Gara-Gara Pondok part 3

“Apabila selesai pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh, pihak hospital telah mendapati bahawa Putri Ain binti Ahmad Syazwan telah mengalami Fokal Neurologik.” Kata doktor pakar yang merawat Ain.

“Fokal Neurologik tu ape doktor?” tanya Putri untuk kepastian.

Fokal Neurologi ini bermaksud kerosakan pada saraf tunjang atau fungsi otak yang menjejaskan sesetengah bahagian tubuh. Hal ini mungkin terjadi kerana dulu Ain pernah mengalami kemalangan yang teruk.

“Sawan?” tanya Razi.

“Boleh juga kalau nak guna perkataan itu tetapi sakit yang dialami pesakit lebih kepada saraf bahagian otak yang terjejas akibat kemalangan lalu.” jelas doktor lagi.

Setelah doktor memberitahu keadaan Ain pada Putri dan Razi, mereka masuk ke dalam ward untuk lihat bagaimana dengan keadaan Ain.

Tak lama selepas itu Ain mula sedar dan mereka gembira melihatnya. Ain ditempatkan dalam ward selama lebih 3 minggu untuk tempoh pemantauan pihak hospital.

Hari – hari mereka datang menjenguk keadaan Ain, di bandar besar itu tiada siapa yang menjaga mereka melainkan mereka sesama sendiri. Razi anak yatim piatu manakala Ain dan Putri juga anak yatim piatu. Hanya atuk dan nenek putri sahaja yang berada di kampung dan mereka tidak tahu keadaan ain. Ini kerana Putri tak nak mereka risaukan mereka di bandar. Razi pula kehilangan semua keluarga akibat rumah nya pernah dirompak semasa dia masih kecil, dan ibu, ayah serta kakak kandungnya d*****h dengan kejam.

Setelah itu Razi dibesarkan oleh pihak jabatan kebajikan masyarakat di rumah anak – anak yatim kerana dia tiada waris terdekat.

Satu petang, mereka menjemput AIn untuk pulang dari hospital setelah mendapat kebenaran dari pihak doktor. Dalam perjalanan ke hospital sempat Razi mengajak Putri ke tempat kerja nya untuk berjumpa dengan pakcik Salleh. Razi rasakan apa yang dilalui oleh Ain ada kena mengena dengan puaka dekat pondok tu.

“Kamu berdua jangan lah risau hal saka tak bertuan tu. Bukan salah benda tu apa yang berlaku pada Ain. Ini semua takdir ALLAH.” jelas pakcik Salleh.

“Tapi..” Razi seakan tak boleh terima dengan jawapan pakcik Salleh itu.

“Jangan terpedaya dengan mainan syaitan. Pakcik dah anggap kamu macam anak sendiri. Dan setahu pakcik, saka tu tak pernah buat mudarat pada orang lain. Dia cuma ada disitu dan akan mengamuk jika ada orang nak pisahkan dia dengan tuan yang dia anggap masih ada tu.” penjelasan pakcik Salleh kali ni mampu menenteramkan perasaan Razi.

“Sabar bang, mungkin betul apa yang pakcik Salleh cakap. Kita kena kuat demi kakak.” Putri cuba motivasi pada Razi.

“Yelah, hal puaka tu kita jangan fikir dulu sementara ni. Lepas Ain sembuh sepenuhnya baru lah kita fikirkan macam mana kita nak buat pasal puaka tu. yang pastinya kita tak boleh abaikan hal puaka tu, kalau tidak ramai lagi yang akan dikacau bila lalu kawasan tu. lagi – lagi pada waktu malam. Silap – silap boleh menyebabkan kemalangan maut.” jelas Razi panjang lebar.

“Yelah tapi ada satu syarat.” kata Putri.

“Apa pulak kali ni?” tanya Razi sambil buat muka menyampah.

“Abang kena bawak Putri dengan kakak pergi makan steamboat malam nanti.” jawab Putri selamba sambil menyengih.

“Haa, boleh bungkuskan pakcik sekali.” kata pakcik Salleh sambil ketawa.

Selepas mereka berbual panjang, mereka berdua mengundurkan diri dan terus pergi ke hospital untuk menjemput Ain.

Putri dan Razi perlu berjumpa doktor pakar yang merawat Ain dulu sebelum Ain dibolehkan untuk pulang.

Dalam bilik doktor, mereka di beritahu keadaan Ain semakin pulih sepenuh nya. Mungkin ini adalah keajaiban ALLAH untuk hamba yang selalu meminta tolong dariNYA. Setiap malam Razi bangun untuk solat tahajjud dan meminta ALLAH untuk menyembuhkan Ain. Pada Razi, dia tidak ada keluarga dan mengangap Ain dan juga Putri sama seperti keluarga nya sendiri. Bertuah sungguh Ain dan Putri ada Razi sebagai sahabat yang selalu mendoakan mereka.

“Tapi ingat, cik Ain belum sembuh sepenuhnya. Walaupun kerosakan saraf kembali pulih dengan sendiri nya kamu semua harus lebih berhati – hati kerana mungkin juga ini sementara. Hal ini sangat jarang terjadi, pesakit pulih dengan sendirinya. Tapi itu semua bukanlah syarat kamu untuk kamu tidak mengendahkan penyakit cik Ain yang masih baru datang dan pergi macam ni. Awak faham kan?” tanya doktor setelah memberi penjelasan panjang lebar.

“Faham doktor.” jawab mereka serentak.

Sebelum keluar mereka mengucapkan terima kasih pada doktor yag merawat Ain. Mereka masuk kedalam ward dan nampak wajah Ain kelihatan sedikit pucat, mungkin kesan daripada rawatan hospital. Tapi yang pastinya wajah Ain berseri tak sabar nak balik dan nak meneruskan pengembaraan bersama mereka.

Keluar dari hospital mereka terus balik ke rumah untuk membersihakn diri dan berehat sementara nak tunggu malam. Razi singgah dipejabat untuk menyerahkan surat cuti tanpa gaji selama 4 bulan untuk menjaga Ain dan Putri. Takut apa – apa yang tak elok terjadi pada mereka memandangkan Ain masih dalam fasa pemulihan dan dia tak yakin Putri dapat menjaga Ain dengan baik. Ini kerana Razi tahu dan faham sikap Putri yang sedikit kebudak – budakan itu. Kalau dia tak minta cuti sudah pasti Putri akan selalu mengacau Razi ditempat kerja.

Malam itu Razi datang bersama pakcik Salleh, sengaja dia membawa pakcik Salleh sebab teringatkan pakcik Salleh yang duduk berseorangan pasti akan bosan seorang diri di rumah. Pakcik Salleh shift pagi hari tu jadi boleh lah dia meluangkan masa bersama. Lagipun rumah pakcik Salleh tidak lah jauh sangat, cuma selang 2 taman dari taman perumahan mereka.

“Eh, pacik Salleh pun ada. Mesti best kan.” kata Putri teruja bila nampak pakcik Salleh membonceng di belakang motor besar Razi.”

“Mestilah ada, pakcik pun nak makan steamboat juga.” jawab pakcik Salleh sambil tersenyum dan membuat simbol peace di jari.

Mereka ketawa bersama melihat gelagat pakcik Salleh. Menambah kegelian hati mereka bila lihat pakcik Salleh terkial – kial untuk turun dari motor Razi.

“Sakit pinggang pakcik naik motor en Razi.” tambah pakcik Razi.

Motor Razi jenis motor yang tinggi dan bila ada pembonceng di belakang sepatutnya kena peluk penunggang baru tak sakit pinggang. Motor superbike Suzuki GSX-S1000GT warna hitam premium itu.

“Tak payah berencik – encik lah pakcik Salleh. Pangil Razi je. Kan lagi erat macam tu.” kata Razi sambil senyum.

“Yelah pakcik ni. Kitorang pun panggil Putri je. Haa, nilah kakak saya, Ain. kak, ni pakcik Salleh, satu tempat kerja dengan Abang Razi.” kata Putri sambil kenalkan kayak nya dengan pakcik Salleh. Ain cuma tersenyum sambil menghulurkan kunci kereta pada Razi.

“Bang.” panggil Putri di tempat duduk belakang.

“Haa. nak apa?.” tanya Razi.

“Betul ke abang belanje ni?.” soal Putri.

“Betullah, tapi abang belanja pakcik dengan Ain makan steamboat.” jawab Razi sambil memandang ke depan.

“Abistu Putri macam mana?.” tanya Putri lagi.

“Dah kau ikut sekali kan. Terpaksa lah aku belanja kau sekali.” nada nya sengaja dikuatkan sedikit.

“Haa. cam tu lah. Ni yang sayang lebih ni. Tapikan.”

“Tapi apa?. Soal Razi.

“Putri lagi sayang kakak daripada abang. Wekk.” jawab Putri sambil memeluk kakak nya disebelah.

“Gedik pulak minah ni, aku turunkan kau kat pondok depan tu karang baru tahu.” kata Razi sambil memperlahan kereta.

“Eh bang, janganlah. Benda tu ikut karang. Masalah pulak.” kata Putri

“Dia ikut maknanya kaulah yang kena ganti dia dekat sini. Hahahaha.” gelak sakan mereka bila Razi dapat menyakat Putri.

Saat melintas depan pondok puaka tu, mereka berempat perasan makhluk itu berdiri tegak ditengah pondok memerhatikan mereka. Makhluk itu tidak lagi menyembunyikan dirinya daripada dilihat mereka. Mungkin sudah penat bersembunyi ataupun mungkin mereka pernah mengalami kejadian disitu.

Sampai sahaja di kedai makan, Putri dulu yang turun dari kereta dan terus berjalan kearah dalam kedai dan meninjau – ninjau menu yang ada.

“Gelojoh betul minah ni.”bebel si Razi.

Baru sahaja mereka nak melangkah pergi dari kereta, Putri datang kembali dengan mengarahkan mereka masuk kedalam kereta semula. Mereka ikut sahaja kata Putri.

“Kau pahal?tadi gelojoh sangat.” tanya Razi.

“Pergi tempat lain lah bang.” jawab Putri

“Eh pelik lah kau ni. Tadi kata nak makan steamboat.” kata Razi lagi.

“Dia ada nampak lah tu.”Pakcik Salleh berkata.

“Laa yeke. Oklah, kita pergi cari steamboat lain.” kata Razi tanpa menyoalkan lagi si Putri.

‘Pakcik pun nampak ke?” tanya Putri.

“Nampak Putri. Banyak betul haiwan peliharaan yang tuan kedai pelihara.” kata pakcik Salleh.

Razi dan Ain macam biasa terpinga -pinga.

“Yeah, dah ade geng la macam ni. Ni yang best ni .” kata Putri bila tahu pakcik Salleh juga sepertinya yang hiab terbuka.

Mereka sampai ke destinasi steamboat yang agak jauh dari kawasan perumahan mereka. Tempat tu menarik sebab berada berdekatan di tepi pantai. Selepas makan, mereka semua bersantai di tepi pantai sambil mengambil angin malam yang segar.

“Pakcik ceritalah macam mana kisah pakcik boleh jadi macam saya. Alaa, boleh nampak diorang – diorang tu.” Sambil muncungkan mulut kearah hujung pantai.

Serentak dengan tu mereka semua berpaling kearah hujung pantai tersebut. Seperti biasa, hanya Putri dan pakcik Salleh sahaja yang nampak.

Sebenarnya hijab pakcik Salleh tidak lah terbuka sendiri seperti Putri. Tapi sewaktu pakcik Salleh muda dulu, dia sengaja membuka hijabnya sendiri. Ini kerana pakcik Salleh perwatakkan hampir sama dengan Putri sewaktu sama usianya dulu. Perasaan ingin tahu, pakcik Salleh nekad berjumpa dengan seorang lelaki tua untuk membuka hijab. Tapi yang sedihnya, pakcik Salleh tak sempat menutup hijabnya, lelaki tua itu telah m**i kerana sakit jantung. Maka pakcik Salleh pun terpaksa hidup dengan dapat melihat semua makhluk – makhluk itu.

Walaupun pada awalnya pakcik Salleh takut dan trauma, tapi dah tak boleh buat apa. Orang tua tu pun dah m**i jadi dia harus membiasakan diri dan sebab itu jugalah pakcik Salleh tak berkahwin sehingga sekarang.

“Pakcik, tak ada cara ke kita nak selesaikan masalah puaka pondok tu?” Tanya Razi kepada pakcik Salleh sambil menghembus kepulan asap dari mulutnya.

“Ada tapi..” termenung seketika pakcik Salleh menghadap pemandangan laut didepan.

“Tapi apa?” Ain bertanya.

“Kita kena cari orang asal kampung situ untuk tahu cerita asal usul saka tu dari awal.” kata pakcik Salleh.

“Pakcik bukan orang asal sana ke?” tanya Putri.

“Bukan, pakcik tahu cerita ni pun dari kawan pakcik yang memang penduduk asal situ. Tapi dia dah meninggal hujung tahun lepas. Isteri dan anaknya masih hidup. Esok kita pergi cari rumah mereka nak?” Ajak pakcik Salleh.

“Boleh juga, kami tak kerja dan Putri tak ada kelas esok. Tapi pakcik?” soal Ain.

“Pakcik offday esok. Jadi boleh lah pakcik tolong kamu bertiga mana yang pakcik mampu.” kata pakcik Salleh.

“Cantekk!” kata Putri sambil menunjukkan isyarat ibu jari kepada mereka.

Dalam masa yang sama mereka sebenarnya sedang diperhatikan oleh sekumpulan orang dari arah parking kereta. Bila mereka bangun nak menuju ke kereta, mereka disapa oleh orang – orang yang tadi nya memerhatikan mereka.

“Assalamualaikum.”

“Waalalaikumsalam, ya?” jawab Razi.

“Maaf ya kami nak tanya, apa yang kamu berempat buat dekat sini?” tanya seorang lelaki.

“Oh, tak ada apa. Saja mengambil angin malam selepas makan dekat sa..” mata Razi terbeliak, kedai makan yang mereka makan tadi tiada. Yang ada cuma lah pokok besar dengan beberapa meja buruk sahaja.

“Eh dah hilang??” Putri pula bersuara.

Mereka kelihatan keliru. Sekumpulan orang itu membacakan ayat ruqyah dihadapan mereka. Rupanya mereka dipermainkan syaitan Laknatullah. Tiada pun gerai makan disitu. Dan hanya mereka berempat selain sekumpulan lelaki tadi yang berada disitu. Beberapa keluarga yang tadinya ada di sekitar situ juga telah ghaib.

“Astagfirullah. Apa semua ni?” soal pakcik Salleh.

“Macam ni, dari tadi lagi kami nampak kamu berempat duduk di meja buruk dekat sana, lepas tu kami nampak kamu duduk di tepi pantai sana. Kami syak kamu dah dipermainkan.” jawab seorang lelaki dalam lingkungan lewat 30an itu.

“Tak guna punya setan!” Bentak Razi.

Ain memuntahkan segala isi perut selepas terfikir apa yang mereka telan tadi sepanjang dipermainkan syaitan itu. Mereka yang lain juga turut muntah. Pasir berlendir sahaja yang keluar dari mulut.

Orang – orang bacakan doa pendinding bagi mereka dan merawat keadaan mereka disitu, selepas semua nya sedikit pulih mereka semua pergi ke masjid berdekatan untuk berehat.

“Apa lah nasib kita ni, asyik kena kacau je” keluh Ain.

“Tak apa, anggap saja ALLAH nak uji hambanya.” jawab pakcik Salleh.

Sekumpulan lelaki itu datang ke masjid dengan membawakan mereka makanan untuk dimakan. Mereka tahu perut terasa sangat lapar lepas nampak mereka berempat muntah sampai lembik tadi.

Lepas makan mereka meminta untuk pulang ke rumah, pesan lelaki itu teruslah bertawakkal kepada ALLAH bila datang setiap masalah. Sesungguhnya ALLAH tempat berlindung dari tipu daya syaitan.

Selepas sampai di rumah Ain dan Putri, Razi meminta izin untuk memandu kereta Putri pulang kerana keadaan badan yang masih lemah sukar untuk menunggang motosikal besar itu. Dah lah motorsikal nya berat.

“Tula, sape suruh beli motor besar – besar. Kan dah susah nak bawak.” perli si Puteri.

Malam itu pakcik Salleh tidur dirumah Razi, kerana Razi sendiri dah tak larat nak memandu dengan lebih jauh. Mereka membersihkan diri dulu sebelum tidur.

Esok pagi Razi terkejut apabila bangun kerana Pakcik Salleh tiada di bilik. Seraya dengan itu ada bunyi bising dari arah dapur. Kelam kabut Razi untuk bangun dari katil dan pergi kearah bunyi tersebut.

Sampai sahaja di dapur dia melihat ada sesosok manusia terbongkok – bangkok di dapur. Nampak seperti sedang mencari sesuatu yang jatuh di lantai. Dengan berhati – hati Razi melangkah mendekati. Jam di dinding dikerling menunnjukkan baru jam 6.15 pagi. Keadaan yang samar-samar menghadkan pandangan Razi. Tiba – tiba…

Bersambung…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 32 Average: 4.8]

3 thoughts on “Gara-Gara Pondok part 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.