Gangguan Lagi

Assalamualaikum. Thanks FS sebab pernah published cerita aku pasal gangguan yang family aku kena dulu. Sekarang aku and family dalam tempoh berubat. And yes, memang ada gangguan saka yang datang dari nenek moyang dulu. Kisahnya, saka ni dibuat melalui perjanjian sebelum nenek moyang aku yang dulu keluar merantau. Kira sebagai pengawal lah. Disebabkan ini perjanjian nenek moyang dengan dia, susah untuk kita putuskan. Gitu. Kata ustaz tu lah. Wallahualam.

Tapi even dalam berubat pun, gangguan tetap ada. Cuma tak lah extreme macam mula-mula dulu. Pernah satu malam, aku dengar ada benda jatuh dalam bilik ketiga which means bilik baju aku. Aku biarkan aje. Pagi subuh aku bangun nak bersiap pi kerja, aku tengok cermin bilik tu dah tergeletak atas lantai. Cermin tu aku lekatkan ke dinding. FYI, lantai bilik tu simen. Tapi sebutir serpihan pun tak ada atas lantai. Bedak compact aku punya cermin pun reti retak bila jatuh dalam ketinggian yang kurang sikit dari kedudukan cermin tu tergantung.

And, yang paling buat aku hairan is, bahagian atas cermin aku tu hilang. Yes, HILANG! Cermin tu jenis cermin panjang. Bila dah jatuh tu, dia jadi separuh. Lagi separuh tu entah ke mana ghaib nya. Puas aku cari dalam bilik tu kot-kot tercampak ke apa kan. Nan hado. Serpihan kaca pun tak ada. Aku panggil laki aku. Dia pun garu kepala sudahnya.

Memang barang dalam rumah tu kerap hilang. Pernah aku semai anak cili dalam sepuluh pokok macam tu dalam bekas. Ada 4 bekas secara total. 2 bekas jenis landai, bertapak besar. 2 bekas lagi jenis cawan, bertapak kecil. Kalau ikut logic fizik, kalau ada angin kuat atau terjahan air hujan (sebab aku letak belakang dapur), confirm yang 2 bekas jenis cawan tu jatuh dulu plus kedudukan berada di depan. Tapi tak. Yang bekas landai yang 2 biji tu kosong sekosong kosongnya. Secalit tanah pun tak ada. Dah jadi satu hal aku bertukar jadi Shelock Holmes dok menyiasat.

Ada satu malam dalam pukul 9pm++, masa aku dengan Sunan (anak sulung) tengah tengok Ultraman, tiba-tiba dengar pintu kena tutup. Aku ingatkan pintu bilik baju tu yang tertutup sendiri sebab angin. Aku biarkan. Lepas tu dengar pulak pintu kena buka and tutup. Sah, bukan angin. Sunan dah dok tanya apa tu apa tu. Mana lah mak tahu anak oi. Kami serentak toleh ke pintu bilik paling hujung (bilik last). Bilik ni kami jadikan store and sangat jarang kami buka. Tahu apa? Pintu tu kena buka and tutup dalam 2-3 kali. Terus aku call laki aku suruh balik jam tu juga. And dan dan lah Sunan cakap mengantuk nak tidur padahal dia yang paling terkinja nak tengok Ultraman. Hahaha. Sah lah dia dah nampak.

Paling latest, Sabtu malam Ahad (07012017). Dalam pukul 8pm++, Sunan main dengan jiran sebelah. Santhi nama dia. Dah besar panjang. Pagar rumah aku and rumah dia dah awal-awal berkunci. Sunan ni ada access sendiri nak ke sebelah. Ada lubang tikus kat pagar antara rumah aku dengan Santhi. So Sunan tak perlu keluar dari pagar. Dalam pukul 9pm++, laki aku nak panggil lah Sunan balik. Tapi jadi kecoh sebab Santhi cakap ada orang lelaki panggil Sunan.

Cerita Santhi :

Masa tengah main dengan Sunan kat atas kerusi rumah dia, tiba-tiba ada lelaki berdiri betul-betul depan pagar rumah dia. Lelaki tu dah tunjuk-tunjuk Sunan and lambai-lambai Sunan suruh datang dekat. Mujur Sunan ni payah nak beramah mesra dengan orang tak kenal so Sunan tak pergi pun. Muka lelaki tu macam tak ada ekspresi. Diam je. Santhi pandang lelaki tu and dia still ada tak berganjak. Santhi dukung Sunan and papp! Sekelip mata lelaki tu hilang. Bunyi tapak kaki pun tak ada. Santhi ni melilau lah dok cari kot-kot ada lagi kat sekitar tu tapi tak ada. Sunan dah menggigil and anak aku tu demam sampai hari ni. Persoalannya, siapa? Kalau entiti tak apa lah. Orang yang kita takut. Trauma mak nak.

Bila aku tanya Sunan, siapa tu, dia boleh gelakkan aku and cakap dengan slow gila, ”Hantuuuuu.” Kau rasa? Hahahaha. Bertuah punya anak.

Sorry kalau cerita ni panjang and boring. And sorry kalau aku rojakkan bahasa. Terbiasa. Kalau tak seram pun, sorry juga. Terhabiskan data korang. Byeeee!

Fara.

14 comments

    1. Kaannn…
      Diorg ni bajet kita ingat semua klu sekadar bg hint FAMILY KENA GANGGU DLU DAN SKRG MSH BERUBAT…
      Huhuhuhuuu….

    2. Ala, sorry lah. Aku pun dah lupa tajuk yang admin letak utk post pertama tu. Tak silap aku tanda gangguan. Sebab aku letak tajuk lain.

  1. Seram misteri nih…
    Bkn sng kot sesaje nk ptg cermin bahagi dua…
    Nampak gaya benda tu pon dh berhias gak…
    Die dh bosan dgn cliche bile benda halus jer selekeh, busuk, kotor, usang…
    Tu die amik cermin…amik pasu bunga…
    Heehehehe…

      1. Uiissshhh…
        Simpan dn gune lg ke????
        Xyahlah…beli hat baru yooo…
        Bg yg tggl separuh tu kt die…
        Pastu kt cermin tu tampal gambor benda tu…
        Bg die serem plak,hahahaha…

        1. ha’ah, still simpan and guna. boleh guna lagi, kita guna. Hahaha. Takut dia pulal histeria tengok kaum sejenis dia macam tu.

    1. Kalau betul khayalan, mai datang rumah saya, alami sendiri. Cermin tu pun saya simpan lagi and guna. Kalau saya berkhayal, jiran saya pun berkhayal. Boleh tanya dia sendiri. Huuu.. Thanks 🙂

  2. Saka ni mmg ssh nk halau..mcm family aku gak…nenek moyang aku ni peneroka tanah..org yg first2 bukak tanah kt kawasan sni and mmg ade bela saka…org zman2 dlu kn bela sbb nk jaga diri..nak2 org yg bukak tanah ni sbb nk lawan bnda yg jaga tanah tu..mmg susah nk buang..buang pon bnyak kali dh tp still dtg balik

    1. Ustaz tu pun ada cakap tu. Saka ni ada bila perjajian dibuat. Nak buang tu kena putuskan perjanjian. Kita boleh lindung diri je dari dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *