Gangguan Sepanjang Hidup

Assalamualaikum. Aku ade hantar cerita rasuk kat sekolah haritu. Ni nak cerita pengalaman lain pulak yang aku kata panjang sampai boleh buat novel tu.huhu.

So,lepas habis sekolah, aku dapat sambung study. Aku stay hostel dan hostel aku granddd sangat sebab kat kondo.huhu. Kondo tu campur dengan resident lain, tapi ramai foreigner daripada rakyat kita. Ok,1 rumah ade 3 bilik. Duduk 10 orang. Masa tu aku duk tingkat 22. Rumah baru lagi. Kira kami first la yang duduk rumah tu. Masa masuk pun takde nak bace yassin ke ape, dah kena kacau baru la terpikir nak bace yassin ramai2.huhu

Biasalah kalau rumah tingkat2 ni kan. Bunyi orang tarik perabot ikea, tumbuk sambal belacan, main guli tengah2 malam. Pukul 3 pagi rancak betol bunyi nye. Kitorang 1 rumah dah start mengumpat orang atas. Satu hari tu kami semua duduk melepak dekat koridor. Masa tu bising yang amat borak2 sambil gelak berdekah, tiba2 ade orang siram air dari atas. Macam 1 baldi dia siram. Kitorang marah2 lah dari koridor tu, mungkin jiran atas marah kitorang bising kot.
So kitorang pakat-pakat esok nak naik pergi rumah die marah die balik.huhu. Aku nak la tegur pasal bunyi bising malam2 tu. Lepas habis kelas naik la kami bertiga ke atas. Yang lain ade kelas, sampai depan pintu, kitorang tekan bell takde dengar bunyi. Selalu kan dengar la jugak even sayup2 pun. Bagi salam takde yang jawab, so kitorang pikir maybe kerja kot. Kitorang pergi kat lif semula nak turun bawah. Lif dah sampai dan kitoang baru nak masuk je ade kawan sekelas kami baru nak keluar. Die tanya la buat ape kat sini? Kitorang cerita la nak pergi jumpe owner rumah tu. Then kawan aku cakap,mane ade orang rumah tu, kawan aku tau lah sebab rumah die betol2 sebelah rumah tu. Dapur dia menghadap dapur rumah tu dan dia cakap tak pernah ade lampu terbukak,tak pernah nampak sesiapa pun kat rumah tu. Masa tu baru kitorang perasan yang anjung rumah tu berhabuk macam tak pernah orang lalu. Terus kitorang balik rumah tunggu kawan2 balik lepastu start bercerita.

Start dari tu kalau dengar bunyi aku buat tak tahu je. Kadang2 bising sangat aku tegur je cakap aduuhh bising la orang nak tidur. Terus stop bunyi tu. Esok dia start balik bunyi. Kental sungguh hati dia. Ade satu hari tu aku tak tidur lagi dalam pukul 4 pagi masa tu. Aku tengah layan movie kat laptop sambil baring dekat tilam. Tiba2 dengar macam orang baling segenggam guli betol2 sebelah aku. Guli tu berterabur masuk bawah katil. Boleh bayang kan bunyi guli atas lantai mozek? Dah la bilik gelap, yang lain semua dah tidur. Tapi aku takde la rase takut ke ape mase tu. Aku tutup laptop letak bawah katil sambil mengomel “yela,nak tidur la ni” huhu. Tu la masalah aku. Bila kena kacau sumpah takde rase apa2. Bila dah berapa jam kemudian terfikir balik baru rasa seram. Macam aku tak terfikir pasal hantu masa kena kacau tu. Ntah la tak tau nak explain mcm mane.

Ade satu hari tu aku nak mandi. Masuk toilet dah mase tu baru teringat tertingal berus gigi dalam bilik. Aku letak kejap sabun aku kat singki dulu lepastu patah balik bilik. Kemudian masuk balik toilet tiba2 ade rambut panjang bersepah2 kat atas singki sedangkan takde pun sebelum tu. Aku masuk bilik tak sampai 30 saat pun. Mase tu tak fikir ape dah sebab da lambat nak pergi kelas. Aku just pungut rambut2 tu lepastu buang.

Aku tak ingat sem berape aku keluar dari kondo tu and cari rumah sewa. Aku sewa bilik dekat rumah kawan aku mase tu. Dari mula masuk lagi aku dah rase seram sebab betol2 belakang rumah tu ada kebun. Pintu dapur pun diorang ni tak pernah bukak sebab lalang penuh meninggi. Maklumlah ler semua perempuan bujang. Takde keje weyh nak menebas lalang bagai. Tapi dah takde rumah kan, redha jela.

 

Banyak kisah2 seram jadi dekat rumah tu tapi kecik je sehinggalah pada satu pagi tu aku tidur. Dapat call dari kawan aku yang sekarang dah jadi suami.hihi. Dia cakap “awak g siap,jap lagi saya ambik nak pergi rumah kakak sy”.Aku kate ok.┬áTapi aku mamai lagi masa tu aku terus nak terlelap balik. Lepastu aku tersedar sebab bunyi pagar. Tapi aku tak bukak mata lagi masetu sebab ngantuk sangat. Then bunyi pintu grill macam ade orang bukak. Bilik aku kat tingkat atas, aku dengar orang naik tangga. Dalam otak aku pikir kawan aku la tu.tapi masa tu jantung aku berdegup kencang & rasa seram sangat. Aku ni tidur mengiring menghadap dinding & membelakangkan pintu. Aku dengar pintu bilik aku dibuka dan bunyi tapak kaki pergi ke tilam aku & terasa ade orang terus baring belakang aku. Terasa tilam tu mendap bila dia baring. Dia pegang bahu aku lepastu kawan aku ckp “sayang,bangunlah. Pukul 11 dah ni”. Aku tak bukak mata lagi dan masih membelakang kan die. Aku cakap ” jap.5 minit lagi”.Die jawab “hmmm”. Maksudnye ok la tu. Aku dapat rasa die mengesotkan badan die ke bawah tilam. Macam nak baring sekali. Aku pun separa sedar da mase tu terus nak lelap.

Tiba2 aku tersentak!aku terus bukak mata mase tu.baru aku terfikir macam mane kawan aku boleh masuk rumah.dia mane ade kunci.lagipun ni rumah ppuan.aku paling kebelakang tapi kawan aku takde.pintu bilik aku separuh terbukak.aku bangun & macam blur sekejap.kan aku cakap aku macam tak sedar kalau kena kacau.aku bangun capai towel nak mandi terus turun bawah.smpai bawah aku tengok kawan aku takde.pintu gril semua tak bukak.aku terus capai hp call kawan aku.aku tanya “awak datang ke tadi?macam mane awak masuk?”. Kawan aku cakap ” mane ade.saya otw lagi ni”.mase tu aku macam blur tak fikir hantu ke ape.aku buat tak reti je.lepas mandi da siap semua aku terus keluar.dalam kereta mase otw tu aku cerita la dekat kawan aku.mase tu baru aku tersedar yang aku da kena kacau.aku tengok call log.waktu kawan aku call suruh siap2 tu pukul 10.57am..pukul 11 aku kena kejut dengan benda tu.pukul 11.06am aku call kawan aku semula.benda tak sampai 10 minit jadi & aku yakin memang aku tak tidur masa tu.tak sempat pun nak mimpi.aku betol2 dengar dan rasa setiap pergerakan die.

Dipendek kan cerita,habis study aku balik kampung.ayah aku baru beli rumah (Al-fatihah untuk ayah aku).so kami pindah ke rumah tu.tapi tak semua keluarga aku pindah sebab kami ade dua rumah.aku dengan adik aku je duduk rumah baru.yang lain jarang2 je balik rumah tu.rumah lama & baru tak jauh pun.around 5 minit sampai la.rumah ni 2 tingkat & sunyi sikit la sebab aku duduk sorang bila adik aku keje.tapi selesa je sebab takde rasa takut or seram.maybe sebab rumah sendiri kot.satu hari tu,abang aku nak tidur rumah baru.dia landing dekat ruang tamu depan TV..TV aku ni dekat bawah tangga.kire dia baring menghadap tangga la.dia rase macam ade orang perhatikan dia.dia pandang tingkat atas.dia nampak ade kepala tengah jengah dia.kepala tu dekat hujung tangga kat tingkat atas.dia tegur sebab dia ingat aku.yela,bilik aku kat atas depan tangga tu.benda tu diam je tengok dia tak sahut pun dia tegur.dia perasan something tak kena.abang aku ni tahap penakut dia kalah budak 5 tahun.penakut ya amat.pegi toilet pun nak berteman weyh.abang aku terus bangun berlari masuk bilik adik aku sebelah ruang tamu.tido la sekatil sampai pagi.huhu.

Rumah tu aku selalu kena kacau.benda biasa tiap2 malam dia akan ketuk dinding sebelah katil aku.nak kata jiran bertukang tak kan hari2 pukul 3 pagi ketuk paku.agak berapa banyak frame gambar dia nak gantung?Ade 1 hari tu waktu magrib.aku duk layan hp dalam bilik.aku dengar pintu bilik aku ade bunyi orang cakar.panjanggg cakaran dia.berkali2.aku mesej mak aku bagitahu pasal tu.mak aku suruh balik rumah dia.aku bangun bukak pintu bilik,gelap gelita rumah.aku lupa la pulak bukak lampu tingkat atas.aku bukak lampu terus turun bawah pergi bilik adik aku.die tengah main hp.aku cakap “baik2 duk rumah.ade orang cakar bilik aku”.saje je bagi die gabra.haha..aku terus keluar balik rumah mak aku.da malam aku balik rumah tengok adik aku takde kat rumah.takut la tu.haha..aku terus naik bilik & tidur.da lewat da mase tu.

Selalunya aku je yang kena kacau.tapi ade 1 hari ni kawan2 aku datang melepak.tengah borak2 depan TV tiba2 dengar bunyi orang baling guli dekat bilik atas.bilik tingkat atas ade 2.bilik aku berhadapan dengan bilik lagi 1.tapi jarang orang duduk bilik tu.bunyi guli tu sama macam aku kena masa duduk hostel dulu.macam segengam guli dibaling atas mozek.bayangkan lah tengah rancak berborak semua terdiam pandang atas.aku tak sangka kawan2 aku boleh dengar.tapi aku cepat2 cakap ala abaikan.bergurau je tu.dalam ramai2 kawan aku ade sorang ni nama ika memang penakut yg amat.terus melekat je dengan aku lepas tu.dia ni pernah datang rumah masa aku takde.aku pergi kedai.aku cakap masuk la dulu kejap lagi aku balik.masa tu malam,baru pukul 9 lebih.tak lama tu aku sampai rumah tengok dia tak de.aku call tanya “kau kat mane”. Dia cakap dia da balik sebab masa tunggu aku kat bilik aku,dia bau kemenyan dari bilik depan.berlari weyh turun tangga.start motor terus balik.bau kemenyan ni memang aku bau setiap hari isnin & khamis waktu magrib.1 rumah berbau.

Masa first kena aku cari dari mana datang bau tu.mana tau jiran ke kan.aku bukak pintu depan tapi takde bau tu kat luar.aku masuk bilik adik aku,pergi dapur,bukak pintu belakang nak cari punca bau tu tapi takde.aku naik tingkat atas.masuk toilet,masuk bilik aku bau tu ada tapi tak kuat.aku lalu depan bilik satu lagi.bau tu kuat dari situ walaupun pintu bilik tu tertutup.lama la jugak aku terpacak depan pintu bilik tu fikir nak bukak ke tak.last2 aku tak bukak.huhu..benda ni jadi bila aku sorang dekat rumah.sebab adik aku selalu balik kerja lepas magrib.

Aku ni jenis tak boleh tidur malam kalau dekat rumah ni.selalu pukul 5 6 pagi baru boleh tidur.pernah aku tak tidur malam 2 hari sedangkan aku da baring atas katil terkebil2 pandang siling sampai pagi.ade satu malam tu dekat pukul 4 pagi aku nak pergi toilet.aku tak boleh tidur lagi malam tu.aku bangun bukak lampu then pergi toilet.aku masuk bilik semula tiba bunyi macam kepak burung tengah terbang tu kuat kat tepi tingkap aku.tingkap bilik memang aku jarang tutup.dalam masa yang sama tingkap aku tu bergegar dengan lampu bilik berkelip.serius aku rase macam dalam cerita hantu pulak.tapi dalam sesaat je benda tu jadi.aku jengah kat luar tingkap takde ape2 pun.aku terus tutup tingkap,tutup lampu,sambung usaha aku nak tidur.

Penat la taip..huhu..ok,aku pernah kena kacau jugak dekat rumah mak aku.rumah mak aku ni rumah kampung.besar rumah ni.ade 8 bahagian dalam rumah ni.luas kan.paling trauma kalau mak aku suruh sapu & mop rumah.menangis weyh sambil sapu.serius talk,tak de sesiapa pun berani duduk rumah ni sorang2 kecuali mak aku.ade 1 hari tu aku tengah goreng ape ntah kat dapur dengan kawan aku.kami berdua je masa tu.tengah goreng tu aku tertoleh dekat meja makan.masa pandang sekilas tu aku nampak budak kecik dalam 5 tahun camtu pakai baju hijau,seluar tak ingat warna ape.berdiri tegak pandang kitorang.mata die hitam bulat & besar.aku pandang lagi sekali.tapi takde.dalam masa sama aku rasa ade orang gengam lengan aku.sepupu aku gengam sambil tengok aku.aku tanye kenape.die jawab “ko nampak jugak kan”. Aku sengih je & suruh abaikan.masa kejadian tu,mak aku ade orang buat.ustaz tu kata die hantar budak2 kat rumah mak aku.pernah aku tidur dekat ruang tamu sorang2.mak aku tidur bilik dia mase tu.aku tidur uma mak aku sebab tak tahan da tak boleh tidur malam kat rumah aku.then,aku dengar bunyi baby menangis tepi tingkap tempat aku tidur.aku bukak tingkap tengok tapi takde ape2.mase tu aku fikir anak kucing kot.punya la nak sedapkan hati.kali kedua bunyi aku tengok lagi still tak de ape2.kali ketiga bunyi aku terus kejut mak aku suruh tengok.mak aku pun dengar tapi tengok luar takde ape2.mak aku suruh tidur je terus.

Tak lama lepas kejadian tu,ustaz ni datang ubat kan mak aku.dia pergi la korek tanah belakang rumah & jumpa macam2 ade orang tanam.aku tak tanya pun mak aku ape ustaz tu jumpa.so tak boleh la nak cerita kat sini.masa ustaz tu datang pun aku takde.family lain semua ade & ikut ustaz tu korek tanah.just untuk kepastian.kadang2 ada yang menipu kan.ustaz tu pesan,malam ni kalau ade bunyi ape2 jangan keluar,jangan tegur.yang aku kesal takde sesiapa pun bagitau aku.sebab malam tu mak aku duduk rumah tu sorang.ayah aku shift malam.kalau aku tau,mesti aku & adik aku teman mak aku.malam tu dengar bunyi orang berlari atas zink berpusing2 depan ke dapur non stop.bunyi cakar kt pintu rumah.mak aku membatu je la dalam rumah.mak aku ni gangster sikit.jenis kuat semangat.yang kami dapat tau kak ponti yang berlari sebab ade sorang orang kampung aku ni lalu depan rumah malam tu.dia nampak kak ponti ni tengah berlari atas bumbung.aku tanya mak aku kenape tak panggil aku datang.mak sempat pulak bergurau.mak kata terbabas dalam parit depan uma kang kalau kau nampak benda tu berlari atas bumbung.tak de pasal nak selamatkan kau lemas pulak.huhu.Ok la.sampai sini jela aku cerita.penat tau penat?huhu..oh ya,aku dah pindah ikut suami aku.so sekarang adik aku tinggal sorang dekat rumah tu.sebelum pindah aku siap cakap padan muka kena tinggal duduk dengan momok..haha..tapi adik aku ni cool je.die pun tak pernah kena kacau.aku sorang je kena.tak adil sungguh.terima kasih sangat2 sapa yang baca cerita aku sampai habis.rasa dihargai tau penat2 taip,korang gigih baca pengalaman aku.thanks again.assalamualaikum.

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *