Gangguan di SOIS, UUM

Assalamualaikum semua. Saya terdetil dekat hati ni nak cerita dekat korang semua. Aku student uum , dan kalau korang tengok tajuk aku , mesti korang nak tahu sois tu apa? Sois tu stand for school of international studies. Kalau siapa budak uum korang tahu lah kan so Aku student bawah school ni , kos aku rahsiakan .

Bangunan sois ini luar dari uum , special sikit dan aku dengar dari senior bangunan ni baru dibina . So kami beruntung sebab facilities dekat situ memang baru baru.

Tapi , bukan itu aku nak ceritakan dekat sini. Aku nak kongsi cerita tentang aku yang selalu kena kacau tiap kali ada kelas dekat sini. Disebabkan aku selalu kelas dekat sini so aku selalu kena .

First time aku kena , masa tu kelas pagi , aku terawal datang situ aku naik bas ke sois dalam jam 7.45 . Awal kan? Kelas start jam 8.30. So dalam bas tu ada berapa orang je yang naik waktu pepagi macam ni .

Sampai je sois aku pun masuk kelas bk3. Kelas ni dekat tingkat dua hujung pulak tu. Bila aku masuk kelas , kelas still gelap n aku sorang ja yang datang, so takpe la aku pun keluarkan fon aku and main fon. Tapi waktu tu aku rasa macam dah tak sedap dah .

Rasa macam ada orang lalu lalu luar bilik tu. Tiap kali aku tunduk main fon aku rasa macam ada orang dok perhati aku. Maybe itu perasaan aku je. Aku pun biarkan .

Dengan bulu roma mula meremang. Aku start baca apa yang patut. Tapi bukan itu je , aku ternampak ada seorang dok lalu situ, jalan laju gila.

Macam angin. Aku pun terkejut. Dalam hati aku dok fikir dia lari ke ? Aku pun decide keluar kelas nak tengok . Tapi sampai ke tangga aku usya takda orang. Lagipun memang aku tak dengar derapan kaki pon bila benda tu lari tadi.

Then aku malas nak fikir aku masih kelas balik. Jam pun dah jam 8 waktu tu. Tak lama lepas tu aku dengar bunyi bas , hantar student untuk second round.

Selalunya time ni orang dah start ramai. Aku lega. Dari lepas tu memang tak lah aku nak datang awal. Tapi bukan kejadian tu je aku kena.

Second time dekat tandas hujung tangga tingkat dua. Aku tahu tandas ni macam jarang orang guna, tapi kalau dah tak tahan aku pun bantai je la tandas tu.

Masa aku masuk memang tak ada orang. Bila aku ada dalam tandas , aku dengar pintu aku kena ketuk kuat gila. Aku jadi macam bengang jugak lah, pehal ketuk kuat sangat ? Dah tak de tandas lain ke nak guna. So aku pun cakap “kejap” then orang yang ketuk pintu aku tu senyap.

Lepas tu aku dengar dia gelak. Aku terus tak jadi marah bila dengar nada dia gelak. Serious. Meremang bulu roma aku. Gelak dia lain macam. So aku selesaikan sesegera mungkin urusan aku dalam tu . Then aku blah keluar. Sampai member aku kat kelas tegur muka aku pucat nak mampus. Aku malas nak cerita . Aku buat diam aku .

Kali ketiga aku kena dekat bilik pensyarah . Aku nak cari sorang bilik pensyarah ni sebab aku nak submit assignment aku yang aku dah hantar lambat gila.

Dan tak pasai pasai bilik dia atas sekali. So aku terpaksa pi lah atas sekali. Aku naik lift, tak naik tangga. Sampai je tgkt atas sekali. Sunyi gila bilik bilik lecturer , aku tak dapat imagine macam mana lecturer boleh duduk dekat bilik yang macam ni .

Disebabkan aku banyak kali kena so , aku dah baca ayat kursi siap siap sebelum jalan cari nombo bilik lecturer tu . Sepanjang lorong tu aku dok tengok pintu pintu bilik, sepanjang aku jalan dekat lorong tu jantung aku ni dup dap dup dap.

Aku rasa ada orang ikut aku. Aku dengar nafas dia dari belakang aku. Aku mula meremang lagi. Aku takut nak pusing belakang . So aku tetap jalan. Sampai depan bilik lecturer aku letak assigment aku dekat box yang disediakan. Telinga aku rasa satu tiupan yang sangat halus . Bulu roma aku makin menegang . Habis je aku letak assignment tu aku lari masuk dalam lift. Semasa lift tertutup, tiba-tiba! ada perempuan tua bermuka hodoh di depan lif. Senyumannya sampai ke telinga. Aku cepat-cepat tekan butang tutup. Walaupun aku tahu menekan butang tutup dengan cepat, tidak akan mempercepatkan proses penutupan lif. Lega rasanya, lif ditutup dan aku turun ke bawah.

Banyak lagi aku kena ganggu dekat school ni . Tapi aku kuatkan jugak hati aku ni kelas dekat situ. Aku tak pernah kongsi benda ni dekat sesiapa. Sesiapa student uum yang baca ni especially student sois aku tak tahu la kalau korang pun rasa benda yang sama. Tapi aku nak cakap aku pernah kena . Itu je la cerita aku. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

sis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Gangguan di SOIS, UUM”

  1. X salah sois tu sebelah EDC…tahun terakhir study bgnan masih dlm pembinaan lg..uum mmg byk kisah seram tp syukur x pernah kena ..hihi

    Reply
  2. ehh nanti kalau kau rasa meremang bulu roma kat bahagian belakang kau tu kn jgn pandang belakang tau ……sebab bende tu dia memang ready dh nk takutkan kau [bak kata arwah nenek aku]

    Reply
  3. Nama2 anggota terkorban kt tugu peringatan padang kawad kebanyakan pernah bersama ayah aku berjuang..ada jugak dlm nma2 tu yg ayah aku sendiri masuk cari jenazah dan keluarkan dari hutan sintok tu..masa kecik2 dulu dia slalu bawak jalan2 area sintok..kt sungai badak dia bg tau sini dulu ada rondaan tentera kena ambush..mayat2 ditindan bertindih sambil di letak bom tangan yg telah ditarik safety pin dibawah badan mayat

    Reply
  4. AKU LEBIH BERMINAT NK DATANG SEMULA KE UUM BILE BACE CITER NI.. HAHAHA BYK SANGT MENDE BARU.. .. KALO DULU YG KAT LUAR PON KOLEJ BKT KACHI 1 & 2, TMAN U & HOTEL EDC JE..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.