GILA

Tajuk : GILA

Allah SWT berfirman dalam kitabnya :
Terjemahan : Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (ali- Imran : 19)

Bab 1
Juwita memandang sekeliling. Kumpulan itu membuat bulatan mengelilingi Abuya. Tangan mereka memegang lilin. Lelaki dan perempuan memakai jubah labuh berwarna merah d***h. Abuya pula memakai jubah hitam, duduk di atas kerusi bersalut emas…

Juwita 12 tahun, bersama adiknya Aiman 6 tahun duduk di satu sudut. Anak-anak pengikut ajaran Abuya, diam di sudut itu. Memerhati ibu bapa mereka yang kini sedang membaca mentera sambil mengelilingi Abuya. Selesai tiga pusingan kesemua pengikut berhenti.

“Hidup Abuya. Abuya Tuhan kami. Pemilik nyawa kami.” Seru orang kanan Abuya iaitu Hassan. Disahut dengan laungan lantang para pengikut yang lain.

Hassan ialah ayah tiri Juwita. Kini, sudah setahun ibunya berkahwin dengan Hassan.

Abuya bangun dengan megah. Tangan kanan memegang tongkat. Semua pengikut tunduk menyembah Abuya.

Tongkat yang menarik. Juwita kagum dengan ukiran tongkat. Berwarna emas. Terukir kepala naga. Ditengah mulut naga terletak kemas batu delima. Cantik dan unik.

“Syurga buat pengikutku. Kamu insan terpilih. Bangun.”

Semua pengikut Abuya bangun. Mereka begitu taat.

“Jenny masuk.”

Seorang wanita yang anggun dan cantik melintasi kumpulan itu sambil membawa air di dalam bekas kaca. Semua hadirin lelaki malah wanita kagum dengan kecantikan wanita berbangsa Eropah itu. Nyata pengikut Abuya kagum dengan kewibawaan Abuya kerana wanita secantik itu sudi menjadi isteri dan pengikut Abuya.

Wanita itu meletakkan bekas kaca di kaki Abuya. Abuya merendamkan kakinya sambil membaca mentera. Kaki dikeluarkan dari bekas. Air dari bekas kaca diangkat wanita itu lalu dicampur ke dalam bekas air besar di sebelah kanan Abuya.

“Ambil berkat Abuya.” Hassan melaung.

Pengikut lantas berbaris panjang. Seorang demi seorang mencium kaki Abuya. Selepas mencium kaki Abuya, cawan yang berisi air bekas rendaman kaki Abuya diserahkan. Pengikut meminum air tersebut. Selesai upacara, para pengikut duduk bersila.

Juwita dan adiknya dipimpin Emma untuk menyembah Abuya. Walaupun Juwita hairan kenapa dia harus sujud kepada manusia sedangkan di sekolah, dia diajar supaya sujud hanya pada yang satu, Allah S.W.T.

Ustazah juga mengajar, bahawa Allah S.W.T tempat memohon segala hajat. Tapi, kenapa ibunya meminta supaya hajatnya diperkenan Abuya.

Persolan yang hanya akan terus menjadi persoalan. Tidak berani Juwita bertanya. Takut dipukul Hassan. Dalam keliru Juwita akur dengan arahan ibunya untuk sujud pada Abuya.

Sebaik sahaja melihat Juwita. Abuya tersenyum. Walaupun Juwita masih kanak-kanak namun raut wajah Juwita sangat cantik.

Wajah Juwita selalu dipuji cantik oleh rakan sekolah, juga oleh orang yang melihat. Mata biru Juwita begitu indah. Seindah mata Emma. Gadis kacukan Scotland dari ayahnya manakala ibunya berbangsa melayu.

Wajah Juwita disentuh Abuya. Juwita mendongak. Dari wajah lelaki kacak berusia 30-an, bertukar kepada wajah tua berusia 50-an, kemudian dia melihat lelaki di hadapannya kini tidak lagi berwajah manusia. Wajah itu bertanduk, berkulit hitam, matanya merah. Gigi bertaring. Begitu menakutkan.

Dahi Juwita dicium. Juwita ketakutan. Namun tidak berani menjerit.

“Jagalah anak ini seeloknya. Aku memberkati dia. Mungkin setelah dia akil baligh dia akan diangkat sebagai isteriku. Maka jalan bagi kamu ke syurga pasti lebih mudah kerana keturunan kamu sudah menjadi keturunan terpilih.”

Senyuman di wajah Hassan dan Emma semakin melebar. Berlainan pula dengan Aiman yang hanya dibenarkan untuk mencium kaki Abuya.

Bab 2
“Sudah sampai masanya. Upacara korban untuk Tuhan harus dijalankan. Upacara membawa seribu berkah. Beribu Rahmat. Berbahagialah siapa yang terpilih. Kamu akan mendapat syafaat ke syura lebih dahulu dari yang lain.”

Hassan memandang wajah pengikut Abuya satu-persatu. Mereka tekun mendengar sambil bibir mereka tidak lepas menyebut nama ‘Abuya’ berulang kali. Itulah zikir mereka.

“Bawalah anak lelaki kalian untuk dipilih Abuya.”

Seorang demi seorang pengikut menunjukkan anak lelaki pada Abuya. Tiada yang dipilih Abuya. Hassan menggeleng kepala. Kecewa kerana tiada yang menjadi pilihan Abuya untuk dikorbankan.

Tiba-tiba Abuya menunjuk pada Aiman yang berada di sebelah Juwita. Aiman comel. Sangat comel. Jika dibandingkan anak pengikut yang lain, Aimanlah pemenang.

“Itu anak ku. Kenapa Yang Mulia?” Emma bertanya penuh hormat. Menundukkan wajah. Lelaki di hadapannya bukan calang-calang. Perlu dihormati. Bercakap juga harus dengan tertib dan sopan.

“Adakah kau yakin dengan janji ku Emma?” Abuya memandang wajah Emma.

“Sungguh demi namamu Yang Mulia. Tiada sedikit keraguan atas setiap titah dan perintah.”

“Jika begitu, aku memilih Aiman untuk dimuliakan sebagai korban. Kau aku akan angkat darjat sebagai gundik.”

Emma terpegun. Wajahnya jelas gembira. Begitu juga Hassan.

“Kau setuju Hassan.”

“Penghormatan bagi hamba.” Hassan juga tersenyum senang.

“Kau Hassan, aku hadiahkan isteri baru. Bekas gundik ku sebagai ganjaran kerana keikhlasan kau. ” Abuya menghulur tangan.

Hassan tunduk mencium tangan Abuya. Begitu juga Emma.

Bab 3
Kini hidup Emma berubah. Mereka berpindah ke rumah Abuya. Juwita dan adiknya begitu kagum setelah melihat rumah mewah Abuya. Di kalangan pengikut Abuya terdapat ahli perniagaan, menteri, doktor dan peguam. Merekalah yang menyumbang harta kepada Abuya untuk mendapat berkat Abuya.

Abuya memperkenalkan Jenny kepada Emma. Jenny mempunyai seorang anak lelaki iaitu Ben. Juga berusia 12 tahun.

“Aku Ben.” Ben menghulur tangan mahu bersalam dengan Juwita. Juwita memerhati tangan Ben. Penuh kesan parut.

“Juwita, adik aku Aiman.” Juwita bersalam dengan Ben.

Kini sudah tiga bulan Juwita berada di rumah Abuya. Ibunya setiap masa bersama Abuya. Mereka dijaga Jenny. Jenny garang, teramat garang. Pantang Ben membuat kesilapan atau Aiman meragam buku lali mereka akan dirantai. Kemudian, Jenny akan memukul Ben dan Aiman tanpa belas kasihan.

Abuya dan Emma pula hanya memerhati. Tidak melarang tindakan Jenny.

Bab 4
Ketika Abuya menonton TV bersama Emma, tidak semena-mena Abuya mencucuh putung rokok pada tubuh Aiman. Aiman yang kesakitan segera menggigit tangan Abuya.

“Kurang ajar!” Tubuh Aiman dipijak. Juwita menjerit. Lantas menerpa memeluk Aiman. Tidak sanggup melihat Juwita dipijak berulang kali oleh Abuya. Ben pula memeluk Juwita.

Emma hanya menunduk. Seakan langsung tiada rasa belas melihat anaknya dipijak dan disepak oleh Abuya.

“Jenny…” Abuya menolak Ben. Mereka bertiga jatuh terbaring di atas lantai.

Jenny segera menuju ke arah Abuya.

“Rantai Ben. Emma, kurung anak kau dalam sangkar tu.”

Emma tanpa berlengah mengheret tubuh Aiman. Dimasukkan ke dalam sangkar.

“Budak ni kena ajar. Kalau tak makin kurang ajar. Jenny ambil air panas.”

Jenny taat.

“Emma, simbah.”

Segelas air panas beralih tangan. Emma mengambil air panas yang masih berwap.

“Mak jangan mak!” Juwita merayu. Langsung tidak diendah Emma.Tanpa teragak-agak air itu dijirus pada kaki Aiman.

Aiman dan Juwita menjerit. Ben menangis. Kesian melihat Aiman kesakitan.

“Mak, adik tak buat dah…” Aiman merayu. Kakinya melecur.

“Bagus Emma. Jiwa Aiman sudah tidak suci. Jiwanya sudah dirasuk syaitan.” Abuya menghulur tangan. Emma menyambut huluran tangan Abuya. Tangisan Aiman tidak diendah. Emma naik ke bilik atas berpegang tangan dengan Abuya.

Juwita lantas menerpa Abuya. Dia memeluk kaki Abuya.

“Yang Mulia tolong ubatkan adik. Dia sakit.” Juwita merayu sesungguh hati.

Abuya mengusap wajah Juwita. Cantik, secantik ibunya.

“Baiklah. Jenny panggil doktor peribadi, rawat Aiman.”

Jenny patuh. Emma dan Abuya beredar. Juwita menuju ke arah sangkar. Aiman menangis kesakitan.

“Sakit kak. Sakit.” Aiman merintih. Juwita menangis. Ben turut menangis.

Tidak lama kemudian, doktor muncul. Aiman dirawat.

“Nama siapa?”

“Aiman.”

“Aiman. Jangan pernah melanggar perintah Yang Mulia. Murka Yang Mulia bermakna neraka tempat kamu kelak. Faham?” Doktor menasihati Aiman.

Aiman mengangguk.

Selesai memeriksa dan merawat Aiman, doktor tersebut beredar.

Juwita bersandar pada sangkar. Dia dan Ben juga kesakitan kerana dibelasah Abuya. Juwita menemani Aiman dan Ben sehingga tertidur di atas lantai.

Bab 5
Malam itu bulan mengambang. Aiman diletakkan di tengah kumpulan, dipakaikan baju putih. Aiman berdiri tegak. Tidak berani bergerak. Dia takut. Tidak mahu membuatkan Emma marah. Teruk padahnya. Dia sudah serik dipukul.

Mentera dibaca. Abuya mengambil pisau yang dihulur Hassan. Juwita yang melihat cemas.

Abuya menghampiri Aiman. Diserahkan segelas air buat Aiman. Air bercampur dadah. Aiman minum tanpa ragu. Seketika kemudian dia rebah, disambut Abuya. Dibaringkan di atas batu rata. Pengikut mula membaca mentera diketuai oleh Hassan. Pisau diangkat tinggi.

“Jangan.” Juwita menjerit sekuat hati. Semua diam. Suasana sepi.

Riak wajah Emma berubah cemas. Segera dia menghampiri Juwita.

“Diam. Jangan ganggu upacara.” Wajah Juwita ditampar Emma.

“Abuya nak b***h adik mak.” Juwita merayu agar diselamatkan adiknya.

“Juwita. Adik kau terpilih dan dimuliakan. Dia sudah terpilih ke syurga lebih dulu dari kau. Upacara ini menyucikan jiwa yang berkorban. Menjadikan dia tidak berdosa dan mulia.” Abuya tenang memberi penjelasan.

“Lepaskan adik aku.” Juwita melaung.

Emma melihat Hassan. Hassan yang memahami maksud pandangan bekas isterinya turun dari pentas. Dia memegang erat tubuh Juwita yang meronta.

“Ikat dia Emma.” Hassan mengarah.

Emma patuh. Juwita diikat. Mulutnya juga diikat dengan kain.

Juwita dipaksa duduk melihat upacara itu.

Kini bacaan mentera dibaca semula.

Tamat bacaan mentera. Aiman yang lemah kerana pengaruh dadah hanya berbaring tenang.
“Terima korban Yang Mulia.” Hassan melaung. Disambut pengikut dengan sorokan.
Tanpa teragak. Pisau dibenam pada jantung Aiman.

Air mata Juwita mengalir. Dia menutup mata. Tidak sanggup melihat tubuh adiknya sudah tidak bernyawa.

‘Buka mata Juwita.’ Suara di dalam minda Juwita bergema.

‘Kenapa? Aku tak sanggup.’

‘Ingat yang meninggal itu adik kau. Jadi untuk membalas dendam kau perlu melihat apa yang dia lakukan kepada adik kau.’

Ada benarnya. Juwita membuka mata.

Jantung dikeluarkan. Diletakkan di atas dulang. D******g halus. Abuya mengambil satu hirisan. Digigit. Hirisan kedua diserah kepada orang kanannya Hassan. Emma pula memakan hirisan ke tiga. Beberapa pengikut terpilih Abuya diminta memakan lebihan daging korban dari jantung Aiman.

Juwita menangis.

Kulit muka Aiman diserahkan kepada Jenny. Jenny menyimpan di dalam bekas berwarna merah.

Tubuh Aiman kini d*****r oleh Abuya. Bermula di dada, lengan, perut, paha, betis kemudian kaki. Garam diambil. Diratakan pada tubuh adiknya. D***h mengalir dari batu ke lantai.

Selesai.

Juwita melihat wajah Emma. Tenang. Begitu juga Hassan.

Ah! Mereka semua gila. Gila! Juwita menangis. Ben yang memerhati di satu sudut turut menangis.

Bab 6
Jenny menggosok perut. Sudah 8 bulan usia kandungannya.

Dia membelek wajahnya di cermin seketika.

Bekas merah dibuka. Di dalamnya terdapat serbuk seakan bedak.

Juwita meneliti bekas merah itu. Ya, tidak silap lagi. Itu bekas merah yang menyimpan kulit wajah Aiman yang dihiris.

Jenny menyapu debu itu ke muka sambil membaca mentera.

Juwita memandang Ben.

“Itu petua awet muda. Abuya yang ajar.” Seakan memahami maksud pandangan Juwita, Ben menerangkan apa yang dilakukan oleh ibunya.

Sebulan kemudian, Ben memperolehi adik perempuan dinamakan Lisa.

Seminggu kemudian, ketika Ben dan Juwita bergilir memegang pipi comel adik Ben, Abuya datang melihat wajah anaknya buat pertama kali. Abuya yang baru pulang dari luar negara meletakkan tangan pada wajah bayi tersebut kemudian membaca sesuatu. Tiba-tiba riak wajah Abuya berubah risau.

“Anak ini hasil acuan syaitan. Mata bayi ini sudah dipanah iblis.”

“Anak iblis…”Jenny bangun. Mengambil pisau. Bayi ditikam berdekatan mata. Dengan tujuan supaya kuasa iblis pada mata bayi itu terhapus.

Kepala dan badan bayi terpisah d******g Jenny. Mayat Lisa dicampak ke dalam api suci.

“Bayi ini milik iblis kepada iblis dia kembali. Pengorbanan kau tidak sia-sia. Syurga untukmu kelak.” Abuya meletakkan tangan di atas kepala Jenny.

Juwita dan Ben berpeluk ketakutan. Kedua-duanya menggigil. Trauma melihat kekejaman Abuya dan Jenny.

Bab 7
“Semua orang kat sini gila Ben.” Juwita berbisik.

“Aku tahu. Tapi apa mampu kita buat Juwita.”

“Kita lari.”

“Kau pasti kita tidak akan ditangkap.”

Juwita diam.

“Aku cuba lari Juwita. Akhirnya tengok apa yang aku dapat. Kau nak jadi macam aku. Buta.” Ben mengeluh. Dia cuba lari tetapi ditangkap oleh Abuya. Hampir sahaja dia d*****h tetapi Jenny merayu. Akhirnya Abuya bersetuju untuk tidak membunuhnya dengan syarat matanya dibutakan. Doktor peribadi Abuya ternyata tangkas melaksanakan arahan Abuya.

Juwita hilang kata. Ya, dia tidak sanggup.

“Tapi Ben…”

“Kita hanya budak Juwita.”

“Ya Ben.” Juwita mengeluh. Mereka langsung tiada daya. Hanya kanak-kanak yang lemah.

“Aku dah besar nanti aku nak balas dendam.” Juwita nekad.

“Ya, aku pun sama. Selepas ini kita taat.”

“Baik.”

Bab 8

12 tahun kemudian.

Jenny dan Ben kini berusia 24 tahun. Sabar menunggu saat untuk membalas dendam pada Abuya.

“Celaka. Celaka.” Abuya keluar dari kereta kemudian meludah.

“Kenapa Yang Mulia?”

“Jenny, ibu kau, Hassan dan pengikut aku ditangkap.” Abuya pulang dengan kesan cedera di tubuh. Sebaik sahaja kaki Abuya menjejak ke dalam rumah dia rebah. Juwita yang melihat tersenyum.

“Siapa yang jatuh Juwita.” Ben yang sedang membasuh pinggan bertanya.

Juwita tidak menjawab. Sebaliknya menepuk pipi Abuya berulang kali. Abuya tidak sedar.
Senyuman Juwita semakin melebar.

“Masa untuk kita membalas dendam sudah tiba Ben.” Tenang Juwita bersuara. Tali diambil. Tangan dan kaki Abuya diikat.

Abuya terbaring lemah. Wajahnya hilang seri.Dari wajah tampan kini wajah Abuya sudah berubah, nampak tua, kulitnya berkedut tidak setegang dulu. Tubuhnya yang tegap kini kurus kering.

Bab 9
Juwita senyum.

“Masih ingat Aiman?”

Abuya diam.

Juwita faham makna diam Abuya. Dia tidak ingat.

Air kopi panas disua.

“Nak kopi?” Juwita bertanya dengan nada lembut.

Abuya mengangguk.

“Nah.” Kopi dihulur.

Abuya tergaman. Sedar kini dia diikat.

“Kenapa tak boleh minum sendiri?” Sinis pertanyaan Juwita.

Abuya terdiam.

“Tiba masanya aku ingatkan kau kembali pada Aiman.” Juwita menjirus air kopi panas ke atas kepala Abuya.

“Tak cukup lagi. Aiman kena lagi teruk. Tunggu kejap sayang.”

Juwita bangun. Mengambil sejag air panas. Dituang ke atas tubuh Abuya.

“Tolong…cukup. Jangan seksa aku.” Abuya merayu.

“Aiman pun merayu. Ada kau dengar? Ada kau berhenti seksa dia?” Juwita bertanya sinis.

“Tak ada. Kau kurung dia dalam sangkar kucing.” Juwita menolak kerusi roda. Meletakkan Abuya di dalam sangkar kucing. Kerusi roda dicondongkan. Tubuh Abuya jatuh ke atas besi sangkar.

“Tunggu Juwita. Sebelum aku mengorbankan Aiman, aku mendengar suara malaikat.”

“Malaikat… halusinasi. Malaikat pun tahu kau manusia gila mengaku Tuhan. Kau gila.”

Bab 10 (Akhir)
“Bangun.” Juwita memijak kepala Abuya dengan kaki.

Abuya terjaga.

“Ben. Tolong aku.”

Ben membantu Juwita. Badan Abuya diluruskan.

“Kau nak buat apa?” Ben bertanya.

“Aku tak pasti. Nak campak dalam api hidup-hidup ke macam dia campak adik kau?” Juwita bertanya kepada Ben. Meminta pendapat.

Abuya cemas. Ben tersenyum.

“Terlalu mudah. Hiris badan dia. Lumurkan dengan garam.” Ben yang sudah lama menyimpan dendam memberi cadangan.

Juwita mengambil dua bilah pisau dan seplastik garam. Satu bilah pisau diserahkan kepada Ben.

Mereka m******r tubuh Abuya hidup-hidup. Abuya yang meraung kesakitan tidak diendah. Tiada belas kasihan di hati mereka. Saat itu hanya kematian saudara kandung mereka sahaja yang terbayang di minda.

Ben walaupun buta, memegang tangan Abuya. Pisau ditekan pada tangan Abuya. M******r..dan terus m******r. Begitu juga Juwita yang m******r bahagian paha Abuya.

“Kau ingat bukan. Aiman juga kau k***r begini.” Pisau ditoreh pada paha Abuya. Abuya menjerit.

“Juwita garam.” Ben meminta.

Garam diserahkan kepada Ben. Meraung Abuya apabila garam mengenai tempat luka pada tubuhnya.

Kemudian, Juwita ke dapur, muncul semula membawa sebaldi air panas. Dicurah pada badan Abuya. Abuya meraung kesakitan.

“Ben…kau dah sedia?”

Juwita memegang tangan Ben. Mereka menggenggam pisau bersama-sama.

“Sedia.” Ben menjawab yakin.

“Tolong jangan b***h aku.” Abuya merayu.

“Kau begitu Agung bukan? Bukankah kau Tuhan. Kenapa Tuhan seperti kau merayu pada hamba.”

“Kita b***h dia Juwita. Mayat kita p****g.”

Abuya menangis merayu. Hilang kehebatan mengaku Maha Berkuasa.

“Sekarang.” Tangan Juwita dan Ben menikam pada jantung Abuya. Tubuh Abuya meronta. Tidak lama kemudian kaku. Dada di belah Juwita. Jantung dikeluarkan kemudian diserahkan kepada Ben.

“Jantung Abuya.” Jantung beralih tangan.

Ben tersenyum. Jantung Abuya dicampak pada anjing.

“Ben p****g berapa?”

“12 tahun. Simbolik 12 tahun kita menunggu. Jadi p****g 12 bahagian.”

“Baik.” Juwita memasang muzik.

Mereka mengerat mayat itu kepada 12 bahagian sambil mendengar muzik.

“12 bahagian itu bermakna satu untuk setiap tahun sejak adik aku d*****h.” Ben dan Juwita masing-masing berusia 12 tahun apabila melihat adik mereka d*****h oleh Abuya.

Mereka menggunakan penukul dan gergaji besi untuk memotong mayat lelaki itu. Kemudian bahagian tubuh itu dicampak ke dalam api. Tulang-temulang yang bersisa dibuang ke dalam sungai.

Juwita dan Ben bersandar pada pokok. Kepenatan mengerjakan tubuh Abuya.

“Kau puas hati.” Ben bertanya kepada Juwita.

“Sangat puas hati.” Juwita senyum. Kini kematian adiknya sudah terbalas.

“Kita gila kan Ben?”

“Ya, kita gila. Tapi tidak segila pengikut Abuya.”

Ben bangun.

“Jom.”

Ben bangun menghulur tangan. Juwita menyambut huluran tangan Ben.

“Kemana arah tuju kita Ben?”

“Hidup baru. Kita lari dari kegilaan ini.”

Juwita bangun. Memimpin Ben. Buat pertama kali selepas 12 tahun mereka keluar dari tempat gila itu.

-Tamat-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.8]
Syed Uwais Qorni

3 thoughts on “GILA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.