Hantu Raya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada admin dan semua peminat Fiksyen Shasha. Terima kasih admin kalau sudi siarkan cerita aku. Nama aku dekly, umur 20tahun. Aku lelaki tau.. Ni kisah sepupu aku yang terima hantu raya melalui pakaian dari seseorang. Kisah ni jadi 2 bulan lepas hingga lah hari ini. Sepupu aku ni aku panggil dikma, darjah 6. Maaf ya, Aku terpaksa skip sebab aku pun baru tau raya pertama.

Sepupu aku ni dia duduk dengan tokwan aku. Rumah tokwan aku ni dikelilingi pokok kelapa sawit, senang cita hutan lah. Petang Raya tu aku balik kampung macam biasa lah. Selalunya kalau aku sampai rumah tokwan mesti dia akan keluar sambut aku. Sepupu aku yang lain semua keluar sambut aku macam biasa. Aku tak perasan lagi yang dikma takdak pun masa aku sampai tu. Lepas salam beraya dengan pak/mak menakan semua, aku pun duduk lah menyembang kat depan rumah dengan sepupu aku.

Malam tu baru aku perasan yang aku tak nampak langsung dikma sejak aku sampai siang tadi. Aku angkat barang semua nak masuk bilik depan (bilik tetamu). Tapi pintu bilik tu kunci, aku pikir ada sapa sapa tengah salin baju lah kat dalam. Aku pun letak la beg aku kat ruang tamu tu dulu sambil tengok tv. Aku rasa sejam jugak aku ralit dok tengok tv tu. Aku pun buka la pintu bilik tu tapi kunci lagi. Aku dah rasa pelik sebab sapa yang masuk bilik tu memang jarang nak kunci bilik, kecuali nak tukar baju atau solat kadang baru kunci. Bila aku tanya ada siapa dalam takda yang jawab pulak. Aku ketuk pintu banyak kali sampai lah dia buka pintu tu. Pastu aku tengok ada dikma duduk dalam bilik tu sorang sorang. Aku tengok muka dia hitam weh, muka memang nampak sangat pucat. Aku pun angkat lah barang masuk bilik tu pastu dikma terus keluar dari bilik tu langsung tak cakap dengan aku. Raya kedua pun sama, dia tak bercakap ngan orang. Dia selalu masuk bilik depan tu duduk sorang sorang dalam tu kunci pintu.

Lepastu aku tanya lah chu (mak dikma) kenapa dengan dikma tu macam tak sihat ja. Pastu baru lah chu cerita yang dikma nampak pelik sangat, jarang bercakap kalau cakap pun dia cuma mengadu kata sakit ja. Hidup dia murung ja, kalau kita tengok dia pun nampak macam dia takut sesuatu. Lepastu chu cerita lah lagi yang dikma dah kena buang sekolah sebab takpi nak dekat 2 bulan dah. muka dikma nampak pucat teruk sebab tak cukup tidur, chu kata dia selalu duduk dalam bilik tu ja siang malam dia duduk dalam bilik tu.

Lepastu 2 hari lepas chu call ustaz suruh mai rumah untuk berubat dikma. Waktu nak berubat tu dikma takmau cakap langsung. Ustaz tanya semua dia takmau jawab. Bila dikma takmau cakap, ustaz tu berkeras sikit lah dengan dia. Ustaz tu suruh dikma panggil dia masuk dalam badan tapi dikma takmau panggil. Puas paksa jugak pastu dikma cakap benda tu ada belakang pintu bilik depan. Ustaz tu suruh dikma panggil benda tu masuk dalam badan dikma, bila dah masuk dalam badan… Ustaz tu tanya macam macam kat benda tu, mai dari mana la, sapa hantar la. Lepas ustaz tu buang benda tu, muka dikma nampak ceria. Tak nampak hitam, pucat macam sebelum ni… Pastu ustaz tu suruh tabur garam keliling rumah selama 3 malam.

Malam first nak tabur tu masing masing pakat ikut tokwan tabur garam. Lepas maghrib tu dah start tabur dah keliling rumah, dalam rumah. Habis tabur garam semua tu tokwan ajak baca yassin ramai ramai. Dah setel baca yassin malam tu semua masuk bilik tidur macam biasa. Abang paiz kena tidur bilik tu sebab tokwan yang suruh dia tidur. Dia pun ya kan ja la dah tokwan yang suruh kan.. Lebih kurang pukul 2 pagi bunyi ada benda lompat atas bumbung, lepas dia main lompat lompat tu.. Dengar bunyi benda tu jalan atas bumbung. Yang lompat tu bunyi memang kuat sangat sampai semua orang bangun. Bunyi tu datang dari depan rumah, bukan sekali tau dia lompat.

Bunyi tu 2 kali macam dia hentak hentak kaki. Semua dah takut takut dah dengar bunyi tu, sebab depan rumah memang takda pokok nyiur or durian ka apa ka. So nak pikir benda baik baik pun dah tak boleh sebab takda pokok yang berbuah besar besar depan rumah. Hahahaha.. Semua decide takmau keluar bilik, masing masing dah takut. Abang paiz ngendap kot tingkap bilik tu tengok depan rumah takdak orang langsung. Semua nak tidur balik dah tak boleh sebab takut sangat. Abang paiz buat taktau ja sambil main phone, pastu pukul 4 pagi abang paiz perasan lampu bilik tokwan menyala. Pastu abang paiz keluar bilik tu pi panggil tokwan, tokwan keluar bilik pastu terus cakap “tadi tokwan yang keluar pi tandas”. Kononnya nak sedap hati lah.. Hahaha. Abang paiz pun ok kan ja lah.

Pastu dah cerah tu semua pakat berkumpul kat ruang tamu. Tokwan pun tanya lah sapa ada dengar bunyi tengah pagi tadi.. Semua cakap dengar, tapi tak berani nak keluar bilik. Dikma pun dah mula cerita yang dia nampak kawan dia tu macam gorilla, kawan dia tu berbulu hitam pastu mata dia merah. Dikma bagitau lagi yang malam raya kedua tu dia nampak ruang tamu tu penuh dengan darah, dikma kata ada benda dok merangkak kat ruang tamu.. Muka dia penuh dengan darah. Pastu tokwan pulak bagitau dok bau asap rokok tiap kali subuh. Dalam rumah tu memang takda sapa yang hisap rokok, kecuali kalau kami balik kampung tu bau asap rokok kami lah. Tapi time kami takdak di kampung pun tiap kali subuh tokwan kata mesti bau asap rokok. 2 minggu lepas satu rumah bau bangkai, busuk macam bau mayat.

3 hari gak bau busuk tu dok cari keliling rumah, last jumpa jugak ada satu plastik warna hitam. Plastik tu kecik ja, tak la nampak kembung mana pun plastik tu. Pastu paksu ambik cangkul angkat benda tu pi buang jauh jauh. Alhamdulillah Bau tu hilang. plastik tu duduk betul betul dalam kawasan rumah tepi parit depan rumah. Sampai sekarang taktau plastik tu berisi apa.

Dulu masa tahun 2014 centu lah. Aku tengah mandi, bilik air rumah tokwan aku tu penjuru rumah dekat belakang. Bilik air tu kalau paras muka nampak luar sebab tokwan memang tak naik tembok tutup, tokwan buat jaring supaya angin dapat masuk. Kalau tengok lusr tu memang hutan kelapa sawit ja lah.. Masa tu dalam pukul 11 malam aku tengah mandi, aku dah rasa tak sedap hati dah. Mata aku pulak jenis suka dok tengok merata, padahal hati ni dok takut tak sangga dah. Sekali aku tengok luar jaring tu mak aiii aku nampak pocong! Rupa dia muka arwah kawan aku.. Kebetulan kawan aku baru meninggal kelmarin (2014).

Aku dan capai boxer ja, tak sempat dah weh nak pakai boxer terus aku lari keluar dari tandas lari masuk bilik depan. Cousin aku tengah tengok tv ramai ramai, semua diam tengok aku lari masuk bilik. HAHAHAHSHSHSJJAKSHA tu benda paling aku tak boleh lupa weh. Tapi aku tutup lah guna boxer.. Aku tak pikir malu dah, masa tu memang aku lari macam acara 100m terus masuk bilik. Pastu ibu aku masuk bilik tanya kenapa semua, pastu aku cerita lah aku nampak arwah kawan aku yang meninggal kelmarin tu. Lahai aku boleh menangis pulak celah tu sebab first time nampak pocong. Tu lah pengalaman aku sendiri. Sekian…

Mintak maaf kalau cerita aku ni tak berapa nak seram. Tapi aku nak pesan satu.. Kalau ada orang yang kita tak kenal nak bagi barang kat kita, tak kisah la barang tu dalam bentuk apa. Kalau orang tu bagi barang free ja, jangan la kita mudah ambik. Kalau kita terima barang yang orang tu bagi bermakna kita terima benda tu la. Lepasni hati hati lah kalau nak terima barang dari someone. Lagi lagi orang tu kita tak kenal, jangan la mudah kita terima. Sepupu aku ni terima melalui baju.. Dia tau baju tu siapa yang bagi, tapi dia takmau bagitau sapa yang bagi baju tu. Alhamdulillah harini dia dah nampak ceria, dia sembang macam biasa, sekolah pun dia bagitau dia nakpi balik. Sekali lagi maaf ya kalau kisah ni tak berapa nak seram. Thank You admin…

Boleh follow twitter saya kalau suka thread seram seram atau dunia ghaib.

Loading...

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *