#Fizi : Santau

Assalamualaikum, kepada pembaca dan peminat setia FS , Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih jika kisah saya disiarkan untuk bacaan warga FS, Ini adalah kali pertama aku
Menulis jadi harap ada tunjuk ajar ..aku peminat tegar Rin penulis #maya..

Okay , panggil aku dengan panggilan Fizi umur 29tahun lelaki dan sudah berkahwin, datang dari keluarga sederhana, entry kali ini adalah kisah sebelum mendirikan rumahtangga , harap dimaafkan jika ada salah dalam pengunaan tatabahasa..Okay disini bermulanya sebuah kisah …

Pada tahun 2012 , aku mula mengenali seorang wanita (isteri aku sekarang) di sebuah rumah mak nya di satu taman yang aku rahsiakan namanya untuk tidak mengaibkan nama seseorang ( Pelaku ) atas sebab – sebab tertentu. Kisah ini bermula selepas aku bertunang dengan Lina ( isteri aku sekarang ), Pada hari pertunangan kami ada seorang budak dalam masa tu aku kira umurnya belum mencapai 18 tahun namanya Izat yang juga tinggal berdekatan dengan rumah Lina. Jadi sebagai jiran tolong menolong tu menjadi kebiasaan. Menurut Lina, Izat baru sahaja pulang bercuti dari sempadan Thailand kerana belajar di sekolah pondok di negara tersebut. Di kemuncak majlis, air untuk tetamu habis dan perlu di buat lagi kerana masih ada tetamu yang datang dari pihak keluarga Lina dan aku.. Kami meminta Izat untuk buat air untuk hidangkan kepada tetamu yang baru sampai. Dan Alhamdulillah majlis lancar dan tiada sebarang kejadian aneh atau tak diingini berlaku..

Tapi langit tak selalunya cerah , selepas sebulan bertunang, aku mula rasa kelainan pada diri aku dan juga Lina, aku yang mula membelakangi keluarga dan bersikap kurang ajar. Sehingga mak aku sendiri pun aku tak endahkan, lain pula di pihak Lina dimana dia mula melihat aku dengan kebencian dan ada saja salahku dimata Lina.

Aku merasakan ini bukan Lina yang aku kenali, sebab aku masih percaya pada kata hati aku , sehingga lah aku melihat benda yang tidak semua orang nampak, tidur ku pula tidak selena dulu, badan makin merosot ,ada saja kelibat yang aku nampak tapi masih belum teruk lagi, Lina tidak bergitu kuat semangatnya kerana dia selalu murung, tidak dapat tidur sebab didatangi mimpi mimpi aneh. Kadang tengah tidur pun badannya terasa digoncang oleh seseorang yang buatkan Lina terjaga dan tak dapat tidur semula ,

Keadaan makin teruk apabila kerjaku juga semakin terabai, dek kerana ganguan yang aku alami. Ada saja yang tak kena di mata majikan aku, itu salah ini salah jadi ,aku pun macam dah hilang semangat untuk bekerja lagi. Padahal nak kahwin ni. Lina juga sudah semakin kurang semangat nya untuk pertahankan hubungan kami, hanya aku yang berbekal sedikit kekuatan dan semangat yang masih ada dalam diri waktu itu. Cuma mampu memujuk dan nasihatkan Lina supaya terus bertahan. Entah apa silapku dan juga silapnya. Sehingga lah aku betul- betul tak tahan untuk alaminya sendirian dan aku pun luahkan pada keluargaku dan juga pada keluarga Lina bila ada satu kejadian yang hampir membuatkan kami putus tunang.

Mak Lina menasihatkan aku agar pergi berubat , dan aku ni kurang percaya kepada pawang atau bomoh atau seangkatan dengan nya sebab bagi aku mereka Cuma nak ambil kesempatan saja.. Tapi aku turutkan saja permintaan mereka dan pergi berjumpa bomoh yang aku panggil Wak. Jangkaan aku tepat yang kami dah di santau oleh seseorang. Wak cakap ada orang santau melalui makanan atau minuman dan bertanyakan samada kami ada musuh atau ada buat majlis ke dan Lina cuma cakap ada buat majlis tunang kami. Wak cakap kalau nak baik satu je jalan iaitu kami kena berpisah dan Lina kena balik ke bekas kekasihnya. Seperti yang aku cakap bomoh ni cuma nak amik kesempatan saja.. Aku minta diri untuk pulang selepas di beritahu oleh Wak tentang cirri – ciri orang yang santau kami.

“ Cilaka punya Wak, kau bukan tuhan nak tentukan siapa jodoh aku “ marahku didalam hati.. Lina yang semangatnya sedia ada lemah mahu ikut saja cakap Wak dan aku berkeras tidak mahu memutuskan hubungan kami dan berjanji akan cari jalan penyelesaian. Belum cukup dengan itu aku juga muntah d***h dan dapat melihat seorang budak kecil yang sering menganggu pandangan aku..Bila saja mahu tidur dia akan menguis kaki ku . bila aku bangun dan cuba tengok dia menjauhkan diri seperti ingin mempermainkan aku , “ Cilaka kau setan , kalau berani mari sini jangan kau mempermainkan aku” bentakku apabila di kacau sedemikian. Aku bagaikan tidak takut masa tu sebabkan aku sudah mula bosan dengan ganguan yang di alami selama 2 bulan ni. Aku tidak lagi takut dengan kelibat yang aku nampak. Lina semakin hari semakin teruk keadaan nya apabila siang gangguan yang di alami masih ada

“ Fizi I tak boleh tahan macam ni,sampai bila I nak bertahan” rintih Lina semasa menghubungiku apabila ‘budak’ yang ganggu aku tu mengacau dia pula kali ni . Aku amik langkah untuk mencari ustaz melalui seorang kenalan, aku menghubungi ustaz yang namanya ustaz Man, dia memintaku untuk datang bersama Lina ke rumah nya yang jaraknya tidak begitu jauh dari kawasan kami..ustaz juga pesan supaya membawa limau purut,beras ,garam kasar dan juga air zam zam. Sesampainya kami di rumah ustaz Man ,aku merasakan satu perasaan yang tidak tenteram. Begitu juga Lina yang aku lihat seperti ingin melarikan diri dari rumah tersebut tapi dihalang oleh aku. Bermula la proses rawatan bersama ustaz Man , berkumat-kamit mulut orang tua tu .Dan tiba-tiba …

Sebelum meneruskan cerita ingin aku beritahu yang aku sejak kecil dah biasa nampak benda halus ni sehingga terbiasa ( mungkin jika ada rezeki aku akan ceritakan untuk post akan dating mengenai aku semasa budak hingusan )

Okay sambung balik, Secara tiba – tiba Lina bangun dan mengkaku tanpa sebarang reaksi atau tindakbalas , ustaz Man minta aku pegang sebab yang berdiri tu bukan Lina lagi..Semasa aku memegang Lina ada satu suara halus seakan akan bahasa thai dialeknya. Ustaz Man yang seakan mengerti keaadan ku lantas memegang kepalaku lagu di baca surah –surah . Sepanjang memegang Lina aku dapat rasakan suasana seperti riuh rendah seakan akan di satu tempat asing yang aku tak kenali. Tapi masih berdiri tiga penjuru bersama Lina , ustaz Man dan aku, Lina aku lihat sudah tak sedarkan diri manakala Ustaz masih terus membaca sesuatu, Ustaz meminta jika apa apa yang dating jangan berganjak dari tempat aku berdiri dan terus pegang Lina.. Dalam 10 minit situasi kembali kepada asal dan Lina sudah terjaga..

Ditanyakan kepada ku apa jadi dan dimana dia sekarang . “Siapa pula yang aku bawa dari tadi ? “ bentak hatiku..Ustaz man beritahu Lina sudah pun 70% dalam kawalan si penghantar , katanya lagi si penghantar Cuma bermain main dengan ilmu yang baru di pelajarinya ,mungkin sebab terlalu mudah untuk aku melihat apa yang dihantar oleh dia menganggu sedikit perjalanan santau itu.. Aku disuruh mandi di air terjun bersabunkan limau purut yang sudah dibaca surah tertentu ileh ustaz Man ,

Dan esok harinya kami pergi melakukan apa yang ustaz Man minta..Dibekalkan juga beras untuk ditaburkan di sekeliling rumah bertujuan untuk halau ‘benda’ tu dari masuk ke dalam rumah. Masih belum berakhir selepas rawatan dibuat dan ustaz Man berpesan setakat itu saja dia mampu menolongku sebab dia akan pergi menunaikan umrah pada minggu hadapannya.. Selesai proses memagar rumah Lina , alhamdulliah Lina makin pulih dan sudah boleh tidur tanpa gangguan , tapi masih ada ganguan dari luar dimana ada bunyi berlari ,bercakap atau mengetuk , Aku nasihatkan Lina supaya endahkan apa saja kerana ‘benda’ itu tidak boleh masuk rumah..Ustaz man juga berpesan untuk aku tiada apa apa perlindungan melainkan berserah pada Allah kerana ustaz yakin aku susah untuk dipengaruhi oleh benda benda macam ni dan dalam masa yang sama dia meminta aku cari orang lain untuk memulihkan santau itu sebelum melarat .

Dua minggu selepas memagar rumah kami agak tenang sikit kerana kurang ganguan nya aku ditemukan oleh seorang lagi perawat kali ni bukan ustaz Cuma tukang urut , kebetulan mak mertua aku sakit belakang dan minta tukang urut dating untuk berurut..Aku yang baru balik dating dengan Lina disapa oleh tukang urut tu yang namanya aku panggil Cik Ngah .. “ amboi happynya kamu bertiga , dari mana ni ?’’ katanya .. “a.a.apa …. Siapa bertiga ‘’ jawabku sedikit goyah.. Cik Ngah cuma sinis saja senyumannya padaku..mak mertua aku minta aku masuk dalam dahulu sebab dia hendak berurut.., Fikiran ku ligat memikirkan siapa orang ketiga ? sedangkan aku dengan Lina je yang keluar tadi . Tiba – tiba mak mertuaku panggil aku ke bilik . Cikngah nak jumpa katanya.. Cikngah tau aku tidak bersendirian dengan Lina sejak dari aku balik tadi dan katanya benda tu Cuma ikut sampai pintu masuk saja..

Mungkin ini dulu sebab masih ada bahagian kedua untuk kisah ini jika diizinkan dan di publishkan oleh admin. Hehe

Minta maaf jika terlalu panjang dan tidak terperinci jalan ceritanya ..Cuma yang dialami masih segar dalam ingatan .moral nya siapa yang santau masih belum diungkai lagi..mungkin untuk entry akan dating kisah tukang urut dan juga si pelaku santu akan di ceritakan untuk penghabisan cerita ini.
Insyallah ~

P/S : aku Cuma budak Bandar yang cetek ilmu agamanya , aku juga manusia yang tak terlepas dari melakukan dosa ..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Fizi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

31 thoughts on “#Fizi : Santau”

  1. Xpe. Walaupun sekerat sekerat cerita. Masih berjinak2 kan. Anyways nice story begin. Saya excited utk bace next entry. Good joob for beginner ???

    Reply
  2. terima kasih atas komen dari korg semua..sy terima dengan hati terbuka . sy tgh buat sambungannya..lambat sikit sbb curi2 buat kat office .. hehe

    Reply
  3. Perbanyakkan koma kot:
    Cth:
    Pada hari pertunangan kami, ada seorang budak…
    Sepanjang memegang Lina, aku dapat rasakan…
    Dan esok harinya, kami pergi melakukan apa…

    Baru smooth bacaan 😀

    Reply
  4. Dik…
    Belom penat akk terbeliak2 bijik mata bace tup2 bersambuuunnggg…
    Aduyaaaiii…
    Cepat sambung dik…
    Akk ni dahlar asyik sabar yg hilang…
    Huhuhuhuuu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.