Gangguan Semasa Hamil 1

Assalam FS dan korang yg membaca tu. Saya la yg pos gambar tingkat 8 aritu, jangan kecam tau kalau tak nampak. Hehehehehhe. Ternyata yang boleh nampak, akan nampak, yang tak boleh jangan la mintak. Sebab saya pun tak minatk nak nampak benda2 ni. Ok tak nak cite pasal ni, nak cite pasal lain.

Cerita ni pasal cerita gangguan semasa saya mengandung sulung, sekitar tahun 2014. Semasa mengandung, saya ni memang seorang yang berani sangat2, saya tak tau datang dari mana keberanian tu, jadi bila terjadi kejadian2 seram depan mata, saya takde rasa takut sangat.

Kejadian pertama ni jadi mse saya pregnant 4 bulan. Perut kecik lagi, masih aktif lagi, masa ni saya masih tinggal di kampung lagi, and suami duduk di Johor Bharu. Kejadian masa tu waktu senja. Saya sedang mencuci beranda yg penuh dengan tahi aym jiran sebelah (saya dah maafkan dia). Dah siap mencuci, saya duduk la kat tepi dulu, hilangkan penat sebelum masuk rumah. Tengah saya bersenang2, tiba2 ekor mata ternampak ada kelibat macam orang menyorok, di balik rimbunan pokok pisang.

Saya amati betul2. Macam budak, lingkungan 4-5 tahun, bergaun hitam paras lutut, berambut panjang dengan potongan rambut babydoll. Dalam hati terdetik, sape pulak tercicir anak ni? Saya ambik keputusan, untuk datang dekat sikit dengan budak tu, kot2 saya kenal ke dia. Saya berjalan menuju ke arah dia, tapi saya macam menyedari dia semakin jauh. Makin saya dekat dia pulak menjauh, sampai ke dalam semak, tetiba terlepas dari mulut saya bertanya “adik buat ape kat sini dah nak maghrib ni?Adik anak sape?”

Budak tu diam je. Tapi tersenyum. Senyuman dia perfect sgt2. Korang pernah tengok Annabelle?Macam tu la senyuman dia, macam patung plastik. Masa tu saya dah rasa lain macam, sebab tengok senyuman dia bukan macam manusia. Saya buat macam biasa je, patah balik ke belakang, berjalan macam biasa nak masuk ke rumah. Saya anggap ape yang saya nampak cuma ilusi saya ja.

Tengah berjalan, tiba2 saya dengar suara budak mengekek. Taktau la apesal sy pergi toleh belakang pulak. Guess what? Budak tu dah kt atas pucuk pokok pisang, dan tersenyum lebar nampak gigi semua. Dengan pantas sikit la saya terus cepat2 masuk rumah, tutup pintu, cepat2 masuk bilik air untuk mandi dan solat Maghrib.

Ini gangguan pertama saya semasa mengandung sulung. Saya pun taktau kenapa sy terpilih lalui semua ni. Sebab saya alami semasa anak sulung je. Anak 2nd tak pernah kena apa2. Dan anak 2nd saya jadi seorang yang sangat2 penakut sampai pergi dapur nak minum pun kejut laki.
Nanti saya sambung kisah kedua pulak ye…

Hamba Allah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 1]

6 thoughts on “Gangguan Semasa Hamil 1”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.