Gara-Gara Pondok

Ini cerita seorang lelaki kacak bernama Razi, Razi terpaksa untuk tidak balik rumah semalaman gara – gara Razi dikacau dekat pondok tempat dia berteduh dari hujan lebat yang tak wujud pun. Sungguh permainan syaitan lah semua ni.

Selepas seorang gadis comel Putri Qaseh namanya,menyelamatkan keadaan di pondok tu, dia mengajak Razi untuk lepak di mamak dekat kawasan bandar tak jauh dari lokasi berkenaan.

Bila sampai di kedai mamak tu, Razi pilih untuk duduk di bahagian luar dan jauh daripada orang-orang lain yanng datang kesitu. Tujuan nya nak menenangkan hati selepas dikacau syaitan durjana. Lagipun kedai mamak tu sentiasa penuh di bahagian dalam jadi dia lebih selesa duduk di meja luar sahaja, jauh dari hiruk pikuk orang menjerit sakan bila ada perlawan bola atau ada rancangan gusti kegemaran rakyat Malaysia WWE.

Selepas hampir setengah jam duduk disitu, barulah Putri muncul dengan muka yang tersengih- sengih umpama kerang busuk.

“Nasib baik budak ni comel..haishh, kalau tidak, aku tinggalkan balik je.” gumam hati Razi melihat Putri berjalan kearahnya.

“Sori bang, parking susah la. Semua penuh. Saya kena parking jauh kat sana tu” kata Putri sambil menunjukkan tempat dia meletakkan kereta axia nya.

“Huish jauhnya kau parking. Asal tak tunggu je depan ni, nanti bila ada yang nak keluar, kau masuklah.”

“Segan lah orang tengok kita lama-lama dalam kereta tengah jalan camtu. Dahla kita ni comel..huhu.” katanya bergurau.

“Ane, teh tarik satu. Kau nak minum apa?” Tanya Razi selepas dia memesan teh tarik untuk dirinya.

“Horlick ais satu ane.” jawab Putri ringkas.

Putri mula cerita tentang kejadian yang baru mereka lalui tadi, Putri memang seorang yang terbuka hijabnya sejak dari kecik. Bila dia sedang memandu dalam kelajuan yang perlahan. Sekadar mengambil angin malam. Ada sebuah motosikal memotong keretanya dengan keadaan yang agak laju dan kelihatan seperti ada asap hitam mengejarnya.

Oleh kerana perasaan ingin tahu yang terlalu mendalam, Putri membuat keputusan untuk memecut mengekori motosikal tadi. Dia berhenti di bahu jalan memerhatikan motosikal tadi yang berhenti dekat satu pondok usang depan kawasan kubur lama tu.

“Huishh,berani nya mamat ni. Tengah-tengah malam berhenti dekat kubur lama macam ni.

Hebat betul.” Putri bercakap seorang diri.

“Eh. Asal macam menggigil pulak tu?. Nak kata hujan tak pun. Mesti kena kacau ni.” Fikirnya lagi.

Putri nak memandu ke arah pondok itu dan memberitahu lelaki itu tapi terhenti selepas terfikir “benda” tu akan kacau dia pula, paling tidak pun akan ikut menumpang. Dah lain jadinya nanti.

Jadi dia pun mengambil keputusan berhenti disitu dan berjalan kaki ke pondok tu. Tak jauh pun jaraknya, lebih kurang 200-300 meter je dari kereta Putri.

“Kenapa lah aku rajin pulak malam-malam macam ni nak tolong orang. Niat nak santai-santai je. Haishh.” Ngeluh Putri sendirian.

Semakin hampir dengan pondok itu Putri merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Awan mula menjatuhkan air, dia tahu itu hanya permainan alam ghaib sahaja.

Jarak yang sedekat itu mengambil masa setengah jam juga untuk Putri berjalan. Mungkin kerana dia juga diperdayakan syaitan itu.

Dia berlari anak kearah pondok itu bila hujan yang turun semakin lebat. Sampai sahaja disitu dia melihat lelaki tadi dan cuba untuk mengajak lelaki tu beredar dari situ.

Putri mendapat idea mengatakan keretanya rosak dan meminta lelaki itu untuk menolongnya. Nasib baik lelaki itu bersetuju.

Dapatlah juga Putri naik motor dengan lelaki itu.

“Hensem jugak mamat ni.huhu” tersengih Putri di saat membonceng motosikal tadi.

Bila sampai sahaja disitu, Putri menjelaskan perkara sebenar. Dia melihat lelaki di depannya runsing dan dia terpandang ke arah pondok dan dia nampak satu lembaga sedang memerhatikan mereka dengan wajah hodoh, kelihatan seperti marah.

Cepat-cepat Putri masuk kedalam kereta. Nak memecut tinggalkan lelaki itu tak sampai pula, maka diajaknya lepak dekat mamak.

‘haa tu lah ceritanya bang.” Jelas Putri.

“Ooh. Terima kasih kat kau banyak-banyak sebab selamatkan aku tadi. Kalau tak, agaknya aku dah kena tanam dekat kubur lama tu agaknya” kata Razi.

Sejak dari itu Putri dan Razi mula berkawan rapat. Putri merupakan mahasiswi yang belajar di jurusan grafik media di salah satu universiti swasta di bamdar besar itu manakala Razi pula bekerja sebagai pengurus di syarikat swasta.

Razi dah menganggap Putri macam adik ya sendiri memandangkan dia pun tak ada adik kandung dan Putri juga tiada abang. Mereka cepat rapat, mungkin kerana perwatakan hampir sama. Sama-sama gila.

Satu hari, Razi mengambil Putri untuk pulang dari kelas. Ini kerana keretanya minyak habis ditengah rnr semasa pulang dari kampung halaman. Ditinggalnya di rnr dengan menumpang lori yang membawa ayam hidup. Putri memang seorang yang berani.

Petang tu,sepanjang jalan Razi membebel tentang bahaya kereta ditinggalkan macam tu saja di rnr pulak tu.

Putri seperti biasa menjawap “alaa, rilek la bang. Tak ada siapa nak kereta macam tu.”

“Haishh kau ni. Belum kena lagi boleh lah cakap macam tu. Kalau jadi betul-betul,hilang ke, pecah ke, baru kau nak pening kepala.” Bebel Razi lagi.

Sampai di rnr itu dah malam dalam pukul 8 setengah lebih kurang. Selesai tuangkan minyak di tangki kereta, mereka pulang kerumah masing-masing. Rupanya jarak rumah mereka tak lah jauh, kira-kira selang 7 8 rumah sahaja. Kiranya mereka ni berjiranlah.

Sampai depan rumah Putri, dia bekata

“Bang,tadi abang nampak tak ada benda kat pondok yang haritu abang kena kacau tu?”

“Ish macam-macam lah kau ni memalam camni. Dahlah housmate aku tak ada, tengah cuti balik kampung. Ada yang aku tumpang tido sini kang.” Jawab si Razi.

“Hahaha. Penakut jugak abang ni eh.”

“Bukan takut, tapi kurang berani je.”

“Hahahaha. Eh bang. Esok abang tak keje kan? Esok pagi kita pergi situ nak?” Soal Putri pada Razi.

“Buang tebiat apa kau ni?” Marah Razi.

“Alaa. Mesti ada something kat situ. Sebab dah banyak kali Putri perasan benda tu kat situ je.tak kacau abag,dia kacau orang lain. Jomlah bang”

Pujuk Putri lagi.

“Yelah-yelah. Tapi naik kereta kau je. Motor aku parking sini esok.”

“Elleh. Takutlah tu.hahahaha. ok bang, jumpa esok.” Sempat lagi Putri bergurau sebelum masuk ke dalam rumah.

Bersambung…

Penulis: Syamsyidee

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 40 Average: 4.8]

2 thoughts on “Gara-Gara Pondok”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.