Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada Fiksyen Syasya kerana sudi menetengahkan pengalaman seram aku ni. Terpanggil rasa diri ni untuk kongsi cerita aku disini bila aku semakin kerap membaca ruangan Fiksyen Syasya ni. Diharap dapat menjadikan ikhtibar dan pedoman kepada semua.
Cerita ni bermula masa aku berumur sekitar 17tahun. Dimana masa tu aku bersekolah ditingkatan lima dan suka berpoya-poya dengan rakan2 aku. Berpoya2 aku tu terkadang melahirkan aktiviti yang agak bangang dimana aku dan rakan2 aku hampir2 memetik daun yg bertulis nama sendiri di luh mahfuz.
Ada suatu hari tu, aku dan beberapa teman bercadang untuk melakukan aktiviti ghost hunt. Dimana pada aku aktiviti ini cukup mencabar (sebenarnya bodoh) bagi kami yang berjiwa remaja dan berani ni. Aktiviti ini juga bagi meraikan hari pembebasan dari bebanan peperiksaan SPM ketika itu. Cakap pasal ghost hunt kalau disekitar Johor bahru, aku yakin semua orang tahu pasal lagenda villa Nabila. Tapi tempat yg aku dan kawan2 tuju pada masa tu bukan lah rumah tu. Tapi disekitarnya terdapat beberapa lagi rumah kosong yang pada aku lebih misteri dan menyeramkan berbanding villa nabila.
Dan maka kami pun bergerak dalam berkumpulan pada malam tu dengan menggunakan 2 buah kereta. Aku, Salak, Awer, Sham dan Wakli satu kereta. Dan lagi satu kereta dinaiki Iban (mmg seorang yg berbangsa iban), Black, Shapik, dan Halim. Kami tiba diperkarangan rumah usang tersebut pada sekitar jam 11malam. Suasana sunyi dan gelap gelita. Jalan masuk penuh dengan daun daun kering dan pokok2 besar yang mengerbang tinggi menghalang cahaya bulan dari menyinari. Kami kemudian melangkah masuk ke kawasan rumah melalui lubang2 yang terlopong di pagar rumah tersebut. Pada mulanya kami semua tak terasa waimah seinchi ketakutan pun. Ye lah dengan kawan2. Ramai pulak tu. Nak takut apebendanya la kan. Semua happy2 ketawa2 je masa tu. Sehinggalah ketika kami semua melangkah menghampiri pintu masuk kerumah tu. Terdapat longgokan kayu balak dan pokok2 yang bertimpa2 menghalang laluan ke rumah tersebuh. Rumah tu dalam samar gelap malam kelihatan berdiri megah dengan seribu keusangannya. Kami semua terpegun berdiri melihat rumah tersebut. Dan tiba2 Awer menarik tangan aku.
“Dok. Aku rasa dah boleh patah balik ni.” bisik Awer. Aku masih blur dan tak faham. Takkan sebab pokok2 ni semua give up? Tadi bukan main lagi beriye nak ghost hunt. Kemudian diikuti oleh shafiq.
“Wey.. Korang tak nampak lagi ke apaaaaa.. Jom la dowhh blahhh..” Dengusan Shafiq semakin mendesak kedengarannya. Suasana yang tadi mcm riuh dengan gelak tawa kami menjadi sunyi sepi. Semua jadi cuak seketika selepas melihat rumah tersebut.
Aku tersilap faham. Yang menjadikan kawan2 aku cuak dan ajak blah tu bukan sebab keseraman yang diberikan oleh rumah tersebut. Tapi disebabkan figura susuk tubuh seorang perempuan berbaju putih lusuh yang berdiri tegak dari tingkat atas rumah tersebut memerhati kami dengan pandangan yang tajam melalui tingkap rumah. Kami semua bagaikan kaki terpaku ditanah. Tak mampu nak bergerak sedikitpun. Masing2 tepat perhatikan susuk tubuh tersebut.
Aku masih ingat sampai sekarang betapa rambutnya yang panjang dengan muka yang tanpa wajah (tak kelihatan mata hidung mulutnya) berdiri tegak menjeling ke arah kami. Mcm mana aku boleh rasa dia tengah tengok kiteorg? Firasat. Perasaan. Aku dan yang lain dapat rasakan sangat betapa kami semua ni sedang diperhatikan. Aku rasa ada la dekat 10minit kami cuma berdiri terpaku mcm tu saja. Tak mampu nak mengundur apatah lagi nak mara kehadapan. Ini pertama kali aku nampak live dan clear gila. Ditambah lagi dengan hilaian halus yang seolah dekat je dengan telinga ni bunyinya. Macam sebelah je bunyi benda tu ketawa. Habis berjujuran peluh kami dan mengigil berjemaah lah kami disitu. Tak mampu nak menjerit. Menangis dalam diam je lah. Kau bayangkan. Dekat 10minit kena siksa mcm tu.
Dengan izin Allah, kami akhirnya diberikan kekuatan untuk melangkah secara tiba2. Iban manusia pertama berlari sampai tersungkor didepan lubang pagar dawai yang kami masuk mula2 tadi. Kemudian diikuti oleh Black, Sham, dan yang lain. Aku? Aku masih terpacak memerhati benda tu. Dia ketawa. Dari jauh tingkat dua sana depan tingkap. Tapi suara dia betul aku dengar kat telinga ni je. Macam orang berbisik. Tapi ketawa. Bapak ah. Meremang bila ingat2 balik. Aku rasa benda tu macam nak bergerak. Dia perlahan lahan terapung dan terbang menuju kearah aku. Mata aku sedikitpun tak terkelip. Aku perhatikan semuanya. Perlahan lahan dia menghampiri. Mengerbanglah baju dan rambutnya diawanan. Aku terpaku. Aku macam pengsan dalam berdiri. Sedar tapi macam tak sedar. Aku dah masuk dimensi lain ke?
Awer, dia nampak aku macam tak boleh bergerak lagi. Dengan pantas dia rentap tangan aku dan menarik aku berlari kearah kawan2 yang lain. “Lari la woiiiii lariiiiiiiiii…..” bisik awer kat telinga aku. Rasa macam tersentap sekejap. Dan maka bertunggang langganglah aku dan awer berlari kearah kereta sementara benda tu dibelakang aku. Ghost hunt konon? Macam aku dan kawan2 yang kene hunt adalah.
Kami semua terdiam. Bisu. Tergamam. Dikedai mamak kami berhenti berehat dan suasana muram. Masing2 macam masih tak boleh hadam dengan peristiwa tadi. Mamak yg amik order pun pelik tengok kami. Ye lah. Nak order air pun jadi bengap semua. Otak masing2 blank. Dan kawan aku Salak, memecah kesunyian dengan satu soalan kepada kawan aku yang nama Iban tadi :
“Ban. Kau orang iban pun takut hantu orang melayu ke?”
Dan maka berderai ketawalah kami semua. Ape punya bangang la soalan. Haha
Sekian saja pengalaman aku. Ada lagi pengalaman lain dimana aku dan kawan2 sesat diperkuburan Mahmoodiah. Nnt2 la aku cerita. Terima kasih gais.
first
nda ku btanya ko 1st ah..
Best sngt cerita ni
boleh sambung lagi cerita ,best nak.baca lagi ..saya pun orang iban juga.mana2 manusia memang takut dgn hantu kan..
Figura? Benda tu patung ke hantu betul?? Tak jelas laa knape mcm bgerak pula
Thrill ek cari penyakit…bagi sejuta pun takku pergi..takut wehhhh……..kena usik kaw2 sekali oun dah tobatt….
Hmm .. citerla lagi
Aku tak pernah baca FS ni malam-malam tapi kali ni aku baca malam. Lepas itu aku menyesal. Seram aku sampai terbayang-bayang perempuan yang melayang tu. Terus tutup tak sempat nak komen. Setelah dua hari membaca cerita ini barulah komen. Memang seram. Cara menulis pun mudah faham. Terima kasih kongsi. Kongsi lagi kalau ada pengalaman lain ya?!
baru nak masok dah ” die ” tunjuk macam tue kalo dah masok mau lg teruk kene tue..aduh ley terbayang lak aku..seram
hahaha . apak ahhh . kan dah mendapatttt
macam tau je rumah ni…20 tahun masa zaman uni selalu pegi …
macam tau je rumah ni…20 tahun dulu masa zaman uni selalu pegi …