Hantu Kimono

Assalamualaikum , terima kasih kat FS publish cerita aku yang tak berapa seram. Ini adalah pengalaman aku sendiri yang pernah aku lalui. So cekidout..

Aku dapat merasa kehadiran mereka tapi aku jarang melihat mereka-mereka ni. Dulu aku bekerja di syarikat jepun. Time tu ada event , aku duduk rilek dalam bilik berehat belakang hall kecik. Time tu bakal ada fashion show dalam 2 3 hari lg. Time tu selepas waktu isyak , tengah aku duk layan aircond and kerusi empuk, kesejukan aircond tu len macam skit. Tetiba kau macam pergi everest sana. Hahahaa.

Aku dapat rasakan yang benda tu ada, terus aku capai fon buat bodoh ja. Kau bayangkan. Kau berhadapan dengan cermin make up sebelah cermin tu ada pintu keluar, so kau pandang arah mana pon akan nampak depan belakang setiap bucu kat bilik salinan tu. Time tu aku langsung tanak pandang mana pon, aku just hadap fon aku. Dan seperti biasa hujung mata kita akan nampak. Dan apa aku nampak susuk perempuan berdiri berpakaian kimono berambut panjang macam patung jepon yang berhantu tu. Waktu tu aku dapat rasa angin menerpa muka aku.. Perhhh aku sorang je dalam tu. Depan pon xda orang.

Aku terus doa minta2 la benda tu belah cecepat and ada orang lain masuk. Sebab mata aku gatal and curiousity tu mencanak, aku pergi la tengok benda alah tu. Dan dia tak tunjuk muka, just tutup muka dgn rambut. Kaki memang x nampak lansung la. Macam berkabus tetiba pon ada. Aku jadi panik, dah mengucap, baca ayat kursi , semua bagai. Minta2 tak jadi sadako ke kyoko ke kitaro ke, jd luffy gear third ke. Aku nak keluar, betul2 la pulak dia di depan pintu.

Alahai macam nak terkencing pun ada time tu. Aku mcm kaku tak gerak, mata langsung tak berkedip. Dan Alhamdulillah dia tunjuk pailang dia dengan menembus pintu bilik tu, kiranya nak show off power dia la tu. Lepas aku tersedar dari kaku bagaikan kena stun dalam beberapa saat, aku cecepat keluar cari member aku yang ada kat luar hall.

Dan selepas kejadian tersebut , aku takda bagitahu sesiapa apa yang aku nampak. Takut model2 untuk tukar baju ke tanak masuk bilik tu. Hahahaha. Keesokan harinya, event show pun bermula dari pagi sampai la ke petang. Selesai ja event tu, hall pun cepat-cepat dikemaskan sebab ada orang nak pakai untuk event lain pulak. Masa mengemas tu, ada la sorang cleaner terjumpa tali merah macam kalung pon ada. Cleaner tu tanya milik sesiapa ke, tapi takda sorang pun yang mengaku.

Then pihak security ambik simpan. Dan masa tu ada la sorang staff ni pergi la toilet lepas waktu maghrib. Dia pun ternampak ada awek jepon, dan dia  pun fikir mungkin staff department lain kot. Tapi tu benda duk tunduk muka ja, siap sikat rambut. Dan biasalah staff-staff event ni jenis mesra alam pergi tegur benda tu.

Benda tu pon pusing menghadap pintu toilet dan tembus pintu tu . Mana la staff tu tak pengsan dan meracau masa sedar. Lepas staff tu meracau, kecoh la semua department. Time tu la baru aku pon bukak cerita dengan bos aku. Aku cerita la yang aku pon ternampak benda tu betul-betul dalam bilik rehat hall tu. Lepas ja dari kes staff tu, pihak security pulak kena ganggu dengan entiti. Hahahaha dengar-dengar smpai terkucil dibuatnya.

Akhir sekali, punca “benda” tu muncul, sebab nak bagi fashion show tu tak berjalan lancar dan dihantar sebab iri hati. Rupa-rupanya “benda” tu seorang pelajar sekolah b***h diri manakala “benda” yang aku nampak tu adalah penjaga syarikat tu. Kiranya dorang berlawan kot entah la macam cerita hantu jepon baru tu sadako vs kyoko. Ahaha tapi tu adalah first time aku nampak hantu jepon berkimono. Memang terbayang terus hantu-hantu macam Ju On tu. Sekian cerita aku. Banyak lagi cerita aku nampak and aku rasa lain kali aku cerita lg. Thankisss..

Ida

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Hantu Kimono”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.