Gangguan Di Malam Raya

Assalamualaikum, namaku Firdaus dan aku nak ceritakan pengalaman aku dan sedara mara ku alami di malam raya. Peristiwa ni dah lama dah. Dalam 4 tahun yg lepas tapi masih segar di dalam ingatan.

Langit bertukar dari biru muda ke biru gelap. Sudah berejam aku menunggu dalam kereta produa Alza yg dipandu bapaku. Memang sesak di highway plus pada malam raya. Yelah sape x rindu atok & nenek di kampung, kan? Tepat jam 9.30 malam kami sekeluarga sampai dengan selamat di kampungku yg terletak di daerah umbai. Kehadiran kami disambut oleh kakak, abang, adik dan mak saudara ku yg ku gelar mak busu. Mak cik sedara ku yg lain ada yang tolong nenek memasak, basuh pinggan dan sapu luar rumah sementara geng pakcik-pakcik merokok dan melepak di luar rumah. Memang dah jadi rutin la kan budak-budak main mercun di malam raya. Bawah 10 tahun main bunga api dgan mercun mancis dan yang aca-aca tua ni main yang lagi extreme lahkan. Mercun bola dan mercun ketupat memeriahkan lagi kampung sementara mercun roket dan bunga api yg dibakar oleh kami menjadi seni di langit.

Puas semua main mercun kami semua mula bersurai dan masuk ke rumah nenek. Dah penat main mercun kami makan makanan yg dihidang oleh nenek. Tapi x banyak la sebab dah pukul 10.45 terlalu lewat kitorang makan. Dalam pukul 11.30 kaum wanita sudah bentang tilam dan toto di ruang tamu untuk lelapkan mata sambil yg laki tengok bola. World championship kot time tu kt Brazil. Yg budak-bdak plak still main lagi sebab x reti penat. Tiba-tiba Edi adik sedara ku menangis sambil berlari masuk rumah. Bila ditanya kenapa, dia cakap dia nampak ada nenek tua muka buruk panggil dia. Kitorang mula-mula memang x percaya kat dia sebab geng budak-budak ni pernah prank 1 rumah dengan gi sangkut telekung mak long sedara ku dekat depan pintu time nak tido lepas tu memekak buat bunyi mengilai bak kata pepatah kecik-kecik cili padi.

Pukul 1 pagi segelintir dah pergi ke dunia mimpi lagi segilintir masih berjaga dan tengok bola. Tiba-tiba pintu ruang tamu diketuk macam nak pecah. Kitorang kaum lelaki yg tengok bola beranikan diri nak tengok siapa. Tiba-tiba nenek aku yang sedang baring di atas tilam di ruang tamu melarang kami bukak pintu lepas tu nenek baca 3 qul dan ayat kursi tak silap. Tapi pintu masih diketuk aku dan yang lain semua dah kaku dan pucat dan disitulah hilangnya keberanian seorang lelaki. Tiba-tiba ada bunyi suara perempuan bagi salam kat luar rumah. Suara dia yang serak dan nyaring bagi salam telah menghancurkan keberanian ku yang ada kat tangga serambi rumah nenek ku. Aku tengok sedara bujang aku yang lain semua dah kaku ada yang baca bismillah je ada yg baca ‘Auzubillahiminasyaitonirajim’ ade yang bace ayat kursi.

Lepas tu, bende tu senyap sekejap then bende tu main kat atas zink rumah pulak. Yang aku heran sedara mara aku yg lain tido jek macam xde pape jadi. Dengar bunyi guli la, bunyi cakar-cakar la lepas tu tiba-tiba pak long ku keluar dari bilik tidur lepas tu keluar rumah. Dia dah menyirap kot. Dia suruh kitorang stay je dalam rumah sebab nanti ada yang lemah semangat kang kalau bende tu munculkan rupa nanti. Aku tak dengar apa pak long aku cakap dengan benda tu tapi yang aku tahu pak long aku dah halau makhluk tu. Pak long cakap benda tu tak suka kitorang memekak malam-malam sebab dah mengganggu dunia dorang.

Esoknya dah Syawal yang tidur semalam jadi polis pencen dan reporter semua bende dia tanya pasal malam tu. 8.00 pagi semua bersiap pakai baju raya yang lelaki ni macam biasalah sembahyang raya dulu. Yang perempuan bersiap dan hidangkan makanan dan kuih raya untuk sarapan. Duit raya dapat sikit je lah dah bujang takkan nak beraya and kutip duit raya kat rumah orang lagi kalau dulu memang muka kitorang lah paling famous kat kampung tu. Ok itu saja cerita yang cuba aku sampaikan harap korang terhibur. Penulisan aku korang boleh judge tapi jangan kecam.

Sekian Terima Kasih,
#kondi

Muhammad Firdaus
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 comments

    1. Xcukup napas akak bc citer kau ni dik sb satunya, akak cari titik xnmpk2.stret j citer kau.yg kdua, time bnda tu ketuk pintu bagai nk roboh.tetiba akak rs akak pon ad kt stu time tu.mau kejung kaki tgn kot seram.tp mmg seram pon.tulis lg.walaupun susah nk jumpa titik citer kau tetap best!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.