Gangguan kem

Assalammualaikum semua. Selamat hari raya kepada semua pembaca FS. Harap admin siarkan cerita ni.

Disini saya nani (bukan nama sebenar) ingin menceritakan pengalaman sewaktu saya di plkn tahun 2009 di summerset resort rompin (berani bagitau tempat sebab kem ni dah tutup) kalau sesiapa yang tau tempat ni tentu dah tau tahap keseraman suasana walaupun di siang hari. Maaf kalau tak seram dan tak menepati kemahuan.

Semasa di plkn jurulatih banyak cerita pasal pantang larang sewaktu di plkn. Antaranya dilarang menyanyi lagu cindai pada waktu malam dan tak boleh lepak luar dorm selepas roll call iaitu selepas pukul 11mlm. Tapi ada yang degil termasuk saya tapi tak berani la saya nak menyanyi lagu cindai especially waktu tengah mandi sebab akan ada yang follow nyanyi tapi lirik berbeza “Mataku merah badan berbulu” dengan memunculkan diri.yes lagu cindai ni memang mitos hantu yang terkenal dalam lagu.

Ok berbalik tentang lepak luar dorm atas pukul 11.masa tu hari minggu masing-masing tak boleh tidur dan kiteorang lepak tepi pagar yang memisahkan semak dan hutan dalam jarak 1km. Masa kami sibuk bersembang dan ada kawan tengah syok dengar lagu. Tiba-tiba kawan saya asmah tegur ” Eh korang cuba tengok hujung sana apa yang putih-putih tu(merujuk hutan yang tak jauh dari kami) cuba teka apa yang kami nampak. Si bunjut aka pocong dari jauh tengah melompat dengan laju ke arah kami. Saya berlari dan menjerit weh pocong. Dah sampai dorm kawan saya yang tegur tu tak ada. Rupanya dia masih ada kat tempat tadi. Saya panggil-panggil tak ada respon sampai la saya lari balik kat sana dan tengok dia macam terpukau dan saya tarik tangan dia. Sampai kat dorm dia jadi histeria dan kami yang kat luar tadi kena marah dengan jurulatih.

Pernah satu hari tu saya baru sembuh dari demam lepas nampak hantu bertenggek kat loker. Owh ye lupa nak cerita pasal ni. Sebelum roll call saya patah balik dorm untuk ambil botol minuman untuk topup air yang dalam loker. Masa nak ambik tu angin kuat kat belakang saya.  Saya tegur “eh kuat pulak angin malam ni”.masa nak masukkan kunci,kunci jatuh.nak masuk lagi kunci jatuh.saya dah merungut “asal payah benor kunci ni”. Tiba-tiba dengar suara menggekek suka kat belakang. Saya ingat kawan sebab sebelum tu ada dua tiga orang dalam dorm. Saya pun paling dan marah “oii lawak sangat ke!!” tapi tergamam tengok atas loker hadapan saya, satu makhluk yang bertenggek atas loker muka menggerutu dengan mata terkeluar dan berambut panjang mengurai cecah lantai tengah senyum dekat saya. Tak tau dari mana saya dapat kekuatan berlari dari dorm tu.

Masa berbaris badan saya menggigil kawan-kawan saya pandang pelik. Sampai la dalam dorm saya tak boleh tengok loker kawan saya sebab benda tu still ada. Sampai la dalam pukul 3 pagi suhu badan saya naik 40′. Waktu demam banyak kali saya kena sampuk sampaikan pengurusan plkn bawa saya ke psikologi (sebab mereka tak percaya ingatkan saya main-main nak balik awal dari kem) tak cukup dengan tu saya dikatakan gila dan saya dibenarkan pulang 3 hari.

Pernah ada ustaz datang kem ubatkan saya. Masa dia tanya “kenapa kau ganggu dia” saya yang bukan diri sebenar jawab “hehehehehe sebab aku suka dia, dia pendiam tak macam orang lain memekak tengah malam” ustaz tu cakap lagi “pulang lah kau syaitan laknatullah dia bukan dari dunia kau” hantu tu jawab “tak nak aku suka budak ni lagipun katil dia mengadap ‘rumah’ aku”(merujuk pokok besar yang betul-betul mengadap kepala katil) pokok tu memang keras sebab banyak kali pihak kem upah orang nak tebang tapi gergaji besi boleh bengkok.

Petang tu kawan saya yang baru jumpa dengan family bawak banyak makanan termasuk la buah durian,rambutan, epal dan manggis. Kawan saya pelawa kawan 1 dorm makan sekali dan saya makan mee sup dan buah rambutan. Masa saya makan tu saya pelik sangat tengok asmah yang tegur pocong tu. Dia makan macam tak makan bertahun(gelojoh sgt2). Bayangkn tangan kiri pegang ayam goreng dan tangan kanan makan nasi. Makan nasi makan ayam dan tak cukup dengan tu makanan dalam tray kawan-kawan pun dia bedal. Saya yang mulanya berselera jadi x berselera lepas mee sup saya dia celup ambik daging. Saya tegur “agak-agak la woi aku tengah makan kot” dia cuma senyum dan cakap “aku lapar!”.

Tapi senyum dia Allahurabbi salah seorang dari kawan saya record dia tengah makan.sampai dah abis lauk pauk yang kami makan 16 orang, kami kemas nak basuh bekas-bekas tapi yang si asmah ni bertegas nak basuh semua tu.kami pun ok la alang2 ada orang nak basuh kn he3. Cuma kami basuh tray n mangkuk yang saya guna tu je yang lain semua asmah nak basuh. Malam tu lepas isyak kami berborak sambil tunggu roll call 10.30 dan kami tanya kat asmah ” kenapa makan teruk sangat”. Dia tanya “teruk macam mana dia makan”. Kami pun ajuk la dia makan (yang ni saya tak ambil port sebab seram bila ingat cara dia senyum)dan jeng jeng jeng dia x percaya dia cakap dia x makan macam tu.kawan yang record tu tunjuk video yang dia record kt asmah.

Masa tu kami terkejut sebab yang dalam video tu bukan asmah(saya tak tengok)masa tu la asmah tunduk n mengilai. Semua pakat-pakat berlari keluar ada yang panggil jurulatih ada yang panggil komanden dan saya masuk dorm kompeni lain. Ha3 takut oii dengan suara asmah yang kuat mengilai dari dorm kami hingga dorm-dorm lain dengar dengan jelas. Rupanya durian adalah makanan yang dilarang bawak dalam kem sebab nak mengelakkan dari benda tu tumpang makan sekali. Bekas-bekas yang asmah basuh itu dicuci semula maybe dia cuci dengan menjilat.

Ikutkan panjang lagi cerira ni tapi biar lah saya stop dulu sebab dah panjang. Kalau admin fs siarkan cerita ni saya akan cerita part 2 dan pengalaman-pengalaman seram saya yang mudah nampak makhluk halus maybe sebab keturunan. Di kesempatan ni saya harap kucing kelabu cepat-cepat publish kesudahan cerita beliau hari-hari saya scrool fs nak tau pengakhiran cerita pasal mus.

#Sorry kalau penulisan saya tak berapa nak faham.jangan kecam 🙂

 

 

Nani (bukan nama sebenar)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

15 thoughts on “Gangguan kem”

  1. mmg la bengkok kalo tebang guna gergaji besi .. lg2 kalo guna yg plg murah dlm RM2 grenti terus patah .. suruhla diorang tebang pakai pisau gillete ka .. kbai

    Reply
  2. Aku pun dpt plkn kt situ masa Siri 7 kmpulan 1.. tp takde pulak dgar cite2 seram gitu.. tp yg Aku tahu kem tu dh tutup dlm 2010 gitu..sebab apa tak tahu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.