Assalamualaikum pembaca FS, aku Wawa. Aku nak share kisah yg aku sendiri alami. Aku dah post cerita ni 2 kali tapi tulah admin tak approve kot huhu. Kisah ini terjadi pada tahun 2015. Masa tu hari jumaat. Malam tu aku dan kawan aku, Hana dah plan untuk keluar makan. Aku bertolak dari rumah aku yg terletak di Hulu Langat menuju ke rumah Hana yg terletak di Putrajaya pada jam 9 malam. Kami decide untuk makan di bandar Nilai pada malam tu (tak tahu lah kenapa, tiba2 spontan dia ajak aku makan dekat situ).
Setelah selesai makan, jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku decide nak stay rumah mak sedara aku je dekat Mantin, sebab masa tu kami berdua pun dah mengantuk (tula gatal lagi nak makan jauh2, huhu). Lagipun Mantin tak jauh dari Nilai. Aku tak berapa sure jalan ke Mantin, sebab aku jarang pergi so aku set gps ke Kolej Lagenda sebab rumah makcik aku dekat rumah pangsa area situ je. Itu jela landmark yang aku ingat.
Kami pun mulakan perjalanan, selepas melepasi area Pajam gps menunjukkan arah untuk kami terus lagi dan terus lagi dan lagi. Kemudian gps arahkan kami belok ke kiri. Disitu kawasan perumahan rumah teres. Agak usang dan gelap. Semua rumah disitu kelihatan usang. Mungkin jimat elektrik masing2. Tapi ada seperkara yang aku pelik:
Aku : Seingat aku datang dgn mak aku takde pulak aku kena lalu taman perumahan ni. Biar betul gps ni?
Hana tengok gps semula, belek skrin tengok jalan yang dipaparkan dalam gps.
Hana : memang dia tunjuk arah ni weh, kau terus lagi kat belakang tu je. Lagi 500m.
Aku pelik sebab rumah makcik aku rumah pangsa, ni rumah teres.
Usang. Gelap. Sunyi.
Aku pun bawa kereta perlahan2 ke arah arahan gps, lalu gps bersuara ‘You have arrived at your destination’.
Aku terpaku. Dalam hati aku istighfar banyak. Depan mata aku adalah sebuah kuil, kiri kanan semak samun. Kuil nampak seperti kuil lama. Aku pandang Hana, Hana pandang aku.
Aku : kau set location ape tadi?
Hana : kolej lagenda la weh. ni ha kau tengok.
Aku pun tengok. Betullah. Aku pun patah balik. Cuba untuk cari jalan keluar. Di kawasan perumahan tu aku boleh sesat nak keluar. Reset location ke kolej lagenda, arahnya tetap sama ke arah kuil. Aku cakap dekat Hana, “na, baca ayat kursi banyak2 na”. Tak lama lepas tu, akhirnya aku jumpa jalan keluar. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.
Aku pun meneruskan perjalanan. Location dah reset balik. Tetapi lagi sekali kejadian pelik berlaku. Kami tiba2 masuk ke satu perkampungan. Di situ ada roundabout kecil dan gps arahkan kami untuk keluar di first exit (means ikut arah jam pukul 9). Kami pun terus sehinggalah diberi arahan ‘turn right’. Aku tidak terus ke arah kanan, aku brek mengejut. Hana melatah lalu dia bertanya kepada aku
Hana : Wawa, kau dah kenapa ni brek mengejut? Terkejut aku.
Aku : Hana, gps suruh belok kanan ke? serious?
Hana : yelah, ni ha kau tengok.
Aku : Hana, kanan ni (aku tunjuk dengan jari)
‘Tanah Perkuburan Islam’
Hana ternganga. Terdiam. Bisu.
Aku pun cepat2 tekan minyak berjalan terus. Dalam hati, kalau ada kawasan rumah atau kawasan lapang aku nak pusing pastu keluar terus. Dan aku pusing di sebuah depan rumah kayu yang usang. Mata aku terpandang sesuatu. Lembaga berkain putih lusuh bertenggek atas tangga rumah kayu tu. Rumah kayu tu pun gelap gelita jadi memang obvious nampak kain putih.
Tak berani nak pandang kiri kanan. Aku terus pusingkan kereta dalam keadaan kalut. Aku tak tau Hana nampak ke tak. Aku lalu semula di depan kubur tu gps arahkan kami ke kiri (sebab aku dh pusing td jadi kubur belah kiri). Tapi aku terus tak belok kiri. Sampai la jumpa roundabout tadi tapi aku pelik. Aku pusing roundabout tu 3 kali, lalu balik depan tanah perkuburan tu tapi aku tak nampak jalan keluar. Aku dah tak sedap hati. Aku berhenti jap tepi jalan tp bukan la dekat area tanah perkuburan tu. Hana dah diam membisu. Gps berkali2 arahkan kami patah balik ke tempat tadi. Aku langsung tak nampak apa2 rumah melainkan rumah kayu yang usang tadi tu. Aku baca Al-fatihah, ayat kursi dan ayat 3 Qul banyak2 kali. Baru lah aku nampak signboard ke arah Nilai, Pajam etc.
Aku pun keluar dari situ, then Hana cakap, “weh, tidur rumah kau jela. Lalu highway Lekas ni”.
Aku pn mengiyakan je. Kami exit highway lekas dari Mantin. Aku ingat gangguan dh habis tp ada lagi yg terjadi.
Highway LEKAS
Kami melalui highway Lekas melalui exit Mantin. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dari pukul 12.30 tengah malam sampai dah pukul 3 pagi. Aku dah physically dan mentally exhausted tapi aku teruskan perjalanan, dalam otak aku nak cepat sampai je. Mula2 exit Mantin tu nampak jugak 2-3 biji kereta meluncur laju meninggalkan kereta myvi aku ni. Dalam hati aku ‘yesss ada jugak kereta lain’.
Hana pulak sejak masuk highway Lekas dia diam je. Aku tanya Hana, “Hana kau ok ke? Kalau ikutkan Mantin ke hulu langat ni kereta tak banyak gini 30-40 minit sampai lah”.
Tetapi Hana diam menunduk sahaja hanya menjawab ‘hmmm’.
Mungkin dia penat, aku biarkan saja..
Aku pun teruskan perjalanan tapi masa tu dah takde kereta kiri kanan. Meter kereta aku mencecah 120km/j tp aku rasa kereta aku slow sangat. “Na,pesal kereta aku ni slow sangat ek? Dah tekan minyak pun aku rasa kereta macam kura2 lagi nih”. Hana tak jawab, just menundukkan kepala ke bawah. Aku pun toleh ke arah Hana, aku nampak tingkap disebelah Hana kain putih berjuntai di tepi tingkap. Aku pandang semula kedepan. Aku tengok cermin pandang belakang. Gelap gelita. Aku tak nampak langsung line jalan putih ke lampu jalan ke. Aku pandang side mirror belah aku. Nampak je line putih jalan ni. Aku dah tak sedap hati.
Aku amik cd yaasin aku masukkan dalam player. Tiba2 Hana tutup. Aku on balik, Hana tutup balik. Eh minah ni, main2 pulak dengan aku. Aku on balik then kuatkan volume. Tangan aku, aku biarkan di radio tu. Aku nampak dari ekor mata aku, Hana merenung aku tajam. Tiba2 dia gigit tangan aku. Aku menjerit kesakitan. Nasib tak hilang kawalan stereng. Hana start meracau selang seli dengan menangis dengan ketawa. Aku baca ayat ruqyah yang aku ingat, aku terlalu takut sampai aku tak berani nak pandang Hana. Tiba2 Hana bersuara, “kau takut ke? Hahahahahahahahaha!”.
Kemudian dia sambung gelak meracau menangis. Dia tolak badan aku, menjerit sekuat hati dia. Kereta hampir hilang kawalan, beberapa kali jugak la nak terlanggar divider..
Aku laung ‘Allahuakbar’ 3 kali lepas tu aku Iqamat. Aku dah tak tau nak buat apa. Depan tu aku dah nampak tol. Lepas je bayar tol aku berhentikan kereta tepi jalan. Aku tengok Hana dah diam, dah terkulai, pengsan mungkin. Aku call mak ayah aku. Jam waktu tu dah pukul 3.45 pagi. Dalam 4.30 pagi mak ayah aku sampai dengan sorang ustaz. Ustaz tu yang bawak kereta aku sampai la ke rumahnya. Disitu dia pulihkan semangat si Hana ni dan biar dia berehat dan kami sekeluarga bawa dia ke rumah mak ayah aku & aku call mak ayah Hana seusai subuh.
Pukul 10 pagi Hana tersedar, dia masih lagi pening. Aku menyuruh dia mandi dan makan. Mak ayah dia pun dah sampai kat rumah aku masa tu. Aku tanya Hana apa jadi semalam. Dia cakap masa exit highway lekas tu dia nampak orang pakai baju putih melambai2 ke arah dia. Dia pun menundukkan pandangan ke bawah dan selepas itu pandangan dia kosong, fikiran dia kosong dan dia rasa badan dia lemah sangat.
“Ada benda yang menyakat kamu ni, hijab kamu ditutup. Kamu tu anak dara, sepatutnya tengah2 malam gini duduk dekat rumah. Kawan kamu ni pun semangat lemah dan kebetulan tengah uzur jadi lagi senanglah benda tu nak mengacau. Nasib dia tak ikut balik ke rumah, kot dah jatuh cinta kat kamu berdua, satu hal pulak nak membela nanti. Lepas ni jangan keluar malam lagi ye”, kata ustaz kepadaku.
Sejak dari itu aku dan Hana tak keluar malam dah. Sebelum pukul 10 malam mesti kami dah balik rumah, huhu.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Moral of the story, tak elok anak dara keluar malam2. 🙂
berani betul… ish…
Payah akk nak hadam kesungguhan korg berdua ni…
Udahlar dedua pompuan…
Dr Hulu Langat ke Putrajaya pastu gi dinner kat Nilai…
Dr Nilai korg plan nk tdo umh makcik kat Mantin, sedangkan dr Nilai-Putrajaya idokler jauh mane pon…
Gamaknye dr Putrajaya benda tu dh ngikot korg, tu lajuuuuu je plan nk makan kt Nilai…
Betoller ustaz tu kabor…
Memalam dok umah jeler…
Banyak bahaya dr selamatnye…
Jangan buat lg tau…
Hantu kat putrajaya tak rasuk org.
hahaha…faham2..
dia xrasuk tapi suka buat org rasa dirasuk..
kikikikikikiki
nice
Bahana makan jauh jauh tengah malam buta ni lah dia. Haha…
It’s imaveptire that more people make this exact point.
bangang, mana ade gps berhantu. nmpk sgt noob tech. tu mknenye gps coordinate korg x tepat. tu psal smpai masuk kawasan mana2 ntah. kebtulan behenti depan kuil la, tepi kubur la. coincidence. yg bab meracau tu, biasa la, lagi takut lagi la bnde tu suka. adooiii.
Hahaha kau tak pernah kena..sebab tu sembang acah hero. Badan manusia yg ciptaanya kompleks ni pun dia boleh rasuk dan control, inikan pula teknologi yg manusia cipta.
Tak kena kat kau boleh la kau kondem.
Bangang, bende ni bukan je boleh menjelma mcm2 rupa, tapi boleh masuk meresap dalam mana2 ruang skalipun.. even dlm elektrik, handphone, komputer pun die boleh kacau.. mat salleh yang advan tu pun caye bende ni boleh guna teknologi..tak lain bende ni nak sesatkan masnusia.. ko tu yang noob tech xcaye bende ghaib tu wujud.. tak penah kene boleh lah sembang power …. adoooiiii
Ko x pnh kena mmg laa brni ckp. Aku dh pnh kena 2 bln lps. Dh set gps rumah suadara tp gps suh belok g msuk dlm kubur mahmoodiah kt jb. Time tue jam pukul 12.30 mlm. Byk kali gak die sruh belok. Pusing jln mner pn lalu gak tepi kubur bro. Bkn slh set gps bro tp benda nk jd. Haih…
Tak payah nak bangang2kan org. Mak pak tak ajar ke jangan suka2 membodohkan org. Rasa cerita tak logik, skip to the next entry lah.
Ha tu lah kau. Kecik2 dah bajet pandai semua tahu. Sedangkan whatsapp pun boleh dapat msg palsu yg mengelirukan. Makhluk halus hantar msg guna no tel yg kita kenal. Kisah benar ni mesti kau belum dgr lagi. Dulu pernah viral skjap jin ada fb. Tapi yg ni xtahu troll atau real.
Bangang memang la GPS tu x berhantu dah kau x kena.Cuba kau yg kena maun x kluar rumah kau seminggu woo
bangang ni belum kena gps tu bercakap sendiri ‘turn right or i break your neck’
sorry msg above for joee bangang tu
Maaf kalau abang ni menyibuk . Abang rasa adik pergi lah baca manga. ☺
aku rasa lah kan.. maybe gps tuh dah gelong sbb cik Han** tuh dah bawak budak2 nih masuk kawasan dia.. dah masuk kawasan dia mana lah si gps tuh nak jadi betoi… dia pon main belasah jeee.. yang hadooo…
Serius ak cakap, ak pernah kena tang GPS berhantu ni. Ak taip lain kedai makan xxx tapi pusing – pusing tepat – tepat GPS tu suh aku berenti kat bangunan lama yang xdek orang duduk. serius memang seriau. Kejadian ni berlaku masa ak aku dok kat kota kemuning. Tapi bangunan mana xnak la ak bagitao.
Alaa bangang bertalu kau ni. Tk pernah kena boleh la ckp mcm2.sial btul perangai. Tunggu kau kena nanti, pstu orang x caya citer kau. Padan muka dengan muka hodoh kau tu.aq tk doa kau kena, tp aq harap kau rasa pengalaman writer ni. Biar padan muka dengan kepalabana kau ni.
Moral die..pecuttt laju2..dgn harapan makhluk2 halus tak sempat nk kejar..
Cube lagi dik. All the best ?
Untuk kebaikkan masa hadapan, harap bila menaiki kenderaan jangan pasang CD yg berkaitan ayat2 suci Al-quran. Perkara ni boleh menyebabkan kemalangan atas sbb tertentu. Lebih baik dgn menghafaz itu lebih memudahkan kita.Wallahua’lam.
I pun pernah dengar ayat suci quran boleh menyebabkan kemalangan. Kenapa gitu.
Adoiii. Kan dah sampai kuil tu relak je la… hantu tak datang. Mungkin ada luck tolong tapi u pegi juga dan kena masuk trap hantu sampai la gi kubur. Ingat, tempat sembahyang apa2 agama memang ada protection.
ngangggg
protection dr Allah taala je
ade ke protection dr makhluk lain?
jaga akidah bro
haa…yg ni aq sokong
200% betul..Allah je lah protection..hawauuu nauuu..
pernah set nk g wedding kawan kt melaka.. Set gps ke alamat dia bg.. Tup2 ke kubur cina.. Mintak kawan share location.. Fuuhh lg 45 sampai.. Cuak abis.. Dh la berdua je..
knpe masuk first exit kt bulatan, kul 9, tp belok kanan. bukn kiri ke? haha. alahai. x proofread ni.
Ikut jam tawaf kot..kul 9 kanan, kul 3 kiri
Aku pun pernah alami macam ni masa belajar. Malam tu dapat berita dari housemate aku yang ayah dia meninggal. Dia balik dulu ke Kulim naik bas. Kawan baik housemate aku yang dah kerja dapat tahu berita tu lewat malam tu jugak. Dia ni tak sampai hati nak biarkan kawan dia sedih. Dia ajak kitaorang balik kampung Kulim malam tu jugak naik kereta dia. Time tu dah 12PM. Kitaorang mintak family housemate kitaorang tu share location. Sampai sana dalam pukul 3-4AM sebab kawan aku ni bawak sport car so memang laju gila. Nak ke kawasan rumah housemate tu, kitaorang guna google maps je. Follow je la direction tu sampai la nak menuju ke destinasi. Masa kitaorang follow je gps tu, elok je kitaorang nampak rumah kiri kanan. tapi dah sampai ke destinansi, kami tengok perkuburan islam! dan tetiba pandangan kitaoranng terbukak macam baru lepas kena tutup pandangan dari alam nyata. Rupa-rupanya kami di tengah-tengah bendang tapi ada kubur islam? Pelik bukan..
Huhu benda ni buat aku teringat dulu ada guna Google Maps jugak masa nak balik KL. Masa tu dalam pukul 11-12 malam jugaklah kalau tak silap. Aku dengan abang aku ikut jalan lama lepas half way perjalanan tu sebab highway jammed gila bapak lah. Dahlah tak pernah pernah masuk area tu so try set jelah dekat Google Maps jalan pergi KL yang tak guna highway lepas keluar dari tol. Dua tiga kali refresh dia bagi jalan sama jugak so ikut jelah. Tapi jalan lalu tu sunyi gila kiri kanan ada ladang kelapa sawit. Dahlah tak ada kereta lain lalu. Biar betul tak ada kereta lain nak pergi KL jugak sebab keluar tol tadi pun banyak juga kereta lalu situ. Baru 5-10 minit jalan rasa tak sedap hati aku suruh abang aku pusing balik kereta ikut jalan lepas keluar tol tadi. Nasib baik lah tak ada nampak atau kena apa apa haha. Lepas pusing balik jalan tu baru dia recalculate balik jalan tu. Tapi jalan dia aku tengok macam lain gila dari jalan yang first dia tunjuk tu. Alhamdulillah lah kitorang tak ikut jalan first tadi tu. Kalau jadi pape tengah jalan yang kosong tu memang naya lah
Merepek lah.
Aku lalu selalu situ xde pun jumpa bebende camnih.
Mungkin Allah tak izinkan lagi utk awak tgok/rasa benda2 camni kot. Huhuhu
GPS pon kekadang pening jugak
Aku malas nk komen pnjg2..,
cuma 1 je aku nk ckp..
Allahumma Solli ‘ala Saiyidina Muhammad Wa ‘ala Ali Saiyidina Muhammad….
Alhamdulillah sama2 kita dpt pahala free sbb ikut berselawat.
Kbaiii..~
omg!!!!
To think, I was cosfnued a minute ago.
Everything looks so beautiful and magical at your house! I just bought a little elf on the shelf today and I'm excited to start that, and I bought candy and am ready to print off service advent stuff as well. Christmas is so fun!!
Done baca..
Seram gila okayyy, ada moral dia sekali. Meremang masa i baca.
gempaaaaaaaak!!!
Lawaknya komen.
Aku bce bnda ny tringat kt 1 tempat aku hanta barang ny….hmm xnk cte lah sje komen hehe
serammm giler weh.. beraninya dia.
Hahahahhaha kannnn.. boleh pulak diorg gado.. padahal si pencerita relak je 😆