GURAU MANJA

Assalamualaikum, ini kali kedua aku menulis. Kali ini aku ingin berkongsi kisah gangguan terhadapku di asrama yang sama.
Aku tersedar dari tidur akibat bunyi jam loceng yang ditetapkan beberapa orang temanku. Huh…..memang begitulah rutin hidupku sejak tinggal di asrama, tuan punya jam loceng tak bergerak seincipun. Aku bangun dan mengambil tuala yang tersangkut di hujung kepala katil. Aku mengerling ke seluruh dorm. “Haish, roh tak masuk lagi ker apa”, aku berkata sendirian. Aku sudah terbiasa mandi bersendirian. Lebih menenangkan dan tak perlu berebut bilik mandi.

Baru aku mahu keluar dari dorm, kedengaran bunyi pintu dorm sebelah terbuka. Aku agak pelik sebab dorm sebelah selalunya lambat bangun. Namun aku tidak menghiraukannya. Seketika aku sampai di hadapan pintu tandas, terdengar pula bunyi air ditakungkan dan bunyi cebok berlaga. Aku sudah terbiasa dengan gangguan kecil seperti itu, namun kali ini, aku lihat kelibat Reen. Seingat aku, Reen masih tidur di katilnya tadi. Katil Reen betul-betul di hadapanku. Aku sudah rasa tidak sedap hati. Aku mengerlingkan mataku ke arah pintu dorm sebelah, mengharapkan ada yang keluar. Aneh, pintu dorm masih tertutup rapat. Aku lihat pula pemandangan dari dorm aku yang terletak dihujung sekali menyenangkan pemandanganku untuk melihat ke arah dorm-dorm yang lain. Semua pintu masih tertutup! Aku mula rasa gelisah.

Selalunya gangguan bunyi saja yang dibuat untukku. Kali ini dia teman mandi pulak. Kelibat reen yang mundar-mandir di tempat basuh baju tadi sudah tidak ada. “Bismillah,” aku membaca doa masuk tandas lalu segera masuk ke dalam bilik air. “Dhiaaaa, macam mana kau nak mandi kalau tak bawak masuk baldi!”aku baru teringat kalau aku terlupa mengambil baldiku yang terletak di koridor. Akupun membuka pintu dan pelik bin ajaibnya, yep, dah ada depan pintu. Mudah kerja aku. Aku terus membawa masuk baldi dan menutup pintu sambil menjerit,”terima kasih!” memang gila! Itu gangguan di bilik air, dalam dorm lagi aku kecut.

Seperti biasa, aku bangun kerana jam loceng orang lain, kebiasaannya aku tak akan tutup jam loceng. Lantaklah, selalunya aku akan membuka lampu dorm untuk menerangi suasana. Ouh ya, katil kami double decker dan katil aku di atas. Aku selalunya turun tak pakai tangga, apa barang pakai tangga. Sewaktu aku melompat, dalam samar-samar gelap, tiba-tiba aku melihat ada kelibat anak kecil sedang berbaring di lantai. Akupun cepat- cepat memegang tilamku. Kebijaksanaan yang terpamer menyebabkan aku jatuh ditimpa tilam. “Ahhhh!” jeritku tiada tandingan. Tak pernah aku menjerit lagi di dalam dorm itu. Habis satu dorm bangun. Lampu dibuka dan aku yang masih dihempap tilam ditanya,”Kenapa ni wey, kau okay tak?”, ingin saja ku luku kepala sorang-sorang, Asnah yang melihatku segera menolong mengalihkan tilam sambil bertanya,”mimpi apa ko Dhi sampai jatuh katil bagai?”.

Kejam betul! Aku tidak dapat menggerakkan tanganku. Baru aku teringat, tanganku yang mendarat dulu dan tak lain dan tak bukan, patah! Mujur hati itu hari minggu. Sempat aku menangkap suara tawa kecil ketika aku menjerit jatuh dari katil. Kurang asam punya setan. Tangan kiriku patah menyebabkan aku tidak dapat menulis dan aku diberi kelonggaran untuk menulis menggunakan komputer memandangkan ketika itu semua murid tingkatan lima ada projek yang melibatkan komputer. Asnah tau kalau aku jatuh kerana budak itu sebab Asnah memiliki six sense.

Setelah kejadian itu, aku disuruh oleh ibuku untuk tidur di katil bawah tapi aku tidak menghiraukannya sebab kalau ada lagi benda itu aku terus mendarat sahaja atas dia. Geram juga aku. Tapi yang aku tidak dapat pastikan adalah gangguan ketika memakai tudung, apabila aku menyarungkan tudung dua lapis, aku terlihat seperti ada kelibat pelbagai bentuk yang muncul di sisiku. Aku fikir, mungkin itu hanya ilusiku. Sejak hari itu, akupun bersikap baik mengejutkan kawan-kawanku dan kadangkala aku hanya mengejutkan jasad yang rohnya lambat untuk pulang. Sekiannn…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

dhia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.