sebelum mak meninggal, mak berjumpa mumy dan memberi kertas ini. Mak cakap bagi kat adik jika ada apa-apa jadi kat dia. Menurut mumy, mak seperti tau ajalnya akan tiba. Bila ditanya mak hanya cakap takda apa-apa. Dan sehari selepas mak meninggal. Terbongkar la segala rahsia. Malam selepas jenazah mak dikebumikan, mumy didatangi seseorang. Tidak jelas wajahnya tapi susuk tubuh menunjukkan seorang perempuan. Dalam samar-samar malam itu, wanita itu memperkenalkan diri

Wanita : zila?
Maksu : ya. Aku zila siapa kau
Wanita : aku seorang hamba.
Maksu : Untuk apa tujuan kau berjumpa aku?
Wanita : aku diarah oleh tuanku untuk memberi pesan pada kau sekiranya sesuatu berlaku pada dia.
Maksu : siapa tuan kau? Apa kena mengena dengan aku?
Wanita : kau adalah orang yang dipilih oleh tuan aku.
Maksu : siapa tuan kau? Aku tiada urusan dengan dia.
Wanita : tuan aku adalah kakak kau sendiri.
Maksu : aku tak faham maksud kau. Kakak aku dah m**i .
Wanita : benar, tuan aku sudah m**i dan sekarang aku mahu meneruskan hajatnya.
Maksu : apa kena mengena aku dalam hal ni?
Wanita : kau sudah terlibat sejak kau terima surat yang diberi oleh tuan aku.
Maksu : ya . tapi aku tidak faham kandungan surat itu.
Wanita : disebabkan itu aku berjumpa dengan kau. Kau telah menyeruku.
Maksu : aku tidak menyeru sesiapa. Jangan kau mengapa-apakan aku. Aku tiada urusan dengan kau.
Wanita : sudah terlambat. mulai hari ini aku akan bersama kau sehingga muncul tuan baru.

Paffff ~ satu kepulan asap dan lenyaplah susuk tubuh wanita itu. Mumy masih terpinga-pinga dengan kejadian yang baru dialami sebentar tadi. Mumy masih tak faham apa maksud semua itu.

Keesokkan harinya, mumy menjalani kehidupan harian seperti biasa. Setelah menyiapkan sarapan untuk dady dan adik , mumy pun pergi menyidai baju. Dady pula telah keluar menghantar adik kesekolah masa tu. Selesai semua kerja mumy pun berehat di bilik. Ketika sedang berehat mumy didatangi lagi susuh wanita tersebut.

Wanita : kau sudah mengerti dengan kehadiran aku?
Maksu : apa sebenarnya tujuan kau? Kenapa aku yang kau ganggu?
Wanita : aku tidak menganggu kau, tapi kau telah menyeru aku.
Maksu : aku tidak pernah menyeru kau. Siapa kau dan apa kau sebenarnya?
Wanita : aku adalah hamba kau sekarang. Aku adalah kau. Ha ha ha
Maksu : apa maksud kau? Sejak bila aku berhambakan kau.
Wanita : kau sudah lupa pada mantera yang kau baca. Kau yang seru. Janji sudah dibuat.
Maksu : aku tidak menyeru kau. Aku Cuma baca saja apa kandungan surat itu.
Wanita : sudah terlambat. Jika engkau gagal memenuhi syarat yang aku minta nasib kau akan sama macam kakak kau!
Maksu : jadi kau yang buat kakak aku t******h?
Wanita : kakak kau gagal menunaikan janji yang telah dia buat jadi sebagai balasan nyawanya jadi balasan
Maksu : aku tiada urusan dengan syaitan. Aku tidak tahu apa janji kau dengan kakak aku.
Wanita : kakak kau telah meminta pada aku untuk menolongnya. Dan setelah ditunaikan dia memungkiri janji. Aku menuntut janjiku.
Maksu : kenapaaaaa

Paffff ~ sekali lagi wanita itu hilang. Dan pada hari bermula segala gangguan dan detik hitam hidup mumy. disebabkan itu juga mumy mula rasa nak menjauhi keluarga. Ada saja perkara yang akan buat mumy ketakutan, resah dan tidak senang hati. Pada satu kejadia dimana ketika itu adik berumur 13 tahun. Dan saat itu la paling teruk gangguan yang dialami oleh mumy. Wanita itu muncul sekali lagi. Kali ini wanita itu sudah tidak boleh bersabar dia mahukan d***h mumy. Mengikut perjanjian wanita itu, sebagai balasan ia meminta mumy d***h setiap malam jumaat. Dengan cara mumy kena tidur tanpa sehelai sepinggang. Sebelum itu mumy menuruti saja kehendak wanita itu. Memang tidak merelakan tapi mumy terpaksa. Wanita itu pernah menyerupai mumy dan tidur bersama dady. Mumy yang tidak mahu perkara itu berulang dan terpaksa merelakan demi menjaga perkahwinan mumy.

Sampaikan satu hari mumy pernah miss memberi ‘makan’ pada wanita itu dia menyerupai nenek dan memperdayakan atok. Teruk atok dikerjakan pada malam itu. Dan disebabkan peristiwa itu atok mengesyaki sesuatu kat mumy. mumy terpaksa merahsiakan perkara ini disebabkan ugutan dari wanita itu. Bila malam mumy tidak akan dapat tidur . hanya selepas subuh baru boleh tidur dengan lena. Akibat tidak tahan mumy menceritakan semuanya pada dady dan atok. Mereka menasihat supaya mumy berubat. Setelah mencari orang yang sesuai mumy pun bersetuju untuk dirawat. Hanya menunggu sehari sebelum berjumpa dengan perawat itu, wanita itu mengamuk dan membuat kacau bilau. Habis satu rumah dikacaunya.

Malam itu kami rasakan sangat panjang. Adik tiada dirumah ketika kejadian berlaku sebab ada di asrama. Wanita itu menampakkan dirinya seperti mak. Atok dan nenek sudah diperdaya awal-awal dengan muslihat wanita itu. “disebabkan kedegilan kau , mak bapak kau jadi taruhan” makluk itu bersuara. Mumy hanya terdiam. Dady pula ketika itu sudah pengsan, tak tahu apa yang telah terjadi. Mungkin sudah kena dengan wanita itu. Wanita itu membiarkan atok dan nenek bersembang dengan ilusi mak. “kau mahu nasib mak bapak kau sama macam kakak kau?” wanita itu mengugut. “katakan apa harus aku buat, jangan kau apa-apakan mak bapak aku” mumy merayu. Tidak sanggup melihat atok dan nenek diperlakukan begitu. “baiklah tapi ingat ini Cuma peringatan saja buat kau!” wanita itu memberi amaran. Selesai menjamu ‘makanan’ wanita itu pn beredar. Malam itu mumy rasa lemah sangat sebab wanita itu memakan dua kali ganda dari biasa.

Keesokan harinya kami pergi berubat. Bermacam dugaan yang menimpa sepanjang perjalanan. Wanita itu sudah berani menunjukkan diri kepada atok, nenek dan dady. Hampir saja kami kemalangan akibat ganguan yang wanita itu lakukan. Dady dan atok melaungkan azan sepanjang perjalanan. Barulah rasa ringan keadaan kami dan kurang gangguan. Sesampainya kami di rumah perawat itu, terjadi satu perkara. Belum sempat kami masuk ke dalam rumah perawat itu, awal-awal wanita itu memunculkan diri dan mengacau perawat tu. Habis bergelimpangan barang-barang di depan rumah itu. Setelah 15 minit mereka bertarung akhirnya perawat itu mengalah dan mengarahkan kami pulang saja kerana dia tidak dapat membantu. Bayangkan perjalanan selama 1 jam itu hanya sia-sia.

Akhirnya kami terpaksa akur dengan arahan perawat itu walaupun sudah dipaksa untuk membantu kami. Perjalanan pulang juga tidak kurang hebatnya gangguan yang di terima. Sehinggakan kami terpaksa bermalam di tepi jalan disebabkan kereta tidak mahu hidup. Seiring dengan itu wanita itu makin galak mengacau kami terutama dady yang lemah semangatnya. Dua kali dady pengsan malam itu. Mumy cuba hubungi sesiapa tapi hampa kerana tiada line di kawasan itu. Akhirnya kereta berjaya dihidupkan selepas subuh. Jam menunjukkan 6.30 pagi. Setelah hari hampir cerah baru kami perasan yang kami hanya berjalan 10km dari rumah perawat itu. Tidak jauh rupanya sedangkan dalam kereta semalam kami sudah 30 minit memulakan perjalanan.

Hari berganti-ganti hari , masa berganti masa mumy terpaksa relakan juga rutin wanita itu. Disamping itu juga perniagaan dady dan mumy jadi lebih maju dari biasa. Mumy pula sudah tidak kisah jika wanita itu mahu menjamah mumy. mumy menjadi relaka dengan keadaan masa itu. Setelah sekian lama kita hidup bahagia sehinggala satu hari dimana waktu itu adik mencecah 17 tahun. Wanita itu datang bersemuka dengan mumy. Malam itu selepas menjamah mumy wanita itu tidak beredar. “kau mahu apa lagi,sudah selesai urusan kau malam ini jadi baik kau pergi” mumy mengarahkan wanita itu.

“aku ada urusan lain dengan kau mulai malam ini. Mungkin ini malam terakhir aku menjamah kau”terang wanita itu. Ketika itu mumy rasa seperti mahu melompat keriangan kerana beranggapan sudah berakhir derita mumy. “ tapi ada syaratnya jika kau terlepas dari aku” sambung wanita itu. Hilang segala harapan yang sebentar tadi mumy rasakan. “apa syaratnya?” mumy menyoal. “ aku tau kakak kau ada sorang anak perempuan. Ema kan?” kias wanita itu. “ apa maksud kau dengan ema” mumy mula goyah dengan kiasan itu. “ pada mulanya itu adalah pengganti kakak kau,  tapi memandangkan dia belum cukup matang ketika itu untuk menerima kehadiran aku jadi aku mempergunakan kau sebagai ganti untuk sementara. haaa haaa haa” sambung wanita itu sambil ketawa.

“jadi apa maksud kau selama ini?kenapa menganggu aku!” jerkah mumy. “yang datang berjumpa kau dan menyerahkan kertas adalah aku bukan kakak kau. Untuk pengetahuan kau pada waktu itu kakak kau sudah pun hilang akalnya dengan hasutan aku untuk dia b***h diri” sinis saja wanita itu menjelaskan. Baru mumy faham ketika itu yang selama ini mumy dipergunakan. Wanita itu menuntut adik sebagai pengganti yang betul untuk dia. Demi kasih saying kepada adik mumy cuba merayu kepada wanita itu supaya meneruskan sahaja dengan mumy. “ jika aku terus bersama kau, maka akan hilanglah kesaktian aku, jadi aku perlukan Ema untuk memperkuatkan sakti aku” wanita itu mengalihkan pandangan nya seolah tidak menerima tawaran mumy. “aku tetap mahukan ema sekarang ini jadi jika kau berdegil juga kau sendiri tau apa akibatnya.” Wanita itu menjelaskan lalu menghilangkan diri.

Semenjak kejadian malam itu mumy tidak lagi didatangi wanita itu. Berminggu-minggu lamanya dia tidak datang untuk menjamah. Mumy yang ketika itu merasakan tiada apa-apa kesan kepada adik dan juga mumy. Saat itu kehidupan kembali normal. Dan mumy berniat untuk pergi berubat juga. Sebagai langkah berjaga-jaga jika masih ada gangguan. Akan tetapi masih tidak berpeluang. Wanita itu seolah-olah tahu niat mumy yang mahu berubat. Satu malam selepas sekian lama wanita itu tidak memunculkan diri, tampil dihadapan mumy seperti biasa malam-malam sebelum nya. “kau cuba larikan diri pada aku?” wanita itu memulakan bicara. “mana ada. Kau yang tidak datang menjamah aku, bukan aku yang lari.” Mumy menafikan dakwaannya.

“kau jangan cuba untuk pergi kesana kemari untuk menghilangkan aku. Memang sengaja aku tidak munculkan diri kerana aku menunggu Ema pulang. Haaa haha” wanita itu berterbangan kali ini. “jika kau mahu mencabar aku silakan” terang wanita itu sebelum melenyapkan diri. Mumy ingat dia mahu menjamah malam itu tapi tidak. Seolah-olah dia tidak perlukan mumy. mumy pun berasa hairan. Disebabkan itu juga mumy tidak sarankan adik pulang ke kampung dengan memberi banyak alasan. Tapi perkara itu tidak bertahan lama disebabkan wanita itu sekali lagi tahu niat mumy untuk menyembunyikan adik. Satu malam wanita itu datang kembali “ kau menyuruh ema supaya tidak pulang ya?” wanita itu bersuara. Kali ini dia tidak menampakkan diri seperti biasa. “ apa maksud kau? Aku tidak menyuruh Ema sedemikian” mumy menafikan. “jadi kau mahu mencabar aku?” bentak wanita itu. “kau mahu apa-apa terjadi pada keluarga kau!” bentaknya lagi. Keadaan menjadi sunyi seketika.

Sesekali angin dingin saja yang bertiup. Keadaan itu berterusan selama 10 minit. Bila mumy rasakan wanita itu sudah tiada mumy cuba untuk tidur. Baru saja mahu melelapkan mata tiba-tiba.. “kau jangan ingat ia sudah berakhir! Hahahahahah” wanita itu bersuara tiba-tiba. Tersentak dengan itu mumy terus tak jadi tidur. “apa kau nak lagi dari aku? D***h sudah aku berikan kau yang tidak mahu memakan nya. Sekarang apa lagi kau mahu!” bentak mumy sekeras-kerasnya. Marah dek dilakukan sebegitu. kali ini mumy nekad apa nak jadi, jadi lah. Mumy nak selesaikan juga malam itu. “kau tahu apa yang aku mahukan. Jika ema aku tidak dapat nyawa keluarga kau jadi taruhan. Hihiiiihiiiii” wanita itu bersuara sebelum hilangkan diri. Dan selepas 3 bulan wanita itu tidak munculkan diri. Disamping itu mumy mengambil kesempatan untuk berubat. Mumy sudah tidak percaya dengan ketiadaan wanita itu lagi. Berjumpa la mumy dengan pakar perubatan islam ketika itu di kedah. Setelah berjaya berjumpa tanpa sebarang ganguan, mumy pun memulakan proses rawatan.

Semasa proses rawatan mumy dipengsankan terlebih dahulu. Menurut orang yang merawat mumy itu, wanita itu adalah kepunyaan mak. Perawat itu mendapat tahu setelah berinteraksi dengan wanita itu dan menjelaskan kesemua dari awalnya. Mak memuja wanita itu supaya mendapat kesenangan dalam perniagaannya dan untuk mendapatkan adik. Setelah mak berjaya mendapatkan semua itu, mak jadi lupa diri. Mak tidak mahu menjamah wanita itu lagi dan tidak lagi menghiraukannya. Wanita itu menuntut janji mak. Mak juga pernah ikhtiar untuk buang wanita itu. Mak pergi berjumpa dengan bomoh yang mak pergi untuk mendapatkan pekhidmatannya tapi sudah terlambat sebab wanita itu sudah m******h bomoh tersebut. Mak jadi tak keruan dan sering bertengkar dengan ayah. Sedikit-sedikit mak mula hilang kewarasannya. Tapi masih berdegil untuk menunaikan janji wanita itu. Lama kelamaan wanita itu sudah membuatkan mak m******h dirinya sendiri akibat tidak mampu menahan lagi ganguan yang diterima.

Dan ayah juga menjadi mangsa keadaan kerana berdegil mahu mengikut mak. Sekarang ini dan disaat ini wanita itu menagih janji mak iaitu Ema. Sehari sebelum kemalangan mak, wanita itu telah berjumpa dengan mumy dengan menyerupai mak supaya dapat’ menumpang’ sementara menunggu adik matang. Sebab itu mumy dipergunakan sebaik mungkin. Setelah 4 kali menjalani rawatan perawat itu memaklumkan wanita itu tidak mampu lagi menjamah mumy cuma dia tidak boleh untuk mengusir wanita itu dan menghalang dari menagih janji mak. Selepas itu mumy, hidup mumy kembali normal dan tiada lagi gangguan sehingga kini. Khabar wanita itu tidak lagi mumy tau dan minta dijauhkan mumy tidak pasti jika dia akan kembali menagih janjinya pada adik atau tidak.

“jadi kenapa mumy bagi surat ini kepada adik?” aku menyoal mumy. Mumy cuma berdiam diri dan berlalu pergi. Aku yang terpingga pinga masih menilik surat itu. Terus meremang bulu roma aku mengingatkan cerita mumy sebentar tadi. Sedang aku asyik dengan perasaan itu tiba-tiba “assalamualaikumm.. adik buat apa tu” satu suara dari laman rumah. Aku sangat kenal suara itu. “mumy!” aku tergamam. Terhenti dunia aku ketika itu. “ adik baru bangun ke? Tadi mumy pergi ke pekan membeli barang untuk makan malam.tengok adik tengah sedap tidur malas nak kejutkan” terang mumy selepas melangkah naik dari bawah rumah. Gelap dunia aku ketika itu. Dengan siapa aku berborak tadi? Siapa yang menjelaskan perihal mak sebentar tadi?

“ tadi mumy bukan tengah berborak dengan adik ke?” aku mendapatkan kepastian. “apa adik merapu ni?” mumy seakan-akan pelik. “jadi…siapa…” kata-kataku terhenti. Aku seakan tidak dapat menghadam perkara yang sebentar tadi aku alami. Otakku ligat berpusing mencari jawapan. Tiba-tiba terasa gelap. Sedar-sedar saja mumy ngan dady ada disebelah ku. Aku masih terasa di awing-awangan. Sekali lagi aku terfikirkan perkara itu dan pengsan. Setelah bangun semula mumy menceritakan semuanya. Dan aku sudah jelas dengan kejadian itu. Rupanya wanita itu masih menagih janji mak.

“sebab tu la Ema datang jumpa abg ni.” Ema mengakhiri ceritanya. Sungguh aku tak sangka perihal Arwah makteh. Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain menasihatkan Ema supaya berubat. “abg bukan taknak tolong kau Ema, tapi aku pun tak reti bab-bab ni.” Terangku sambil memikir jauh. “apa jadi lepas kau baca surat tu?” aku mendapatkan kepastian lagi. “ Ema..tak tahu la nak cakap macam mana bang” jelasnya sayu. “ abg minta maaf sebab abg memang tak dapat membantu kau ema. Abg bukan reti bab-bab ni. Tapi cuba la kau berubat, dari kau sampai tadi abg rasa semacam je dengan kau ni,tapi abg diamkan je.” Aku menjelaskan situasi. “Ema tau abg rasa macam tu” sinis ema membalas. “apa yang kau tahu?macam mana kau tau abg rasa macam tu?” aku mula pelik dengan karenah ema. “tu perempuan kat belakang abg bagitau” ema menunjukkan kearah belakang aku. Sedang aku menoleh.

“Cut my life into pieces . This is my last resort Suffocation !No breathing ! “ tiba-tiba telefon aku berbunyi. Terbantut niat aku aku untuk menoleh ke arah perempuan yang ema tunjuk. Aku terus menoleh ke Ema tapi…tiada siapa ditempat duduk ema. “aihh lajunya budak ni hilang” aku bermonolog. Sekali lagi aku dikejutkan dengan deringan telefon aku. Tertera Ema di skrin.. “assalamualaikummm…” terketar ketar aku memberi salam ketika menjawab call Ema.. “ kenapa? Dah perasan ke tadi tu bukan Ema? Heeee heee hee” satu suara dari corong telefon aku.. “si..siapa kau?” aku menyoal. “jangan kau campur urusan aku dengan Ema, aku tau Ema nak berjumpa dengan kau hari ini. Tapi kau perlu hadapi aku dulu.. tutttttttttt” panggilan dimatikan.

Aku memanggil pelayan dan membayar. Aku bertanyakan pada dia ada nampak tak wanita yang duduk dengan aku tapi dia cakap aku Cuma bersendirian saja dari tadi. Pasal air yang ‘Ema’ order tu termasuk dalam bil semasa aku bayar. Tapi air tu tak ada orang minum. Aku pun terus pulang ke pejabat. Beribu persoalan timbul di benak fikiran aku yang lembab ni. Cuba untuk memahami kejadian tersebut tapi tiada jawapan. Sesampainya di pejabat aku mendapat panggilan dari Ema. “maaf bang, Ema kena jumpa client tadi. Last minit baru bos bagitau. Sorry tau.” Ema menjelaskan dia tak dapat berjumpa dengan aku . “takpe Ema, abg dah tau apa kau cuba sampaikan pada abg dan masalah kau. Abg harap kau dapat selesaikan masalah kau dengan baik.” Aku jelaskan. Seakan tidak mahu mencampuri masalah Ema. Aku tidak mahu masalah ini menganggu kehidupan anak bini aku. Jadi aku mengambil keputusan untuk berkata begitu kepada Ema. “ macam mana abg tahu?” ema membalas. “takpe la Ema, Abg doakan yang terbaik untuk diri kau, jangan lupa solat, ingat pada Allah lebih sikit. Kirim salam pada Mumy nanti. Assalamualaikum” aku ingin menamatkan perbualan. “ sorry ye abg kalau hal ni kacau abg je. Waalaikumsalam” ema mematikan talian.

Disebabkan kejadian itu aku tidak mendapat apa-apa ganguan. Mungkin sebab dah diberi amaran. Aku bukannya takut, tapi aku taknak mendatangkan kesan kepada anak dan bini aku. Dan ketika itu anak aku yang sulung baru saja dilahirkan. Jika ini mendapat kecaman aku meminta maaf. Memang sejak benda ni jadi Ema menjauhkan diri dari aku. Sama ada dia terasa atau tidak aku pun tak pasti. Sebagai seorang ayah aku tak mahu ambil risiko dan buat anak aku lalui pengalaman zaman kanak-kanak aku dulu. Sehingga kini aku tidak tau apa khabar berita dari Ema dan juga Maksu. Tapi yang aku dorang masih hidup lagi. Kerana kelakuan Makteh Ema terpaksa menanggung kesannya. Begitu juga maksu. Aku cuma insan biasa. Maafkan aku Ema , maafkan Ji maksu..maafkan ji Makteh…

So itu lah kisah ema sepupu saya. Ingatlah bahawa segala apa yang kita terima datangnya dari diri kita sendiri. Jadi tetapkan pendirian. Jauhi lah diri dari meminta bantuan selain dari Allah. Manusia mencipta musibahnya masing-masing. Pengajaran nya ialah, jangan disebabkan kita, anak bini mendapat balasan. Jika dielakkan dari awal mungkin tidak buruk kesannya pada diri sendiri. Saya menyusun sepuluh jari jika ada yang terasa atau tersinggung dengan penulisan saya dan juga sikap saya. Pasal Makteh saya, marilah kita doakan semoga dia diampuni dan mendapat keredhaan dari Nya. Begitu juga Ema. Sekali lagi yang baik dijadikan pedoman dan yang buruk minta dijauhkan. Yang baik datang dari kita dan buruk juga datang dari kita sendiri. Saya Hafizi Abu Bakar mengudurkan diri dahulu. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindungan dari Nya. Aminnn

Salam rindu Hafizi Abu Bakar,..

p/s: jika intro mengelirukan saya minta maaf. Memang sengaja berbuat begitu untuk membuat pembaca tertanya-tanya.

Fizi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

18 thoughts on “#Fizi – Maafkan Ji…”

  1. Ya Allah kesian nya… Bende ni kene hadapi jngn takut sngt dngn ancaman
    dia…klu mcm ni..habis lah EMA…

    Den harap EMA berubat dan tabah hadapi ni.

    Reply
  2. woww..fizi is back laa…nice story..byk pengajaran terselit..da boleh wat novel/filem ni..siap menyamar jd ema plak tuh..boleh plak tk dia kol bg warning..mmg moden toilaa…dalam fon pon boleyyy..pape pon mmg terbaik cite ni..

    Reply
  3. kesiannya ema.. kesian sungguh2.. at least bg la nombor perawat yg ok ke,, pertolongn simple apa2 klu xmmpu tlong lebih2.. klu org yg rapat pun layan mcmni sapa ja la harapan dy.. bygkn klu last2 ema pun berakhir dgn b***h dri sbb xtahan.. xrasa bersalah ke..? sedih gila. at least la kn. at least explain la kt ema xdpt nk tlong sbb dh kena ugut, so takut beri kesan kat ank bni. suggest ema jumpa mna2 ustz utk buang. klu terus elak mcmtu mst la dy terasa

    Reply
  4. aku setuju dengan enot, ema jumpa ko mb the last hope yang mampu dia pikirkan, last hope yang aku maksudkan bukan suuh ko bawak dia g jumpa ustaz atau ko ubatkan, mb untuk kau cadangkan mana2 ustaz atau pengamal perubatan yang mampu dia tolong,….. ingat setiap kejadian adalah atas keizinan DIA, if kau x tolong ema pon jika di izinkan OLEHNYA kau tetap di ganggu. Pe2 pun itu keputusan ko, dan aku hormatinya….

    to ema if terbaca komen ini, bertabahlah dan sentiasa berusaha, tiada penyakit yang tiada ubatnya, tiada ketentuan yang berlaku tanpa iziNYA, kuasa Allah kuasa Maha Agung… Beriktiar, berdoa dan berserahlah kepadaNYA,… if sakit itu belum temui penawarnya, boleh hubungi saya untuk saya kenalkan kepada ustaz2 yang saya kenal, mugkin dengan sikit pertolongan dari saya ini mampu mengubati sakit awak. Assalammualaikum.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.