Di tahun 2000, umurku 22 tahun dan aku masih menjalani National Servis Singapura di dalam Pulau Tekong. Seperti biasa, kami hanya dibenarkan pulang ke rumah di pagi Sabtu dan harus melaporkan diri balik ke dalam kem di malam Ahad. Biasanya, di malam Sabtu, aku akan berjumpa dengan kawan-kawanku di salah satu warung di Bukit Batok untuk berborak kosong. Melepaskan tension. Warung itu tidaklah jauh dari rumah aku, lebih kurang 1 km jauhnya. Pada pukul 9 malam, aku menaiki bas awam untuk ke sana. Aku sebenarnya boleh berjalan kaki, tapi aku malas.
Sampai sahaja aku di sana, aku ternampak Fauzi dan Rizal sudah pun menunggu aku. Mereka tinggal berjauhan dari aku dan mereka datang ke situ menaiki motor. Kami mengorder makanan dan memulakan sesi berbual kosong kami, ketawa terbahak-bahak apabila menceritakan kembali peristiwa lucu semasa kami kecil dahulu. Tanpa disedari, kami berborak sampai pukul 12 malam. Memandangkan warung itu sudah pun nak ditutup, kami membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Pukul 12 malam, bas awam sudah tidak beroperasi lagi, jadi aku terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah. Aku berjalan melalui jalanraya kecil dan entah kenapa jalanraya begitu lengang sekali, lebih lengang dari biasa. Hairan, tiada kereta, motor atau sebarang kenderaan yang bergerak di jalanraya itu.
Tiba-tiba aku mendengar bunyi SMS. Di waktu itu, tidak ada telefon bimbit pintar seperti sekarang dan aku masih memakai HP Nokia 3210. Aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan tersenyum gembira apabila terdapat satu mesej dari kekasihku. Sambil berjalan perlahan-lahan, kepala aku menunduk untuk membalas mesej itu. Setelah menekan butang “Send”, aku mendongak kembali untuk melihat arah perjalananku.
Di masa itulah aku ternampak seorang gadis berjalan dihadapanku. Gadis itu membelakangkan ku, lebih kurang 5 meter jauhnya dan berjalan perlahan-lahan ke arah yang sama seperti ku. Dia memakai baju seksi yang ketat berwarna merah dan bertumit tinggi. Potongan skirtnya yang tinggi dan menampakkan pehanya yang putih dan gebu. Dalam keterujaan, aku pantas mengeluarkan telefon bimbit. Aku menghantar satu mesej kepada Fauzi tentang gadis seksi itu. Setelah menekan mesej “Send”, aku mendongak lagi untuk melihat gadis itu.
Aku tercengang!
Perempuan itu sudah berada jauh dariku. Lenggok punggungnya tetap sama seperti tadi. Tak nampak seperti tergesa-kesa atau kelam kabut.
“Lajunya dia jalan!”, Aku berkata di dalam hati.
Kedengaran lagi bunyi SMS. Aku menunduk dan membaca mesej dari Fauzi, menyuruhku untuk pergi ke gadis itu dan meminta number telefon. Mesej itu membuat aku tersenyum tapi hati aku tak tenteram. Aku masukkan kembali telefon bimbit itu ke dalam kocek dan mendongak. Kini gadis itu berada betul-betul dihadapan aku! 1 meter dihadapan aku! Aku berhenti. Dia pun berhenti! Berdiri tegak bagaikan sekeping papan. Kedua-dua tangannya terletak kemas di sebelah tubuhnya seolah-olah dalam posisi “Sedia”!
“Ah sial lah!”, Aku menyumpah dalam hati.
Fikiran aku kusut. Rumah aku dihadapan. Macam mana aku nak balik rumah? Bulu romaku merinding tegak. Kepala lututku terketar-ketar. Dalam ketakutan, aku perlahan-lahan mengundur ke belakang. Gadis itu juga mengundur ke belakang. Tiba-tiba kedengaran bunyi ketawa seorang perempuan.
That’s it!
Aku berpusing ke belakang untuk buka langkah seribu. Sebaik sahaja aku menoleh, aku ternampak sebuah teksi. Aku berlari ke tepi jalanraya untuk menahan taxi itu.
Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku bergegas masuk ke dalam taxi itu.
“Bang! Bukit Batok Blok 289d!”
“Eh kan tu dekat aje…”
Abang itu terhenti setelah terpandang ke arah kaki lima. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
“Celaka punya betina! Malam-malam ni nak kacau orang!”, sambung pemandu itu dan memandu taxi itu dengan laju.
Tak sampai 5 minit, aku tiba di hadapan rumahku. Meter menunjukkan $3 tapi pemandu itu enggan menerima wang aku. Dia monoleh ke belakang dan bercakap dengan aku tegas,
“Sebelum tidur, amik wuduk faham!”
Aku menganguk dan bergegas keluar.
Sejak hari itu, aku berjanji pada diriku yang aku tak akan mengacau gadis yang seksi, ataupun yang memakai baju merah dan ataupun yang ber-peha putih gebu.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
seram lah cerita kau
lain plak antu ni ye. seksi2 plak die.. nasib kau la die xtujuk rupe buruk die tu
Hish, nasib bek teksi tu btul.
Hahahahahha i was hoping it was a ghosts’ taxi ???
“Sejak hari itu, aku berjanji pada diriku yang aku tak akan mengacau gadis yang seksi, ataupun yang memakai baju merah dan ataupun yang ber-peha putih gebu.”
Bagus gak kesan dr peristiwa tu ekkk…
Taubat terus…
Hmmm…natang spore seksi lawo plak ekkk…
Ni klu seekers g sna mau diajak selpi kang sbbnye awek cun…
Hehehehehe…
Kenapa ek dlm fiksyen shasha ni cerita nyer bnyak tersangkut? Mcm xabis je cerita nyer..
k yulie….betul…..betul…betul…