Pagi – pagi lagi Razi dah terpacak depan rumah putri. Bagi salam tiada yang menyahut. Hampir 10 minit menunggu Razi menelefon Putri.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Ye bang?”
“Mana kau? 10 minit aku tunggu depan rumah kau ni. Lambat aku balik!”
“Rilek la bang, bukan salah Putri pun.” Putri mulai menyakat.
“Banyak lah bukan salah kau. Abis tu takkan salah aku pulak.” kata Razi sedikit geram.
“Memang salah abang pun. Tahu tak sebab apa??” soal Putri.
“Apa??” Razi menjawab separa marah.
“Haha. Yang abang tunggu depan rumah kosong tu dah kenapa? Hilang ingatan ke?” Putri tidak lagi menahan gelak tawanya.
Terpinga – pinga Razi melihat kedalam rumah itu. Ya betul, rumah kosong. Rumah Putri selang 2 buah dari rumah itu.
Muka Razi kemerahan menahan malu kerana penduduk sebelah rumah kosong itu keluar memerhatikan dia. Terus hidupkan enjin motor, dan pergi kearah rumah Putri.
“Asal kau tak bagitahu aku?” soal Razi.
“Macam mana nak bagitahu, abang tengah sibuk bagi salam. Nak tengok jugak kot kot ada yang jawab dari dalam. Hahaha, orang sini kata rumah tu keras.”
“Hampeh betul kau ni. Dah lah, jom kita gerak.”
“Kejap, belum siap. Abang tunggu lah sini. Parking dulu motor kat ampai baju tu.sape suruh datang awal sangat.” Putri masuk kedalam sambil membebel.
Dalam rumah tu Putri duduk bersama kakak nya Putri Ain. Sedang Razi duduk di kerusi diluar, Ain keluar nak menjemur pakaian.
Razi menegur Ain yang memang dikenali semasa baru berkenalan dengan Putri dulu.
“Eh Ain. nampak cantik hari ni.”
“Mana ada zi, muka tak mekap ni dikatanya cantik. Nak kemana dengan Putri pagi – pagi macam ni? Dah sarapan belum?” tanya Ain yang sebaya dengan Razi.
“Ntahla si Putri tu. Nak merungkai misteri katanya. Jangan masalah yang datang sudah. Dah la degil. Belum sarap lagi Ain, kejap lagi kot.” balas Razi.
Ain masuk kedalam rumah dan mengambil mihun goreng dan segelas air kopi buat Razi.
“Nah, makan lah dulu sementara tunggu budak Putri tu siap, Ain masak tadi pagi.banyak lebih, dah bagi jiran sebelah ni pun masih ada lagi.” kata Ain sambil sambung menjemur baju.
“Perghh, dah lah cantik, rajin pastu baik hati pulak. Kalau lah..”
“Haa, skodeng apa tu?” jerit Putri mengejutkan lamunan Razi.
“Opocot.. Aduh p****g lah kau ni Putri.baru nak layan feeling ada surirumah pepagi camni.” kata razi sambil menyuap mihun goreng ke dalam mulut.
“Cepat kau mandi hari ni Putri. Biasa nya 2jam.” kata Ain.
“Ish kakak ni, mana sampai 2jam. Tadi lepas subuh Ain dah mandi lah. Ni tukar baju je. Lagi pun kalau lama – lama nanti orang tua tu bebel pulak.” sambil muncungkan mulut kearah Razi.
Razi hanya menjeling sahaja ke arah Putri. Baginya Mihun goreng itu lebih memerlukan perhatian dia.
Ain berpesan dengan mereka jangan buat apa – apa yang membahayakan diri. Risau juga kalau ada apa – apa kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka, Ain pun bukan lah ada kawan sangat. Lebih pada Razi dan adiknya saja.
“Kak, akak tak kerja kan hari ni? Apa kata akak ikut sekali?” Putri memberi idea untuk Ain.
Razi juga bersetuju, sekurang – kurang nya dia tak lah penat sangat nak melayan karenah Putri macam budak kecik tu.
“Akak belum siap lagi ni, nak tunggu karang lama pulak.”
“Takpe, kami tunggu.” serentak mereka berdua menjawab.
Ain pun akur dengan cadangan Putri. Dalam kereta Razi yang kena memandu, ini kerana Putri memang malas nak memandu jika Razi ada dengan nya. Ain cuma diam duduk di belakang. Ain memang seorang yang agak pendiam orangnya.
Sampai sahaja di kawasan itu, Razi terus berhenti tepat di hadapan pondok itu. Dia berani sebab hari masih siang. Kalau malam memang tidak mungkin dia bersetuju dengan cadangan Putri.
Kawasan itu memang ada satu aura gelap di sekitarnya. Mereka bertiga dapat merasakan hal itu.cuma tak pasti aura itu datang dari pondok itu atau dari kubur lama di situ.
Masuk saja dikawasan kubur lama yang agak semak itu, aura gelap yang mereka rasakan tadi kian berkurang. Mereka menebas sikit sekitar kubur itu untuk membuat jalan masuk lebih dalam.
Ada kawasan lapang kira luas 20 langkah sekitarnya dalam kawasan kubur itu. Mereka duduk dikawasan itu dan membacakan doa buat penghuni yang ada di kawasan kubur lama itu. Selepas selesai, mereka berpandangan satu sama lain.
“Korang rasa tak apa yang akak rasa?” Ain mula bertanya.
“Ye kak. Kita semua dapat rasa benda yang sama. Yang pasti rasa tu bukan datang dari kawasan ni. Cuma di pondok tu je kan?” soal Putri pula.
“Ye, aku pun rasa benda yang sama jugak. Jadi macam mana sekarang?” soal Razi pula.
Memandangkan hari masih awal. Mereka buat keputusan untuk membersihkan kawasan kubur lama itu. Semak samun disitu mereka cantas dan kumpulkan di satu tempat. Kubur – kubur lama itu masih dalam keadaan baik, tiada apa yang rosak atau ada kesan apa – apa yang buruk. Biasanya kubur lama seperti itu menjadi sarang mat gian ataupun orang – orang yang nak menjalankan aktiviti syirik.
Bila hari petang, kerja – kerja mereka pun hampir selesai, mereka melangkah ke arah pondok untuk balik kerumah. Ain dapat merasakan sesuatu sedang memperhatikan mereka. Hijab Ain tak terbuka seperti Putri tapi dia memiliki kesitimewaan boleh rasa kewujudan entiti dari alam lain yang berada disekitarnya.
“Putri..” Ain mula berkata dengan nada yang sedikit cemas.
“Ye kak, ada. Hiraukan je dan jalan cepat. Lari pun tak apa sebab dah dekat sangat dah ni.” Putri menjawab sambil membuka langkah seribu.
Razi yang tak dapat melihat apa yang Putri lihat dan rasa apa yang Ain rasa mula membuka langkah juga kerana bulu tengkoknya berdiri tegak. Bukan sebab takut, tapi sebab cemas melihat Putri dan Ain mula berlari kedepan.
Jam ditangan Razi menunjukkan sudah hampir waktu maghrib, mereka tak sedar saat mengemas kawasan kubur tadi. Hampir sahaja mereka sampai ke pintu kereta tiba – tiba ada satu lembaga besar muncul dihadapan mereka.
Putri terkejut dan sempat berhenti sambil memegang tangan kakaknya Ain kecuali Razi. Razi yang tidak dapat melihat entiti lain terus berlari kedepan dan terus melanggar entiti tersebut. Tembus umpama razi sedang menembusi kabus putih cuma beza nya ini kabus hitam.
Melihat mereka berhenti, Razi berpatah balik kearah mereka. “Kenapa berhenti??” soal Razi.
“Aduh bang. Abang datang balik dah kenapa, start lah kereta tu dulu. Aduhai..” kata Putri sambil menolak Razi kedepan.
“Start kereta pastu reverse sikit zi. Sikit je.” kata Ain pula.
Razi ikutkan saja kata mereka walaupun rasa pelik dengan tindakan mereka.
Saat Razi mengundurkan saja kereta kebelakang, mereka terus berlari masuk dengan keadaan kelam kabut kedalam kereta. Tanpa sempat tutup pintu kereta, Putri menyuruh Razi untuk mula bergerak dengan pantas.
Dalam perjalanan Ain minta untuk singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat maghrib dan pergi makan selepas itu. Tanpa banyak soal, Razi terus membelok ke arah Masjid tak jauh dari kawasan perumahan mereka.
Selesai solat Razi menunggu di luar kereta menghisap rokok sambil menunggu adik beradik itu selesai urusannya. Sedang asyik menyedut rokok, Razi perasan dari satu sudut bahagian luar masjid ada sesuatu sedang memerhatikan nya. Diamati betul – betul, nampak tak jelas. Razi mula berjalan mendekati arah yang memerhatikan nya itu.
Ketika Razi berada ditengah – tengah kawasan parking dia dikejutkan dengan panggilan telefon. Bila tengok di skrin telefon, dia menoleh kearah kereta dan nampak Putri melambai kearahnya. Bila dia pusing untuk lihat siapa yang perhatikan dia tadi tiada siapa -siapa disitu. Mungkin khayalan sahaja fikir Razi.
Dalam kereta Putri mula bertanya kepada Razi. “Bang, abang nak kemana tadi? Abang boleh nampak ke?”
“Nampak apa? Soal Razi kembali.
“Abang tak nampak ke cik pon yang berdiri belakang pokok sebelah masjid tadi?”
Melopong mulut Razi dengar apa yang Putri cakap tu. “Seriuslah ada cik pon kat situ? Aku cuma perasan ada benda tengah tengok aku. Bila pusing tak nampak jelas ape benda. Aku pun nak datang dekatlah. Nasib baik jugak aku tak teruskan langkah.”
“Nasib baik jugak Putri perasan. Kalau tak awak dah kena peluk dengan cik pon tu dah.” kata Ain sambil ketawa kemudian mereka ketawa bersama.
Sampai sahaja di kedai mamak favorite mereka, Razi terus memesan teh tarik dan dua horlick ais. Dia memang dah tahu air kegemaran dua beradik tu.
“Korang nak makan apa? Kata tadi lapar.” soal Razi.
Putri bangun sambil berkata “ nasi campur lah, tengah kebulur ni.”
Ain juga mengikut kerana sama – sama lapar satu hari tak makan.
Selesai sahaja makan, mereka berbincang tentang peristiwa yang mereka hadapi petang tadi. Putri mengatakan memang ada sesuatu ditu dan memberi cadangan esok mereka datang lagi ke situ .
Ain menolak kerana takut apa – apa yang buruk terjadi. Putri meyakinkan mereka dengan berkata hal terjadi mungkin sebab waktu dah nak malam dan Putri juga mengingatkan mereka mana kerja pada esok hari sebab sekarang masih cuti umum lagi, jadi mereka ada masa lagi 3 hari untuk menyelesaikan misteri ini. Dengan rasa berat hati mereka berdua setuju dengan cadangan Putri.
Selepas menghantar adik beradik itu balik, Razi membawa motosikal nya untuk pulang kerumah. Dalam perjalanan Razi teringat akan sesuatu hal, dia membelok ke simpang utama dan menuju ke tempat kerja nya.
Sampai sahaja di tempat kerja nya, dia berjumpa dengan seorang pakcik sekuriti yang dinamakan pakcik Salleh. Pakcik Salleh ni pandai dalam hal – hal mistik, Razi tahu pun kerana rakan – rakan kerjanya banyak bercakap tentang hal Pakcik Salleh ni.
“Assalamualaikum pakcik.” Razi memberi salam saat sampai ke pondok pengawal.
“Waalaikumsalam. Eh kamu encik Razi, ada apa malam – malam ni? Nak masuk dalam ke? Tanya Pakcik Salleh.
“Eh tak, nak jumpa Pakcik jap. Ada benda nak tanya.”
“Tanyalah apa dia? Jawab pakcik Salleh ringkas
Razi pun mula bercerita dari awal dia dikacau dekat pondok tu sehingga la kejadian petang tadi. Kejadian dekat masjid juda di cerita nya.
“Encik Razi jangan bimbang. Hal ni tak memudaratkan, sebab “benda” yang dekat pondok tu takkan ikut sesiapa untuk mengacau.” kata pakcik Salleh.
“Maksud pakcik?” tanya Razi.
“Benda tu memang dah dipaku dekat situ. Dengan bahasa lain nya, benda tu asalnya saka.selepas tuan nya meninggal dunia dan dikebumikan dekat kubur belakang pondok tu, saka tu gentayangan mencari tuan baru. Dan penduduk kampung sepakat untuk ikat dia dekat situ.” pakcik Salleh menceritakan kenapa tempat itu berpenunggu.
“Pasal cik ponti tu?” tanya Razi lagi.
“Itu sebab badan kau tengah kotor. Patutnya kau mandi bersihkan badan dulu sebelum pergi solat. Nasib baik ada yang perasan kalau tidak, dah tentu tambah lagi masalah kamu.”
“Kenapa lah orang kampung masa tu pergi kunci benda tu kat situ.” ngomel si Razi.
“Dah tak ada cara lain, tuan empunya dah meninggal, benda tu akan berkeliaran dekat kubur dan mengacau penduduk kampung. Pernah di alih tempat lain, benda tu balik kesitu mengamuk.” pakcik Salleh menambah.
Setelah tahu hal sebenar, Razi meminta diri untuk balik kerumah. Letih badan nya seharian membersihkan kawasan kubur lama itu.
Malam itu ketika Razi sedang tidur, dia bermimpi ada seorang lelaki tua cuba mengejar Razi di satu jalan kampung yang samar – samar. Lelaki tua itu kelihatan marah dan cuba untuk membaling sesuatu kepadanya. Dia tersedar selepas menepis sesuatu yang dibaling oleh lelaki tua itu. Dengan keadaan berpeluh Razi bangun membersihkan diri dan mendirikan solat tahajjud seterusnya mengambil Al-Quran untuk dibaca kerana dia merasakan ada sesuatu sedang menganggu dirinya.
Selepas solat subuh, Razi menyiapkan sarapan untuk dirinya dan seterusnya bergerak ke rumah Putri. Baru sahaja Razi nak mengunci pintu, telefon nya berdering. Tertera nama Putri Qaseh di skrin telefon.
“Assalamualaikum bang. Datang sekarang! Kakak pengsan!”
Dengar sahaja berita itu, Razi bergegas kerumah mereka.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Razi.
“Ntah, lepas sarapan tadi, kitorang nak tunggu abang kat luar, tiba -tiba kakak jatuh pengsan.” jawab Putri.
Mereka menghantar Ain ke hospital dan mereka menunggu di lobi bahagian kecemasan. Hampir 2 jam menunggu seorang misi datang kepada mereka berdua.
“Kakak awak dalam keadaan stabil tapi masih belum sedar lagi. Petang ni kami akan pindahkan dia ke ward. Nanti awak boleh kesana ya.” kata misi tu lagi.
Lega hati mereka mendengar keputusan hospital. Mereka batalkan niat nak ke pondok hari itu. Hanya menunggu di hospital mengharapkan Ain sedar sahaja.
Bersambung…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit