Assalamualakum. Hi admin n peminat FS. Aku Tira, aku baru je follow FS ni. Bila terbaca kisah2 dalam ni buat aku tertarik nak cerita pengalaman aku jugak. Firstly, aku nak ucapkan terima kasih kat admin jika cerita aku ni diterima n di publish kan. Kisah ni ketika aku berumur 14 tahun (2008). Sekolah Menengah, form 2 (sesi petang). Macam biasalah setiap hari Rabu akan ada aktiviti kokurikulum kat sekolah. Tapi untuk murid form 2, aktiviti dibuat waktu pagi (7.30am).
Dipendekkan cerita, malam tu aku suruh mak aku kejutkan pukul 6.00am tapi tak sangka pulak mak aku kejutkan pukul 5.00am. Nak taknak aku kena bangun sbb takut terlewat, sekolah aku tu bukannya dekat. Lagipun aku naik basikal je ,so akan ambil masa 30 minit untuk smpai kesekolah.
Dalam keadaan mamai, aku capai tuala & terus menuju ke bilik air. Bilik air rumah aku tu terpisah dengan pintu sebab rumah tu separuh siap. Kiranya rumah depan je dah siap, rumah belakang masih dalam proses. So jalan nak ke bilik air tu cuma dinding batu bata yg belum diplaster, tanpa lantai simen& bumbung. Kebetulan bilik air tu tanpa pintu, aku rasa kalau momok intai boleh terjojol biji mata kot. Haha!
Aku mandi cuma bertemankan cahaya lilin je, sebab ayah aku malas nak sambung wayar lampu kebelakang (leceh katanya). Tengah syok mandi, lampu lilin tadi malap seperti ada orang hembus. Aku lihat sekeliling, tak pulak ada angin. Tapi rasa seperti ada mata yang memerhati, tanpa fikir panjang aku cepat2 habiskan mandi n terus masuk ke rumah.
Siap pakai baju & seluar, aku masuk ke bilik mak aku sebab nak cari cermin punya pasal. Mak aku tengah tidur, hampeh betul!! Pi tinggalkan aku sorang2 rupanya. Lampu pulak sengaja aku taknak on sbb takut ganggu mak n ayah aku nk tidur. Aku intai kat luar tingkap, cuaca masih gelap. Cuma bertemankan cahaya lampu luar, cermin tu betul2 sebelah tingkap, so aku pakai bedak dalam keadaan samar2.
Baru je nak calit bedak kat dahi, tangan aku tiba2 terhenti bila aku terdengar seperti orang berbisik panggil nama aku kat tepi tingkap ,”Tira……”(sayu je). Aku toleh ke tingkap tapi takde sapa2, bila aku nak pakai bedak suara tu panggil aku lagi, “Tira…Tira…tira….” (3 kali beb)! Tanpa toleh kanan kiri aku terus keluar dari bilik mak aku.
Aku duduk kat kerusi di ruang tamu. Suara siapa tadi? (bisik hati aku). Ah! Khayalan aku je kot. Nak sedapkan hati punya pasal aku malas nak fikir, aku terus pakai tudung tapi cuma guna cermin bedak je (hantam jela). Tiba2, aku terdengar bunyi geselan duit syiling or besi kat dinding (dinding papan) dari pintu depan ke pintu belakang. Macam pembunuh cari mangsa pon ada. Aku terdiam kaku bila pintu pula diketuk, nasib 2x je. Baru nak bangun lari ke bilik mak aku, bunyi macam bungkusan pula jatuh dari tingkap ke lantai kat luar pintu depan. Masa tu aku terus lari panggil mak aku. Bila tanya mak aku ada dengar bunyi2 apa tak. Mak aku cakap takde. Omg! Bunyi apa tadi tu.
Dalam keadaan beranikan diri, aku duduk balik kat ruang tamu sambil tunggu kawan aku (Nisa) datang sebab kiteorang dah janji nak pergi sekolah sama2. Bunyi tadi hilang entah kemana. Tiba2 “Tira! Tira! ” suara tu agak kasar. Bila aku intai kat tingkap rupa2 nya kawan aku (Nisa) dah sampai. Haha! Terkejut dibuatnya. Dalam perjalanan ke sekolah aku ceritakan kat kawan aku (Nisa) apa yang aku alami tadi. Dia ni pendengar yang setia bila aku cerita bab2 hantu. Haha.
Okeylah, itu sahaja kisah dari aku. Sampai sekarang aku masih tertanya2 hantu atau manusia? Walaupon macam tak seram, tapi cukup buat jantung aku dupdap n kisah ni masih segar kat ingatan aku sampai bila2 . Tq semua sudi membaca ?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Perasaan je kot tu hehe
BORINGGG
Cerita apa ni???
Adoi..
Bosan
Macam ni pun buley ka?? Aiyoooo.. Kemon lah
“Kebetulan bilik air tu tanpa pintu, aku rasa kalau momok intai boleh terjojol biji mata kot. Haha!”
Ko ni dh kenapa… hahaha… tkkan mandi ‘sehelai sepinggang’ jer kot.. anyway.. citer ko tk la truk sgt.. ok jer aku baca…
bolehlah
perasaan je tu