Game “Burung hantu”

Salam. Seronok baca pengalaman orang dalam FS ni buat aku rasa nak bercerita sekali. Hahaha. Nama aku Nana. Ofcourse bukan nama sebenar. Hahaha. So here we go. Eh, terima kasih admin sebab publish cerita saya.

Cerita ni bermula masa aku sekolah menengah. Biasalah sekolah kan selalu buat perkhemahan unit beruniform. Dan aku join masa tu aku baru lower form. Form2 tak silap aku. Dan menjadi kebiasaan jugak bila malam perkhemahan tu buat game “burung hantu” dan ya.

Kami pun kena join jugak. Masa tu dalam pukul 11.30malam kalau tak silap. Masing2 dah melilau cari kain untuk tutup mata dalam khemah masing2. So, game pun start. Kitorang kena kumpul kat padang dengar briefing dari akak senior merangkap kem komander kitorang. Lepas briefing tu baca doa bagai lah kan, pastu aku ingat lagi pesan akak tu. “Jangan bukak mata. Kalau awak ternampak apa-apa benda yang tak sepatutnya, saya tak tanggung sebab saya dah pesan awal2.” Aku ni pulak haaa sengal tak bertempat.

Sebab kain penutup mata aku tu agak nipis, so before gerak tu saja2 je lah nak tengok2 dari bawah kain yg boleh nampak sikit2 tu. Depan aku ni member aku. Nama dia fifi. Perempuan melayu and ofcourse pakai tudung. Tapi apa yg buat aku terkejut waktu duk melilau nak tengok dari bawah kain tu, aku nampak perempuan baju putih rambut panjang. Depan aku wehh.

Depan aku. Masa tu dah berdiri and tangan kena pegang bahu kawan. Matilanakk. Masa tu aku fikir nak lepas je tangan aku sebab dah cuak punya pasal tapi aku tak lepas sebab aku tak rasa pun aku pegang rambut. Hahahahaha. Pastu aku pun redha sampai habis game and sumpah aku mmg tak bukak mata itk game burung hantu selepas tu. Hahaha.

Beberapa tahun lepas tu, aku pulak jadi kem komander utk unit uniform aku handle segala bagai pasal kem. Tahun ni, tak semua unit nak buat game burung hantu sebab sebenarnya cikgu memang tak bagi. Memandangkan banyak kes sebelum ni. Tapi aku ngan geng aku (AJK utk kem) mintak sangat2 utk buat game ni.

Then cikgu bagi tapi semua atas tanggungjawab kitorang. And kitorang setuju. Tepat pukul 11.30 aku suruh semua kumpul berbaris ikut kumpulan. And setiap AJK kena bawak satu kumpulan utk pisahkan.Aku bawak kumpulan yang campur lelaki perempuan. So, aku bagi satu tali untuk budak lelaki pegang and budak perempuan kat belakang pegang tali tu.

Yang lain follow pegang bahu. Nak dijadikan cerita masa aku bawak kumpulan ni, bila sampai je tempat aku nak pisahkan, yang aku bawak tu tinggal budak lelaki je. Budak perempuan takde dah. Tapi budak lelaki yg last masih pegang tali tu. Aku dah gelabah gak sebenarnya tapi acah2 cool letak budak2 lelaki tu dulu then aku pusing tanya fasi lain nampak tak budak2 perempuan tu. Then diorang kata budak2 tu dah selamat duduk kt tempat masing2.

Dah lega sikit dah walaupun agak pelik. Then, habis game baru aku tanya budak2 tu diorang gi mana. Diorang kata diorang follow je org depan tetiba ada orang tarik tali tu suruh ikut dia. Bila aku tanya fasi diorang takde plak tarik tali tu sebab masing2 kena bawak group masing2.

Tapi before game tu habis, ada lagi satu benda yg first time aku face seumur hidup aku. Bila aku dah berjaya kumpul budak2 ni ikut group, aku suruh ketua kumpulan diorang tengok siapa yg takda nanti fasi cari. Ya.

Memang ada sorang hilang. Aku ngan fasi2 lain berpecah cari budak tu. Aku jerit nama budak tu dalam sekolah yang sunyi tu pun budak tu tak menyahut. Aku pusing satu sekolah weh sampai budak2 unit lain dah nak masuk khemah dah. Masa lalu surau, kitorang terserempak ngan cikgu yg tak bg main burung hantu. Then kitorang bagitahu cikgu tu. Cikgu suruh baca ayat kursi 3kali and pergi balik tempat berkumpul. Kalau tak jumpa jugak, dia arahkan semua unit cari sekali.

Then kitorang pun balik tempat yang lain dah berkumpul. Yang paling menakjubkan, budak tu duduk tak.jauh dari tempat kitorang berkumpul. Masih tutup mata dan duduk sambil peluk lutut. Aku dapatkan budak tu dan suruh kawan aku yg mahir bab2 ni handle kejap sementara aku handle yg lain. Kawan aku suruh budak tu mengucap, tapi dia nangis je.

And the rest, kawan aku setelkan dan alhamdulillah semuanya okay. Dan aku tanya budak tu esoknya, tak dengar ke aku jerit sampai gema satu sekolah, dia kata dia pun pelik sebab dia tak dengar apa2. Dan member aku unit lain, sebenarnya nampak je budak tu duduk kat situ. Dia pun pelik kenapa kitorang tak bawak budak tu kumpul sekali.

Padahal kitorang memang tak nampak langsung budak tu. Dan sebenarnya aku banyak pengalaman lain kalau pergi kem ni memandangkan aku boleh nampak benda tu kadang2 dan selalunya aku boleh rasa kalau dia ada. Lain kali aku cerita lagi. insyaAllah.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

 

Nana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.8]

6 thoughts on “Game “Burung hantu””

    • Org2 yg arif dah pesan. .tapi degil. Kalau budak.tu hilang..kena sorok..nak.tanggung….? Anti betul dgn sek2 bodoh sombong cam dia ni

      Reply
  1. aku palign benci juga night walk macam ini. pertama kali sebab masa tu ikut kem dekat bukit hijau ke apa entah. aku lupa. tapi itu pertama kali la,nasib baik tak tutup mata dan tak ada kena apa2..aku pun tak pakai spek memang selaamat . alhamdulillah. kalau nak buat kem ke apa,tak apayah la main sorok2 macam ni.. lepaskan sorang2 suruh cari jalan balik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.