Gara-Gara Pondok Episod Akhir

Tiba – tiba manusia itu bangun dan menuju kearah Razi, Razi terkejut dan ingin melarikan diri kebilik atas, baru selangkah ke belakang dia mendengar

“Maaf Razi, pakcik terjatuhkan tin biskut. Pakcik nak buatkan Razi sarapan untuk Razi.”

Rupanya Manusia yang terbongkok – bongkok itu adalah pakcik Salleh.

Razi mengurut dada tanda lega bukan makhluk selain manusia rupanya. “Buat susah je pakcik ni, tak apa kalau macam tu saya tolong siapkan sarapan sekali ya.”

Selepas sarapan mereka pergi kerumah Ain dan Putri, dalam perjalanan Razi berkata,

“Pakcik Salleh kata pakcik boleh nampak apa yang orang biasa tak nampak kan?”

“Betul. Kenapa?” jawab pakkcik Salleh ringkas.

“Tapi kenapa semalam pakcik tak nampak makhluk yang aniaya kita tu?” tanya Razi lagi.

Dalam 2 minit termenung barulah pakcik Salleh menjawab

“Sebenarnya Zi, pakcik ni tak lah nampak semua makhluk tu. ada sesetengah je yang pakcik nampak, mungkin Putri pun sama macam pakcik juga. Allah nak uji kita macam – macam cara Zi”

Razi hanya mendiamkan diri mendengar jawapan pakcik Salleh. Dalam kereta mereka banyak mendiamkan diri. Sampai sahaja di rumah Purti, mereka keluar kereta dan duduk di kerusi yang berada di halaman rumah sambil menunggu Ain dan Putri bersiap.

Hari itu mereka berbincang tentang apa nak buat tentang pondok itu, setelah habis berbincang mereka semua mulakan perjalanan ke sebuah rumah flat ditengah bandar untuk berjumpa dengan makcik Salmah.

Menurut pakcik Salleh, makcik Salmah ni merupakan penduduk asal kampung tu, mungkin dia tahu sesuatu yang mereka tidak tahu. Wajar untuk mereka mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kampung itu.

Sampai sahaja di pintu rumah flat itu, pakcik Salleh memberi salam.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam,oh paksu. Masuklah, Atan panggilkan mak kejap.”

Mereka bertiga memandang pakcik Salleh dengan kehairanan.

“Pakcik kenal ke diorang?” Tanya Razi.

“Kenal,makcik Salmah ni akak pakcik.” Jawab pakcik Salleh ringkas sambil masuk kedalam.

“Ada apa kamu kemari Salleh?” Tanya makcik Salmah.

“Ni aku kenalkan kak, kawan sekerja aku.” beritahu pakcik Salleh mengenalkan Razi, Ain dan Putri kepada kakaknya.

Selepas mereka berkenalan sesama mereka, mereka pun terus menceritakan niat mereka datang, dan makcik Salmah menceritakan segala hal yang terjadi satu ketika dahulu di kampung itu. Pakcik Salleh tidak duduk dikampung kerana telah berhijrah ke bandar seawal usia 14 tahun, jadi dia kurang tahu dengan apa yang terjadi.

Menurut makcik Salmah, keturunan tuan yang membela saka tu, semuanya dah tiada. Jadi untuk menghapuskan atau membebaskan saka dari pondok tu cuma ada satu cara saja.

“Apa caranya makcik?” Ain mula bersuara.

“Caranya, kamu kena bakar pondok tu. bunyinya mudah, tapi tak semudah yang disangka. Sebelum ni ramai pihak cuba hapuskan pondok tu dengan cara bakar termasuklah cubaan merobohkan pondok tu, tapi semuanya tidak berjalan dengan lancar.” Kata makcik Salmah.

‘Dulu ada yang pernah nak bakar pondok tu. Tapi baru je nak simbah minyak tanah, meraka semua bertempiaran lari seperti dikejar sesuatu. Ada yang lari ketengah jalan dan m**i akibat dilanggar kenderaan yang lalu kawasan tu.” Tambah pakcik Salleh.

Putri memberi cadangan untuk minta khidmat nasihat ustaz-ustaz di masjid yang berhampiran. Menurut Putri, mereka tidak boleh melakukan hal itu tanpa ada bantuan dari pihak lain.

Setelah mereka yang lain bersetuju dengan cadangan Putri, mereka pergi ke sebuah masjid besar yang berhampiran dengan kawasan itu, hal ni ditugaskan khusus kepada pakcik Sallleh dan Razzi memandangkan mereka lebih mudah untuk dapatkan akses bercakap dengan tok imam disitu.

Razi fikir ini bukanlah hal yang susah, mesti ahli masjid mahu menolong mereka menyelesaikan malasah ini, tapi sangkaan Razi jauh melesat. Bukan je Razi dengan pakcik Salleh dimarah, malah mereka dihalau keluar dari situ.

Putri dan Ain terkesima melihat mereka dihalau oleh pihak masjid. Mereka sangat terkejut dengan hal itu.

“Kenapa bang?.” Tanya Putri.

“Diorang tak percaya ada saka kat situ, diorang ingat kita main-main. Tu yang dihalaunya kita macam kita ni orang gila.” jawab Razi sambil mendengus menahan marah.

“Sabar zi, ni dugaan kita. Kita pergi masjid lain untuk minta tolong.” jawab pakcik Salleh tenang.

Setelah beberapa masjid mereka pergi, ini yang terakhir mereka pergi. Jam menunjukkan jam hampir 11 malam. Seorang berpakaian jubah putih menyambut mereka masuk kedalam, bersih mukanya. Razi dan pakcik Salleh pun meneceritakan hal yang terjadi sejak dari masjid pertama yang mereka datang.

“Kamu lupa akan sesuatu perkara wahai anak muda” Kata Ustaz kepada Razi.

“Apa yang saya lupa Ustaz?” Tanya Razi kembali.

“Kamu lupa, masjid bukan tempat untuk buang saka. Ini rumah Allah, kamu sepatutnya datang dengan niat beribadat kepada NYA. bukan begini. Kita umat manusia yang lalai, tapi jangan pernah lupa tanggungjawab kita sebagai Hamba NYA.”

Tersentak Razi dan pakcik Salleh mendengar apa yang dikatakan Ustaz itu.

“Ni kamu semua dah solat Isyak?” Tanya Ustaz lagi.

“Err, belum ustaz.” Razi menjawab sambil menunduk.

“Kamu solat lah dulu, ajak kawan-kawan kamu solat sekali. Hal pondok itu, biar saya uruskan. Dan saya nak beri ingatan sekali lagi. Jangan pernah kamu semua lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta. Kita hidup kerana rahmat dan kasih sayang NYA.”

Umpama disambar petir, hakikat yang sebenar hakikat. Mereka terlalai seketika kerana sibuk memikirkan hal yang tak sepatutnya.

Setelah mereka berempat menunaikan solat fardu, mereka keluar mendapatkan ustaz yang duduk di tangga luar masijd yang sedang menunggu mereka.

“Maafkan kami ustaz’” Sapa pakcik Salleh.

“Kamu tak buat salah dengan aku, Tapi dengan Allah. Cukup kamu bertaubat dan memohon ampun serta petunjukNYA.” kata Ustaz sambil berjalan ke sebuah pondok depan masjid itu. Mereka pun mengikuti ustaz itu.

Selepas perbualan mereka, ustaz itu memberikan mereka duit sebanyak 10 ribu ringgit untuk mereka mengasingkan kepada beberapa bahagian dan memberikannya kepada beberapa masjid berhampiran. Mereka sangat pelik dengan tindakan ustaz itu.

Selepas ditanya bermacam soalan, ustaz mula menjawab.

“Ni bukan harta aku dan kamu, jadi ini adalah amanah buat kamu untuk melaksanakannya. Aku juga pelik hal ini terjadi. Tapi aku percaya ada hikmah disebalik semua yang terjadi.”

Sebenarnya duit itu milik seseorang yang sangat kaya. Dia memberikan duit sejumlah 100 ribu dengan amanahkan ustaz itu untuk memberikan 10 ribu kepada sesiapa yang datang berjumpa pada selepas pukul 10malam di masjid itu. Tujuan pemberian itu adalah penerima duit itu haruslah menganggap seperti duitnya sendiri dan bersedekah kepada masjid-masjid berhampiran.

Setelah itu, mereka pulang kerumah. Dalam perjalanan, mereka merasakan apa yang dilalui sepanjang hari ni seperti tak masuk akal, ditambah perbuatan ustaz tadi yang sangat-sangat tidak masuk akal. Tapi mereka hanya mendiamkan diri dang mengikut apa yang telah diamanahkan.

Esoknya seawal jam 5 mereka mula bergerak kemasjid-masjid untuk sampaikan apa yang telah diamanahkan. Setelah selesai semuanya, barulah mereka faham dan tahu kenapa ustaz semalam amanahkan perkara tu.

Menurut orang-orang masjid, sebenarnya ustaz yang amanahkan mereka pada malam tadi bukanlah dikalangan manusia. Tetapi dari alam lain. Ini bermakna secara tak langsung nya mereka berempat mendapat pertolongan dari alam lain dan juga mereka mendapatkan satu pengajaran yang amat besar dalam hidup mereka.

Pada sebelah malam mereka berempat pergi kepondok puaka tu. mereka melihat ustaz itu duduk disitu bersama beberapa orang lain yang berpakaian serba putih. Mereka langsung tidak merasa takut dan mereka turun mendapatkan ustaz tersebut.

“Hal yang terjadi disini sudah selesai. Tapi ingatlah untuk meminta pertolongan, minta lah dengan Allah, bukannya dengan makhluk. Sesungguhnya tiada kuasa dari sebarang mahkluk melainkan dengan izinNYA.

“Terima kasih ustaz.” kata Razi ringkas.

Ustaz hanya berdiam dan mereka berpakaian putih bergerak menuju kubur belakang pondok itu. Sebelum menghilang dikegelapan malam, ustaz sempat berkata.

“Dengan izin Allah, penyakit Ain telah disembuhkan.”

Mereka hanya mampu mengucapkan terima kasih yang tak terhingga dan mereka sangat bersyukur cara Allah membantu hambaNYA dengan sangat cantik sekali.

Selepas peristiwa itu, Razi mengambil keputusan berhenti kerja dan mulakan satu perniagaan bersama pakcik Salleh, Putri dan Ain. Rezeki mereka melimpah ruah seperti air terjun di kaki gunung.

Tak lama selepas itu, Razi berkahwin dengan Ain dan Putri berhijrah ke selatan tanah air untuk kembangkan lagi perniagaan mereka. Pakcik Salleh pula berhijrah ke utara tanah air atas tujuan yang sama. Kini mereka mempunyai satu empire perniagaan yang besar dan terkenal. Dan yang paling bestnya, kisah mereka bermula di sebuah pondok puaka. Anda bagaimana? Kisah anda dah bermula?

yang belum follow, jom lah follow saya. terima kasih sudi baca sehingga bawah ni.

Penulis: Syamsyidee

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 34 Average: 4.5]

1 thought on “Gara-Gara Pondok Episod Akhir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.