Assalamualaikum, terima kasih FS sebab publishkan cerita saya ni. Ni saya nak cerita kes yang terjadi kat rumah atok saya, diceritakan oleh saudara saya sendiri.
Rumah atok saya terletak di sebuah perkampungan atas air di Sabah; rumah dia rumah kayu dua tingkat dan ada 7 bilik. Sebenarnya ada banyak kisah seram kat kampung saya tu. Dahlah kawasan depan kampung tu bukit + hutan, rumah pulak semua rumah kayu lama dan dibina di atas air. Macam-macam kes— hantu air lah, kerasukan lah… So ni saya nak cerita kisah gangguan kelibat kaki putih yang berterusan selama satu minggu.
Gangguan 1
Pak cik saya bekas pemandu bas. Masa tu dah tengah malam dan dia pun bersiap nak keluar. Sebelum keluar tu, dia singgah pergi tengok cermin ruang tamu dulu nak style kan rambut dia. And then, dia nampak ada kelibat perempuan rambut panjang, pakai baju putih dan rambut depan style babydoll lalu belakang dia. Dia pun buat don’t know je lah sebab masa tu fesyen rambut babydoll tu tengah jadi trend sepupu perempuan saya. Sekali pak cik saya toleh belakang nak gerak keluar, perempuan tadi dah takde. Esoknya, dia pun sesaja lah tanya siapa yang lambat tidur semalam dan pergi kat ruang tamu. Semua sepupu saya geleng kepala sebab dorang takde lepak kat ruang tamu dan lagi satu, dorang sorang pun takde baju warna putih…
Gangguan 1.2
Kes kali ni pulak jadi kat isteri pak cik saya, pada malam yang sama. Tak lama lepas pak cik saya gerak keluar, isteri dia pun keluar dari bilik sebab nak ke dapur. Sebelum tu, dia stop kat cermin depan bilik dia. Cermin tu terletak di tepi penjuru yang membelok masuk ke lorong jalan ke dapur. Bila belok je terus ada bilik mak long saya (Bayangkan bentuk L. Cermin tu dekat garis bawah L yg pendek dan pintu masuk bilik mak long saya pulak dekat garis menaik L yang panjang).
Pada masa tu, mak cik saya yang tengah dekat cermin ni ada nampak kelibat kaki di sebelah penjuru tu. (Tapi dia nampak satu kaki je and pucat.) Dia ingatkan anak mak long saya so dia pun jenguk sebab nak pinjam selipar pergi dapur. Sekali dia jenguk, terus takde orang pun kat situ. Bunyi pintu dibukak pun takde.
Gangguan 2
Masih dalam minggu yang sama, tetapi berlainan hari. Sepupu lelaki saya nak pergi ke tandas malam-malam. Tandas tu terletak di kawasan dapur. Dapur tu ada kawasan dining area, kawasan memasak dan kawasan singki. Tandas pulak ada dua dan dua-dua kat sebelah kawasan singki. Dari pintu dapur, korang kena melepasi kawasan memasak di arah kiri dulu, and then kawasan singki kat depan dia kalau nak ke tandas. Masa tu sepupu saya dah masuk ke dapur tapi time dia nak belok ke arah kawasan memasak, dia nampak ada sebuah? satu? kaki putih sampai aras buku lali tengah melompat dari kawasan singki masuk ke tandas. Dia apa lagi, terus batalkan segala hajat dia dan keluar dapur sesenyap mungkin dalam kadar segera.
Gangguan 3:
Waktu tu baru lepas maghrib, kawan-kawan sepupu saya datang singgah ke rumah. Dorang semua tengah syok lepak kat tingkat bawah and then dorang planning nak naik ke tingkat atas jenguk atok nenek saya. Tangga tu berbentuk L. Bahagian bawah tu Cuma ada tiga anak tangga je.
Dorang semua masih duduk kat tingkat bawah, sorang je kawan dorang yang nak start naik tangga dulu. Sebaik dia melepasi tiga anak tangga kat bawah, dia diam and then dia turun balik; duduk lepak sekali dengan yang lain. Dia kata kat lain, “buat masa ni jangan naik dulu”. Dia dah buat sign guna riak muka, sepupu saya yang lain pun terus faham sebab tak hairan kalau nampak benda kat rumah atok saya tu.
Tak lama kemudia dia cerita yang dia nampak ada kaki pucat, tapi sebelah je dan sampai paras buku lali tengah melompat naik tangga bahagian atas mengarah ke bilik depan tangga (bekas bilik mak saya huhu, tapi sekarang bilik tu dah buat stor).
…
Alhamdulillah, takde sesiapa yang demam lepas kejadian tu. Selain kes kat rumah atok saya, pernah jugak terjadi baru-baru ni gangguan kat rumah jiran saya (tapi bukan pasal kaki lah; nenek dorang ternampak ada badan takde kaki takde kepala dekat atas sofa kat ruang tamu dorang, acik tu pengsan on the spot).
Sekian sahaja cerita saya. Ada banyak lagi kisah seram yang mana insyaAllah saya type kalau saya rajin.
*Sekiranya ada sedara mara saya yang terbaca cerita ni, iya ni sepupu anda. Mohon jangan kecam saya.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI