GANGGUAN

Hai assalauaikum, aku Nurul. Sebelum ni ada beberapa cerita yang Fiksyen ShaSha siarkan. Termasuklah Tasik, Hantu Baju Minangkabau. Spirit of the Coint dan Bulan Hantu. Kalini aku terpanggil untuk bercerita berkaitan pengalaman yang aku alami sepanjang aku tinggal di rumah suamiku.

Selesai majlis perkhawinan aku tinggal bersama suami dan ibu mertua di negeri Johor. Memandangkan tempat pekerjaan baruku juga di negeri yang sama jadi tidak menjadi masalah buatku untuk bekerja. Segalanya bermula dalam bulan Ramadhan tahun ini. Ibu mertuaku ada membela dua ekor kucing kampong yang gempal dan bersih. Kemana sahaja akan dibawa termasuklah waktu tidur. Kedua-dua kucing tersebut aku namakan Montok dan Ibu. Kedua-dua kucing tersebut amat rapat dengan kami sekeluarga tetapi Montok lah yang terpaling rapat dengan ibu mertuaku.

Selepas sedang khusyuk tidur dan berbelakangkan meja makan. Aku juga melihat Montok sedang ralit tidur pada waktu tersebut. Sedang kami sibuk berbuka puasa, kami pandang semula keadaan Montok tetapi Montok tiada! Dia ghaib begitu sahaja! Kami bukan leka berbuka puasa tetapi hanya sekilas dan pandang semula Montok namun dia tiada di tempat tidurnya. Oleh itu, selesai berbuka dan solat, kami terus mencari Montok di segenap ruang rumah tetapi hampa.

Pada waktu kejadian pintu semua tutup jadi mustahil untuk Montok keluar dari rumah. Buntu kami dibuatnya. Kehilangan Montok terjawab apabila suami anak sedara yang boleh melihat dan diberikan anugerah oleh Allah untuk melihat Alam Ghaib memberitahu kami keberadaan Montok yang telah diambil oleh anak perempuan orang Bunian yang amat suka kan Montok. Die telah melihat lama akan kemunculan Montok yang sering bermain di luar dan rumahnya tidak jauh dri rumah mertua hanya di belakang rumah sahaja.

Aku namakan suami anak sedara mertua Abang Zul. Abang Zul diminta kami sekeluarga untuk meminta semula Montok dari keluarga bunian tersebut namun Abang Zul kata sekiranya dia berbuat demikian kami sekeluarga akan diganggu teruk. Jadi, kami redha sahaja dengan perkara tersebut. Namun, aku pula yang kerap diganggu selepas kami membuat keputusan untuk biarkan sahaja.

Kali pertama aku diganggu sewaktu aku sedang mandi. Pintu bilik mandiku diketuk. Yang anehnya ketukan tersebut hanya diketuk tiga kali bukan macam manusia mengetuk pintu berkali-kali. Aku hanya menjawab sekejap lagi siap namun tiada jawapan semula.

Pengalaman yang paling aku ingat sampai sekarang sewaktu aku bersendirian di dalam rumah sewa temanku di mana mereka semua ke mall berhampiran pada waktu tersebut. Pintu depan rumah ku diketuk berkali-kali dengan menggegarkan pintu grill di hadapan rumah. Aku yang sedang leka menonton tv tersentak.

Pada waktu itu bukan hantu yang aku fikirkan tetapi kemungkinan manusia bertopengkan syaitan yang aku paling takutkan. Aku pantas berlari dan menuju ke bilik belakang dan menelefon teman lelaki ku dan bercerita berkaitan apa yang sedang terjadi dan juga mesej rakanku yang lain perkara yang sama.

Temanku yang lelaki segera menelefon rakannya untuk melihat rumahku dari jauh. Aku menangis ketakutan dan duduk diam di dalam bilik tersebut sambil menunggu rakanku yang lain tiba.

Selang setengah jam akhirnya rakanku tiba dan aku berasa lega. Perihal apa yang berlaku sebenarnya diceritakan kepadaku oleh rakanku yang lelaki sewaktu kami sedang makan. Rupa-rupanya yang menganggu aku pada waktu itu bukanlah manusia tetapi jin yang tak tahu asal usulnya yang mengangguku pada malam tersebut. Hampeh betul!

Berbalik kepada cerita di rumah mertuaku. Pada waktu tersebut aku usai melakukan solat Mahgrib dan sedang berdoa. Kedudukan aku pada waktu tersebut, di sebelah kiriku katil manakala di sebelah kananku merupakan tingkap yang berhadapan dengan luar.

Sewaktu sedang khusyuk berdoa, tingkap di sebelah luar bilikku diketuk bertalu-talu bagaikan ada orang dari luar ingin memecah masuk ke dalam rumah. Namun, ketukan tersebut berhenti usai aku berdoa. Aku segera membuka tingkap kerana perasan ingin tahu itu membuak-buak. Setelah membuka tingkap aku hampa kerana tiada seorang pun yang berada di luar. Jadi apa yang berlaku aku biarkan sahaja. Namun, selang beberapa hari selepas gangguan tingkap di bilik diketuk, aku diganggu lagi.

Kali ini sewaktu selepas menonton tv di ruang depan rumah. Sewaktu aku ingin bingkas bangun untuk menuju ke bilik tidur, mataku menangkap kelibat seseorang yang terus ghaib sewaktu aku memandangnya tanpa berkelip. Kelibat tersebut seorang lelaki tua yang bongkok duduk di hujung kakiku di sofa ruang depan. Aku tidak menjerit. Aku cuma terpana dan kaku di situ. Dia juga tidak melihatku mungkin barangkali dia cuma singgah sebentar untuk menonon tv. Hahahaha. Baik. Malam itu juga sewaktu suamiku sedang lena dibuai mimpi, aku pula sebaliknya.

Sewaktu khsyuk melayari Facebook, mataku tertangkap pergerakan rak untuk menyangkut baju. Pergerakan tersebut bukan sebiji yang gerak cuma bahagian atas rak sahaja yang bergerak macam lentok ditiup angin ke kiri dan ke kanan. Perkara tersebut aku ceritakan kepada suami lantas aku dibawa menemui seorang uztaz yang dapat merawat gangguan.

Setelah selesai dirawat dengan ustaz dan dia beritahu kami bahawa aku hanya diganggu dan tiada saka yang mendampingku begitu juga suami. Suami diminta untuk memagar rumah empat penjuru dan aku berasa lega memikirkan yang setelah itu aku tidak akan diganggu lagi. Tetapi sangkaan aku meleset sama sekali ye teman-teman.

Dalam minggu yang lepas setelah aku sesai menjalankan aktiviti melukis dan suami sedang lena dibuai mimpi dan kepenatan. Aku lantas baring dan ingin menutup mata dan tidur tetapi sebelum sempat aku tidur, hujung kakiku dipegang kuat sebiji macam cara suamiku ingin membangunkan aku pada awal pagi. Tersentak dan aku lantas bangun dan ingin melihat sekiranya suami menbangunkan ku tetapi suami tetap dengan posisi tidurnya. Hairan dengan perkara tersebut aku lantas tidur sambil pegang kaki.

Esok paginya aku ceritakan semula apa yang berlaku dan suami berjanji untuk membawaku semula aku dan mertuaku bersama berjumpa ustaz semula. Ibu mertuaku pula diberitahu oleh Abang Zul ada pendamping jadi akan turut serta bersama.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan pengalaman apa yang berlaku keatas diriku sepanjang duduk di rumah mertuaku. Sekiranya aku mendapat pandangan yang positif aku akan ceritakan pula sekiranya aku diganggu lagi. Sesungguhnya makluk halus itu ada kewujudannya cuma hanya berserah kepada Allah sahaja. Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 26 Average: 1.5]
Nurul

1 thought on “GANGGUAN”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.