Gangguan Hantu Kubur

Assalamualaikum dan hai semua . Ni aku nak share cerita seram yang pernah aku lalui kepada pembaca setia Fiksyen Shasha . Nama aku Ina . Aku nak cerita pasal kejadian seram dekat rumah aku . Meh aku explain sikit pasal rumah aku . Rumah aku berdekatan dengan kubur , hutan depan kiri kanan and belakang rumah pokok buluh . Kalau nak keluar pergi kedai , ke masjid memang kena lalu depan kubur dulu . Anyway aku nak cerita empat kisah kat sini . Sory kalau panjang .

Ok kisah pertama macam ni , masa tu aku umur 10 tahun dan abang aku umur 12 tahun , masa tu dalam pukul 9 malam , ubat nyamuk takde so kena beli la sebab rumah aku dikelilingi hutan , banyaklah nyamuk . Aku dengan abang aku pun pergi dengan basikal , and kena lah lalu depan kubur , masa aku lalu dengan abang aku , tiba-tiba aku dengar suara perempuan menangis dekat kubur , aku pun tengok lah dekat kubur tu , takde sesiapa pun , bunyi tangisan tuh sebanyak 3 kali , yang peliknya hanya aku jer yang dengar , sebab abang aku kata dia tak dengar . Balik rumah malam tuh jugak aku demam . Okey tak seram kan ? Meh aku cita kisah kedua pulak .

Kejadian ni baru je terjadi beberapa minggu yang lepas . Masa tu baru pukul sepuluh dan aku ni jenis yang tidur awal . Sebelum aku tidur , aku akan baca kisah seram fiksyen shasha , tapi malam tu entah kenapa aku rasa tak sedap hati , rasa takut , cemas , jadi aku pun off data , aku pun baca al fatihah , mengucap dalam hati sebab rasa lain macam sangat . Aku pun tidur and aku bermimpi memang mimpi yang mengarut gila . Ada ke patut aku mimpi mat saleh lelaki perempuan tengah berparti dalam rumah aku dengan pakaian entah apa-apa . Okey aku tidur dekat ruang tamu masa tu sebab dalam bilik panas . Masa aku mimpi mat saleh tengah berparti tu aku tengah tidur , lepas tu datang mamat ni , badan dia hitam legam , datang tindih aku sampai aku tak boleh bernafas , aku lawan tapi tak berdaya sebab tubuh dia berat sangat , dia tindih aku sampaikan sakit pinggang aku sebab aku tidur mengiring ke kiri , aku lawan akhirnya terlepas dan masa tuh jugak aku tersedar dari tidur , tercungap cungap aku , aku tengok jam dah pukul 12.40 pagi and adik aku ada kat tepi aku cuma dia tidur jauh sikit . Beberapa minit lepas tuh bunyi muto abang aku , maknanya dia dah balik , bila abang aku dah balik , dia akan tutup lampu sebab dia pun tidur kat ruang tamu sebab bilik tak cukup , bila dah tutup semua lampu , tinggal aku sorang yang tak boleh tidur . mata aku pulak rajin nak meliar liar tengok kiri kanan and masa aku tengok ke arah abang aku tido , aku nampak kain putih tengah terbang , bila aku tengok kain putih tuh , kain putih tuh pun pergi slow2 sampai hilang disebalik dinding . masa tuh memang aku tak tahan sangat , memang takut gila , aku pun tidur sebelah adik aku sampai berhimpit , esokan dia marah kat aku sebab tidur rapat sangat . Aku pun terfikir lah hantu tu datang dari mana , yang asli kat rumah aku ke ataupun yang abang aku bawak balik .

Ok kisah ketiga pulak tapi ni kisah mak aku , masa tu mak aku baru jer kahwin . Kampung abah aku ni kalau setiap hari rabu akan ada pasar malam . Mak aku di ibaratkan kambing terlepas dari kandang la sebab teruja sangat pasar malam tuh pelbagai pakaian dijual . Ok bukan aku nak kata mak aku ni kambing tapi hanya ibarat sahaja . Tengah mak aku duk belek belek baju tak sedar dah pukul 9 malam . Terpaksa la balik sebab pasar malam pun nak tutup dah . Mak aku pun balik la lalu dekat kubur . Masa lalu dekat kubur tuh takde la gangguan misteri tapi bila sampai di lorong yang perlu direntasi untuk sampai kerumah yang dipenuhi kiri kanan hutan tebal . Masa mak aku jalan nak balik tu tiba tiba suara orang lelaki yang kasar dan garau kedengaran dalam hutan sebelah kiri , bunyi suara lelaki yang mengembek macam kambing ” bek bekk” mulanya perlahan jer tapi bila mak aku dah bukak langkah unutk berlari , suara tuh semakin kuat mengembek ” bekkk bekkk bekkk ” bila dah sampai depan umah tuh baru suara tu hilang . Secara lojiknya masa tuh rumah abah aku takde jiran lagi apatah lagi orang yang bela kambing . Lepastu kalau betul lah kambing takkan lah suara kambing tuh macam suara lelaki . Dan kalau orang , apa ke bodoh duduk dalam hutan tebal dengan nyamuknya lagi .

Ok last story . Kisah mak aku jugak . Masa tuh dalam pukul 9 malam . Ubat nyamuk takde . Jadi nenek bising lah sebab banyak nyamuk jadi nenek pun suruh anak anaknya yang lelaki pergi beli tapi semuanya malas . Apa punya lelaki laa . Jadi mak aku , adik ipar mak aku Cik dengan Sue offer diri nak pergi beli jalan kaki . Masa nak turun rumah tuh , mak aku ajaklah nenek sekali tapi nenek kata dia malas sebab sakit kaki . So pergilah tiga gadis berjalan kaki untuk beli ubat nyamuk . Di pertengahan jalan atau lebih tepat depan kubur , duit 50sen jatuh , harga ubat nyamuk RM1.50 dan bawak duit cukup2 RM1.50 terpaksa lah Cik dengan Sue cari , mak aku tukang pandang sekeliling perhatikan kut2 orang lalu lalang . Masa mak aku pandang selekoh lorong nak ke rumah , mak aku nampak nenek berjalan menuju kearah mak aku , Cik dan Sue , masa tu nenek pakai baju t-shirt dengan kain sarong , mak aku pun cakap ” eh tu nenek datang , kata malas nak ikut sebab kaki sakit ” tapi hanya sekelip mata mak aku je nenek dah bertukar dari pakai t-shirt dan kain sarong dah pakai kain sembahyang , muka nenek bercahaya dengan lajunya menghala kearah mak aku , Cik dan Sue , semakin dekat nenek pun ghaib hilang entah kemana . Cik pun sempat nampal tapi hanya sepintas lalu hanya Sue je yang tak nampak . Cari punya cari akhirnya jumpa duit 50sen tuh . Masa nak balik mak aku cakap ” jangan lari tau , kita jalan sama sama ” tapi bila sampai ditempat kejadian mak aku yang first lari dan mak aku yang last sampai . Esoknya mak aku dan Cik demam , Sue tak demam sebab dia tak nampak .

Ok tu jer yang aku nak kongsikan , sebenarnya banyak lagi tapi takut korang bosan pulak baca panjang2 . Ok la bye Assalamualaikum..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Gangguan Hantu Kubur”

  1. rumah aku pun dkat dgn kubur jgk.. dlu time raya kedua ktorang keluar nak beli mercun..tetiba nmpak kak ponti kt kubur lintang pukang lari…esok trus dmm? tk brani da pastu nk kuar mlm lg

    Reply
  2. Aduhai..pelik gak la..kalau dah mmg duk dkt kubur..Awatla takbeli ubat nyamuk byk sikit wat stok..ni tunggu mlm baru nak check ubt nyamuk takdak baru kalut nak pi beli..huhuhuhu..tak tau nak habaq apa lu pikir la sendiri..

    Reply
    • saya pun nak ceritakan kan kisah seram saya….. tame tu malam jumaat semua dah tido tapi abg saya 2 orang tak tido lagi, saya tido dengan mak saya mak saya dah tido saya tak tido lagi and tame tu saya nak ke bilik air masa saya masuk bilik air saya terdegar orang pangil saya suara dia macam seorang lelaki yang kasar , dia pangil nama saya, saya ingat abang saya pangil saya pun turun bawah abg saya tido di ruang tamu , saya tanya abg saya apa so abg saya kata sapa pangil, saya naik dengan ketakutan hari hari saya degar benda ni sampai 2015 , saya tak bagi tau sape2 pun .
      2017 saya lalui benda yang lain ,malam tu kita orang nak pergi makan mak saya suruh saya ambil tudung tame saya nak masuk bilik, pintu bilik saya terbuka dan ada tangan budak kecil pegang pintu tu,
      dengan berani saya buka pintu tu dan tiada sape dalam bilik ,saya turun dan pergi makan

      banyak lagi kisah yang saya ada tapi nanti bosan pulak
      ok bye2 assalammualaikom…

      Reply
  3. Cara penceritaan kau ok cumanya citer kau x seram….btw nnt kalo ada lg pengalaman seram submit lh lg dkt sini….all the best????

    Reply
  4. Done baca.. sy pun byk cerita2 pendek mcm penulis ni( pengalaman sendiri).. tp malas nak kongsi sbb takut jd mcm ni haha..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.