Pertama, terima kasih admin FS. Aku ni sebenarnya dah penat nak ngadap bebenda ghaib. 38 tahun dah umur ni. Macam tak logik ler kan lahir-lahir aku boleh ingat sampai ke sudah detik-detik cemas menghadap benda alah tu. Nampak bebenar mengelentong. Jadi, 38 tolak 6, maka dah 32 tahun aku bergelumang dengan benda alah ni. Ye lar, seingat aku mula dari umur aku enam tahun kot, aku dah boleh rasa, nampak malah masuk dalam alam jin.
Cemana aku tau? Bila aku pergi satu kuliah, masa tu belajar Tauhid, Ustaz tu secara tak langsung menerangkan cemana ke gayanya alam jin tu. Masa tu ler aku baru terlintas, itulah yang aku duduk dalam rumah menjerit bagai nak gila, umur aku enam ke tujuh tahun. Nak tau kenapa? Sebab alam jin ni seratanya merah, macam kala senja bak kata orang-orang tua, mambang kuning kemerahan tu. Ha gitu ler.
Udah tu, kemain bingit bisingnya, cuba korang duduk kat dalam kawasan yang bergema bergaung lepas tu ada pulak bunyi enjin kapal terbang ala-ala kat airport, bukan duduk dalam kapal terbang tu, tapi ko berdiri kat luor. Gitu ler gamatnya bunyi, he’eehh!!! Seriau benar. Ok, habis intro. Panjang-panjang kang jemu baca.
Udahnya, aku ni sampai ler ke alam pekerjaan, memang banyak ler kejadian-kejadian mistik yang susah ler orang lain nak faham apatah lagi nak percayakan? Tahun 1997, waktu tu aku join Majlis Belia Malaysia. Kemain gedik ler join aktiviti khemah-mengkhemah ni. Merata ler aku pergi. Satu-satunya yang aku tak boleh benar lupa, masa berkhemah kat Gua Tempurung. Pagi tu, ahli yang sangat berkaliber ni, berkumpui ler kat Daya Bumi ke kat Dataran Merdeka, ihhh udah tak ingat kat mana. Hah berkumpui ler, ketuanya brief lebih kurang pastu bila bas datang, maka berbondong-bondong ler kami menyimpan barang-barang dalam perut bas.
Tup tap tup tap, maka sampai ler kami ke Gua Tempurung dengan riak gembira kala mata ni menatap alam semesta yang hijau semua. Tepi kiri kami, udah rupa gunung hutan tebal. Dalamnya tu ler ada gua, yang keesokannya aktiviti akan kami buat. Kaki ni kegembiraan yang teramat, maklum ler pertama kali jejak ke tanah Gua Tempurung ni.
Maka, bersiap-siap la kami dengan gegak gempita. Mana yang udah siap, cepat ler deme mandi manda, pasai hari dah nak senja. Yang pompuan, sebok ler nak mandi, walhal daripada tadi berborak sambil kupas bawang yang tak seberapa untuk nak masak. Bila malam berlabuh, semua dah siap, perut pon dah kenyang, berkumpui ler kami ngadap unggun api.
Masa tu pukui 9:00 malam. Yeee, aku ingat lagi setiap saat waktu ni. Cerita-cerita daripada abang-abang, daripada kakak-kakak buatkan kami leka. Korang mesti tanya takde sesi suai kenal ke? Iiih tak payah, kami ahli yang memang tegar ke mana sahaja. Setia Ku Korbankan bak kata Kak Jena Jen. Malam makin merangkak dengan angin sepoi-sepoi menyapa pipi…………..
Tengah bergelak ketawa menghadap api menjulang-julang, tiba-tiba telinga ni menangkap satu bunyi macam kain dikibas-kibas. Macam korang nak sidai kain batik, sebelum di sidai, korang akan kibas-kibas kain tu kekuat, hah bunyi tu, tapi bunyinya yang berulang-ulang. Bunyi kain basah yang dikibas, dah tentu berat bunyi ye dak? Makin lama makin dekat, makin lama makin kuat. Ahhhh sudahhhhhh!! Aku ingatkan aku sorang je dengor. Rupanya semua terdiam mematung.
Masing-masing begerak ler, ye begerak ngensot saling rapat-merapati. Mengigil tu takyah tanya la, udah rasanya nak mencirit rasanya time tu. Aku buat apa korang tau? Aku tunduk rapatkan kepala aku ke lutut, dengan keadaan aku bersila. Sebab aku rasa kain berkibai tu betul-betul atas kepala aku. Time ni, abang yang mengepalai perkhemahan ni, sempat cakap, baca ayat kursi semua! Aku segala doa aku baca. Yang baca doa makan kuat-kuat pon ada. Tak boleh gelak dah. Semua menggigil berlaga lutut.
Bila dah lama berkibai kain, aku sempat jelling jam kat tangan dalam keadaan kepala aku menunduk, pukul 10 dah. Korang bayangkan sejam kami dalam keadaan ghoper tu. Punahhh!!! Benda alah tu tak gak pergi-pergi. Lepas je daripada tu, dia mula mengilai pulak. Korang bayangkan berapa decimal dia punyai jeritan? Super duper kuat aku nak kabo. Pusing dan pusing dan pusing mengelilingi kami. Dengan bunyi kain terbang, dengan bunyi mengilai. Aku rasa dah lama dia tak pegi karaoke ler. Gian gamoknya nengok kami ramai-ramai.
Abang tu dah start baca ayatul kursi kuat-kuat nak ngalohkan sorer Cik Pon. Makin kuat baca, makin kuat dia ngilai. Suara hilaian tu, kasor serak-serak basah, macam sorer Sahara Yaacob pon ada aku rasa, garau gitu tau ler gamoknya kami ni takut bebenor. Udah kamu pun ketua daripada tadi nape tak baca kekuat bang oi? Time ni ada yang menangis dah. Aku kata jangan nangis, ingat Allah.
Lepas tu, aku siap kabo kat akak sebelah, “akakkk saya nak naik bas, bas mana? Saya nak balik kak oi!”
Akak tu kata sambil menangis, “mana boleh dik, bas dah pergi, si Ravi tu takut dik”. Aku rasa time ni akak tu main taboh je cakap apa dia nak. Macamlah dia tau si Ravi tu takut. Walhal memang dari petang tadi bas dah blah. Cik Pon ni, aku rasa dia tak tau penat. Makin lama makin ke bawah radar penerbangannya kat kepala kami. Mungkinlah trafik penerbangan Cik Pon ni laluannya ateh kepala. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kesan terbangan kainnya tu mengibai melibas-libas hingga boleh mengalunkan hanyunan kat tudung kami, ibarat berdiri di tepi Pantai Teluk Cempedak kala angin monsoon. Sampailah pukul 11, baru dia beransur, sayup-sayup makin jauh. Mujur ler tak dicekupnya kami ni. Kalau idakkk, tumpo!
Lepas je Cik Pon blah, semua mencicit masuk khemah. Abang-abang sado mula menjalankan tugas-tugas memagar kawan khemah. Baru teringat nak memagorkan!! Dalam khemah, aku amik sejadah selubung. Tidur dah rupa tin sardin, punyalah menggigil takut. Nak lelap tanak lelap je mata ni. Ingatkan dah abis si Cik Pon ni beraksi, rupanya dia boleh sambung drama swasta pulak. Merengek-rengek menangis. Jauhhh je bunyinya sayupppppp mendayu-dayu meratap hiba. Brappp bulu roma. Aku siku ko, ko siku aku, tu yang jadi dalam khemah aku. Khemah lain aku tak tau, lantak ler deme. Cepat ler subuh, cepat ler subuh aku berdoa.
Kat luor, aku dengor derapan tapak kaki abang-abang sado kelam-kabut, tapi tak bersuara. Korang bayangkan dengan sejuknya, dengan berangin, dengan khemah ni tak sempat kami nak lapik apa2, betul2 plastik alas khemah je, sejuknya tanah ni boleh buat kami mengongol sedu-sedan macam nak peluk mak je. Boleh katakan kami ni tak tido. Belik-belik mata ni mengamati alunan lunaknya suara tangisan Cik Pon, sampailah aku terlena dek sebab takut yang teramat.
Sekali mata aku zap terbukak semula, tengok jam, pukul 3:00 pagi. Allah, belum subuh lagi. Aku terjaga sebab, sebab aku dengar bunyi kain terbang lagi kat luar, keliling kawasan khemah. Sudahnya, aku dengor ada orang azan. Menggigil lagi sekali. Memang takde terlintas nak baca apa-apa. Panik! Dan kali ni aku rasa, makin lama aku makin hanyut dek sorer azan tu. Terpejam mata. Sedor-sedor, kawan sebelah kejut ajak gi amik wudhu, nak solat subuh. Perghhh time tu, akulah juara gi bilik air. Tanak aku ke sungai, tak kuasa!
Pagi tu, masa bersarapan, sorang pon tak bukak mulut apa dah jadi malam tadi. Semua diam termenung sambil borak-borak kosong. Sampai le masa program nak masuk gua tu tiba. Ok, sudah penat naip. Pegi tido wei!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
weyh pesal mcm x abis je cite ni?
Habeh dah ler wei. Takkan ler keme nak citer daripada hari pertama sampai keluor gua. Udah dalam gua tu tak de perkara mistik jadi. Maka, idak ler keme nak mengkabokan apa mende. Citer lalu kat laluan sempit, ayor mengalir, masuk lubang kecik, panjat batu licin, cemana ke rabannya nak carik jalan keluor, ihhh itu tayah kabo ler. Bukan citer antu pon. Itu mengkeme kena ler mengalami sendiri. Pengalaman gitu mengkeme boleh nampak, boleh rasa. Tak payoh ler aku share. Gi ler join mana-mana persatuan, hahhhh gi gi!!
Setia ku korbankan tu lgu poziah latip kak . Btw, mmg kuat peghoknyeee ye kak.
setia ku di sini baru ziana zain
aihhhh udah tukor tajuk lagu. Mahap le ye. Tu namanya Kaget di alam fana. Mampos Tok Ram singkirkan nanti sebab salah tajuk lagu. ekekekekekekkeke
sambung lagi please….
Hahahahah….
Mengkibai2 kain ateh kepale yer…
Klu.dongak tu abis sensored nampak sume kang…
Hahahhaaha…
Kalo keme mendongak, ateee pengsan le mengkeme wei. Tunduk je le apa nak buat.
gua tempurung nih hari2 teman lalu..haha
mike nih org mane..aje kuat perak nye..teman bace pun staii macik2 kg teman beceriter..handei mike..sambung ler lagi..haha
Ateeee cucu wan lebor, sedara ler kita gamoknyey? Makcik makcik kalo berceghita, yang tak takut boleh jadi tekencin! Ekekekekekeke
yele gamak nye..nih kalo besoreh nih..mau jatuh sedare kite nih..hahaha
seram. tapi ngekek aku gelak, sbb care pnceritaan die mmg bersungguh. best!
Keme orang kampung. Gaya menyampeykan kena sampey ke lubok ati mengkeme.
A++
??
ate, aku cepat ler sambung yong oii..x sabo dah ni
Ceghite ni takde penyambungnya yop wei! Satu bab ke satu bab ajer. Gi ler jengoh ke tajuk lain, Sidai Kain Di Waktu Malam. Keme ni kalo kabo bebaik gaye ceghita betui, mengkeme tanak keluor ghomoh nanti, lelebih kalo bilik ayor kat luor. Tekencinnnnn dalam bilik ler gamoknyey. Keh keh keh keh keh..
maknenye, ari kedua tu, idokler kome kene sakat dah ye? ate, kalo teman, esok pagi udah cabut balik ghomah. idakler koser nak dok citu lagik
Idok. Keme aman.
Kawasan gua tempurung tu mmg keras!!!..sblh highway utara selatan..tgh maintain 120km..tiba smpai gua tu makin slow plak keta aku masa tu..lepas je gua ok blik…
Kan!!!! Ketara kot. Gelap gelita tayah citer ar. Tapi kawasan situ memang GILA!
Rumah saya lebih kurang 5 minit je dari gua tempurung.alhamdulillah takda gangguan.ada skali je bunyi mcm big foot menjerit.tak tau la apa benda tu.
Mengkeme orang sana. Maleh si ponti tu nak nyakat. Balik-balik budok ini, balik-balik budok ini, menyelebiurrr nengoknye. Ekekekekek
Hahahahh, keep it up kak. Terhibur sangat! Thankyouu 🙂
Sama-sama ler yong.
Cara penceritaan mcm cite hantu kak limah.lawak n seram.hahaha..klu ada cite best tulis lh lagi kak
Hader. Gi ler kat:
http://fiksyenshasha.com/sidai-kain-di-waktu-malam/
Mne hang dapat cite ni.terer hang reka nor
teman menelaah bahasa Peghok (Perak) dari duk seram…terkedu teman membacanya wehh…tapi teman boleh kabo..kome takut bebenor yop.
woah…lama cik pon tu berlegar2