Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum warga FS. Aku nak share kan satu kisah yang aku sendiri alami semasa aku menuntut di UiTM Samarahan Sarawak. Nama aku tipah (bukan nama sebenar). Ni kisah semasa aku semester 4 pada tahun 2014. Time tu UiTM kampus 2 baru sahaja di buka dan kiranya batch kami lah orang yang pertama yang mendiami kolej tersebut.
Kolej tersebut berkonsepkan apartment dan mempunyai 4 buah bilik. Setiap bilik ada 2 orang dan bilik aku berada di tingkat 2. Jadi satu sem tu aku tinggal dengan roomate aku namanya Peah (bukan nama sebenar). Minggu pertama tu, semasa aku sibuk bercakap dengan roomate aku, terdengar dari luar bunyi orang main baling2 batu. terus aku cakap dekat Peah “Bunyi apa tu Peah?! dari tadi tak henti”, terus si Peah terdiam. Lepas tu baru aku sedar mulut aku ni celupar sangat dah lah tempat ni sangat baru. Pada malam tu, aku memang susah sangat nak tidur sebab aku memang jenis susah nak tidur kalau dekat tempat baru. Jadi malam2 tu aku memang selalu main handphone sebab tak dapat nak tidur.
Si Peah tu jenis tidur awal, jadi malam2 memang aku sorang yang berjaga. Malam tu, aku ada dengar orang bermain guli dekat level atas. Dalam hati aku, “Siapa lah main guli tengah malam2 ni”. Tapi aku malas nak fikir panjang jadi aku biarkan je. Lepas hilang bunyi guli tu, aku dengar pulak bunyi orang berlari dekat level atas. Time tu rasanya dah lewat malam, aku fikir siapa pulak yang berlari lari masa macam ni. Aku dah rasa lain macam terus aku paksa diri aku tidur. Lepas aku dah tertidur tu, aku tersedar dari tidur sebab aku terdengar bunyi pintu bilik yang dekat luar tu macam ada orang yang cuba buka tombol pintu. Aku memang dah tak sedap hati dan terus je baca macam2 surah dan terus la terlelap.
Selama berminggu dekat sana, memang selalu dengar bunyi org baling batu, bunyi perabot, bunyi tombol pintu yg cuba di buka time tengah malam. Even kawan2 sebilik aku pun dengar. Jadi kalau dah selalu sangat, aku dah rasa terbiasa. Tapi… ada satu malam tu aku tak kan lupa. Kisah dia macam ni.
Suatu malam, aku terjaga dari tidur selepas aku tersedar yang tuala yang menutup mata aku macam ada orang tarik. Terus serta merta aku terbangun dan bulu roma blakang aku berdiri. Tiba tiba je, aku macam tak boleh bernafas.. Rasa macam ada “benda” yang duduk atas aku. Aku cuba gerakkan diri pun tak boleh. Aku dengan panik terus baca Ayatul Kursi dalam hati, lepas tu baru aku dapat bergerak dan bernafas. Aku terus berlari dan on kan switch lampu. Si Peah dengan muka baru bangun tido terus terkejut sebab aku bukak lampu, dan dia pun tido dekat bilik sebelah meninggalkan aku seorang dengan benda puaka tu. huhu sabar je lah..
Jadi, hari seterusnya Peah pun bertanya kat aku, kenapa aku tetiba buka lampu dan kenapa rupa aku macam takut sangat. Aku terus explain A-Z ke Peah. Terus Peah terkejut dan dia cerita semalam dia ada mimpi hal aku. Mimpi Peah macam ni..
Dalam mimpi tu, Peah bermimpi ada seorang perempuan dalam bilik aku dan Peah. Dalam mimpi tu, Peah dan aku sama2 tengah tidur dalam bilik. Perempuan tu masuk bilik dan terus pergi ke katil aku. Lepas tu, perempuan tu terus tidur sama2 dekat katil aku.
Aku terus terkejut sebab mimpi Peah dengan kejadian semalam macam ada berkait.
Selain Peah, ada jugak seorang kawan aku ni, nama dia Mila (bukan nama sebenar). Dia illegal dekat bilik sebelah. Pada masa yang sama, si Mila kata dia tak nak tidur lagi dekat hostel ni. Bila kami semua bertanya, baru dia bukak crita. Pada malam yang sama, si Mila ni tidur dekat lantai. Lepas tu, dia tetiba tersedar dari tidur dan bila Mila bukak je mata, Mila ternampak ada seorang perempuan mencangkung dekat area pintu bilik tu. Mila dengan rasa tak percaya, dia even gosok mata dia sebab takut tersalah tengok. Dan sah, memang ada seorang perempuan berambut panjang duduk mencangkung. Dengan rasa yang sangat takut, Mila terus pejamkan mata dan paksakan diri untuk tidur.
Selain malam tu, aku boleh kata selalu sangat malam2 tersedar lepas tu rasa tak dapat bernafas dan bergerak. Jadi, ada satu hari tu, selepas solat Isyak, kami sama2 membaca Yassin dengan harapan tiada gangguan lagi. Lepas tu, Alhamdulillah aku dapat tidur dengan selesa, tak ada lagi gangguan malam2.
Tamat lah cerita dan kisah yang aku alami selama berada dekat Kolej di UiTM Samarahan 2, Kolej Sri Pinang.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
(*_*)
Seb baek zaman jd RS kat UiTMJB dlu xde mistik2 pepelik ni…
Bebudaknye jer yg kdg2 bikin akk naik antu…
Tapi papepon, akk tetap syg diorg…
Heheheheheh…
Hahaha.. pnah jd staf kt kampus tu.. mcm2 jugak la dgr org cter.. tp aku xpnah jmpe la.. xnk jmpe gak la..
kamon. aku nak masuk uitm samarahan kot. time ni lah cerita ni kluar ._.
hahaha .
siap2kan diri ye .
semoga baik2 ajaaa 🙂
Saya yg jadi RS duduk time cuti langsung takde student, takde ape2 pon…Okay jer….
Uihhh. Byk lgi kisah seram kat sana…2nd intake 1998, 1 1/2 bulan duduk sorang dlm bilik sampai la ada senior tumpang duduk…alih2 automatik jadi senior jugak…he he he…tq abg lan payung kembang sbb bgi dia tumpang bilik
Tingkat 2?? kenapa kisahnya macam sama dengan saya tapi saya dekat tingkat 5. I masih ingat bilik 2525. I experienced juga benda macam ni. But mine is quite horrible too where my housemate saw lembaga keluar dari toilet, she saw a kid sitting at window err and she can saw 4 ghost outside the corridor. At one night, we all experienced terrible moment where 8 people slept in a one room. Seriously, at the toilet, believe it or not, the pipe seems to be tapped by someone. Bila buka air paip tu, tiba2 pandai tutup.. experience creepiness for one sem huhuhu bila tengah malam memang dengar orang menjerit berlari-lari bunyi ayam berkokok dan bunyi tandas diflush tiba2. That time in 2014.
Saya dh nak masuk 15/07 ni 😩😩😩 betul ke ni uitm samarahan 2 tu .. saya uitm smarahan 2 jugak nnti
hahahha me too okey akan masuk sini 😣😣😣
1st intake UiTM Samarahan 1998- lagi seram lagi ada wehhhhhhhh malas nak mengarang je..hahahha
Salam semua… gangguan tok masik gik sesi 2020..
Saya skrg intern dekat library ks2. Boleh saya tahu ka kisah2 mistik dkt library ni. Staff2 tahu tapi dorg xnk ceta… jadi saya jadi makin curiouslah… but instead of dorg ceta psl tu dorg lebih banyak gossip psl pekerja…hahaha
gangguan ni msih ada smpai skrg
Waktu aku study kat sana, mmg macam2 jugak la aku experienced. Salah satunya, cermin bilik aku kena ketuk dari luar pukul 9-10 malam. bilik aku tu seingat aku bilik 1035 kalau tak silap. kita org tinggal kat bilik paling hujung tepi hutan) and kita memang menghadap kat hutan.
time tu, aku ingatkan kawan kita org yg tingkat atas ketuk, sbb dia ni jenis yg suka ketuk tingkap kita org once barang jemuran dia jatuh kt bawah. so aku and roommate pun buat dek je.
then aku pun ajak roommate utk pergi beli air kat vending machine. time kita nak otw tu , kita org pun terserempak dengan kawan yg duduk tingkat atas tu. aku pun cakap
“wei, kau kan yg ketuk tingkap kita org tadi. kita org ketuk balik, ko tak reply pun”. fyi, aku and roommate aku ni jenis yg kira berani gak la, sbb kalau ada yg ketuk, kita ketuk balik tingkap tu.hehe.
then, kwn aku ni ckp, “aku baru je lepak dari bilik member. tak kuasa aku nk ketuk tingkap korang malam2 buta ni.”
aku and roommate pun saling pandang sesama sendiri. then kta org pun bukak cerita lain. once dah habis borak, aku and roommate pun pergi balik ke vending machine tu mcm takde pape yg jadi.
balik bilik tu, kita org buat dek je. anggap je dorg nak ganggu je.