Gelang Kaki Berloceng 9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan kawan Lina di alam maya! WHERE IS MY GELANG KAKI MANIK HIJO KITA ADMIN? (that one is highlight okay, bukan marah hihi). Btw admin, thank you so much jayakan penulisan saya yang tak seberapa ni dari Gelang Kaki Berloceng , Gelang Kaki Berloceng 2, Gelang Kaki Berloceng 3, Gelang Kaki Berloceng 4, Gelang Kaki Berloceng 5, Gelang Kaki Berloceng 6, Gelang Kaki Berloceng 7, dan Gelang Kaki Berloceng 8 *hulur cekelat*. Ada yang sarankan aku untuk buboh nickname seperti #sicelupar #deefen emm Lina takdak idea lagi tang tu. Kalau engkorang ada suggestion, boleh tolong Lina la. Hihi

Okay, refer pada komen komen hangpa yang lepaih, ada yang request pada aku untuk share gambar dekat sawah dengan makcik bongkok tu kan? Hm gambar tu awal awal lagi aku dah delete. Kau gila nak simpan? Bagi aku, kalau aku simpan, aku rasa macam hidup aku sentiasa ada makcik tu, haha tu bagi aku la. Apa? Bagi you pun sama? Okay sep!

Cerita cerita aku ni tiada sebarang paksaan untuk engkorang percaya 100% even 10%. Aku share, engkorang baca hadam dan judge okay. Cerita yang ada tokok tambahnya, tipu la kalau tak ada tokok tambah. Memory adik bukan power sangat sampai boleh ingat kejadian dan skrip 4-5 tahun yang lepas, huhu. Its up to you okay, don’t be stress 

Bila aku bukak timeline Fiksyen Shasha, aku ternampak secebis gambar yang dipost oleh admin dari movie Shutter (2004). Gambar tu buat aku teringat satu kejadian yang menimpa aku dan kawan aku, Yaya. Throwback pada waktu aku baru habis SPM. Dimana aku dapat kerja as a salesgirl dalam satu supermarket ni yang terletak berdekatan dengan rumah aku.

Yaya workmate aku, dari situ kami kenal dan jadi kawan. Perangai Yaya yang aku tak berapa nak berkenan, dia ni gemar sangat termenung bersendirian. Termenung dia tu kalau normal tak apa, ini jenis termenung yang sejam dua jam punya. Selagi tak ada orang panggil, selagi tak ada bunyi bom meletup, selagi tu dia akan termenung. Ha, pelikkan?

Satu hari, tengah tengah kerja ni dia cakap “Lina, aku nak lepak belakang jap, hirup udara segar.” Aku pun ye kan ajela. Dekat sejam dia dekat luar sana. Aku pergi tinjau, rupanya dia termenung mengadap hutan. Oh lupa nak bagitahu, belakang supermarket kitorang tu hutan. Aku tegur dia “Kau kalau termenung boleh sampai sejam kan? Ada masalah ke?” Dia tersentak dan pandang aku sambil cakap “eh mana ada masalah.” Sambil aku nampak dia urut urut dari tengkok ke bahu, dia sambung “aduh lenguhnya bahu ni.” Aku? Aku biasalah dengan mentality terlampau positive ni kadang kadang bahana jugak haha. So aku expect dia letih kerja je time tu.

Pada hari yang sama jugak, aku dan Yaya diarahkan untuk transfer ke Bangi selama seminggu. Jarak Bangi dengan rumah aku agak jauh. Jadi kami diberi penginapan yang ditaja full oleh company. Rumah flat jeww , huhu. Seminggu bagi aku adalah lama okay guys. Aku ni dah la tak pernah merantau, jauh dari family pulak tu. Ada kawan pun macam baru kenal kan, so nak rasa selamat tu agak kurang yakin la. Nak taknak aku kena hadap jugak, hm. Jadi berpindah la kami di flat yang majority malay people dekat situ. Flat ada dua bilik, satu bilik air. Kecil dan okay la untuk kami berdua menghuni disitu.

Yaya kerap bagitahu bahu dia lenguh, makin hari makin teruk. Aku suruh dia rehat lebih sikit. Dia pun aku tengok bukan rehat lebih sikit, tapi banyak. Haha. Dah rehat banyak, still bahu sakit. Kadang kadang tu terpaksa mc. Bila check doctor, everything okay. Tak ada masalah apa pun. Tapi bila tengok Yaya ni menahan kesakitan, macam cedera parah.

Hari ketiga dekat flat tu, aku suruh dia cuti. Rehat sepenuhnya, dia pun turut je kata aku. Balik kerja, aku tengok rumah sunyi je. Aku panggil Yaya, dia senyap. Aku tinjau dalam bilik dia, aku nampak dia tidur nyenyak. Aku perasan bilik dia bersepah nauzubillah. Macam baru lepas bergaduh. Table fan tunggang terbalik, cawan bergolek golek. ‘Uishh dia cetus perang keberapa ni?’ bisik hati aku.

Aku cuba petik suis lampu bilik dia. Dalam masa lampu tu berkelip kelip nak terpancar, tiba tiba aku ternampak lembaga hitam dekat sudut dinding bilik Yaya. Papp! Aku padam balik suis tu, dalam hati dilemma sama ada perasaan aku atau realiti. Aku cuba petik lampu bilik tu lagi, lampu bilik tu berkelip kelip dalam masa yang sama lembaga hitam tadi dah semakin hampir dengan aku. Masa ni aku hanya Tuhan saje yang tahu perasaan aku ketika itu.

“AAAAAARRRRR…!!!” aku jerit sambil lari keluar dari bilik Yaya “BAMMMM!!” pintu bilik Yaya terhempas kuat. Aku chow keluar rumah, tinggal lah Yaya seorang. Tapi aku pelik si Yaya ni boleh taksedar aku menjerit bagai nak rak tadi. Dalam aku manja manjakan diri dekat Shopping Mall, tiba tiba Yaya text aku ajak hantarkan dia ke Klinik. Tak larat pergi sorang katanya. Aku pun turutkan aje. Even masa tu aku rasa taknak jejak dah rumah tu, hmm.

Sesampai klinik, selesai check doktor, Yaya keluar patient room dengan muka kecewa. Aku dah agak dah, dia ni bukan sakit. Aku start rasa suspicious dengan dia ni. Aku mula berfikiran mistik ni since jembalang lampu durjana tu dok main hide and seek dengan aku tadi. Dalam perjalanan pulang ke rumah, ‘DUPDAPDUPDAP’ jantung aku. Kalau ikut hati, mau je aku text supervisor tempat ni berhantu. Tapi siapa je nak percaya kan? Huhu.

Sampai rumah, aku suruh Yaya pergi mandi bersihkan diri dulu. Aku terus menonong ke bilik tanpa meninjau bilik Yaya yang pintunya sedang tertutup perlahan tu. Angin takdak rebut takdak dia nak tertutup sendiri pulak. ‘Hmm ikut suka kau la’ bisik hati aku. Dalam tengah aku tunggu Yaya settle mandi, aku terlena. Dalam kelenaan aku tu, aku dapat rasa ada benda pijak tilam aku. Aku buat tak endah lagi. Eh dia hembus nafas dia ke tengkok aku pulak (aku tidur mengereng ke kanan). Aku duduk aku toleh belah kiri, KOSONG!

“ARRRRRRRR!!..ARRRRRR!!” serentak dengan jeritan Yaya dalam bilik air. Aku cepat lari ke bilik air, aku tengok Yaya dalam keadaan sama seperti dia balik dari klinik tadi keluar bilik air sambil pandang aku dengan mata terbeliak muka tak berdarah. Aku panggil “Yaya! Yaya!” dia diam tenung aku sambil perlahan dia masuk dalam bilik ada jembalang durjana tu. “BAMMMMM!!” pintu bilik tu tertutup. Cepat cepat aku keluar rumah panggil jiran sebelah.

Untung pakcik jiran sebelah ada dekat rumah. Bila aku selesai cerita, pakcik tu arahkan wife dia panggil Ustaz dekat kawasan flat situ. Katanya Ustaz ni pakar dalam hal hal mistik ni. Sesampai je dalam rumah kami, aku tengok Ustaz tu seolah olah scan satu rumah kami. Dan dia tertumpu pada bilik Yaya. Sebelum masuk bilik Yaya, aku tengok mulut Ustaz tu terkumat kamit membaca ayat suci. Tiba tiba kedengaran Yaya menangis sayu. Hati aku terus lemah serta merta.

Ustaz bukak pintu bilik Yaya, aku nampak Yaya berdiri di sudut dimana tempat yang sama aku nampak jembalang durjana tu. Ustaz bercakap dengan jin Yaya, suara Yaya berubah 100% menjadi garau. Setelah beberapa kali Ustaz tu menyuruh jin tu keluar dari badan Yaya, tapi jin tu tetap berkeras.

Ustaz ambil garam dibaca dengan ayat ayat suci, Ustaz lempar ke Yaya. Terduduk Yaya, Ustaz arahkan 4 orang lelaki untuk pegang Yaya. Masa ni Ustaz arahkan aku untuk keluar dari bilik. Mungkin Ustaz ambil langkah berjaga jaga supaya benda tu tak datang ke aku. Apa jadi dekat dalam tu, aku taktahu. Cuma aku dengar si jin Yaya meronta.

Setelah selesai, Ustaz bagi tahu benda tu bukan datang dari rumah ni. Benda tu datang dari luar sana. Ustaz jugak ada pesan untuk awasi si Yaya ni jangan biarkan dia bersendirian. Rupa rupanya Yaya ni ada pendamping. Pendamping tu bertenggek atas bahu Yaya since Yaya lepak belakang supermarket tu. Sebabtu dia ada cakap bahu dia lenguh. Allah…tak sangka selama ni kami duduk BERTIGA bukan berdua.

Selepas kejadian tu, aku berhenti kerja. Dapat tawaran sambung belajar. Yaya? Dia balik kampong duduk dengan family, berubat dekat sana. Dan sampai sekarang aku tak tahu apa cerita dia. Kalau dia baca cerita aku ni, I just want to say “Hi Yaya! Drop your phone number on the comment below”. Chow~

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Gelang Kaki Berloceng 9”

  1. masa nenek aku sakitkan , sama laa mcm yaya niee kene , dia sakit bahu sampai nak bangun pon tak bole , aku tak tau org hantar ke or benda tuu memang dah lama ikut nenek akuu , kesian akuu tengok , nak jalan pon terbongkok2 sbb sakit sangat-sangat, mujur pakcik aku bole ubatkan org kalau terkena mcm niee , dia ubat kan , then pakcik aku suruh mandi dengan limau yang telah dibaca ayat-ayat al-quran , masa nenek aku nak mandi tuu , benda tuu tolak nenek akuu , seolah-olah dia tak bagi nenek aku mandi air limau tuu, nasib baik makcik aku duduk teman nenek aku mandi , nenek aku dah nak tegolek sbb ditolak oleh jin tuu , makcik akuu sempat sambut dia .. lepas dia mandi , siap-siap semua, dia di baringkan dekat hall , lembik nenek akuu di kerjakan jin tuu , bayangkan org tua umur dah masuk 70-an jin tu dok betenggek atas bahu.. kompom tak terdaya kan. masa tuu aku pun kerap kene lebam-lebam dekat kaki dan tangan , mak aku ckp laa aku telanggar meja kee kusi kee , tapii aku tak dea telanggar pape pon , tak kan hari-hari lebam.. lepas dari kejadian nenek aku tuu , pakcik aku pagarkan rumah tuu , alhamdulillah sampai sekarang dah tak dea kejadian mcm tuu lagi..

    Reply
      • banyak gak kisah terjadik kat family sendiri , mujur ekin tak penah kena benda2 niee , just kelibat2 tuu biasa laa .. tapii tak reti nak karang cerita laa .. hehehehe

        Reply
    • Akk pon selaluuuuuuu keraaappppp saket bahu…
      Nk kate keje keras rasenye menyapu umh pon jarraaaaaaannggg sekali…
      Mak akk dh bising soh akk g DarussSyifaa kt kg tu…
      Bile kt umh sdri bersungguh nk pegi…
      Tp bile dh blk kg lgsg xde rse hati nk pegi…
      Ngapaan sih…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.