Assalamualaikum & salam sejahtera semua warga FS. Saya Amar yang tulis cerita Penunggu Rumah & Pocong Di Rumah Sewa. Skang nak cite plak satu kisah yang member pernah kena & kisah yang aku sendiri pernah kena. Tapi yang ni lain dari lain, hantu ni dah advance. Pandai main gadget. Hahaha.. Hantu pon ikut peredaran zaman ok. Jangan main2. Hahaha.. Rasanya elok kasi tajuk entry kali ni sebagai Hantu Moden. Kikiki… K. Start first story.
1. Waze
Rasanya zaman sekarang ni ramai yang ada handphone (hp) pintar sama ada guna peranti android, microsoft atau ios. Tak tau la teman pasal gadget2 ni. Teman pon bukan nye trandy sgt pon. Zaman skang hp pintar ni dah murah. Jadi kalau korang ada hp pintar, mesti tau apa tu waze kan? Bagi yang tak tau, waze ni application utk guide korang dr satu tempat ke satu tempat berserta dgn map jalan.
Sama jugak mcm google map dan seangkatan dgn nya. Nak dibuat cerita, member aku ni Azman (bukan nama sebenar) baru je balik dr kenduri kawin member dekat mana aku takmau cerita.
Takut nanti korang takut plak especially mereka yang bekerja di kawasan tersebut. Azman dia datang dr jauh & menginap di rumah tumpangan/hotel. Azman ni g kenduri kawin & balik lewat. Lepas balik dr kenduri kawin tu dia g lepak plak ngan member2. Ye la, dia bukan selalu dtg kat kawasan tu.
Jadi azman tak lepaskan peluang utk lepak2 dengan member2 bujang terlajak beliau. Perangai c azman ni dari dulu lagi, azman betul2 terlalu bergantung kepada apps waze ni utk kemana2 saja pun. Jadi beliau pun guna waze masa gerak nak balik ke tempat dia menginap/hotel. Jadi, sebabkan azman sewa bilik sorang2, dia pon balik la sorang2 dgn memandu kereta beliau.
Sebelum azman bertolak, mcm biasa dia pon taip lah nama hotel yang dia menginap tu & start engine & mulakan perjalanan. Masa tu dah lewat malam, dekat jam 12 mcm tu. Kalau korang biasa pakai waze ni, korang mesti perasan akan ada suara yang akan ckp “turn left, turn right” yang akan bimbing korang ke destinasi.
Korang boleh la setup nak suara lelaki ke, perempuan ke. Yang update terbaru boleh set suara artis. Wow.. Aku skang pakai suara Yuna sebab klakar. Hahaha.. Ops.. Out of topic. K, sambung balik. Jadi c azman ni guna la suara perempuan yang defult. Xsilap setting dia nama Jane tu. Dia pun follow la kemana saja waze tu bawak dia.
Dalam perjalanan azman ni yg sememangnya sejak dr azali seorang yg pelik, tiba2 azman berasa semakin pelik. Sebabnya, masa dia dtg ke tempat kenduri tu, jalan dia gunakan adalah jalan yang cantik, lebar & banyak lampu jalan. Tapi tiba nak balik guna jalan yang gelap dan daif serta menakutkan. Tapi kalau anda biasa gunakan waze, mmg biasa sangat waze akan bwk kita ke jalan yang kita tak jangka. Sebab, kadang2 jalan yang waze bawa merupakan jalan “short cut”. Jadi, azman ni walaupun dia agak kecut perut dgn jalan yang dibawa oleh cik waze tu, dia tetap percaya dgn waze tersebut akan bimbing beliau ke destinasi beliau. Jangkaan beliau meleset sama sekali.
Setelah hampir 30 minit mengikut cik waze tersebut. Image macho azman berubah apabila waze beliau berkata “you have reach the destination!” & jalan yang digunakan oleh azman sudah sampai ke jalan m**i. Tubuh azman mengeletar & hampir berteriak seperti perempuan apabila destinasi yang dikatakan oleh cik waze tersebut adalah tapak perkuburan yang seram & terpencil!
Walaupun dalam ketakutan, azman masih sempat mengawal diri dari menangis ketakutan, walaupun lutut mengeletar sedikit, azman masih mampu berfikir secara positif dan fikir mungkin beliau telah tersalah taip semasa “search” nama hotel beliau menginap. Jadi azman mengambil keputusan utk “search” semula nama hotel beliau. Namun waze tersebut seperti menguji keberanian azman dengan masih berbunyi ayat yang sama, “you hv reach your destination.” “Demmmm… Lantak ko la, kot2 hotel tu betul dekat2 sini.” Lantas beliau membuat keputusan tidak berapa bijak dengan pusing2 sekitar kawasan perkuburan tadi dengan kereta. Namun waze beliau masih tidak membantu beliau yang semakin ketakutan.
Azman yang sememangnya sudah mengelabah dan hampir tekucil, terus switch off hp beliau dan beredar keluar ke jalan besar yang beliau lalui tadi. Nasib baik sepanjang perjalanan azman masih ingat dengan jalan yang ditempuh. Mungkin azman telah mengikut nasihat aku yang sering ajar azman supaya sentiasa mengingati Allah swt ketika diganggu makhluk2 durjana ni dan baca ayat2 suci Al-Quran. Alhamdulillah, tidak ada sebarang penampakan yang terjadi dan azman berjaya mencari jalan pulang tanpa mengikut bantuan waze & sekadar follow signboard. Keesokkan harinya, azman telah ceritakan perkara tersebut didalam watsup group dan menjadi bahan ketawa kami rakan yang penyayang.
2. Whatapps (watsup)
Ok, kalau anda tak tau apa itu watsup anda harus beristifar byk2. Hahahaha. Gurau je. Watsup ni mcm sms la tapi guna data utk sent massage & free. Apa cerita apps watsup ni dgn cerita seram? Ok, peristiwa ni berlaku masa aku masih bekerja di projek di kelantan dan menginap di rumah sewa puaka yang aku pernah ceritakan dalam FS sebelum ni, dgn tajuk Penunggu Rumah. Pada suatu malam sangat biasa. Aku seperti biasa layankan diri tangok movie2 pada waktu malam di hadapan tv plasma yang tuan rumah sewa sediakan. Dalam keseronokkan menonton movie, tak sedar waktu dah menunjukkan jam 1 pagi. tiba2 hp aku berbunyi menandakan ada msg baru masuk melalui apps watsup.
“Hai, tak takut ke tido lewat2 mcm ni?” Watsup yang masuk dari nombor yang tidak aku kenali. “Sapa plak ni?” Aku tanya diri sendiri. Nak tgk picture DP no. tu aku tak safe dalam hp. So aku pun safe kan nombor itu sebagai “hantu” sebab kalau anda nak tgk DP org yang watsup anda, anda perlulah safe dulu nombor tersebut. Saja je aku safekan nama sebagai “hantu” sebab perangai mcm hantu nak takut kan org je. Masa tu aku tak terfikir pun yg watsup tu ada maksudkan apa2. Lantas aku pun buka la semula watsup tersebut utk melihat DP nya. Ya Allah, picture yang digunakan sebagai DP adalah gambar pochong bermuka hitam. Aku yang terkejut & terus campak hp aku jauh2 & tutup lampu semua & tidur.
Jadi, keesokkan hari nya. Aku ambil semula hp aku yang jauh tercampak utk memeriksa semula watsup yang aku terima semalam. Hilang! Watsup tersebut telah hilang! Untuk pengetahuan anda, watsup xkan hilang tanpa ada org yang memadamnya. Rumah ni aku menginap sampai setahun & habis projek. Lepas aku siapkan projek di Kelantan, aku terus berhenti company tersebut.
Nasihat & pengajaran:-
Sepanjang pengalaman aku tinggal di rumah puaka tersebut, awal2 aku menginap aku mengaku yang aku agak jahil dalam mengerjakan perintah Allah swt. Solat buat bila ada kelapangan saja. Kalau malas nak solat aku tak solat. Syaitan ni suka dgn org yang jahil mcm aku. Jadi setelah aku kena gangguan seteruk kisah yang aku ceritakan pada entry “Penunggu Rumah” aku berazam utk berubah 100%. Jadi aku tidak lagi chulas solat wajib & selalu berzikir & membaca Al-Quran di rumah serta solat taubat & hajat. Alhamdulillah sedikit demi sedikit gangguan telah berkurang. Jadi kita sebagai Hamba Allah punyai senjata yang paling hebat, iaitu DOA. Berdoa lah pada Allah swt ketika kita kesusahan. InsyaAllah, kesusahan kita akan berkurang
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Ok cerita best dan clear tapi aku ni perbetulkn spelling sikit..
Trandy seharusnya trendy
Defult seharusnya default
Dan
Safe seharusnya save
Jgn marah.. cuma nak korang gunakan bahasa inggeris dan betul
bukan b.i.ja bm pun ada juga.
Chulas = Culas
ada lg malas nak taip..
kalau yg wsp tu seram…kita tak beritahu sesiapa pun kita tgk tv,memang terus campak la phone
Ilmu harus dikongsi..😉👍👍
Betul tu betul
Safe tu rasanya btl Dah .. Safe Dan save lain2 mksd nya ..
Nak tambah lg satu.. Whatapps tu sepatutnya Whatsapp.. hehe btw, cerita okla.. 6/10 seramnya..
ok la seram gak dua2 cite…zaman skang hantu pon da advance..hehe
Aku pon pernah dengar pasal assistant Google tak nak jalankan tugas