Assalamualikum admin dan semua pembaca fiksyen shasha . Nama aku alina . Aku nak ceritakan kisah seram aku di homestay kat kelantan . Maaf kalau agak panjang. Okay nak jadi kan cerita masa tu aku masih lagi pelajar di sebuah Ipta kat kelantan .
Masa ni kami ada satu program nak make over homestay kat satu pantai ni . So pagi2 lagi kami dah gerak ke homestay tu . Kira ramai la budak course aku . Course tourism . So sampai je kat jeti , kami semua naik bot ke destinasi yg dituju . Lepas sampai kami dikumpulkan dalam dewan untuk dibahagi bahagikan kumpulan dan keluarga angkat. Untuk pengetahuan rumah keluarga angkat tu lah yg kami akan make over dijadikan homestay .
Aku dgn sorg bestfren aku nama wani , dan dua org budak cina (aku tak igt nama diorg )diletak kan dalam satu kumpulan dan kami akan menginap di rumah family angkat kitorg . Habis je sesi suai kenal bersama family angkat kami pun berjalan lah beramai ramai ke rumah masing masing . So kami pun jalan la berempat dgn ayah angkat kami . Mak tinggal kat rumah tggu kami dtg .
Hari pertama takde ape ape masalah lagi . Kami start mengecat bilik dan membeli peralatan serta bahan yang diperlukan. Kisah seram mula terjadi masa malam kedua kami kat sana . Malam tu ada persembahan dikir barat kat dewan penduduk . So aku dgn wani ni pun berjalan laa berdua nak ke dewan . Rumah kami antara yg paling jauh ke belakang . Dgn bertemankan lampu handset kami berjalan menuju ke dewan . Masa tengah berjalan tu tiba tiba aku rasa ada angin sejuk menerpa kat muka aku secara tiba tiba . Tapi aku diamkan je sbb aku fikir cuma angin malam .
Dalam perjalan kami berjumpa dgn rakan rakan yg lain . Jadi kurang sikit rasa seram . Sampai je ke dewan kami lihat dikir barat sudah dimulakan. Tiha tiba sorg ahli dikir barat mengajak kami berdikir barat bersama . Aku pun apa lagi tanpa rasa malu terus mengajak rakan rakan ku turut serta . Tengah seronok bertepuk amai amai belalang kupu kupu . Tiba tiba aku terpandang sesuatu di belakang penonton . Aku nampak lembaga bewarna putih betul2 atas pokok dibelakang dewan . dia berselubung sampai ke kepala .(dewan tidak berdinding) tapi sbb aku jenis rilek je jadi aku buat buat tak nampak dan terus berdikir barat .
Selepas habis persembahan dlm pukul 1 pagi kami semua beansur balik . Aku ingatkan dah takde lagi gangguan . Masa berjalan balik beramai ramai tu aku terhidu bau busuk tp aku tak tegur sbb aku tgok yg lain mcm takde bau pun busuk tu . Semua nya bersembang . Jadi aku diamkan sampai la ke rumah . Disebabkan esok hari terakhir program make over jadi kami pun bersengkang mata mengecat dan menghabiskan kerja kami sampai lah pukul 3 pagi .
Lepas habis kerja wani pun ambil gambar banyak2 utk dijadikan perbezaan sebelum dan selepas make over . Selepas habis kami pun masuk tidur . Aku tidur sebilik dgn wani dan adik angkat kami nama tira (bukan nama sebenar) aku tidur hujung sekali berdekatan dgn pintu . Pintu tak berpintu cuma berlangsir . Tgah sedap2 tidur tiba tiba aku rasakan ada sesuatu membelai muka aku . Aku terjaga rupa rupanya kain langsir yg ada dipintu tu ditiup angin terkena muka aku . Cisss . Lalu aku sambung tidur .
Keesokannya selepas habis program kami semua berangkat pulang ke kolej masing2 . Aku duduk di rumah sewa aku sekali dgn wani . Dah sampai dirumah aku minta wani transfer gambar gambar yg diambil malam tu ke dalam laptop .
Tiba tiba wani menjerit . Weh ayie ! (Nama manja aku ) ni cuba hang tgok ni sapa dia ni dok depan pintu muka kala hijau beselubung putih (wani org utagha . Kedah maju 2016 ) aku dah terkejut . Lalu kami seisi rumah melihat gambar tersebut . Jelas terpampang seekor lembaga berselubung putih memandang ke arah kamera dgn muka yg sdg marah berdiri dibelakang aku .
Maybe die marah laa kot kami bising lagi dah pukul 3 pagi dia nak tidur trganggu . Dah la masa tu malam mmg ketakutan laa kami seisi rumah takut hantu selubung tu ikut balik . Tp Alhamdulliah takde pape jadi lepas tu . Ah btw homestay kami menang no 1 baq ang . dan satu lagi aku tak pernah cerita yg aku nampak lembaga atas pokok tu, bau busuk dan angin sejuk tu pada siapa siapa sampai laa aku cerita kat korg ni . Hahaha K salam
P/s : aku masih simpan lg gambar tersebut . Klau nak nanti ak pm admin
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Nk tngk gambar pleasee…
Nak tgk jugaaakkk…
Heheheheehe…
nak tgk…
bak mai email kat [email protected]
antarlah kat sni..nk tgk
Nk gambaq…kedah maju 2016
nk tgk, pleaseeeeeeeee
wei…takut siot…tapi nak tengok…hahahaha
Nakkk . Hantar lah
Nak tgk gambar..nak nak nak nakkkk
NK TGK..! EMAIL KAN BOLEYH? [email protected]
ibu saya cakap kalau tertangkap ‘gambar’ macamtu kena terus delete dan tak boleh share ramai2. wallahualam..
pm
Tahniah menang no satu…haha
mane gambar nak tgk
alaa…nak tgk gambar tuu..T_T
Htr gmbr ke email di bwh meh nk tgk. Kalau xde gmbr, kira bohong.
[email protected]