Gangguan diwaktu kanak-kanak

Assalamualaikum,selamat malam..kisah ini berlaku berumur 9 tahun pada awalnya benda itu menganggu saya dan adik saya.

Pada malam tersebut,adik terkena asma dan menggerak saya utk tidur diluar bilik ayah. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, asma adik saya semakin teruk. Tiba-tiba pintu dapur diketuk dgn kuat sekali seperti mahu pecah tetapi apabila saya mendekatinya pintu dlm keadaan biasa dan tiada lagi bunyi ketukan kuat. Saya lega seketika namun tak sampai beberapa minit pintu depan pula diketuk sepertu tadi.

Adik saya menjerit agar saya tidak mendekatinya namun saya degil,apabila tiba dipintu hadapan bunyi hilang begitu sahaja. Saya kembali ke adik saya namun itu bukan satu tanda penamat. Apabila saya dan adik saya hendak melelapkan mata kedua-dua pintu diketuk dgn kuat disertai ngilaiaan yg kuat dan angin. Masa itu,hati dan jantung semua nak luruh,kami berdua menjerit jerit dan mengetuk pintu bilik ayah namun tiada jawapan dengan agak lama sekali.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka sedikit, kami gembira namun apa yg menghalang kami masuk adalah ada “gula-gula” sedang berdiri di sebelah pintu. D***h kami berderau kerana kami amat takut dgn benda ini.

Saya terpaksa menarik adik utk balik bilik tetapi pintu bilik kami tertutup dan tidak boleh dibuka. Saya dengan kaki yg keras semasa itu tiada pilihan melainkan memeluk erat adik hingga tertidur di tengah-tengah ruang rumah. Pengalaman ini memang tidak boleh dilupakan kerana ini ada permulaan kepada hijab saya dan adik mula terbuka dengan kekuasaanNya.

Bila ada masa saya akan menaip lagi -simatacoklat

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]
simatacoklat

6 thoughts on “Gangguan diwaktu kanak-kanak”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.