Assalamualaikum kepada pembaca FS sekalian alam. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan cerita ini, inshaa allah boleh jadikan guideline untuk korang yang rasa-rasa nak mendaki ke Gunung Besar Hantu. Sebenarnya ini bukan lah pengalaman aku sendiri, tapi aku ceritakan semula pengalaman kawan baik aku, yang bercerita kepada aku. Aku berikan tajuk kepada cerita ini ialah “Pengalaman Seram Gunung Besar Hantu”. Baiklah, kita mulakan cerita.
—
Nama pun Gunung Besar Hantu, jadi apa korang rasa? Seram? Tidak buat aku. Aku tak ada rasa apa-apa pun sebab aku cuba cari dekat blog, tapi semuanya cerita tips naik sana macam mana. Jadi aku pun ambil keputusan nak join trip office aku. Asalnya, aku tak nak pergi sebab tak ada budget, RM200 macam tu tak silap, tapi nasib aku baik. Member sponsor. Go on je lah. Free kot.
“Kita mula mendaki pukul 6am”, lambatnya, kenapa eh?
Go-go (ketua) kumpulan kami decide nak naik pukul 6am, dengan alasan group kami ramai orang yang berusia (paling tua makcik kuat umur 60 tahun okay), tak nak sekali jalan dengan group-group lain on trek, budak-budak laju katanya. Dia request dekat guide biar group kami je on trek masa tu. Kami tiba di tempat pickup lori pukul 5am. Perjalanan kami dari tempat pickup mengambil masa lebih kurang sejam. Kami sampai di starting point pukul 6am. Maka, bermulalah perjalanan kami.
Perjalanan kami baik-baik sahaja sehingga tiba di Kem Orkid, lebih kurang tengah hari, pukul 12 macam tu. Tempat tu memang cantik, dipenuhi orkid liar. Setibanya kami di kem orkid, ada satu group pendaki tengah makan dan lepak. Tujuan kami juga sama. Lapar hanat masa tu. Barai 6 jam baru nak sampai Kem Orkid. Guide kami cakap ada lebih kurang dua jam untuk sampai puncak. Siapa yang dah tak larat bolah rehat dekat sini, sebab dari Kem Orkid ke puncak, jalan dia mencanak. Aku koyak dah masa tu. Aku ambil keputusan nak lepak je dekat kem, sebab aku fikir ada satu lagi group tengah rehat juga. Tapi dalam group kami, sorang pun tak nak rehat dekat sini, katanya nak tengok puncak (termasuk makcik umur 60 tahun tu). Jadi, selepas makan tengah hari, yang lain-lain bersiap untuk ke puncak. Aku dan pakcik guide tunggu di kem orkid. Di sinilah bermulanya kejadian tersebut.
Group kami mula naik ke puncak, diiringi seorang lagi guide (anak pakcik guide), yang tinggal hanya aku dan pakcik guide. Group sebelah rupanya bersiap untuk turun. Aku masih lagi rasa macam biasa. Aku dan pakcik guide masing-masing ambil spot baik untuk lelap. Sebelum aku lelap, aku pastikan pakcik guide ada depan mata aku. Dia ada. Boleh lelap sekarang. Tenang.
Angin yang sepoi-sepoi bahasa dan perut yang kenyang mempercepatkan lagi process power nap aku. Tiba-tiba. Shuush! Angin kuat dari atas kepala aku menolak kain yang aku buat untuk tutup mata! What the.. Bukan setakat angin bai aku rasa! Aku rasa ada jari sekali menepis kain tutup mata tu tadi! Aku buka mata, aku pandang pakcik guide, pakcik guide pandang aku juga. Meremang seluruh badan aku, tanpa sebarang ayat.
“Kamu rasa apa-apa ke?” *awkward silence*
Sedang baru sahaja aku nak bertenang, aku ada bau semacam bau busuk dekat sekitar kem ni. “Eh busuk bau apa ni”, sapa pakcik guide yang konon nak mulakan perbualan. Sumpah tak kelakar. Busuk bai. Dah la kami berdua je. Dah tu orang tua tu (pakcik guide) tiba-tiba pergi dekat semak dok hayun-hayun tangan macam halau nyamuk. Laaaaaagi aku takut. Apa sia orang tua tu buat?
Dipendekkan cerita, sekitar pukul 3-4 petang macam tu, kawan-kawan aku pun tiba di Kem Orkid. Alhamdulillah lega sikit. Tapi, kejadian tu tak habis di situ je. Masa kami otw turun, tiba-tiba pula ada seorang akak ni cakap dia rasa dia sakit perut. “Serious lah time ni?”. Kami yang perempuan pun berhenti tepi, buat apa-apa yang patut tapi yang lelaki kami tak bagi pergi jauh. Sebab dah lewat petang. Takut lost trek. Perjalanan di teruskan. Sepanjang perjalanan aku dengar macam-macam bunyi yang bukan bunyi binatang. Korang akan tahu kalau bunyi binatang macam mana. Tapi bunyi ni memang pelik. Nak kata mengilai pun tak mengilai. Lagi macam lipas kudung aku jalan. Aku jalan cepat-cepat menghala ke makcik umur 60 tahun tu yang sebelum ni pergi mana-mana memang dia banyak cakap. Ni tiba-tiba diam.
Aku datang dekat dia, konon nak berborak, tapi tak jadi. Sebabnya aku dengar dia berzikir. Okay bukan aku sorang yang dengar. Aku tarik nafas panjang. Tiba-tiba ada benda ikut aku kat sebelah. Aku tak tahu apa tapi sumpah aku tak nak pandang tepi! Yang peliknya bukan makin hilang. Kau faham tak ikut tu macam mana! Meremang weh! Aduh nak malam dah ni. Bila nak sampai bawah. Dengan tiba-tiba pakcik guide suruh kami jalan dulu sebab akak yang sakit perut tadi injured. “Aduh injured pula masa ni”. Pakcik guide teman tunggu belakang. Anak pakcik guide lead. Dipendekkan lagi cerita, group kami tiba dibawah pada pukul 7 malam. Manakala yang injured tiba pukul 9 malam. Kami tak cakap apa-apa lansung. Diam.
Setibanya aku di rumah, lebih kurang pukul 3 pagi, aku dah tak sedap hati. Tiba-tiba kawasan rumah aku macam bunyi dekat hutan. Sejak bila sini ada cengkerik? Penat punya pasal, aku terlelap. Tapi aku punya fobia seminggu juga bai baru hilang. Seminggu aku tak overtime dekat office. Tepat pukul 5 petang aku balik. Akak yang injured tu? Cuti seminggu. Balik kampung. Katanya ada benda berpaut dekat kaki dia. Pelik juga aku sebab trip yang sebelum ni dia memang fit, laju je jalan nya. Entah lah.
Buat sesiapa yang rasa nak pergi lihat keindahan alam, dan mendaki sendiri Gunung Besar Hantu, aku nasihatkan supaya korang jangan jadi macam group kami ni, kami turun malam. Sebenarnya banyak lagi jadi, tapi panjang sangat nak cerita. Cukuplah sampai sini je. Sekian. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
” Sebenarnya banyak lagi jadi, tapi panjang sangat nak cerita.”
cerita best mcm ni la ptut tulis panjang. Nak lagi!!!!!!!!
1 like 1 doa. share supaya anda diberi duit br1m. yg tidak share akan dapat team pinoy ketika main dota
Hahaha.. Acane nk share nie? xD
Kat mana lokasi gunung ni
dalam bra
Kau kalau senonoh xboleh ke. Komen kw teruk memanjang dlm fiksyen shasha ni. Blah la wei. Budak noob boleh blah main pokemon go. Menyemak je.
hi hiker (say hi kat kwn penulis tu..) huhu. sy pn dlm plan nk ke GBH bln 7 ni. btw, da slalu hking n masuk hutan.. tp alhamdulillah, xde gangguan extreme. paling teruk pun, 1 team kne sorok mase mendaki gng chamah- wulu sepat, x jmpe jalan keluar 2-3 jam. hehe. ok tu je, daa~
hi. bulan 7 ek? jom kita hiking bersama sambil mencipta kenangan indah ?
?????????meowww
jom. jumpa nt kat kaki gng. insyaAllah ?
Kalau nampak nama amin eminem ni jgn reply kalau x faham maksud tersirat dia ye cik iz hanna.
Dia budak jeng kreng
Bra mak kau
Itu xpe lagi, ada group hiking ni kena sorok ngan hantu jamban. Puncanya salah seorang hiker ni gi berak dkt tmpt yg x spatutnya. Selang selepas bbrapa minit dia berak dia x jmpa kawan2 lain. Dia pusing keliling nmpk taik mrata tmpt.