Guru Ini Berkongsi Pengalaman Ketika Baru Posting di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin dan pembaca ruangan FS. Secara ringkas sy adalah seorang guru yg mengajar di utara tanah air.
Disini sy kongsikan 3 kisah yg berlaku semasa sy ngajar di Melaka.

Kisah 1
Tahun 2005 merupakan tahun pertama aku menjadi seorang guru. Aku dihantar (posting) di sebuah daerah di negeri Melaka. Dengan bantuan seorang kenalan pakcik aku yg tinggal disana, aku dpt menyewa sebuah rumah yg terletak betul2 di belakang bangunan sekolah.

Alhamdulillah tak perlu aku nk berulang alik jauh2. Dalam beberapa minggu mengajar pelbagai kisah seram aku dengar dari guru2 lama, tapi aku tak ambik port sgt. Sehinggalah pada 1 malam, usai semak buku latihan murid2 aku lepak depan rumah. Msa tu jiran2 semua dah tutup lampu jadi suasana agak suram dan sunyi. Masa tengah ambik angin malam tu, aku dengar bunyi riuh rendah di dalam kelas yg bangunannya betul2 di depan rumah tu.
” ish, takkan diorang ni buat kem tak bagitau kat semua cikgu” aku tertanya2 sendiri.

Biasanya kalau ada kem, guru2 akan bermesyuarat dulu untuk bahagikan tugas. Hampir 15 minit aku amati bunyi bising tu, bunyi budak2 riuh rendah seolah2 menjawab soalan guru,bunyi kerusi meja di tarik juga jelas kedengaran.

Nak kata ada kelas tambahan, tak mungkin sebab dah lewat malam. Apa yg aku musykil adalah bangunan tu gelap gelita, takkanlah cikgu tu mengajar dalam gelap. Tak lama kemudian suasana jadi sunyi tiba2,seperti sedia kala.

Aku ingatkan dah habis, rupanya “murid2” tu sambung buat aktiviti renang kat dalam kolam yg tletak di depan bangunan. Bunyi air berkocak seolah2 ramai yg mandi dalam kolam tu. Aku dah tak sanggup nk tunggu lagi dah, maunya dia buat lawatan beramai2 ke rumah cikgu pulak,haru aku. Terus masuk dalam rumah,lampu aku biarkan menyala. Besok aku mesti jumpa pakcik guard untuk kepastian.

Besoknya, aku terus ke pondok jaga. Aku ceritakan dari A sampai Z. Selamba ja pakcik tu senyum.
” cikgu,yg cikgu dengar tu dah selalu sangat saya hadap” dia cakap kalau kita berada betul2 dekat dengan kelas tu kita boleh dengar cikgu tengah mengajar sebijik macam kelas di waktu siang hari,bezanya cikgu tu mengajar lewat malam dan dalam gelap gelita.

Bila aku dengar cerita pak guard tu rasa seram aku bertukar jd kelakar pun ada.
Kesimpulan yg aku boleh buat mungkin diorang kat alam sana pun belajar macam manusia dan menumpang di kelas manusia. Selagi dia tak mengganggu murid2 kat sekolah ni,biarlah diaorang tumpang belajar kt kelas tu. jangan memandai pegi mintak bayar yuran PIBG sudah..

Terima kasih sudi membaca. Kisah 2 dan kisah 3 bersambung…

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cikgu Khairul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 18 Average: 4.8]

14 thoughts on “Guru Ini Berkongsi Pengalaman Ketika Baru Posting di Melaka”

  1. hahaha alam jin pun ade buat kelas,ade murid2, ade guru2, ade tentera, polis bahkan king pun ade, ape mau heran kan lol

    Reply
  2. Siang hantu tu sekodeng ckgu bljr ..mlm turn dia pulk mngajar…
    Betol lah ckgu..jgn dia mintk byrn yuran pibg sudah… Selmat mngajar ckgu…moga tabah mnjadik guru dan redha apa yg berlaku disekeliling…

    Reply
  3. Boleh tahan seram tuu….agak2 time depa duk belajar dlm grlap tuu pak guard tu berani x erk pegi round sekolah tu memalam?? Hehee…tanye jer..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.