Gurindam buat Hijab aku terbuka

weTerima Kasih Admin sbb sudi post cerita pengalaman aku ni.

Sejujurnya aku tak pernah nampak benda pelik-pelik, bayangan hitam atau putih semua tu. Tapi, kejadian berlaku bermula semenjak aku jadi salah seorang Wirawati di PLKN, aku selalu diganggu hampir 3 tahun sbb hijab aku terbuka slow-slow.

Nak dijadikan cerita, di Kem PLKN aku ni ada buat Minggu Puisi. Setiap Kompeni tu ada lah wakil-wakil untuk masuk pertandingan Syair, Sajak, Pantun, Gurindam dan Lakonan. Aku nak ambik kelainan, aku pilih Gurindam. Bagi aku Gurindam ni unik, sebab alunan dia macam ala-ala permulaan lagu Bakawali Siti Nurhaliza. Merdu kan sebab ada liuk lentok dia.

Bila terpilih ni, aku asyik berlatih, pasang contoh-contoh gurindam orang lama-lama yang pihak penganjur tu bagi. Tak tahu kenapa aku sukaaa sangat sampai tahap obses dengan liuk lentok Gurindam tu, aku pasang siang malam.

Malam pertandingan tu macam biasa, tapi bila giliran aku, macam disambut dengan angin bersepoi-sepoi, sejuk semacam dan aku perasan..keadaan riuh rendah dalam dewan makan tu jadi senyap sunyi seolah semua dalam keadaan terpukau. Tapi aku tak ambil kisah benda tu sebab aku anggap, mungkin mereka semua fokus dengan Gurindam memandangkan Gurindam jarang didengar zaman sekarang ni. Akhirnya malam tu aku dinobat Juara.

Malam yang sama, waktu aku nak masuk tidur. Aku rasa pelik jugak lah kenapa semua dormmate aku yang 12 orang ni senyap sunyi je, tak bercakap langsung. Masing-masing buat hal, dan terus tidur. Mungkin penat kot.

Malam tu aku rasa pelik sebab mata aku tak boleh nak pejam jugak. Badan penat & letih tapi aku tak boleh tidur. Aku dapat rasa angin sepoi-sepoi, badan rasa seram sejuk sebab bulu roma semua benda dah naik semacam. Aku dapat rasa macam ada benda tengah perhatikan aku. Aku abaikan jelah kan.

Aku tutup mata, aku dapat rasa macam ada benda hembus hembus kat telinga. Allah…. Masa tu tak pasti nak bukak mata ke tak. Sebab aku memang dapat rasa ada yang tak kena malam tu. Last aku tengok jam pun dah 2:30 pagi. Aku selubung dalam selimut. Mata memang terpejam jelah, takut punya pasal. buatnya dia muncul depan muka, naye aku.

Dalam keadaan sedar nih, benda tu tengking aku sekuat-kuatnya kat telinga kiri aku “Buat lagi! buat lagi! buat lagiii!” Garau weh, aku tak tipu. Nak nangis je rasa masa tu.

Aku baca lah 3 Qul, Ayat Qursi, tapi macam tersekat. Memandangkan aku tengah datang bulan masa tu. Badan aku dah start mengigil, ibu jari kaki aku dah start kejang. Aku kumpul semangat aku, aku bukak selimut & intai slow-slow. Kawan-kawan satu dorm tu semua diulit mimpi, aku ni je terkebil-kebil tak boleh nak tidur. Sekali locker depan katil aku, bersebelahan dengan katil kawan aku yang Chinese ni, nampak laa susuk badan perempuan. Pakaian putih semua, rambut panjang, tak sempat la pulak aku nak tengok kaki dia jejak tanah ke tak. Ingat nak double confirm la dia ni manusia ke…….toottt. Faham la kan.

Aku ni rabun sikit, tapi jelas wajah kawan aku. Seorang lagi kat locker sebelah tu pulak, muka kawan aku jugak. Tapi pakaian putih. Aku pelik kenapa diorang pakai camtu, takkan kawan aku kot. Masa tu otak dah weng dah, ingat nak tegur. Sekali dia toleh, serentak dengan seorang lagi sebelah dia tu. Senyum…terapung kat atas. Allah…. aku tahu ni bukak mimpi. Memang bukan mimpi. Aku tutup dengan selimut baca lah apa yang aku hafal, merayu lagi “tolong jangan kacau aku..aku tak kacau kau”.. Menangis sampai lah aku terlelap sendiri.

Besoknya, aku cerita dekat Dormmate semua. Ada yang percaya, sebab ada yang dah pernah kena sebelum ni. Benda tu tenggek kat tepi bucu katil dok tengok je tak berkelip. Lagi seramm.
Ada yang tak percaya sebab kata semua ni khayalan.

Boleh kata, hampir setiap malam aku kena.
Bila tamat PLKN, aku rasa legaa sangat tak kena kacau. Masa nak balik tu, aku terserempak dengan seorang Pak Guard situ. Pak Guard tegur aku, “ada kakak ke?”, aku kata takda, sebab aku sulung.

Pak Guard tu kata, “Ada seorang pelatih siri lepas tahun lepas yang betul-betul wajah seiras kamu. Syahirah nama dia. Tetapi sayangnya dia sekejap jelah duduk sini.”

Aku tanyalah kenapa, dengan serious Pak Guard tu kata, “Syahirah tu setiap hari meracau, kena rasuk, diganggu dalam Kem ni.”

Agak terkejut dengan apa Pak Guard tu cerita, aku minta diri dulu. Masa aku naik Bas, aku nampak Pak Guard tu asyik tenung je aku.

Aku ingat aku dah tak kena lagi dah.
Sangkaan aku meleset weh. Masa aku dapat offer untuk pergi Interview untuk salah satu U ni, aku dikehendaki untuk stay di satu Kolej perempuan dalam Kem sepanjang temuduga selama seminggu ni.

Malam pertama di Kolej tu takde apa. Semua okay. Aku tak rasa apa-apa. Malam kedua tu aku dah mula nampak bayangan putih, koridor..tepi almari..dalam almari..tapi bayangan jela macam kepulan asap gitu. Roommate aku ni jenis yang bising gedik gila-gila gitu, kadang tengah malam pun dia buat bising, tu belum campur bergayut HP lagi.

Malam ketiga, tepat jam 3pagi aku tersedar tak boleh nak tidur dah. Kawan aku yang seorang tengah bergayut, aku takdela rasa seram mana sebab ada yang berjaga. Katil aku ni bersebelahan dengan pintu bilik kami ni. Katil kawan aku ni berhadapan.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba pintu bilik tu pusing..terbuka slow-slow, luas seluasnya. Aku dah tutup muka selubung selimut, kawan aku ni syok bersembang lagi, pintu tu tiba-tiba terhempas kuat gila! Aku fikir, angin kot.

Pintu tu buka lagi sekali seluas alam, memang dengar la bunyi pintu terkuak tu kan, hempas lagi sekali..makin kuat pulak hempasan dia. Benda tu berulang-ulang sampai kawan aku berhenti sembang, terus tidur. Aku pun terlelap.

Malam keempat, aku tidur sekali dengan dia tapi disebabkan katil single tapi berhimpit 4orang, takut punya pasal. Tidur ikut memanjang la, kaki memang terjuntai la hujung katil. Malam tu aku pulak yang kena, boleh pulak benda tu geletek kaki aku. Boleh rasa kuku-kuku dia. Allah…… besok aku bgtau roommate aku, ada seorang tu mengaku dia terjaga jugak, tapi dia bangun..nampak benda putih baring betul2 atas kaki kita terjuntai tu. Nak pengsan aku dengar.

Masuk alam U pulak, lagi banyak la aku kena. Sampai tahap aku dah lali. Setiap malam aku tak pernah cukup tidur sebab selalu terjaga dalam 3-4pagi, kemestian punya. Bila terjaga tu lah nampak macam-macam.

Kawan aku tengah study pukul 3pagi kat meja pun tak sedar aku tengah meronta-ronta minta tolong, sebab nafas aku tersekat. Badan aku panas. Kena tindih. Walhal aku nampak jelas, susuk tubuh lelaki tegap gelap tanpa kepala jalan menghala ke arah aku. Bila aku baca ayat Qursi, terus lesap macam kepulan asap.

Dalam banyak-banyak makhluk yang aku pernah jumpa selama 3tahun ni, ada sekumpulan ni je paling pelik. Sekumpulan manusia bertopeng, satu badan tu putih, sekecil jari kelingking, jalan berarak ke arah aku beramai-ramai, datang ke arah aku atas iron board (katil aku sebelahan dengan iron board). Tak pasti sebab apa dan kenapa, mata aku tak berkelip tengok. Bila sekali je berkelip, terus hilang kumpulan kecil tu macam asap.

Aku cerita dekat family aku kisah aku ni. Setiap malam aku bertarung dengan benda benda tu. 3-4pagi confirm terjaga, dan selalunya waktu aku datang bulan pulak tu. Solat tak pernah miss, selalu mengaji, tapi aku kena semua ni. Pelik jugak. Bawak la ke darul syifa, bawak gi berubat, rupanya semua ni sebab aku gurindam 3tahun lepas. Benda tu nak berdamping dan berkawan.

Allahualam. Yang pasti, alhamdulillah sekarang aku dah takde pape. 🙂

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *