Hantu Di Bulan Puasa

#SeramRamadhan

Assalamualaikum admin fs dan pembaca semua. Thanks admin kalau cerita aku ni berjaya di post kan. Aku tertarik nak kongsi pengalaman aku di ‘jengah’ semasa bulan ramadhan. Pelik dan biar betul kan? Selalunya orang cakap bulan puasa takde hantu, takde setan. But yes! Kisah aku ni sejujurnya berlaku pada bulan puasa tahun 2016.

Pada tahun tersebut, aku habis study di sebuah university di Johor dan akan sambung latihan industri dalam bulan ogos. Aku ada masa cuti dalam 4 bulan, jadi aku decide untuk follow projek kat sebuah kilang di bukit rambai, melaka. Reason aku join projek ni adalah untuk cari pengalaman kerja disertai dengan kawan sekelas aku, yang aku namakan tom.

Ceritanya begini, sesampainya di kilang tu, aku agak terkejut yang kami tak disediakan bilik sewa seperti yg disembangkan sebelum sampai. Rupa-rupanya, kami akan tinggal dalam office kilang lama. Office tu dekat tingkat dua. Kerja aku time tu adalah, buat improvement project proposal untuk company tu pindah dari kilang lama ke kilang lain (kilang yang aku bakal stay).

Jadi, berpulunlah kami berdua angkat tilam bantal serta kemas bilik tersebut. Bilik tu memang tersangat kotor, berhabuk, banyak serangga tapi yang untungnya bilik tu ade aircond. So tu pun kira cukup bagus la. So dipendekkan cerita, malam tu aku susah sangat nak tidur. Aku memang ada masalah nak tidur kat tempat baru. Jadi itu normal bagi aku. Dalam pukul 2 tu aku tengok tom dah nyenyak dah tido. Jeles betul aku dgn orang yang mudah je lelap mata ni.

Kawasan kilang ni dah la sunyi sepi, gelap nak mampos. Bilik office ni takde langsir pulak. Jadi terdedah la dari luar untuk cahaya masuk ke or untuk orang tengok dari luar. Buatnya lagi susah la aku nak tido, esok nye nak bangun sahur lagi. So, ceritanya, aku berjaya jugak tidur last2. Then, aku terbangun dalam pukul 3.30 pagi. Untuk pengetahuan pembaca, kami tido kaki mengadap ke tingkap. Jadi, masa aku terbangun tu, aku automatic terpandang tingkap tu la. Then dalam keadaan mamai, mata aku terpaku tengok ada perempuan bertudung kat luar tingkap tu.

Time tu aku mamai, so aku macam tak rase pape sangat. Then, dia tengok aku, aku tengok dia. Dia tenung je aku. Sampai aku tersentak dalam hati “eh, ni tingkat dua, bende apa kat luar ni”. Ahhhhhh sudah, terus aku jadi cuak gila. And then, perempuan tu toleh ke kanan, and terus berjalan berlalu pergi. Hilang terus macam tu ja. Dia tak kacau pun. Dia just tengok and blah. Pehhhhhhh, aku melompat dari tilam cari suis lampu and terus kejut tom. Tapi mangkuk hayun ni chill je boleh cakap tu guard. Guard otak dia, berjalan kat luar tingkat dua kot. Haha.

Keesokannya, aku pun call mak aku and cerita hal ni. Mak aku jawab dengan gaya bersahaja, “tu jin lah tu dia saje nak tengok sape kawan baru dia kat sini, nak kenal2 jugak, sebelum ni kosong je takde penghuni”. Pokoknya, pengalaman ni menyedarkan aku bahawa rupanya bulan puasa pun ada makhluk2 selain manusia ni. Ingatkan semua kena ikat.

Itu sahaja lah cerita aku, cerita ini benar, tiada tokok tambah. Maaf kalau kurang seram.

Sekian, salam dan selamat berpuasa.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

7 thoughts on “Hantu Di Bulan Puasa”

  1. Aku tahu cerita ni dah 3 tahun. Aku cari sebab ada orang kampung aku nampak benda gituw. Tergerak la hati nak cari, betul ke ada hantu bulan puasa ni. Rupanya baru tahu. Apapun cerita awak lawak la.

    Reply
      • Bukan jin nafsu, tp iblis yg ke dia menggoda hawa nafsu dgn iman kita..
        Jin Islam ke, jin kafir ke x de kena tambat pun.
        Jadi sape2 yg masih berperangai x senonoh tu bukanlah sb kalah dgn godaan iblis, tp iman dia tu x ada dlm diri.

        Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.