#Fizi : Tukang Urut Dan Si Laku

Assalamualaikum semua..harap semua sihat dan baik baik saja ye,, Alhamdulillah admin publishkan cerita pertama saya dank omen dari warga FS amat lah saya hargai..Yakinlah baik dan buruk sudahpun ditentukan oleh Allah S.W.T untuk diri masing masing..

Untuk entry kali ni aku akan kisahkan penamat cerita santau dengan tajuk Tukang urut Dan Si Laku Santau.. Maaf untuk kesilapan typo untuk entry sebelum ni sebabkan auto correct.. Harap kemaafan dari korang semua..

Tukang Urut – Cik Ngah

Ingat sebelum ni pada Cikngah? Ya tukang urut yang menyapa aku dan Lina masa balik dari dating dengan Lina. Okay ,selepas aku dipanggil oleh Cik Ngah ke dalam bilik untuk menanyakan apa sebenarnya situasi kami berdua. “ Kamu masih belum pulih nak , jadi biar makcik cuba tengok tengokkan kamu dulu ya, Boleh? “ tuturnya.

Aku cuma mengiyakan sebab tanpa diberitahu Cik Ngah sudah tau apa yang tidak kena oleh aku dan Lina. Menurut Cik Ngah masih ada sisa dan saki baki santau yang dihantar pada kami sebelum ni disebabkan aku amik keputusan untuk tidak pulangkan cukup setakat hilang atau kurangkan ganguan yang kami alami semasa tu. Aku hanya ingat pada pesan Ustaz Man yang dia tak boleh buangkan tapi untuk kurangkan beban kami itu saja yang termampu dan kuatkan berdoa. Cik Ngah meneruskan rawatan untuk diri aku , di picitnya ibu cari kaki dan di urut tulang belakangku. Terasa begitu sakit seperti ingin terkeluar isi perutku , yang peliknya bahagian perut tidak diusik oleh Cikngah..

Selama 15 minit mengulangi proses tersebut sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat suci Al-Quran. Aku mula merasa ingin termuntah dan sangat pedih rasa nya di tekak. Aku tak mampu nak bertahan lagi dari memuntahkan sesuatu di dalam perut aku, Panas , tajam dan amat halus rasanya tapi cukup memeritkan tekakku. Lalu keluar lah sebatang ranting halus yang diikat dengan benang berwarna keemas emasan bercampur lender hitam yang amat busuk. Cik Ngah hanya senyum sahaja dan dia sambung lagi kerja nya dengan Lina pula.

Aku hanya kaku tanpa sebarang perasaan dan dibiarkan tanpa berbuat apa apa. Lina pula mula mengamuk dan menghentak kakinya sekuat hati di lantai . Seperti tidak mengizinkan kakinya di sentuh oleh Cik Ngah. Cik Ngah terus memegang seperti mengunci ari ari Lina membuatkan Lina jadi tidak tentu arah dan ya Lina sudah dikawal sepenuhnya oleh Cik Ngah. Lina mula ‘bekerjasama’ dengan langkah Cik Ngah seolah olah melihat dirinya dalam cermin. Kira kira 10 minit Lina pengsan..Aku mengangkat Lina ke bilik.

Cik Ngah mulakan bicara. “ orang yang santau kamu ni mungkin kamu kenal tapi cik tak sebut namanya takut ianya hanya bayangan cik saja.  Jika mahu kamu boleh pilih samaada nak hantar balik pada tuan nya atau kamu nak biarkan Si laku yang hantar pada kamu tu begitu saja “ ujar Cik Ngah panjang. Aku hanya berdiam sambil memikir samaada nak hantar balik atau biarkan saja tapi lama kelamaan akan makan diriku saja kalau dibiarkan.. “ santau mungkin hilang dalam badan cuma ganguan takkan hilang sebabkan aku ada termakan atau terminum jadi ia sudah sebati dalam badan kamu “ sambungnya lagi selepas melihat aku berbelah bagi untuk menjawab. Aku pun buat keputusan untuk hantar balik pada tuannya atau pun lebit tepat Si Laku ..

Maaf jika ada yang rasa tindakan aku untuk hantar balik seperti berdendam tapi pada waktu itu aku Cuma nak tau siapa yang hantar dan apa tujuan dia menghantar pada kami

Si Laku Santau – Izat

Masih ingat lagi dengan Izat ? Ya budak yang tinggal berdekatan dengan perumahan Lina. Ingat?
Okay cerita nya begini. Selepas berubat dengan Cik Ngah aku refer pada Ustaz Man. Minta pendapat adakah aku wajar hantar balik atau aku sudah silap langkah , “ kita hanya mampu merancang dan Allah itu lebih mengetahui nya , jika sudah tertulis itu keputusan kamu percayalah pada ketentuan Allah dan berserah pada Nya “ tenang jawapan ustaz padaku..

Cikngah terangkan padaku bahawa ingat balik siapa yang aku kenal pada majlis tunangan aku dengan Lina yang ada sediakan makan atau minum. Bukan dari keluarga kami berdua tapi seseorang yang bukan dari keluarga kami yang terlibat semasa majlis berlangsung. “ harus kamu tau yang Si Laku ini menggunakan ‘benda’ bukan biasa biasa dan dari jauh ‘benda’ tu datang” terang Cikngah lagi.. “saya tiada kawan di taman ini “ jawabku ringkas “saya rasa ada satu orang yang mungkin kita boleh cuba kat dia..jika dia tak buat jadi takkan ada kesan apa apa kan cik? “ Lina pintas perbualanku. “siapa?’’ tanya cikngah .. “ Izat” ujar Lina . dalam hati ku bertanya kenapa Izat?

Orangnya baik dari segi tutur kata dan kelakuan nya.. Dan jika betul Izat buat apa tujuannya? Kenapa kami jadi mangsnya. Suasana sepi selepas jawapan dari Lina. “okay cik akan bg jalan untuk bawa Izat kemari dan kamu keluar dahulu Fizi ada perkara yang perlu dibincangkan dengan Lina” terangnya dan aku pun berlalu dari situ.

Keesokkan harinya aku datang ke rumah Lina tanpa mengetahui sebarang perancangan Lina ,Cik Ngah dan mak Lina. Sebaik saja tiba di rumah Lina aku rasa seperti biasa tiada yang aneh atau pelik. “apa yang dibincangkan dengan Cik Ngah semalam saying.” tanyaku pada Lina .

“ kalau kita nak usaha kita untuk tau siapa yang santau kita lebih baik I rahsiakan dari u Fizi .” terangnya dengan penuh makna. Aku terdiam dan menanyakan adakah itu salah satu syarat untuk proses hantar balik kepada Si Laku dan Lina cuma menganguk perlahan. “ okay kalau itu yang perlu dilakukan I akan ikut saja.” Balasku sambil mengambil air yang Lina sediakan.

“sayang I kena ikut family day office abah la esok,semua adik beradik ikut.” Tiba tiba lina bersuara.
“dimana tempat tu sayang?” balasku , “di Jb , just 3 hari 2 malam je , dan u boleh tolong jagakan rumah tak? Tak elok la tinggal rumah takde orang dengan keadaan kita sekarang.” Minta nya lembut dan sopan.. “ okay.” Jawabku yang sedang menatap wajah kesayangan ku .

Maka berangkat la Lina satu keluarga keesokkan harinya , lepas 10 minit mereka bertolak pintu rumah diketuk , aku membuka dan terpaku seketika melihat Izat berdiri sambil senyum . “ ye kenapa Izat ? ada apa boleh abg tolong ke ?” tanyaku pantas.. “takde pe bang Lina yang suruh datang teman abang jaga rumah , dorang baru bertolak ke bang.?”tanya izat kembali.. “aah baru je gerak , kau masuklah dulu abang nak mandi kejap.”

Balasku acuh tak acuh lalu tinggalkan Izat di ruang tamu.. aku masuk ke bilik Lina dan capai handphone . “ ye sayang ibu yang minta Izat datang temankan u takut la kalau u boring ke “ balas Lina melalui BBM yang ketika itu kami gunakan. Sepanjang petang tu tiada apa yang topic berat yang diborakkan cuma borak kosong sahaja antara aku dan Izat. Lepas maghrib Izat maklum nak balik sekejap untuk beritahu pada keluarga yang dia bermalam di rumah Lina bersamaku.

Jam menunjukkan 9.30 malam Izat pun sampai . Kami menonton tv sambil aku tengok IZat seakan resah dan seperti rimas .. “ kau dah kenapa? Sihat ke tak ni? Aku tengok kau macam tak selesa je dengan aku . kau okay tak ni?” tanyaku bersungguh . “ takde ape bang ,saya rasa saya salah makan agaknya tadi. Tak semua benda saya boleh makan.” Terang Izat pada. Tidak terdetik di hati aku untuk rasa pelik. Telefon bordering di skrin menunjukkan Lina call .. “rindu ke?baru berapa jam tak jumpa.” Aku mengusik Lina.. “ u okay tak tu kat rumah dah makan ke ?

Jangan tidur lambat nanti momok kacau u baru tau.” Lina pula mengusik ku. Tiba-tiba aku terdengar suara menjerit sayu dari arah dapur. . “ tolong bang , tolong bang.” Suara tu makin lama makin keras bunyi nya. Dengan berhati hati aku melangkah keluar dari bilik untuk melihat apa yang terjadi . Papp !!! aku Nampak Izat rebah kaku dan tak bergerak , “apa pula kali ni..apa aku nak jawab kat mak budak ni kalau apa apa jadi.” Rintih ku didalam hati. “tolong bang saya tak boleh gerak , tolonggg tolongggggg .” makin keras suara Izat. “kau dah kenapa, jangan dibawak main benda ni !” bentakku pada Izat . Aku semakin gentar dengan tingkah laku Izat. “jangan ikat saya bang ,saya minta maaf , tolongggg .” Izat merayu padaku .. “kau ni apahal lagi?aku jauh dari kau bila masa aku ikat kau?” jawabku yang semakin risau dengan keadaan Izat.

Aku mencapai telefon dan terus hubungi Lina. “ apa jadah budak izat ni buat Lina , dia ada sawan ke?” sedikit goyah kata kataku , “relaks sayang ,tiada apa yang nak dirisaukan.” Bersahaja je Lina jawab.. Pelik .. “ u jangan macam macam, I tak tahu nak buat apa dengan budak ni ada I tinggal dia kang .” ugutku pada Lina , aku merasa seperti dimain main kan.. sekali Izat ketawa besar .. “HAHAHAHAHA” keras dan semakin keras suara Izat. “ Dia dah meroyan ke sayang.” Lina bertanya sambil tersengih .. “apa kena dengan korang berdua ni sorang seronok sorang macam nak apahal ni” sedikit tinggi suaraku pada Lina. “sayang tu la orang yang santau kita” pendek saja bicara Lina kali ni.

Sepanjang aku ‘menjaga’ Izat dia hanya merenung tajam kearah aku tanpa sebarang mimik muka , ntah dia marah atau suka atau menyesal aku tak pasti.. Aku kumpulkan sedikit kekuatan dan menghampiri Izat sambil nyalakan sebatang rokok. “kenapa kau buat kami macam ni?apa dosa kami pada kau.” Tenang aku menyoal Izat. “saya minta maaf bang saya cuba nak test je , saya tak sangka’benda’ ni akan bertindak diluar kawalan saya.” Terketar ketar suara Izat . Keadaan sunyi seketika , “kau ingat kami ni alat ujikaji kau? porak peranda kami , aku kena buang kerja gara gara kau.!” aku meninggikan suara pada Izat , aku tengok izat masih kaku macam tadi lagi. Sudah 2 jam situasi aku dengan Izat masih macam gitu lagi.

Bermacam macam suara dan kelibat bersesak sesak seakan mahu mengejar sesuatu yang ku kira itu ‘benda’ yang Izat gunakan. Dum ! Dum ! Dum ! tiba tiba pintu diketuk dengan agak kuat , Tersentak dengan itu aku seakan tersedar dengan apa yang aku lihat dekat Izat tadi, bingkas aku bangun dan menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang , “hah Cik Ngah ada apa datang malam malam ni, nasib baik Cik datang , saya dah 2jam tengok budak ni merapu meroyan ,” terangku pada Cik Ngah “ tenang dahulu Fizi , bagi cik tengok budak tu.” Jawabnya ringkas dan tenang..

“kenapa kau buat dan apa tujuan kau menghantar santau pada meraka” Cik Ngah bertanya pada Izat yang kali ini bukan lagi Izat yang tadi.. “aku dihantar untuk mengacau dan mengancam mereka berdua oleh manusia ini , sesunguhnya mereka amat lemah bagi ku pada awalnya,hahaha” sedikit keras suara Izat . “ dengan nama Allah S.W.T aku perintahkan kau pergi dari sini dan tinggalkan jasad budak ini ( Izat) , jika engkau pergi secara baik maka secara baik juga kami akan lepaskan kau wahai iblis.” Tegas Cik Ngah . “ aaahhh ! aku masih tak puas hati dengan dia ,kenapa dia boleh tak takut pada aku.” Izat menunjuk padaku, Aku terkedu. Ikut hati hendak saja budak ni aku kakikan.. “ cik boleh saya bersuara pada makhluk ni” pintaku perlahan.

Cik Ngah angguk tanda setuju “ baiklah apa sebenarnya yang kau mahu dari aku? Imanku cuma sedepa dan masih banyak dosaku yang pikul” tanyaku tiada gentar lagi kerana hatiku kuat ingin mendapatkan kepastian , “ he he he he he .. yang aku mahu cuma kejatuhan pendirian mu yang angkuh kerana tidak takutkan kami.budak ini menggunakan bantuan kami untuk menguji kau tapi dia tewas terlebih dahulu sehingga kami terpaksa memburukkan keadaan dan akhirnya dia yang akan dipersalahkan” jeritnya sedikit.

CikNgah menyuruh ku berundur. “ pergi kau sekarang atau nahas engkau aku kerjakan , kami tidak takut padamu kami berpegang kepada tuhan kami yang satu, Allahuakbar , Allahuakbar ,” laung Cikngah. Setelah 15 minit sesi ‘pujuk-memujuk’ akhirnya ‘benda’ tu tewas. Izat ku lihat sangat lemah dan Cik Ngah memesan agar tidak menceritakan perihal ini kepada keluarga Izat. Keesokkan harinya Izat tersedar dan merayu supaya dimaafkan, Aku terdiam seribu bahasa dan tiada sebarang jawapan dariku. Aku meminta Izat pulang dan harap jangan datang lagi kepada kami walau ada apa majlis atau masalah anggap kami tak pernah ada dalam hidup nya.

Begitulah akhirnya kisah saya kali ini. Cukup untuk kalian tahu bahawa sesungguhnya tindakan untuk menyekutukan Allah dengan meminta bantuan dari pihak yang dilarang hanya member kesan yang sangat buruk pada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, ingat setinggi tinggi ilmu kita takkan dapat tandingi kuasa Allah , Jangan mempelajari ilmu yang tidak mampu kita kawal kelak akhirnya akan memakan diri.. saya memohon ampun maaf jika pengunaan bahasa saya tidak menyenangkan atau menimbulkan ketidakpuas hatian pada pembaca pembaca..

Insyallah jika ada keizinan aku akan ceritakan zaman kecilku sewaktu hijab masih terang dang dengan siapa aku berkawan..
salam

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
Fizi

29 thoughts on “#Fizi : Tukang Urut Dan Si Laku”

      • Innalillahiwainnailaihirajiun…
        Kdg kita nak tau jer sape yg buat supaya kita boleh muhasabah diri dan amik langkah berjaga2…
        Arwah abah dlu bbrpa kali kena ngan manusia pelik camni…
        Tp kami semua x penah berdendam pape…
        X bermusuhan tapi x jugak terlalu berbaik2…

        Reply
        • InsyaaAllah mudah-mudahan…
          Andai terjadi juga anggap tu sbb Allah nk menduga kita…
          Allah nk kita lebih dekat padaNya…
          Andai pengakhiran x seperti diharapkan+diusahakan, redha atas qada qadar Allah…
          InsyaaAllah hati lebih tenang…

          Reply
  1. aduiii apela manusia cam gini main test2..dia ingt nyawa manusia leh ganti2 pe…tula ilmu agama cetek sgt..cepat terpedaye ngn tipu daya syaitoonnnnn…manusia akhir zaman

    Reply
    • m**i itu pasti cik , saya tak tahu kenapa Allah bukakan hati saya untuk tidak berdendam atau rasa apa apa selepas tau siapa yang buat kami , berdoa semoga kita selalu dilindungi oleh Nya. . insyallah

      Reply
  2. sy ade sorg jiran men bende2 nie…siap men test2 lagi, kritikal sampai tk sedar..konon kalau test tu ok dia nk promote la kaedah perubatan dia..skli rahsia die terbuka terus tanak tegur kami..pastu boleh plak hasut org lain supaya bnci family kami sbb kami dah tahu tembelang dia ni…spesis bff ngn jin tolla..

    Reply
    • banyak spesis mcm gini. masa kecik dulu hijab masih terang dan sy masih ingat kat sorg bomoh ni .. dia berdekatan je kt uma saya masa tu..nanti saya akan cerita pasal mereka dan zaman saya kecik

      Reply
        • Allahuakbar .. semoga awak sentiasa dilindungi oleh Allah , ada hikmahnya awak jadi jiran dia , dengan cara itu mungkin awak akan lebih ingat pada Allah S.W.T. Banyakkan berdoa memohon supaya dilindungi.

          Reply
  3. Kadang2 kita kn pulangkan blk ape yg org anta kat kita SUPAYA org tu tau ape yg kita tanggung dr perbuatan x berpaedah dia..makin maju dunia makin bangang pemikiran mereka2 yg x tau dosa ni

    Reply
  4. ayah sy d santau d sihir oleh pekeje dia sndri.. stlh ayh sy buang dia dr company. dtg pkl2 ke opis. alasa ujan., pkl 4 blk.. lama2 xbley tahan ayh pecat dia.. lps blk dr mekah. ayah tros sakit. skt kpla mcm nk pegsan.. bila brubat ustaz nm[k byk paku2 bsi2 yg d cucuk kt bdn ayh mgunakan patong. dkt opis abh plk botol myk cap kapak dlm d isi paku jga. kaki abh still skt xbley jln, si pelaku tros anta dn anta.. dh baik skjp dia dtg lg. dia anta lg. xtau smpi bila dia nk benti.. abh ckp bia la dorg nk buat.. abh xkn anta blk..

    Reply
  5. Semoga fizi dan pasangan dalam lindungan Allah swt…itulah manusia,kadang2 hatinya tak dapat disangkal dari raut wajah.sedangkan d***h daging sendiri pun tergamak menyakiti apatah lagi orang luar.Besar jiwamu yang memaafkan,semoga mereka yg tersasar diberi hidayah utk berubah dan kembali ke jalan allah.Innalillahiwainnailahirojiun.Takziah di atas pemergian izat.al-fatihah.

    Reply
  6. Best cerita ni Fizi. Tapi cikngah tu perempuan ke lelaki? Akak harap awak berjaya dunia dan akhirat, dan apa yang berlaku jadikan pengajaran ye. InsyaAllah, rahmat Allah selalu ada pada mereka yang sabar….

    Reply
  7. Hati manusia xde spe dapat diduga…arwah adk sy pon meninggal sbb benda2 camnie…kte x kacau org tp org ttp akn sakit hati…

    Reply
  8. awal2 ada bgtahu izat blajar pondok . set dalam kepala belajar agama di pondok . rupanya salah belajar . moga bertaubat .

    Reply
  9. Allah swt menguji setiap hambanya dgn ujian yg mampu dihadapi oleh mereka. Hanya org yg punya iman, ilmu dan kesabaran je. mampu hadapi segala dugaan tu dgn mudah. Yg penting yakin dan berserah pd Allah swt dlm apa jua keadaan disetiap waktu krn kita bukan siapa2 dan x punya apa2 tanpa anugerah dr Allah swt.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.