Gangguan Di Tempat Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada admin dan pembaca fiksyen shasha . Terlebih dahulu aku kenalkan nama aku Ridhwan berumur 26 tahun. Sememangnya aku kurang berminat untuk mengarang cerita seram tapi disebabkan berminat sangat dengan membaca cerita seram daripada fiksyen shasha ni, terhajat pula nak kongsikan satu kisah seram. Dimana masih terkenang dan masih segar diingatan bayangan itu. Sebelum korang membaca cerita ini, terlebih dahulu aku memohon maaf jika ada kesalahan dalam penulisan aku.

Cerita ini bermula pada 3 tahun lepas, dalam bulan 8 2016. Yaa, bulan lapan 2016 di mana pada masa itu aku masih lagi berkerja di sebuah bengkel kereta yang cukup besar.

Bengkel yang aku kerja dulu ni, boss dah sediakan tempat tinggal. Depan bengkel tersedia 4 buah bilik untuk pekerja dan masing-masing mempunyai tandas sendiri. Bagi mengambarkan sedikit bengkel tempat aku kerja dulu ni, Bengkel ini agak dekat dengan kawasan hutan, kawasan yang sunyi dan gelap hanya diterangi setiap malam dengan cahaya lampu dari bengkel tempat aku kerja.

Masa bekerja dulu aku mempunyai kawan sekerja yang rapat dan senang dibawa berbicara. Aku namakan Om. Om agak berumur dari aku kiranya abang daripada aku.

Cuti 3 hari bermula dan semuanya pulang ke kampung masing-masing. Tinggal aku dan Om saja yang tidak balik disebabkan kampung halaman yang jauh.

Aku : Om tak nak balik ka

Om: Jauh Indonesia Pendek (nama panggilan aku masa kerja di bengkel) nak ulang alik. Ada masa nanti balik lah. Aku nak tidur dulu dah lewat malam ni.

Aku : yala kalau macam tu..Tidurlah dulu.

Aku dan Om masing-masing masuk ke bilik untuk tidur. Suasana yang sangat sunyi membuatkan aku mula berfikir dengan kurang baik. Entah kenapa malam itu aku susah nak kena tidur, mustahil lah pula disebabkan minum nescafe tadi. “Sebab ada yang kata minum nescafe malam nanti susah nak tidur. Tak tahu betul ka tidak. Hahaha

Perlahan lahan aku membuka pintu untuk keluar dari bilik dan terus ke dapur. Aku mula membancuh nescafe sekali lagi. Dah alang-alang tak tidur lagi pula esok cuti juga, layan je la mata ni.

“Berikanlah jawapan huraikanlah simpulan biar tenang jiwaku setelah kasih lama berlalu…ohhh3.” tengah sedap-sedap dengar lagu jiwang dari hanphone. Tiba-tiba terdengar seakan satu suara yang memanggil nama aku… Ridhwan…Ridhwan…. suara yang halus dan agak perlahan. Aku terus pause lagu yang aku pasangkan bagi memastikan jika memang ada yang memanggil nama aku. Tapi tiada satu pun suara yang kedengaran, mungkin perasaan aku kot. Takkan lah tengah-tengah malam ni ada yang nak panggil aku. Padahal dekat bengkel ni aku dan si Om ja yang tinggal semua dah balik.

Aku mula tak sedap hati, dah tengah malam, lagi pun takut benda lain pula yang jadi. Aku terus masuk kebilik dan baring di atas tilam sambil mendengar lagu-lagu jiwang yang ada pada handphone aku bagi tidak memikirkan sangat gangguan tadi.

Tok..Tok..Tok..Tok… Bunyi ketukan pintu yang berulang kedengaran dari sudut telingga. Aku terus bangun dan membuka pintu..

” Hoiii pendek tidur ja kerja kau, bangunlah dah jam 10 Pagi ni…

“Yaaa Om bangun sudah ni..

Rupanya semalam aku tertidur terus sampai lupa nak bagi m**i lagu yang aku pasangkan. Aku gelengkan kepala sambil mendapatkan tuala yang tersangut di belakang pintu dan terus menuju ke bilik mandi. Selesai saja mandi macam biasa sarapan layan diri. Kali ini sarapan hanya kami berdua dengan Om. Seperti biasa kami berdua akan bercerita kosong-kosong bagi menghilangkan sedikit rasa bosan yang dialami .

Tiba-tiba aku buka cerita semalam mengenai suara yang memanggil nama aku. Tapi Om kata dengan aku, “mungkin kau salah dengar pendek sebab terlalu layan lagu-lagu jiwang ni sampai terbuai oleh lena… Sebenarnya bukan Ridhwan yang kau dengar Tapi Rindiani… Hahahahah… Si Om terus ketawakan aku.. Aku pun ikut ketawa… Hahahaha.. Aku kata aku serius dengar suara yang perlahan dan halus yang memanggil nama aku. “Mungkin perasaan kau saja itu Pendek..” Kata Om pada ku. Si Om pun terus tukar topik perbualan.


Cuti malam seterusnya, macam biasa kami akan berbual di luar sebelum tidur. Tapi malam kali ini berbeza dari malam sebelumnya, hujan turun menukarkan kehangatan malam itu. Om masuk bilik awal untuk tidur, sebab masa tu dia rasa kesejukan dan aku pula masih lagi layan nescafe panas yang tersedia di meja luar. Seperti biasa, suasana di tempat ku agak sunyi dan masa tu hanya kedengaran bunyi hujan yang turun. Aku mengambil sebatang rokok, aku cuba melayan perasaan di waktu sejuk itu dengan tarikan hembusan nafas asap berkepul kepul. Bagi perokok memang nyaman ketika waktu sejuk melayan rokok panas dengan air panas yang telah tersedia.

Dalam sejam berlalu selepas si Om masuk ke bilik, hujun pula mula berhenti. Aku pula cuba mendapatkan rokok ke dalam bilik, memandangkan rokok yang tersedia atas meja telah habis dan aku keluar kembali sekali lagi buat air panas untuk dilayan ketika itu. Tengah sedap-sedap aku melayan rokok dengan air panas ketika itu. Alangkah terkejutnya aku, apabila terlihat satu susuk wanita yang sedang berdiri di bahagian hujung bengkel…. Perempuan bergaun putih yang agak lesuh, berambut panjang menutupi paras wajah dan sedikit terapung, dimana kaki tidak menyentuh tanah. Sangat jelas pandangan ku ketika itu dan membuatkan aku seakan ingin memecut laju ke bilik dan ingin berteriak sekuat yang mungkin. Namun aku kakuh ketika itu kaki seakan terkunci dan mulut seakan bisu. Aku menutupkan mata dan beristigfar dalam hati moga dijauhkan serta tidak di apa-apa kan oleh makhluk terkutuk itu.. Tidak lama begitu aku buka mata perlahan lahan dan melihat semula di tempat kak ponti berdiri tadi. Alhamdulillah kak ponti tadi dah tiada ditempat tersebut. Aku terus masuk ke bilik dengan segera tanpa memikir panjang. Sebelum aku tidur, aku membaca doa sedikit agar tidak diganggu oleh makhluk tersebut.

Keesokan hari, aku terus bercerita dengan si Om mengenai kejadian semalam. “Ini bukan lagi perasaan Om, mungkin ini satu petanda atau memang nasib aku kurang baik.” Fikiran aku masa tu memang dah tak menentu. Om hanya terdiam dan mendengar cerita panjang lebar aku mengenai hal semalam. Selepas aku bercerita barulah si Om buka cerita, yang dia juga pernah kena gangguan tapi tidaklah sampai nampak cik ponti. Om kata dia pernah kena ganggu dengan cara berlainan, di dengar ada orang bercerita diluar. Selepas dia keluar tiada pula sesiapa diluar. Ada hari tu juga dia nampak bayangan hitam melintas, sekali tengok tiada siapa pula. Aku pula yang terdiam dengar cerita si Om ni.

Seperti biasa tika senja melabuhkan layarnya terserlah suasana yang sunyi di bengkel tempat aku bekerja. Malam tu aku tidur awal sebab tak mahu kena seperti malam-malam sebelumnya. Lagi pula esok dah mula hari bekerja. Kami biasanya mula bekerja dalam jam 8. Jadi mesti pagi-pagi dah ramai kawan-kawan yang balik dari kampung.

Keesokan hari, ramai dah balik ke bengkel, masa cuti dah habis. Tapi aku lain pula dari mereka yang dah habis cuti. Aku terus jumpa boss pagi itu sebab nak cuti panjang maksudnya aku nak berhenti bekerja sebab dah takut dengan gangguan tersebut. Sebab aku fikir bila aku nampak sekali lagi aku takut benda tu terus menerus menganggu.

Aku terus kata dengan boss yang aku nak berhenti bekerja dah disebabkan masalah peribadi, dan boss akur dengan pilihan yang aku buat. ” Pendek, (nama panggilan masa berkerja) kalau mahu kerja balik sini nanti bagi tahu boss tau,… Aiiyaaa ini macam ar tiada kawan buat lucu lagi owh…”. Dalam hati.. InsyaAllah boss jika aku di takdirkan bekerja disini kembali. Aku terus berkemas semua barang yang perlu aku bawa balik. Kawan-kawan yang lain kehairanan sebab aku berhenti bekerja dengan tiba-tiba. Dan aku pasti hanya si Om saja yang tahu kenapa aku berhenti bekerja. Aku belambaikan tangan dengan semua dan mengucapkan terima kasih atas ilmu-ilmu yang aku pelajari semunya.

Sekian saja cerita yang aku kongsikan. Mohon maaf jika cerita yang aku kongsikan kurang seram. Nanti aku akan kongsikan lagi cerita seram aku di masa yang lain. jumpa lagi…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.