Hantu Karipap

Assalammualaikum …

Ini bukanlah pengalaman aku tapi pengalaman anak buah aku yang masuk matrik waktu tu. Waktu tu juga aku tinggal disalah sebuah kampung di daerah Kuala Pilah. Aku bekerja diperpustakaan antara sebab kenapa anak buah aku yang satu ni rapat sangat dengan aku ahahhahaa. Satu hari aku bertanyakan hal mengapa dia cuti dan demam agak lama. Dia ceritakan pada aku tentang ‘Hantu Karipap’

Hantu nie memang agak famous dikalangan bebudak matrix. Kampus lain aku tak tau lar. Dan malangnya anak buah aku adalah salah seorang mangsa sakatan hantu yang suka buat salesnya pada manusia nie.

Ceritanya begini.

Pada satu cuti pendek tu anak buah aku tak balik ke rumah walapun jarak rumahnya dengan matrik tu tak sampai pun 30minit naik moto dengan gaya romantik. Dia memang kena tinggal dihostel mengikut prosedur. Dia tinggal lagi nak menyalin jea assigmentnya sebab semua maklumat dah siap dan lengkap. Lagipun roomate nya yg semuanya dari luar negeri tak balik. Dia seorang jea yang tekun buat assigment tapi yang lain semua sibuk buat hal masing masing sambil temankan anak buah aku. Mereka sebilik ada 4 orang.

Oleh kerana aku tak ingat nama mereka melainkan anak buah aku so aku letak jea nama mereka ikut sedap tekak aku lar. Acun (anak buah aku) sedang sibuk menyiapkan assigment dimeja tulis yang mengadap rapat tingkap bilik seorang rakan disebelahnya (liza) sedang syok membaca novel. Dua lagi (ayu dan nina) tergolek atas katil doubledecker masing masing. Cermin tingkap nako dibilik hostel mereka terbuka luas yang membuat angin sejuk jam 3pagi masuk dengan jemputan kipas syiling berputar laju. Kaedah untuk mendapatkan rasa penghawa dingin secara percuma. Bilik hostel mereka nie terletak ditingkat 3 maka anginnya boleh tahan pada jam sebegitu. Sedang semua leka dengan urusan masing masing tiba tiba datang satu makcik menegur mereka.

HK (hantu karipap) : Tak tidur lagi nak, dah lewat nie.
Acun : tengah banyak assigment lar makcik. (Menjawab tapi matanya tak lepas menaip dilaptop)
HK : Anak lapar?? Makcik ada jual karipap.
Acun : Saya dah kenyang makcik. Tadi dah dua kali makan. Jap saya tanya kawan kawan saya.
Acun mengalih perhatian ke liza dan bertanya : ko nak beli karipap tak liza??
Liza yang mula nak menjawab pertanyaan Acun tetiba terhenti perkataannya macam tercekik biji durian. Mukanya tiba tiba pucat dan terkejut bila pandang ke tingkap. Acun menoleh ke arah kawan2 nya kat atas katil tapi ternyata kenkawannya yang berdua tu dah berpelukan sesama sendiri. Mereka cuma mengeleng ngeleng jea sambil muka menahan tangis.

Acun menoleh semula ke tingkap baru saja menatap muka makcik tu kemudian berkata : Maaflah makcik. Kami semua semua dah kenyang. Kami tak makan larut malam makcik. Jaga badan hihihihihi.
HK : Takpe lah nak. Jangan tidur lewat sangat yea.

Kemudian perlahan lahan berlalu, menjauh atau mungkin lebih tepat terbang pergi.
Selang 15 saat liza menutup tingkap dengan ganas dan pantas. Menarik langsir. Dua roomatenya yang di atas katil melompat turun. Mereka berpelukan berempat. Paksa Acun tido dan menamatkan kerjanya. Acun hanya akur.

Esoknya mereka berkemas balik kampung wlpn hanya berbaki sehari semalam. Sampai dikampung baru mereka buka cerita.

Liza : ko tak perasan ke semalam acun
Acun : perasan ape??
Ayu : makcik jual karipap semalam lar
Nina : aku dari awal nampak dia datang dah aku naik katil ayu. Suara aku tak klua nak bagitau kau dek takut.
Acun : (ketawa) Orang jual karipap pun ko nak takut ahahahhaha
Liza : ko yakin ke tu orang bai (sambil melepuk kepala acun.)
Acun : abis tak orang apa pulak
Ayu : otak ko nie dah senget agaknya. Mana ada orang jual karipap sambil bawa bakul macam tu pukul3 pagi???
Liza : cara dia berpakaian pun aku dah seram. Tak dibuat orang zaman sekarang berkerudung dengan kain batik macam tu.
Ayu : hah !! Betul. Nasib baik mukanya aku tak nampak
Acun : aku nampak mukanya. Tapi macam muka makcik makcik biasa jea aku tengok. Tapi bila teringat balik senyumannya pun memang seram.
Nina : itu kurang .. yang buatkan aku seram dari awal. Makcik tu tegur kita melalui tingkap bilik. Korang tak perasan ke?? Bilik kita kat tingkat 3. Belakang tu rata jea mana ada koridor!!! Makcik tu terapung apung ko tau. Masa pergi pun dia macam terbang jea.

Masa nie Acun dah terkedu dan terbayang bayang muka makcik tu. Demam dia dua tiga hari disebabkan hal tu. Aku yang mendengar kisahnya ketawa jea tapi bila teringat kisah dia pada jam 3 pagi agak seram juga perasaan.. huhuhuhuuu

26 thoughts on “Hantu Karipap”

    • Nak kata pengalaman yang oii .. ini pengalaman anak buah sendiri. Mungkin pengalaman yang sama dari jin yang sama mengapa bayar lebih kikikikikiii .. rilek ar. Lenkali kalau ader ke Matrik Senaling beringat ar .. makcik karipap tu ader juga meniaga di situ malam2 ahahhahaa

      Reply
  1. Hantu karipap ni femes kat malaysia ni…tiap2 negeri ada citer makcik karipap ni..sama la ngan pak guard tegur kot tingkap…ada orang kena ngan makcik karipap…aku kena ngan guard huhuhuhu…sama je situasi…yg pelik geng student je kerap kena..nasib badan..

    Reply
  2. weyh the legendary ni HK memang popular, tpi sejak famous dia tak mai jual karipap dah dia part time wrestler suka “tindih” org..jual top up,jual rokok kah! sebab aku dulu duk asrama macam2 weyh jadi hahahah

    Reply
    • Tine duduk hostel ahahahaa. Ada urban legend tentang ‘nina bobo’ pernah dengar??? Kalau susah nak tido, lampu semua dah tutup sorang sorang baring dalam gelap yang lain dah tido. Nanti terdengar sayup2 pompuan nyanyi “ina bobo oooo nina bobo, klu tidak bobo nanti digigit nyamuk” sayup sayup jea nyanyi mendodoi anda atau ada suara pompuan menyakat “katil 1 dah tido, katil 2 dah tido, katil 3 dah lena… katil 4 pura pura tidur yea … hihihihihihiiii” dan akan menyakat anda, dia akan menemani anda ..pernah dengar?? Sy tak pernah kena sebab tu tak cerita nie

      Reply
      • wehhh ckp psl nina bobo ni aku teringat lahh satu kisah (tapi tak seram)..
        haritu skali aku nak balik kampung.. tgh2 highway lpt2, waktu agak2 almost midnight, siaran radio pun tu satu je yg dpt.. tiba2 keluar lagu nina bobo tu..

        tbh tu 1st time aku dgr lagu tu so tak tau anything psl kisah “urban legend” tu.. so aku gelak2 je la dlm kereta sbb lagu dia klasik habis (mmg radio klasik nasional pun).. dok kerut2 dahi amende lagu ni dia ckp apa? siap google lirik (dpt la tangkap sebaris so type la kat google) lepas tu sambung gelak sbb rasa lirik dia kelakar (waktu ni baru tau tajuk lagu tu ‘nina bobo’)..

        dah tu gatal tgn gi google lg sekali this time search terus tajuk tu kononnya nk tgk la lagu zaman bila and kisah sbb aku ni jenis yg tau je lagu from 60s pun (yg top2 la) but yg tu mmg taktau langsung! hambikkk kau weh terus meremang terdiam aku dlm kereta tak mampu toleh keluar pun takut muncul apa2.. terasa darah naik ke kepala ‘zupppp’ pegi dia..

        Reply
          • haa try la google.. lagu indonesia rasanya.. siap ada movie seram dibuat based on lagu tu.. terasa bodoh kejap gi google tengah2 gelap gelita tengah2 malam pulak lagi.. aduiiii syukur tak jadi apa2.. takuttt

        • mlm mak paka aku suke pasang lg ni akan berkumandang sblm pkl 12 or tept pkl 12..hari2 we.so ari2 aku ckp kat mak pak aku.ni lg hantu tp dieorg ckp xla ni lagu lame.memandai je lg hantu..rupanya dr dieorg muda lagu tu dh ade..haha..

          Reply
      • yep yang ni “katil 1 dah tido, katil 2 dah tido, katil 3 dah lena… katil 4 pura pura tidur yea … hihihihihihiiii” memang ada dengar hahah bnyk da kisah2 urban legend asrama ni..yang jual burger mlm2 kat hostel pon ada,pasal roomate bukan manusia pon ada dats y time aku study dulu sampai kitaorang siap buat ‘ayat code’ contoh bila selisih dgn budak hostel malam tegur cakap prkataan code tu faham kan? hahah

        Reply
  3. nasib baik die tnye nk bli karipap ke x…klu tnye’awak da tau ke?’mmg sebijik cm cite kwn kakak sy time diorng tnggl kt asrama dlu…bkn setakat sibijik,dua tiga bijik pn ttp sme…

    Reply
  4. Kisah ni byk sy dgr dri fiksyen2 lain….mmg betul2 real erk pasal HK ni…uishhh..tkut pulak aq…berhati2 laa yg mne student yg blaja kat mne2 tu dri berjumpa ngan HK ni…

    Reply
  5. Any story about this hantu karipap? Anak Brunei. Hehe we don’t have this kind of ghost so I’m kinda interested to know mcm MNA boleh jadi hantu karipap?.

    Reply
  6. Wujud rupenye hantu mkck karipap ni . Ingtkn dlu kumpulan balas raja lawak tu sje2 buat lawak cipta karakter hantu ni hihi . Rupenye wujud , seram plk rse

    Reply
  7. Pernah terjadi di sebuah politeknik P***A makcik jual karipap tengah malam dekat Kamsis Politeknik dan dalam karipap pnuh ulat2 , ada jugak yang kne pukau beli msker muka 30sen jadi rm150

    Reply

Leave a Comment