Assalamualaikum,pembaca dan admin FS. Terima kasih kepada admin kerana masih menyiarkan kisah saya dan tukar gambar untuk kisah Maafkan Ji. Agak ‘horror’ gambar tu kan. Hehe. Okay saya Hafizi Abu Bakar panggil saja Fizi@Ji, bapa kepada 2 orang anak.
Segala penceritaan saya sepanjang di FS adalah merupakan pengalaman sendiri dan jika ditokok tambah adalah bertujuan untuk kelancaran jalan cerita. Tiada penukaran nama watak, hanya tidak memberi gambaran jelas tentang sesebuah nama tempat. Kelebihan yang diberi bukanlah sesuatu yang indah,tapi kita kena bersyukur atas setiap rezeki yang diperolehi.
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk berkongsikan cerita seterusnya. Saya menerima ugutan dari sesetengah pembaca kesan dari kisah yang dikongsikan. Tapi tak mengapa lah saya memohon maaf jika menyinggung perasaan korang yang mengugut ya.
Okay untuk entry kali ini saya ingin lebih kearah membongkar apa punca sebenarnya terjadinya rasuk, gangguan atau sebagainya. Sama ada disihir, menyihir atau salah sendiri. Kesannya banyak yang buruk dari kebaikan. Bagi segelintir yang diberi kelebihan untuk berkemampuan melihat benda halus, tidak kurang hebat juga kesan yang diterima oleh individu tersebut. Okay cukup, mari kita mulakan kisah ini dan dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…….
Kisah 1 – kerana nafsu
Ramai yang tau jika melibatkan benda-benda halus,maka orang-orang inilah yang akan dirujuk terlebih dahulu. Bukanlah semua tapi kebanyakkannya akan berjumpa dengan yang jenis ini dahulu termasuklah aku. Ini bukan atas dasar kepercayaan tapi atas dasar ikhtiar. Pernah aku mengikuti kawan yang aku panggil Isa. Isa merupakan seorang yang pendiam tapi menyimpan banyak rahsia. Sehinggalah pada satu hari rahsianya terbongkar.
Satu malam pada tahun 2009, aku berkenalan dengan seorang perempuan, ketika ini aku berumur 21tahun.dimana d***h muda menguasai diri. Segala bentuk sosial aku tempuh sehingga aku berjumpa dengan perempuan ni. Nama dia Azie. Orangnya terlebih open minded sehingga kami terlanjur beberapa kali. Apabila sudah bosan aku pun mengambil langkah seterusnya iaitu mencari perempuan lain. Dengan rupa yang ada, aku menyalahgunakan kearah maksiat. Memang aku tau banyak dosa aku ketika itu.
Sudah terlalu ramai perempuan yang telah aku rosakkan. Yang pelik mereka seperti tiada perasaan. Seolah-olah apa yang kami buat tidak memberi kesan pada diri masing-masing. Setelah puas aku mencari puas yang lain. Waktu itu aku rasakan perempuan yang aku tiduri tidak mampu berbuat apa-apa setelah kami bersama. Tapi anggapan aku salah sama sekali. Akhirnya aku mendapat balasan. Ianya terjadi apabila aku mula dihantui bayangan perempuan yang aku tiduri.
Kisah bermula apabila satu hari aku jatuh sakit. Sakit itu taklah teruk aku cuma sembuh dalam 2 hari saja. Setelah sembuh aku pun meneruskan rutin harian aku. Tiba-tiba ingatan aku terus teringatkan Azie. Entah macam mana aku rasa rindu kepada Azie. Setelah sekian lama aku melupakan Azie, tapi hari ini aku teringatkan dia. Aku mengeluarkan telefon dan segera menghubungi Azie. Malangnya Azie tidak menjawab panggilan aku.
Aku cuba sekali lagi tetapi tidak menjawab lagi. Selepas tengah hari aku mencuba lagi akan tetapi sama juga. Aku mula tidak keruan. Entah kenapa perasaan aku kacau sangat haritu. Setelah habis waktu bekerja aku pergi ke rumah Azie dengan niat mahu berjumpa dengan Azie. Sesampainya aku di depan rumah Azie, dia tiada dirumah. Aku bertanyakan pada kawannya Azie pergi ke mana tetapi kawannya hanya diam saja. Setelah didesak barulah kawan Azie membuka cerita.
Nama kawan Azie, Siti
Cerita Siti.
Pada satu petang Azie balik kerumah dengan keadaan yang sugul sekali. Azie menangis teruk haritu seperti orang kematian keluarga. Azie hanya mengurungkan diri didalam bilik. Selama berhari-hari Azie berperangai begitu, hanya keluar bilik jika mahu ke tandas saja. Itu pun sangat jarang sekali melihat Azie. Jika siangnya Azie akan tertidur saja. Makan minumnya juga hanya sebelah petang saja. Itu pun jika ada orang dirumah, baru Azie akan dipaksa makan.
Diwaktu malam Azie akan menangis dan membaling-baling barang. Setelah di desak barulah Azie menceritakan segalanya. Azie memberitahu dia mengandung luar nikah hasil hubungan terlarang dengan Isa. Akan tetapi Isa meninggalkan Azie tanpa mengetahui yang Azie mengandung. Sudah lah Isa tinggalkan Azie,dia dibuang oleh keluarganya lepas mendapat tahu yang Azie mengandung. Setelah seminggu keadaan Azie begitu, dia ditemui m**i didalam biliknya dan hanya disedari oleh Siti.
Kematian Azie disebabkan cecair peluntur pakaian yang diminumnya. Siti mendapat tahu setelah tidak nampak kelibat Azie selama 2 hari itu. Siti menghubungi keluarga Azie untuk sampaikan berita itu. Tapi keluarganya langsung tidak mahu bertanggungjawab dan tidak menerima Azie. Pihak polis mengambil mayat Azie untuk dibedah siasat dan menunggu waris datang menuntut mayat Azie. Malangnya tiada siapa yang datang menuntut.
Mayat Azie dibiarkan di rumah mayat selama 2 minggu. Selepas 2 minggu, bermulalah gangguan didalam rumah. Tidak lah gangguan yang teruk cuma kami terdengar suara Azie menangis dan kelibat Azie mundar mandir di ruang tamu. Pernah sekali kawan Siti nampak Azie tengah membasuh baju. Disebabkan itu kami terpaksa menghubungi ustaz dan menceritakan perihal Azie.
Ustaz cuba menghubungi keluarga Azie dan minta untuk sempurnakan jenazah arwah tapi jawapan tetap sama, mereka tetap berdegil tidak mahu menerima Azie. Akhirnya Azie dikebumikan oleh pihak bertanggungjawab. Setelah selesai semuanya kembali normal. Kami juga pernah melawat Azie di kubur dan memaklumkan kepada keluarganya, tapi sayang kuburnya juga terbiar sehingga kini.
Tersentak dengan cerita Siti, aku terus merasa mahu pitam. Apa sudah aku lakukan kepada Azie.?
“ awak tanya Azie ni kenapa ya? Ada kena mengena dengan Azie ke?” Tiba-tiba Siti bersuara setelah melihat aku termangu.
“Saya kawan pejabat Azie. Saya tak nampak Azie sudah sebulan,nak tahu juga khabarnya.” Aku membalas, cuba untuk sorokkan kebenaran.
“Macam mana tau rumah Azie?” Siti mula curiga.
“Saya pernah hantar Azie dulu ke sini.” Aku memberi alasan. Siti mengangguk.
Kalau dia tau aku Isa yang menganiaya Azie mesti masak aku masa tu. Setelah meminta alamat tempat Azie dikebumikan, aku pun beredar. Sepanjang perjalanan aku asyik teringatkan Azie. Menyesal pun dah tak guna benda dah jadi pun. Tetapi jiwa aku sangat kacau sekarang ni. Esoknya aku mengambil cuti untuk meziarahi kubur Azie. Setelah sampai di kubur Azie, sangat sayu aku melihat keadaan kubur nya. Aku membaca apa patut dan membersihkan kubur Azie.
Tengah aku bersihkan tiba-tiba, aku terlihat kelibat seorang wanita di bawah pokok yang agak jauh dengan tempat aku berdiri. Wanita itu menunduk sahaja. Aku membiarkan dan sambung kerja pembersihan. Setelah selesai aku pandanganku tertarik dengan sesuatu di bawah pokok itu lagi, tapi kali ini wanita itu menunjukkan mukanya, “AZIE!” Aku bersuara dalam hati. Ya itu Azie. Azie hanya senyum sinis saja kemudian hilang dari pandangan mata. Aku cuba yakinkan hati yang itu hanya khayalan. Cepat-cepat aku beredar setelah merasakan sesuatu yang tidak sedap.
Dalam perjalanan aku sekali teringatkan apa yang jadi sebentar tadi. Adakah itu hanya khayalan atau memang Azie. Tapi macam mana itu boleh jadi Azie sedangkan dia sudah meninggal. Seiring dengan itu bulu roma aku pun meremang. Aku rasakan sesuatu yang tidak enak didalam hati.
Tiba-tiba satu haruman yang sangat aku kenal. “ tak mungkin” aku cuba menafikan bau itu. Itu adalah bau Azie. “ kenapa kau muncul di depan kubur aku?” Satu suara menerjah gegedang telinga aku. Seraya dengan itu lampu bilik aku pun terpadam. Aku mula panik. Berbagai persoalan bermain di minda. Ketakutan mula menerjah didalam diri.
Dengan iman yang rapuh bila-bila aku boleh tertewas dengan mainan syaitan ini. Bunyi mengilai mula kedengaran. Aku hanya mampu menangis ketakutan. Ditambah dengan keadaan yang sunyi dan sejuk sekali waktu itu. Sedang aku ketakutan itu, satu lembaga muncul didalam samar-samar menghampiri aku. “huuuuuuu.huuuuuuuuu” sayu saja tangisan lembaga itu. Semakin dekat semakin kuat haruman dari lembaga itu.
Apabila semakin hampir dengan aku lembaga itu pun lenyap dari pandangan. Sejurus dengan itu lampu pun menyala balik. Aku terus keluar cepat-cepat keluar dari rumah. Malam itu aku tidak dapat tidur kerana memikirkan gerangan apa yang menganggu aku tadi. Esoknya aku pergi ke pejabat dan mengambil EL selama seminggu.
Aku mahu mencari ustaz untuk meminta pendapat. Setelah menemui seorang ustaz ini dan menceritakan segala masalah aku, ustaz itu sarankan aku supaya berjumpa keluarga Azie dan berbincang. Apa saja balasan yang akan aku terima selepas itu, aku kena redha. Aku pun pergi ke rumah sewa Azie untuk bertemu Siti. Tapi tak semudah itu. Aku di beritahu oleh jiran mereka sudah berpindah. Sekali lagi aku m**i akal untuk mencari kampung asal Azie. Jika tidak dapat mengetahui kampung Azie, macam mana nak minta maaf atau selesaikan hal ni? Ketika aku sedang serabut mencari idea, datang seorang tua. Dia bertanyakan kepada ku
Orang tua : anak muda, boleh pakcik tanyakan sesuatu pada anak muda?
Aku : ye pakcik. Apa boleh saya bantu?
Orang tua : pakcik tengok kamu ni seperti risaukan sesuatu saja? Ada masalah?
Aku : saya? Kenapa pakcik tanya begitu?
Orang tua : tidak dari tadi saya lihat anak ni macam susah hati saja. Pastu asyik ketuk kepala tu.
Aku : oh yang itu, takde apa la pakcik, saya ada masalah sikit. Saya mencari seseorang tapi tidak
Jumpa
Orang tua : oh begitu. Kamu ada buat salah ya?
Aku : hah? Kenapa pula pakcik tanya begitu?
Orang tua : pakcik tanya saja. Melihat diri kamu pakcik rasa kamu banyak buat salah ni.
Aku : tidak lah pakcik. Saya tidak buat apa-apa salah pun.
Orang tua : kalau begitu takpe lah. Ingat kita jangan bagi masalah kat orang,nanti kamu yang bermasalah.
Orang tua itu berlalu pergi. Entah kenapa aku merasa kosong sangat waktu itu. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiran jauh memikirkan Azie. Sedang melayan perasaan, tiba-tiba ada satu bunyi di dapur. Seperti orang sedang membasuh sesuatu. Semakin lama semakin rancak orang tu membasuh, aku pun pergi meninjau siapakah gerangan di dapur. Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke dapur.
Dari samar-samar lampu dari tempat cuci baju kelihatan ada satu susuk tubuh wanita sedang leka membasuh sesuatu di sinki. “ siapa pulak bawa pompuan ni masuk. Ni mesti budak-budak ni bawak balik awek dorang.” Getus aku dalam hati. Memang kat rumah ni kadang-kadang ada yang bawa balik kekasih ke rumah.
“Siapa tu?” Aku bersuara. Wanita itu diam saja. Tanpa berkata apa-apa.
“Kau siapa ha?” Aku meninggikan sedikit suara. Wanita ketawa kecil pula.
“ Heee hee hee” wanita itu bersuara tapi masih tidak berganjak dari situ.
“Lantak kau la nak gelak ke apa. Kang datang hantu jerkah kau baru tau.” Balas aku sedikit jengkel dengan tindakan wanita itu.
“Maksud abang apa?” Wanita itu membalas.
“Hantu macam ni ke” lantas wanita itu menoleh dengan wajah yang sangat hodoh. Tersentak dengan pemandangan ngeri itu aku pun pengsan. Esok nya kawan serumah aku kejutkan aku.
“Kenapa kau tidur kat dapur? Kau mengingau ni..” Soal kawan aku. Aku yang dalam keadaan terpinga-pinga hanya diam saja. Masih mencari jawapan tentang kejadian semalam. Siapa wanita itu dan kenapa dia menganggu aku? Berbagai soalan bermain di minda.
Aku yang semakin buntu mencari maklumat keluarga Azie serta gangguan yang semakin hari semakin lampau. Aku tidak dapat tumpukan perhatian pada kerja lagi. Fikiran aku asyik teringatkan Azie. Azie itu , Azie ini. Kat mana kampung Azie masih aku tidak tahu. Puas aku bertanya pemilik rumah yang mereka sewa untuk dapatkan maklumat Siti. Tapi semua tidak berjaya. Setelah hampir berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian, orang tua itu muncul kembali.
Orang tua : assalamualaikum nak.
Aku : waalaikumsalam. Eh pakcik.! Tak sangka jumpa lagi.
Orang tua : ya. Mungkin sudah takdir kita untuk berjumpa.
Aku : oh iyalah. Betul juga.
Orang tua : kamu sedang buntu ya?
Aku : ya pakcik. Tapi maca mana pakcik tau.
Orang tua : sejak perjumpaan kita tempoh hari pakcik tau ada sesuatu menganggu kamu.
Aku : oh. Boleh saya tau siapa pakcik? Saya Isa.
Orang tua : nama saya tak penting tapi masalah anak lagi mustahak sekarang.
Aku : yalah pakcik. Saya sebenarnya bermasalah sangat.
Orang tua : pakcik tau. Ada orang berdendam dengan kamu ni.
Aku : saya tahu pakcik. Banyak sangat dosa saya dah buat.
Orang tua : sekarang dia menuntut bela atas nasib dia. Apa patut kamu buat?
Aku : entah lah pakcik saya nak minta maaf pada dia pakcik.
Orang tua : apa kamu rasa maaf itu cukup untuk tenangkan dia?
Aku : ………………. Hmmmm
Orang tua : kamu sudah terlambat nak. Tiada siapa boleh bantu kamu.
Suasana kembali sepi. Bila menoleh lagi ke arah pakcik tu,dia telah lenyap entah kemana. Aku masih tertanya-tanya maksud pakcik itu, dan apa tujuan dia berkata begitu. Makin berat masalah aku kali ini. Yang bertambah pelik kenapa aku boleh ceritakan segalanya kat pakcik itu. Siapa dia sebenarnya? Semakin bertambah persoalan dalam hidup aku sekarang.
Hari berganti-ganti hari, masa berganti masa, keadaan aku makin bertambah buruk. Badan aku semakin susut. Siang malam aku asyik teringatkan Azie. Gangguan seperti sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Hingga ke satu hari tu aku sudah tidak mampu bertahan lagi apabila setiap hari diganggu, akhirnya aku berjumpa bomoh. Semasa berubat itu bomoh itu mengatakan yang Azie mahu mendampingiku.
Dia terlalu sayangkan aku dan tidak mahu lepaskan aku. Sebelum dia meninggal dia telah berjumpa bomoh untuk bermain secara halus. Sebab itu aku teringatkan dia dan akhirnya perbuatan dia memakan diri apabila benda itu meminta bayi dalam kandungannya. Akibat tidak tahan Azie m******h diri. Sebabkan kejadian itu Azie, mula menghantui aku oleh kerana dia sudah terlalu jauh terlibat dengan makhlus halus.
Walaupun Azie sudah nekad menghentikan perbuatan itu sebab memikirkan kandungannya,makhluk itu tetap mahu meneruskan. Setelah aku membuang badi dan sihir dalam badan, semuanya kembali normal. Aku juga sudah dapat berjumpa keluarga Azie dan terangkan situasi Azie. Pada mulanya agak teruk juga aku dikerjakan oleh abang Azie tapi akhirnya mereka mendengar penjelasan aku dan memaafkan aku. Mereka sudah pergi menguruskan kubur Azie dan buat apa yang patut. Azie juga sudah tidak menghantui aku lagi. Hati aku kembali tenang dan kini aku sudah mula mendekati diri kepada Allah dan memohon keampunan darinya. Semoga Azie dicucuri rahmat.
Kisah 2 – Lina dan Saka keturunan
Siapa kenal Lina? Lina merupakan wanita yang berjaya mencuri hati aku sejak pertama kali aku mengenali erti cinta. Cewahh. Seorang yang lembut,nakal dan suka mengacau jiwa raga aku. Berusia muda 4 tahun dari aku dan tidak banyak ragamnya. Aku mengenalinya di rumahnya sendiri dimana satu hari tu mak Lina meminta tolong aku memandangkan aku jiran yang baik jadi aku tolong lah, Mungkin sudah tertulis kami bertemu. Waktu itu aku masih solo dan memerlukan kasih sayang. Hehe. Bagi aku Lina sangat memahami dan perihal cerita hidup aku. Aku berterus terang saja pada Lina yang aku boleh melihat apa yang tak semua orang boleh lihat. Lina sangat memahami perkara itu.
Tapi Lina juga ada ‘kelebihan’ tersendiri. Dimana Lina ni memang penakut tapi dia terkena tempias saka dari keluarga sebelah ayah nya. Sehingga kini atuk sedara nya tengah menderita menghadap sakaratul maut apabila sang saka tidak merelakan permergian tuan nya. Ya sehingga sekarang saat aku menulis, atuk sedara Lina tengah berperang dengan sang saka. Tapi bukan itu cerita untuk Lina dan aku sendiri tak izinkan Lina masuk campur urusannya.
Memang atuk Lina tidak suka dengan aku. Pernah kami pergi melawat ketika itu hari raya. Habis aku dijerkahnya dan disuruh keluar. Sentap hati abang kena halau macam gitu. Malu muka. Tapi aku tau kenapa dia halau aku. Tapi aku tahu yang marah tu sang saka. Dia takut aku suruh ahli keluarga atuk sedara Lina buang dia. Sebab tu aku dijerkahnya. Aku memang takde niat aku nak buat semua tu lah. Setelah dijerkah begitu aku pun melangkah keluar dengan penuh rasa segan didada. Lina mengikuti aku dari belakang.
Terharu sangat dengan kesetiaan Lina. Sewaktu melangkah keluar aku perasan sesuatu berpaut pada kaki Lina. Bukan setakat berpaut tapi seperti pokok yang jenis menumpang tu. Dia jadikan Lina seperti perumah untuk dia. Naik berang aku setelah dibuat begitu, aku mengajak Lina keluar dari situ cepat-cepat. Setelah kami keluar dari rumah itu baru benda tu melepaskan Lina. Aku tidak menceritakan kepada Lina berkenaan kejadian itu. Setelah sejam meninggalkan rumah atuk sedara Lina, ibu menelefon aku supaya menjemput mereka.
Sepanjang perjalanan, ibu Lina hanya memohon maaf atas tindakan atuk sedara Lina. Begitu juga abah tak habis-habis memohon maaf dengan sikap ayah saudaranya itu. Aku hanya mengangguk. Jujur kata memang terasa tapi aku faham yang itu bukan dia. Apabila ibu dan abah melihat aku seperti tiada perasaan setelah dilakukan begitu, mereka mula menyoal siasat aku.
Ibu : ji okay tak? Jangan disimpan didalam hati ye dengan cakap tok cu tu.
Abah : iyalah ji, abah tengok kamu macam tak kisah je. Kamu okay ke tak?
Aku : ji okay ibu, abah. Jangan risau. Biasa lah orang tua. Perlu dihormati.
Abah : ji abah nak tanya perkara ni tapi takut abah tersalah tanya pula.
Aku : tanya la abah. Ji okay je.
Abah : kamu perasan apa-apa ke tadi?
Aku : maksud abah? Perasan apa je?
Lina : yelah sayang, u lain macam je tadi. Nak cakap u marah atau terasa bukan macam tu muka u.
Aku : eh ? Hah syg , apa maksud u muka I macam tu?
Abah : abah pun perasan muka kamu macam sembunyikan sesuatu. Kamu Nampak apa-apa ke?
Lina : aah u ada sorok apa-apa ke dari kami?
Aku : hmmm. Tak tahu la nak kata macam mana. Takut nanti perkara yang ji cakap buat abah terasa.
Abah : apa benda sebenarnya kamu nampak? Cerita je. Abah ok je.
Aku : ji bukan apa, takut abah terasa sebab tu family abah.
Abah : cerita je ji. Abah ok je.
Ibu : ntah cerita je ji. Ibu pun nak tahu jugak.
Aku : ok kalau macam tu ji cerita ye.
Aku pun menceritakan apa yang aku nampak sewaktu kami di rumah atuk sedara Lina. Dari atuk sedara Lina menjerkah sampai la saat kami melangkah keluar. Lina sangat terkejut mendengar cerita aku lalu memeriksa kakinya.
Lina : patut la berat sangat kaki I tadi. Sekarang pun macam lenguh je.
Abah : kamu jangan susah hati pasal tok cu tu. Kami semua tahu pasal saka dia tu.
Aku : habis tu anak anak tok cu tak ikhtiar untuk buang atau buat apa patut?
Abah : dorang semua taknak terima saka tu. Tak tahu la abah apa kesudahan tok cu tu.
Lina : yang, kaki I ada kesan lebam-lebam la.
Aku : sakit ke kat situ? Memang kat situ tadi benda tu berpaut.
Abah : kita kena buat sesuatu ni ji. Kalau tak naya je Lina.
Aku : abah ada kenal sape-sape yang boleh tengokkan kaki Lina tu?
Abah hanya mengangguk. Kami mencapai kata sepakat untuk mengetahui apakah gerangan yang berpaut kaki Lina. Malam itu Lina mengadu sakit kaki. Mula-mula aku hanya ingat biasa-biasa je, tapi sangkaan aku salah sama sekali.
Esoknya kaki Lina bengkak. Waktu itu Lina mengandung anak pertama kami. Aku risau dengan keadaan Lina dan bayi dalam kandungannya. Aku menelefon abah untuk bertanyakan pendapat. Abah meminta kami datang kerumah dan pergi berubat. Ni bukan sebab sakit kaki biasa ni kata abah. Setelah sampai di rumah abah sekali lagi aku ternampak benda itu berpaut pada kaki Lina. Cepat-cepat aku maklumkan pada abah. Abah membaca sesuatu dan benda itu hilang. Kami pun bergegas menuju ke rumah ustaz yang akan merawat Lina.
Sesampainya kami disana, ustaz menyuruh kami bersedia memegang Lina. Takut Lina akan dirasuk. Alhamdulillah sepajang proses rawatan itu Lina sedar. Menurut ustaz lagi, jika kami lambat kemungkinan akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Patut lah sang saka atuk sedara Lina begitu marah dengan aku, rupanya dia berkenaan dengan baby dalam perut Lina.
Maklumlah dalam banyak-banyak saudara Lina, dia sorang je mengandung masa itu, sang saka yang tahu aku boleh melihat dia, menjerkah supaya aku keluar pada rumah itu dan beranggapan Lina akan tunggu disana tapi atas kesetiaan Lina kepada aku, dia mengikut aku keluar juga dari rumah itu. Benda itu hanya sempat hisap d***h Lina 2 kali, itu yang buatkan Lina lenguh kaki dan bengkak tu.
Setelah ustaz menghalau benda tu, kami pun berangkat pulang. Abah memesan pada aku lepas ini, jangan pergi ke rumah tok cu lagi buat waktu ini dan jangan masuk campur mana-mana hal yang berkaitan dengan benda halus. Abah risau akan cucu pertama dia didalam perut Lina tu. Jadi mulai saat itu aku berjanji pada Lina jika sesiapa yang mahu aku masuk campur untuk menolong sekalipun aku akan menolak. Terima kasih pada Lina kerana kesetiaan dia, bayi kami selamat dan aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana membuka hati Lina untuk setia kepada suaminya. Menurut abah memang keturunan dia membela saka untuk melindungi mereka, sebagai balasan nyawa yang dituntut.
Tapi aku bersyukur kerana saka itu diturunkan kepada ayah saudara abah tidak kepada nenek Lina iaitu mak kepada abah. Cuma disebabkan ada petalian d***h, Lina cuma terkena tempiasnya saja. Alhamdulillah anak kami selamat dilahirkan secara normal. Sekarang kami sudah mempunyai dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.
Jadi itulah kisah untuk entry kali ini juga merupakan sebab kenapa saya menolak untuk membantu Ema dalam Entry sebelum ni. Saya hanya berkongsi sedikit sebanyak pasal Lina. Itu pun pada mulanya Lina agak berat untuk benarkan aku berkongsikan cerita family dia. Jadi ingatlah sekali lagi yang baik atau buruk sememangnya datang dari diri kita sendiri, jika sesiapa yang mahu tahu apa kesudahan atuk saudara Lina, saya minta maaf sebab setakat hari ini dia tengah berperang dengan sakaratul maut dan tiada siapa mahupun anak dan cucu dia mahu menyambung legasi sang saka keluarga mereka, semoga segala urusan mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sekian saja dari saya Hafizi Abu Bakar, jika ada yang tersinggung dan penyampaian saya kurang menyeramkan seperti yang diinginkan oleh pembaca, hamba menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.
“ babah I rasa adik ni macam u la..” Lina menyuarakan pada aku. “ maksud u?” Aku membalas. Tidak mungkin anak lelaki aku akan seperti aku.. Mungkinkah……………….?
Sekian dari saya dan salam rindu Hafizi Abu Bakar.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
mungkinkah daring telah kembali???? jeng jeng jeng
Kenapa ada readers yg ugut Abg Fizi?? Sbb diorang berkait dgn cerita2 yg Abg Fizi share ke cmne?
Patutla cerita sebelum ni Abg Fizi berkeras tolak nk tlg Ema. Trfikir jgk kenapa. Mesti ada sebab. Rupanya nak protect family Abg Fizi. Nice sharing. ???
Ema ? Boleh saya tau part mana yang ade ceritakan pasal ema ?
terbaik lah ji……teruskan share cite
wahh best ceta..haa adakah turun kelebihan ke anak?hmm
Wahh . dah jadi cincin balik.. kehkehkeh ..
sorry guys kalau ada yang tertypo. tak mungkin kot. sebab dia masih kecik lagi. kebiasaannya budak kecik ni mata terang. tp adik ni penakut la. dia takkan pergi bilik kalau xde orang. mana ada orang kat situ la dia duduk main. hahaha
wow bestttttt…sory lambat follow…ahahahhaha anyway, ad cite lg share laaaa
cerita 1 : kerana nafsu tu hg ka Isa, Ji?
tu si isa. saya ni budak skema. mana mahunya perempuankat saya time tu
ooo.. ingatkan watak isa tu si penulis.. hihihi..
yess.. My favorite writer kongsi cerita lagi..terbaikk bro ! haha aku pun ingt mula kisah 1,en fizi punya cerita. patut rasa takkan en fizi rosakkan anak dara org..rupanya isa punya cerita haha ampunn..
haha.. Tq2 insyallah minggu depan
Isa tu kwn awak?
Isa tu kawan si Fizi…
Die bercerita dr sisi si tuan punye pengalaman…
yup , isa kawan sy. dah kawin dah sekarang anak sorang.
Mmg tk pernah miss cerita #fizi..dan tk pernah mengecewakan..thumbs up!! cerita mmg best belakeee..alhamdullillah sume selamat..bagus tindakan fizi..
Maaf la baru bc blk ?.td bc laju-laju.sbb takut ketua nmpk main phone.
kak yulie. saya syak akan ni sesuatu la. mesti akak ni ada kena mengena dengan ADmin. hehe
Ya lah…saya pun pikir macam abg Fizi lah..Kak Yulie ini mcm sesuatu lah..macam admin yg menyamar sebagai pengkritik dan pembaca..hahaha…sana sini ada…^^ BTW,Nice story Abang Fizi…Kipidap
Saspen btol korg ni dik x pepasal akk jd saspek kooottt…
Klu jd admin mne blh akk cuti bermggu2 aritu…
Klu akk admin, xdenye akk dedahkan pesbuk akk…
Pastu gigih ko nk gune name sebenar dalam mykad wpon ade org kate name YULIE tu name hipster, hahahahahah…
Teruskan berkarya dan mengomen dgn bebasnye yer adik2…
Akk bukan admin…
Akk cume KAKLONG KAWASAN jer…
Hahahahhaahha…
kak klu ko jd admin ko balik banting roger kak..nak mntk sign ahaha..
eh ji ske cite yg nie syabass
Nk otograp bulih…
Pengerasnye pulut kuning dgn ghondang kerang…
Bab jd pengkritik tu mmg pe’el semulajadi dh kot…
Akk ni agak OCD…
Suke perhati sebesor2 dan sekecik2 perkara…
Klu dlu mse kje UiTM, akk adalah tukang semak ala2 editor utk setiap majalah HEP dan bahan siaraya aktiviti students…
Dan akk selalu dilantik jd pegawai protokol sbb bermata helang dan keupayaan menjelma akk di sana sini utk pastikan each detail keseluruhan program mengikut justifikasi akk…
Itulah serba sedikit background yg mempengaruhi fungsi kewujudan akk dlm FS ni…
No suspicious lg kaayyy…
haha. takpe. dont worry.
Best fizi…. share lg ye
Menarik. Anda antara writer2 yg sy sntiasa follow. Rsenya bdk2 mmg cmtu.ank sy yg 1st boleh nmpk tp xmenjerit takut wlaupn tengah mlm,yg no 2 boleh nmpak time tido shj,bangun2 trus menjerit nangis tunjuk mana2 animal tu ada.yg no 3 setaun lbih,pn sama mcm no 1 tp takut2. Aku sntiasa ajar ank2 aku agar xtakut melainkn pd yg Satu selain ngajar no 1&2 hafal surah yg senang.
No 1 7taun,no 2 5 taun
Harap2 makin besar nt dorg xnmpklah.
Aku xnmpk,cuma boleh tau ktne dorg berada walau dmana pn dorg nyorok.melainkn dorg berhajat,baru boleh nmpk
Idop Carnage…!!!
Aiyak haha
kak memang menceriakan hari saya lah. ahahahahaha. saje je usik akak. btw setiap blog atau page mesti ada sorang yang akan jadi pengkomen tetap. kan perasan tak, lepas tu orang cakap dia admin sebab selalu nama dia ada . tapi orang macam gini la yang menyemarakan pembaca. kehkehkeh
Hahahhaha…
Sooo akk ni dh jd pengomen tetap FS ar ni…???
Ke pengomen tegar…???
Hehehehehhe…
Dlu mse akk on wasap, setiap group akk adalah admin…
Pastu akk ar manusia yg akn sentiasa plg byk chat kt semua group wasap tu…
Sbb akk x boleh nampak persoalan atau sapaan yang x berbalas…
Sampai satu ketika akk tau akk dh diserang penyakit ketagih wasap…
Tangan akk sakit2…
Keje umah banyak terbengkalai…
Tdo rehat tak cukup…
Jd rushing sbb byk benda jd buat last min…
Akk x blh rase ketinggalan utk setiap topik yg group2 tu borakkan…
Akak jd terkejar2…
Terok kaaannn…
Sampai satu masa, akk trs delete immediately icon wasap tu…
Terus akk dpt semule life akk yg sedikit menenangkan…
Berbulan2 akk x endahkan hs…
Dahlar akk x keje, ghase mcm x berkawan plak jadinye…
Sampailah akk jumpe FS ni…
Korglah tempat akk nk berborak2 skrg…
Tengkiu uoollsss…
Kak yulie ni kira dh jadi pengkritik tetap FS ni.. takde kak yulie meriah la tmpt komen ni..
To writer fizi.. macam biasa.. tak pernah menghampakan setiap kali update.. sy keep on follow citer awk.. setiap apa yg dianugerahkan pastinya ada cabaran.. so pastinya ada hikmah.. kipidap ?
Kena apply whole life membership card ni…
Hahahahah…
Hasil penulisan yang di tunggu-tunggu. Suka baca karya abg #fizi .. share lah lagi. Kirim salam pada kak lina ye. Hehe.
hahahhaha,,.hebat…
ni cerpen ke ape?! tk habis bace pon…
Best
Menarik