Gangguan Di ILP

Haii assalamualaikum warga FS. Okayy aku nak cerita berdasarkan apa yang aku lalui tahun lepas. Okay nama aku Yaya. Maaf kalau cerita ni panjang sangat. Sebab aku tak reti nak pendek-pendekkan cerita. Nak percaya atau tak, terpulang pada korang. Tapi aku lalui semua ni kecut jugak ah. Okay start

Tahun lepas aku dapat belajar kat ILP pantai timur. Bulan satu aku daftar masuk, minggu pertama and kedua aku masuk okay lagi. Minggu ketiga tu aku start kena kacau ? . Okay dalam bilik aku tu boleh muat lapan orang. Katil double decker. Kedudukan katil tu dua kat pintu, dua kat tengah, dua kat tepi tingkap. Antara katil tu, ada locker masing2. Pandai2 lah bayangkan haha. Okayy katil aku tepi tingkap and belah atas. Tepi tingkap tu ada pokok besar. Ada satu malam tu, aku rasa badan aku lemah sangat. Jalan dua tiga langkah terjelepok. Pastu malam tu panas sangat-sangat. Aku sorang je yang rasa. Roommates aku cakap bilik tu sejuk. Aku lantakkan aje, aku ajak dorang tido bawah ramai2 . Dorang on ajelah.

Pukul 11 masing2 start tido termasuk aku. Punyaa syok tido, pukul 2.13 aku terjagaa. Time aku terjaga tu, aku nak sangat pandang locker aku kat tepi tingkap tu. Time tu tak fikir apa. Sekali aku pandang, ada nenek tua dok cangkung atas locker tengah pandang aku dengan mata merah menyala! Aku dah start menggigil. Aku tendang locker depan aku dengan harapan member-member bangun. Tapi haram jadah betul. Sorang pun tak bangun padahal aku tendang kuat. Time aku tendang tu lah dia boleh tanya, “adik nak kejutkan kawan adik ke. Hihihi”. Aku terus stop tendang locker. Aku memang menyorok je dalam selimut. Menangis sampai tertido. Keesokan tu akak roommates kejutkan aku and dia tanya nape dahi aku merah. Dah macam kena starlight je. Aku diam ajelah sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa.

Aku bangun mandi sesiap terus gi bengkel. Tak breakfast pun. Aku sempat dok bengkel sejam je sebab aku pengsan kat mesin p****g kayu yang time tu tengah berfungsi! Nasib baik aku tak kena p****g sekali. Aku punya KB bagi pelepasan balik asrama. So aku balik lah. Asrama perempuan punya lah besar tapi time tu aku sorang je ada ? . Aku kalau dah duduk sorang, aku memang suka berkemas. Time tu aku bukak tingkap. Lepas je aku bukak, angin bapak kuat masuk. Bile aku tengok poko , satu pun tak bergoyang, aku diamkan aje lah. Dalam bilik tu ada cermin besar. Kitorang sangkut kat belakang pintu, guna cangkuk yang susah nak jatuh tu, yang lekuk tu. Haritu tetiba boleh jatuh. Angin ape semua takde tahu-tahu jatuh. Aku tengok cangkuk tu elok je lekat kat pintu. Cermin tu time tu hancur satu2. Satu2 beb. Tapi aku biarkan, takut nak kutip .

Aku tertido sampai lah roommates aku balik. Time aku bangun tu aku terpandang pintu, nak tahu apa aku nampak? Cermin yang pecah satu2 tadi elok tergantung kat tempat asal dia! Sikit pun tak pecah macam yang aku nampak tadi. Aku diam ajelah. Tak cite pun kat roommates aku. Lepas pada aku kena camni, kat toilet tu adaa satu toilet aku kemaruk sangat nak guna. Toilet hujung sekali. Sebelum ni aku nak dekat pun tak berani ni lagikan masuk. Tapi lepas kena, aku jadi kemaruk nak guna sampai member aku marah aku tak bagi guna toilet tu. Sebab toilet tu dorang cakap mana ada pernah orang guna sebab air langsung takda. Tapi aku guna elok je. Dorang macam terkejut. Aku biarkan aje.

Pastu ada satu malam ni, aku tak tahan sangat nak kencing. Aku lari gi toilet dengan selipar tak pakai. Aku masuk toilet yang dekat ngan pintu masuk. Time tengah buang tu, aku dengar macam ada orang mendengus kat belakang. Macam marah kat aku. Aku biarkan ajelah. Mase nak keluar tu  aku rasa macam ada orang tolak aku dari depan. Aku terjatuh and pinggang aku terkena bucu simen yang tajam tu. Memang meraung la aku. Sakit weh. Dalam tengah meraung tu ada bebudak datang tanya kenapa. Aku tak jawab. Dorang angkat aku. Aku time tu memang takleh jalan sebab sakit sangat. Time dorang angkat tu, aku terpandang toilet hujung sekali. Nak tahu apa aku nampak?

Aku nampak nenek tua tu tengah pandang aku dengan pandangan yang bapak tajam. Sumpah takut kalau ingat balik. Lepas aku alihkan pandangan tu, pintu toilet tu tertutup ngan sendiri. Sampai kat bilik aku jadi sesak nafas sampai hidung aku berdarah. Roommates aku dah start nangis tengok keadaan aku. Dorang cakap keadaan aku teruk sangat time tu. Dahi aku yang kena starlight tu pun tak hilang lagi. Dorang call warden and warden call ambulans. Dalam 15 min ambulans sampai. Bilik aku aras dua. Time dorang angkat aku nak letak atas stretcher ( tah betul ke tak eja ) tu, sumpah aku cakap. Tak terangkat langsung!! Padahal aku kecik je. Yang angkat tu laki 6 orang. Tambah lagi 3 orang baru la boleh angkat walaupun huyung hayang jugak.

Bawak gi hospital , cek-cek takde ape pun tapi pinggangnya sakit nak m**i. Aku dok wad pemerhatian 2 hari. Lepas tu aku balik. Dapat lagi MC 2 hari. Lepas pada aku nampak nenek tu kat toilet, aku terus tak berani nak guna toilet tu. Masa aku cuti, aku nak mandi ke ape, memang aku guna toilet lain. Bila dah guna, time tu jugak dapat penyakit. Asyik kena tolak je. Last-last bengang sangat aku guna toilet puaka tu. Elok pulak takde jatuh. Esoknya macam biasa aku guna toilet yang aku kena tolak tu. Tapi kali ni teruk aku kena. Sampai pecah kepala. Pecah pulak betul-betul tempat yang aku kena starlight tu. Start daripada tu la aku sakit teruk sampai pengarah bawak tido rumah dia. Asal maghrib je aku meracau. Asal meracau je maghrib sampai satu tahap aku berlari kat padang ILP tu.

Penat bebudak laki kejar aku. Sorang pun tak dapat tangkap aku. Parents aku memang menangis lah dapat tahu aku macam tu. Sampai la hari khamis malam jumaat. Aku hilang. Kau bayangkan dalam ILP bapak besar tu aku boleh hilang. Time hilang tu tak pasal2 budak laki yang kena cari aku. Ade dekat 3 jam dorang cari, dorang laa yang cite kat aku. Last-last dorang jumpe aku dok bertenggek atas pokok belakang asrama perempuan. Bila da jumpa, dorang angkut aku bawak pegi rumah pengarah *rumah pengarah dalam ILP*. Ustaz ada baca2 pastu aku tak tahu apa jadi. Sebab dorang tak nak cerita. Dorang cuma cakap yang nenek tu nak berkawan ngan aku sebab katil aku tu tempat dia and dia nak aku guna toilet hujung tu je sebab tu tempat dia jugak. Sebab tu kalau aku masuk toilet lain, aku dapat penyakit ? . Nenek tu tak suka katanya.

Lepas pada tu aku terus berhenti belajar. Balik tempat asal. Lepas aku berhenti, budak lain pulak kena ganggu and aku tatau apa jadi lepas tu sebab aku malas amek tahu. Aku sempat belajar 3 bulan aje. Dalam 3 bulan tu pun asyik ulang-alik klinik and 3 kali masuk wad kecemasan. Itu ajelah kisah aku. Maaf kalau tak seseram yang korang sangka tapi aku yang lalui ni sumpah seram nak mampus. HAHA. Okayy babaii .

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

7 thoughts on “Gangguan Di ILP”

  1. nenek psiko. huhu
    jahatnya la sampai tolak. yg mangsa kitalah manusia yg tak tahu apa2.

    harap penulis dah sembuh dari gangguan ya. dahsyat bila baca pengalaman,tp orang kata berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.