Gangguan Semasa di Rumah Sewa

Assalammualaikum pembaca kisah seram fiksyen shasha. Saya harapkan anda dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Sejak dapat recommend dari rakan yang meminati fiksyenshasha ini , saya menjadi tertarik untuk berkongsi kisah seram yang saya alami.
Sebelum itu saya minta maaf kalau gaya bahasa yang digunakan dalam penceritaan ini agak membosankan.
Saya seorang pelajar pada masa itu , dan menginap di rumah sewa bersama rakan-rakan. Rumah sewa kami ini adalah rumah jenis flat 5 tingkat. Rumah kami berada di tingkat paling atas iaitu tingkat 5. Agak jenuh juga nak kena naik turun tangga hari-hari , tapi amat sesuai untuk tips kuruskan berat badan hahaha. Pada suatu malam , budak-budak rumah sibuk dengan laptop masing-masing , dalam pukul 1.10am macam tu , tekak saya rasa haus nakkan air coke. Saya pun pergi la turun ke bawah rumah , dan ada kedai runcit berdekatan rumah yang masih buka. Lepas beli air tu , saya lalu lah guna jalan taman permainan kanak2 , sebab area flat saya sekitarnya ada playground. Masa saya berjalan tu , tiba-tiba ada seorang abang ni ( dia duduk kat kerusi playground tu ) panggil saya dengan menyebut nama saya , saya pun terkejut , macam mana dia ni boleh tahu nama aku , kenal pun tidak. Saya seraya bertanya “kita kenal ke ?” Abang tu tak menjawab malah dia senyum je. Saya malas nak layan saya blah macam tu je , sewel kot orang ni. Masa tu saya tak fikir seram pun lagipun saya bukan jenis penakut nak fikir benda bukan2. Sampailah ke blok flat saya , saya naik tangga satu persatu sampailah tingkat 5. Bila sampai tingkat 5 , tiba-tiba dekat penghujung tangga belah sana , ada abang tadi (yang saya jumpa kat playground tadi) tengah duduk. Saya pun datang dekat abang tu then tanya dia , “aik , abang tadi ni kan , abang duk sini gak ke , kenapa tak pernah nampak pun muka selama ni.” Abang tu still , diam seribu bahasa, bercakap tak apa pun tak tapi hanya berdiam diri dengan senyuman. Abang tu tiba-tiba berdiri dan berjalan turun anak tangga ke bawah. Saya tanya dia nak ke mana dia tak jawab , aneh betul manusia ni. Tengah dia menuruni anak tangga tu , tiba-tiba dia tersungkur jatuh tangga sampai berguling ke tangga tingkat 3. Saya perati je masa dia ni berjalan turun tangga kot ingatkan orang mabuk ke sekali shock kejap tengok dia jatuh. Tapi dia jatuh “senyap” macam tak de apa-apa , macam tak sakit. Saya pun gigih turun ke tingkat tiga juga nak tengok kot abang tu luka ke apa , sampai je tingkat 3 , abang tu hilang wei. Masa tu saya tak takut lagi sebab mungkin abang tu dah blah ke , tapi mula lah otak nak fikir bukan-bukan , takkan dah jatuh tangga tak sakit pastu boleh pulak hilang sekelip mata. Saya malas nak serabut , saya pun naik atas semula. Masa saya naik atas tu , tiba-tiba bau wangi semacam and ada suara panggil my full name ! Anehnya fullname tu tersekat sampai bin je , dia tak tahu nak sebut nama ayah saya. Start itulah bulu roma saya meremang , saya terus ketakutkan berlari naik ke tingkat lima , saya duk goncang2 grill rumah suruh housemate buka pintu hahaha sebab takut sangat. Then dah masuk rumah , housemate hairan tengok muka saya pucat sekali macam kene sampuk , housemate suruh amik wudhu then solat sunat jap. Alhamdulillah lepas tu , rasa tenang balik. Tapi malam itu saya tidur penuh rasa tanda tanya , what’s exactly happening to me just now. Sebenarnya benda tu apa and abang tu siapa ? Well , esoknya seperti biasa go to class. Enough cerita abang misteri tu. Mungkin mainan syaitan. Saya abaikan and anggap itu cuma mainan syaitan.
Selang sebulan lepas tu , benda aneh keep datang kepada saya. Petang itu masa saya habis kelas , saya singgah ke taman kejap untuk jogging. After jogging dalam pukul 5.30pm , saya balik ke rumah. Masa tu nobody at home sebab housemate tak balik lagi. Dalam pukul 6 macam tu, saya pun pergi bilik air untuk mandi. Masa mandi tu , basuh muka dulu and mulalah perasan seorang diri depan cermin, (haha) saya siap menyanyi acah macam suara sedap sangat.

Masa basuh muka menghadap cermin tu , makin diperhati, muka saya dalam cermin tu macam pelik semacam. Muka saya dalam cermin tu tak bergerak , dia stay je sedangkan saya geleng-geleng kepala pun, muka saya dalam cermin tetap tak bergerak. And suddenly muka saya dalam cermin tu senyum menjeling dekat saya sedangkan saya kat sini muka penuh runsing tengok kejadian aneh ni. Saya pun apa lagi rasa nak tercabut jantung, terus ambik cermin tu, campak dalam tong sampah. Sejak dari itu , semua cermin dalam rumah saya terbalikkan , macam fobia. Kalau nak bersiap guna cermin pun , saya bawa cermin kat luar rumah , at least luar rumah saya yakin benda pelik ini confirm tak ada. Selang beberapa hari , malam itu saya ada assignment nak kene submit esok hari. Jadi saya terpaksa stay up untuk siapkan. Jam masa itu dah menunjukkan pukul 2 am , masa tu saya buat kerja dalam bilik atas katil. Saya dengar macam ada orang makan dekat meja makan kat dapur. Roommate saya dah tidur , so saya ingat mungkin budak bilik depan kot makan. Makin lama bunyi kerusi bunyi pinggan macam annoying , takkan makan ganas sangat macam tu bunyi nye. Saya pun keluar bilik nak tengok siapa bunyi gelojoh sangat macam tu. Guess what ? Tak ada orang wei , tak ada sesiap dekat meja makan tu and meja tu kosong tak ada pinggan tak ada apa dekat atasnya. Then me , terus baca doa apa yang patut terus masuk bilik and letak alquran atas kepala katil huhuhu moga dilindung dari gangguan iblis dan syaitan.
Bila saya cerita dengan roommate and housemate , dorang takut and dorang pun ada alami benda yang aneh and sampaikan dorang pernah cakap , masa saya balik kampung , kan katil saya tak de siapa tidur kan sebab saya balik kampung , tapi dorang nampak tiap malam saya tidur kat katil tu. Saya cakap kat dorang saya kat kampung lah , how come saya boleh ada kat rumah. Then dorang terdiam. Saya tak tahu lah kenapa benda macam ni harus saya yang alami , ataupun memang rumah sewa kami ni ada penunggu. Kami baru duduk kat sini dalam 5 bulan.
Apapun , gangguan syaitan dan iblis itu tetap ada.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Mr K

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

17 thoughts on “Gangguan Semasa di Rumah Sewa”

  1. not bad. sekarang stay rumah seorang2. cerita ni boleh buat saya imagine kalau lah tiba2 ada orang masak2 dekat dapur sedangkan sy seorg ja dalam rumah, camna agaknya perasaan sy ya?

    Reply
  2. Kesian btul tgk org yg tak cerdik main bagi2 markah. Dah la cita kena reject. pstu buat dengki bagi2 markah kt org. mcm bgus sngt. haha.

    Reply
  3. Kena check tu..mintak org2 alim tgkkan..byk kemungkinan tu…samada umah tu ada penghuni yg x nmpk(jin) …org dengki or ada saka keturunan yg adik x tau…mana la tau kan sbb asyik sebut nama je

    Reply
  4. Dari tingkat 5 jatuh tangga berguling sampai tingkat 3? Tangga flat bukan lurus. Takkan dia jatuh sambil kornar? Dah tu macam mana ko blh nampak dari atas? lawak siot.

    Reply
  5. Alamak kisah rumah sewa pulak, ni yg seram nk balik umah ni huhu

    Lamanyaaa tak baca story n comment kat sini. Mana pergi geng kg bunian? ada lagi ke?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.