Haji Zakaria – Muhammad & Sumayyah

KETURUNAN KE 4
HAJI ZAKARIA
( Bermulanya Pengembaraan –
Hutan )

Assalammualaikum dan ucapan terima kasih membaca kisah kisah yang saya coretkan sebelum ini . Ruangan Fiksyen Shasha memberi peluang kepada saya mengembangkan bakar penulisan yang setahun jagung ini . Diharap terhibur dengan kisah kisah saya #east

Haji Zakaria bukanlah orang yang mengejar pangkat , walaupun di tawar menjadi Imam tapi Haji Zakaria menolak dengan baik . Haji Zakaria menyatakan hasrat untuk merantau dan membantu orang memerlukan tapi terlebih dahulu Haji Zakaria berhajat berkongsi ilmu dengan orang orang di negeri nya . Walaupun mungkin memakan masa yang agak lama dan panjang tapi Haji Zakaria tidak kisah . Haji Zakaria memulakan langkah selepas subuh . Barang bekalan hanya sedikit kain , baju , siwak , sedikit sabun dan minyak attar dari ayah nya yang mana hanya sedikit sahaja . Haji Zakaria berjalan mulutnya tidak putus putus berzikir , tangan yang memegang tasbih tak henti henti bergerak sehingga lah dia berhenti di sebuah Masjid ( sebut nama semua tahu ) .

Masjid yang diperbuat dari tanah liat kukuh berdiri ramai yang menuju ke sana kerana ingin menunaikan solat jumaat . Haji Zakaria merasakan ini lah tempat pertama yang patut beliau singgah . Kelihatan seorang lelaki tua hadir dan menyapa Haji Zakaria

“Assalammualaikum , rasanya tuan bukan orang kampung sini . Tak pernah saya nampak tuan , boleh saya tahu hajat tuan ke mari ? ” tanya Bilal Isa
“Waalaikummussalam , oh saya memang bukan orang kampung sini . Niat saya untuk merantau setiap destinasi berkongsi ilmu . Saya Haji Zakaria dari kampung pantai . Boleh saya menumpang di Masjid ini ? ” kata Haji Zakaria

“Alhamdulilah . Keturunan Imam Hafiz rupanya . Ayah nya baru meninggal dunia kan , tak salah saya Imam Taufiq . Takziah saya ucapkan ” kata Bilal Isa
“Nama saya Isa Kamaruddin , orang kampung memanggil saya Bilal Isa ” sambung nya lagi
“Bilal kenal moyang dan ayah saya ? ” soal Haji Zakaria
“Macam mana boleh tak kenal . Saya anak murid ayah kamu . Moyang kamu Imam terbilang masakan saya tak pernah mendengar cerita ” kata Bilal Isa tersenyum

“Saya beri keizinan untuk gunakan masjid ini . Sebentar lagi solat jumaat nak mula . Mari kita tunaikan solat dulu nanti bincang kemudian ” sambung Bilal Isa
Haji Zakaria melangkah menuju ke pintu masuk masjid . Alangkah indah pandangan Masjid yang di perbuat dari tanah ini . Haji Sulong Bin Sibeng adalah antara yang berusaha membina masjid ini pada tahun 1800an . Haji Zakaria memulakan langkah dan masuk ke dalam Masjid .

Selesai solat Bilal Isa merapati Haji Zakaria yang kusyuk berzikir .
“Assalammualaikum Haji Zakaria . Imam Syah pun beri kebenaran untuk Haji menumpang di Masjid ini ” kata Bilal
“Waalaikummussalam . Terima kasih saya ucapkan . Rasa tenang bila dapat jejakkan kaki ke Masjid ini ” kata Haji Zakaria .

“Haji bercadang mahu ke mana ? ” soal Bilal Isa
“Saya bercadang berjalan mencari ilmu dengan sesiapa yang sudi dan memberi pertolongan pada siapa yang mempunyai masalah . Ins sha Allah saya cuba membantu ” kata Haji Zakaria .

Bilal Isa terdiam seketika dan bangkit menuju ke arah Imam Syah . Nampak seperti membincangkan sesuatu dan riak wajah nampak seperti perkara penting . Bilal Isa kembali ke arah Haji Zakaria
“Kami mempunyai sedikit masalah berhampiran hutan tapi bukanlah di kampung ini , kampung sebelah ” kata Bilal Isa
“Oh masalah apa itu ? . Katakan saja ” kata Haji Zakaria
“Begini , pernah penduduk nampak Ular Sawa sebesar pokok jati dan tidak nampak hujung dan pangkal nya . Dan lembaga besar yang mengganggu setiap kali penduduk lalu di kawasan itu ” kata Bilal Isa dengan nada yang agak perlahan .

Mungkin takut di dengari jemaah lain fikir Haji Zakaria . Haji Zakaria tersenyum dan berkata
“Allah SWT membuka langkah saya hingga saya terdetik untuk berhenti disini . Maknanya Allah SWT mengatur langkah saya untuk membantu kalian . Saya sudi membantu , saya akan selesaikan tapi saya disini tidak lama mungkin 2 hari ” kata Haji Zakaria .
“Alhamdulilah . Baiklah , Haji boleh berehat dulu ” kata Bilal Isa .
Haji Zakaria meneruskan zikirnya . Bilal Isa bangkit dan terus balik ke rumah nya . Haji Zakaria berehat seketika apabila hari makin senja .

Malam itu sesudah isyak Bilal isa menemani Haji Zakaria pergi ke hutan yang di katakan petang tadi . Suasana hutan cukup sunyi sepi dipenuhi akar hutan . Mereka melangkah ke dalam hutan . Haji Zakaria turut ditemani oleh Imam Syah dan beberapa orang kampung . Cahaya obor menerangi hutan yang gelap . Haji Zakaria mengangkat tangannya tanda berhenti betul betul di hadapan pokok ara . Haji Zakaria membaca doa dan menyapu di wajah nya , siapa sangka Haji Zakaria mampu membuka hijab nya sendiri . Tapi kelibat yang di cari tidak di temui .

Haji Zakaria membaca ayat Al Quran (biarlah rahsia tak pasal pasal nampak pintu satu hal pulak hehe) kelihatan rimbun pokok berhampiran terbuka dan kelihatan satu rumah usang dan di tepi nya terlihat satu lembaga sama tinggi rumah itu mencangkung melihat mereka . Haji Zakaria tersenyum
di baca ayat al quran sambil bertempik Allah Maha Besar . Kelihatan makhluk itu terbang melayang umpama di hempas hempas .

“Kalian siapa ? . Berani mengganggu aku ? ” jerit makhluk itu kesakitan
“Kami hanya Hamba Allah SWT . Kenapa kamu mengganggu penduduk kampung . Mereka hanya melalui tidak mengganggu kamu ” jerit Imam Syah
Kalimah tiada kuasa melainkan Allah SWT bergema di setiap curuk hutan .
Tiba tiba semak samun bergoyang kuat . Semua mata tertumpu pada semak samun kecuali Haji Zakaria

“Hati Hati semua . Dia hadir untuk melindungi tuan nya ” kata Haji Zakaria .
Sesudah Haji Zakaria berkata pohon balak reput yang tumbang terbang sendiri ke arah mereka . Kesemua bertempiaran lari tapi Haji Zakaria tetap di situ , di angkat kedua belah tangan bertempik Allahuakbar . Pohon balak hancur berderai . Allah Maha Besar tinggi sekali ilmu Haji Zakaria kata Imam Syah dalam hati . Kelihatan makhluk itu terlepas dari Haji Zakaria apabila Haji Zakaria membantu yang lain . Makhluk itu ketawa

“Hahahaha itulah belaan ku , Masyriq hapuskan mereka ! ” jerit Makhluk itu
Kelihatan ular sebesar pokok balak menunjukkan rupa . Ular yang berbeza sama sekali dengan yang lain , di kepala nya mempunyai dua tanduk . Dan sesungut serta gigi yang tajam . Kelihatan mata nya memandang kami , merah saga matanya . Imam Syah tidak berdiam diri dan membaca ayat kursi serta ayat al quran untuk mengikat makhluk yang memberi arahan sebentar tadi . Ternyata Imam Syah bukan sebarangan orang . Haji Zakaria seolah olah berterima kasih atas tindakan Imam Syah dan memberi tumpuan pada Masyriq .

“Indah sekali rupa mu wahai ular . Tapi kenapa kamu bertuan kan makhluk itu sedangkan tuan kamu yang sebenar Allah SWT menanti kamu untuk bersujud pada nya” kata Haji Zakaria
“Siap Allah SWT ? . Aku tidak kenal . Makhluk itu yang menjaga ku dari kecil kerana ibu bapa ku m**i d*****h manusia seperti kamu ” kedengaran Ular itu berbicara .
“Tinggalkan Hutan ini . Dan usahlah kau mengganggu orang kampung ” kata Haji Zakaria
“Siapa ganggu siapa ? . Mereka merosakkan Hutan ini dengan berlaku tidak senonoh . Salahkah aku mengganggu mereka supaya tidak merosakkan hutan ini ” kata Ular itu .
“Sudikah kamu berdua memeluk islam dan aku berjanji mencari tempat yang sesuai untuk kamu ” kata Haji Zakaria menawar penjanjian .

“Aku tidak mahu ! ” kata ular itu
Selepas ular itu berkata tanpa di sangka ekor nya melibas ke arah Haji Zakaria . Dengan pantas Haji Zakaria mengelak umpama ikan berenang di air . Kau mencabar aku kata Haji Zakaria dalam hati . Surah Al Baqarah di laungkan di bibir Haji Zakaria . Ular dan Makhluk itu meraung . Haji Zakaria membaca surah yunus dan berkata

“Maka engkau kafir jika engkau bukan islam , kamu mengganggu penduduk kampung . Akan aku menghancurkan kamu dengan Izin Allah SWT ” kata Haji Zakaria
Baru sahaja Haji Zakaria habis berkata . Makhluk itu berkata
“Jangan Jangan kami mengaku kalah . Terangkanlah siapa tuhan kamu agar kami menjadi sehebat kamu” jerit mereka dalam kesakitan .

Haji Zakaria mengangkat tangan tanda memberhentikan bacaan kalimah tiada tuhan selain Allah SWT. Haji Zakaria menerangkan dengan terperinci , yang membuat Haji Zakaria sebak . Makhluk itu menangis dan berkata

“Islamkanlah kami dan berikanlah kami tempat yang sesuai agar kami dapat beramal seperti kalian ” kata mereka .
“Baik lah ucapkanlah Tiada Tuhan Selain Allah SWT , Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah SWT ” kata Haji Zakaria .

Secara tiba tiba Ular itu berubah menjadi seperti manusia bersifat fizikal umpama manusia termasuk makhluk itu . Menjadi lelaki dan ular menjadi wanita . Haji Zakaria tersenyum . Inilah kebahagiaan sebenar kamu bisik dalam hati Haji Zakaria .
“Kamu , aku izinkan menetap di sini . Jagalah tempat ini supaya tiada perkara tidak senonoh terjadi lagi . Akan ku minta sahabat ku membantu mu iaitu jin islam yang ku gelar Adam ” kata Haji Zakaria tenang .

Imam Syah agak terkejut dengan tindakan Haji Zakaria . Dan Haji Zakaria berkata
“Usah di khuatir Imam Syah . Mereka makhluk di ciptakan Allah SWT . Tempat mereka di ganggu , mereka juga punya hak . Ini tempat mereka , jika berniat untuk luaskan kawasan ini kearah kebaikan . Berbincanglah ” senyum Haji Zakaria

Imam Syah agak terkejut sampai kedalam hati nya mampu di baca Haji Zakaria katanya dalam hati .
“Baiklah Haji . Saya turut izinkan mereka menetap di sini untuk memelihara hutan ini dari segala maksiat ” kata Imam Syah
” Usah khuatir . Jika mereka berminat tinggalkan hutan ini . Mereka boleh tinggal di pulau tempat sahabat saya duduk sekarang ” sambung Haji Zakaria .

Haji Zakaria mendiamkan diri seolah bertafakur . Dan terlihat cahaya putih , penduduk kampung terkejut dan bersedia jika ada gangguan lain .
“Assalammualaikum Haji Zakaria , mereka ini kah sahabat baru kita ? ” Soal Adam
Melihat lembaga putih memberi salam . Penduduk kampung tersenyum
“Merekalah sahabat baru kita Adam . Nama mereka Muhammad dan Sumayyah aku berikan . Berbincang lah dahulu kalau mereka mahu ke pulau untuk menuntut ilmu bersama kamu ” kata Haji Zakaria

Setelah menunggu beberapa minit , Muhammad dan Sumayah bersetuju menetap di pulau untuk menuntut ilmu . Akan kembali setelah selesai belajar tentang islam dengan Adam .
“Allah SWT Maha Besar , mengirimkan mu wahai Haji Zakaria . Mengizinkan aku mengenal siapa tuhan ku” kata sumayah teresak tangis .
“Usahlah kamu berhenti dari memuji Allah SWT . Jadilah kamu islam yang sebenar ” kata Imam Syah tersenyum

Adam memimpin tangan mereka dan hilang berupa cahaya di langit . Haji Zakaria berkata
“Hutan ini sudah tiada gangguan tapi tidak mustahil wujud lagi gangguan jika maksiat berleluasa ” tegas Haji Zakaria .
“Kami akan pastikan , tiada lagi penduduk kampung melakukan perbuatan mungkar di hutan ini ” kata Imam Syah

Haji Zakaria berjalan menuju ke rumah usang terlihat tilam lama dan Alat pemujaan yang lain .
Haji Zakaria hanya mengeluh dan berkata
“Kalian bersihkanlah rumah ini . Dan jadikanlah tempat ini berbeza dari sekarang mulai hari ini ” kata Haji Zakaria .
Imam Syah dan Bilal bercadang membangunkan tempat itu kerana lokasi yang strategik .

Moral Of Story :
Ada jin yang suka kebersihan tidak semua suka kekotoran . Hutan itu luas terbentang , maksiat berleluasa maka makin banyak lah jin atau syaitan bertandang dan suka . Mereka juga Makhluk Allah SWT . Ada yang kenal siapa Allah SWT , ada juga yang tidak kenal . Dunia kita di kongsi bersama . Maka bila masuk tempat orang , hormati lah . Jangan ingat status kita sebagai manusia dah cukup hebat .

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Haji Zakaria – Muhammad & Sumayyah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.