Gangguan atau illusi?

Assalamualaikum dan hai..aku peminat cerita seram dan setiap kisah dalam fiksyen shasha ni memang aku follow..tp kali ni aku nk cerita kisah aku sendiri.

Benda yg jadi kat aku ni masih baru juga la sebab ia berlaku tahun ni(2016). Aku kerja kat sebuah kedai yang jual barang runcit dan topup telefon.kat sini aku kerja sorang je memandangkan kedai ni kecik dan gaji hanya mencukupi untuk aku bayar sewa dan makan. Time aku kerja dari pagi sampai malam(8-9.30 mlm).

Masa minggu pertama kerja kat sini xde ape pun berlaku. Tp masuk minggu ke-2 aku kena kacau. Aku x tahu la yang kacau aku tu ‘benda’ dalam kedai ni atau ‘benda’ luar.Mungkin yang dalam kedai punya kot.Aku cakap ‘benda’ dalam sebab kedai ni pakai pelaris.

Aku tahu kedai ni guna pelaris masa minggu kedua tu dan masa tu xde customer.Aku terpandang kat siling kedai ni dekat pintu masuk ada tampal kertas macam tulisan jawi yang bercampur ayat Quran. Sebabkan rasa ingin tahu aku cari lagi dan mengejutkan aku jumpa satu lagi dekat dinding tepi kaunter. Mula-mula memang x perasan yang dekat dinding tu sebab ada banyak tampal kertas termasuklah report polis, invois kedai etc. Aku tahu kertas tu pelaris sebab macam aku cakap sebelum ni yang aku minat benda berkait alam ghaib,mistik dan seram.

Bila first aku kena kacau aku x nak ambik port sangat sebenarnya sebab aku anggap tu mungkin petasaan aku je kot. Then bila kena kacau banyak kali baru aku percaya. Cara dia kacau macam-macam.

1) masa kena ni bos aku ada kat kedai sedang masukkan barang dan stok kedai. Sedang aku letak tag harga pada barang dan bos aku susun barang, satu topi/cap yang tergantung kat dinding jatuh padahal kami xde berdekatan cap tu pun.Bila bos aku gantung balik tetap jatuh juga. 3 kali jadi macam tu, letak jatuh then letak tapi jatuh balik. Sampai bos aku baca a’uzubillahiminassyaithonirrajim dan letak cap tu sambil pesan pergi main jauh barulah cap tu x jatuh. Bos aku cakap dia nak usik aku. ‘Dia’ tu aku pun x taw sape.

2) selang beberapa hari lepas tu ada customer datang kedai aku.Dia berdegil nak tanggal kasut kat luar kedai then aku biarkan je la. Masa dia masuk then sapu kaki kat alas kaki dia nampak ada skru. Siap marah aku sebab x buang skru tu. Padahal aku buang pasir kat alas tu setiap 2,3 hari kot. Yang ni aku x ambik port sangat. Tapi 2 hari lepas tu aku sedang sapu lantai,aku jumpa skru lagi. Bila aku perhatikan setiap paku atau skru dalam kedai ni semua jenis kepala leper. Yang aku jumpa jenis kepala timbul. So, agak seram jugak la bila kau kena kerja sorang2 dari pagi sampai malam. Dahla kat sini malam dia sunyi sikit.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *