Assalamualaikum guys. Sebelum itu aku nak berterima kasih kepada admin kerana publishkan cerita aku. Ini first time aku publishkan cerita aku dekat FS ni. Nama aku korang anggap jela R dan aku ada abang yang bernama AMIR (bukan nama sebenar). Abang aku entah dari mana dia boleh nampak bende bende ghaib nih korang tahu lah kan anak muda nih ingin tahu sampai buat macam macam untuk nak puaskan hati depa nih.
Sebelum tuh nak cakap yang aku duduk di kawasan KL tapi dimana tu biarlah rahsia haha. Kawasan rumah aku ni kebanyakan jawa so orang Indonesia nih tahu tentang Genderuwo. Aku bagitahu ciri ciri dia sikit eh yang dia nih berbadan besar dan berbulu, mata bulat merah dan mempunyai taring tajam. Korang boleh google ciri ciri genderuwo nih.
(Sekadar gambar hiasan)
So abang aku ni baru balik lepak dengan kawan kawan sampai pukul 4 pagi. Kawasan rumah aku ni kawasan kampung, rumah pon sebelah sebelah. Nak masuk rumah aku nih ada satu lorong yang perlu kiteorang lalu.
Time abang aku lalu lorong tuh dia dah nampak satu susuk badan yang besar warna hitam duduk dikawasan depan rumah aku, *depan rumah aku selalu ada orang lepak lepak minum kopi*
then abang aku berhentikan motor untuk tengok balik bende tuh tapi bende tuh hilang. Abang aku ingat orang yg selalu lepak minum kat situ tapi bila dah sampai depan rumah takde sape.
Bila dah parking motor kat tepi rumah abang aku pon ambik kunci nak bukak pintu rumah, tiba tiba entah kenapa abang aku terpandang belah kiri dia and nampak susuk badan genderuwo yang besar gedabak hitam mata merah tuh intai dia dari lorong kecik kawasan rumah aku. Mata dia weh merah menyala sampaikan abang aku nih macam terpaku nak bukak kunci.
Alhamdulillah selepas dia baca baca ayat Al-Quran dia ada tenaga nak bukak kunci tapi pintu tuh dia tinggalkan terbuka then dia naik atas. Rumah aku nih jenis rumah kedai so masetuh semua orang dalam rumah dah tido and dia masuk bilik. Dalam 5 minit dia dalam bilik then dia teringat dia belum tutup pintu lagi. Dengan rasa takut dia beranikan diri jugak untuk tutup pintu dibawah.
Pintu aku nih jenis dua pintu, tengah tengah tuh ada lubang yang boleh nampak luar. Time nak kunci pintu tu dia gatal sangat nak tengok luar then bila dia tengok je luar betul betul mata merah tuh depan mata dia, and genderuwo tuh mendengus dengan kuat sampai abang aku terpelanting ke belakang sebab terkejut and dia dah terduduk ketakutan. Dengan kudrat yang tinggal ciput tuh dia bangun terus lari ke bilik dia.
Time dalam bilik dia tak tidur sebab takut and tunggu waktu subuh, 5 minit sebelum subuh dia nak bangun mandi and amek air sembahyang. Dia dalam keadaan duduk and bila nak bangun tuh rasa berat sangat macam ada bende yang duduk atas bahu dia and memang berat tak boleh nak bangun. Bende tuh jadi sampai azan subuh berkumandang bila azan dah habis terus hilang semua bende tuh. Badan abang aku dah lemah nak bangun sebab tenaga dia betul betul habis sampai subuh tuh aku gy bilik dia aku kene bangunkan dia.
Lepastu abang aku cerita kat ayah aku then ayah aku ada cakap memang genderuwo tuh ada kat sini tapi kadang kadang je ada aku pon tak tahu kenapa kadang kadang je dia ada sebab sebelum ni ada jiran aku masa tidur bukak je mata nampak genderuwo ni tengah tengok dia dari atas genting bumbung dia.
Kalau korang cek google tanda tanda diganggu genderuwo nih memang banyak kawasan rumah aku kene. Ada bende jalan atas bumbung, atap kene baling dengan batu, ternampak bende besar kat pokok kelapa lah memang selalu kene sebab pokok kelapa and pokok lain memang banyak.
Sampai sini jelah cerita aku. Minta maaf kalau tak seram, ada terkasar bahasa or tak faham dengan cerita aku sebab nih first time so bagi chance lah eh hehe. Thankyou Admin
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Semoga abang awak sudah insaf dan tidak melepak dari lewat malam ke awal pagi lagi..
HAHAHAHA
HAHA dia jenis tak serik pastuh ada sekali tuh ternampak kak ponti. nanti ada masa saya ceritakan lagi ye. tq sebab concern haha
HAHA dia jenis tak serik pastuh ada sekali tuh ternampak kak ponti. nanti ada masa saya ceritakan lagi ye. tq sebab concern haha
abah cakap genderuwo ni hantu berbulu kan ? bahasa jawa tak silap
yes! badan besar berbulu mata merah and ada taring.
yerkkk. seram. ada satu citer dekat tb 3 dulu tajuk genderuwo, yang sadisnya, air liur dia menjejeh je. kalau kena air liur dia, bahaya. huhu
yeap dia pon suka jugak kacau isteri orang and boleh membuat seks dengan orang. kalau sempat cuba bukak youtube search Bukan Empat Mata edisi Anak Genderuwo kihkih
omak aii. dasyat. eee. oke nanti kalau ada feel , sy try search. haha
kampung pandan eh??
nope 🙂
Genderuwo aka hantu raya di kalangan masyarakat melayu
yeap betul tu.